You are on page 1of 7

SEJARAH

Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah


Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah
berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah
yang melaksanakannya.

Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah


Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.

Pada tahun 2000 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan


Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu
program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan.
Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh
negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehingga tahun 2004, hanya negeri-negeri Pahang, Kelantan, Terengganu,


Melaka, Kedah dan Selangor melaksanakan program doktor muda di
sekolah rendah. Sebanyak 347 buah sekolah rendah di negeri-negeri
berkenaan terlibat melaksanakan program doktor muda.

Walau bagaimanapun, bermula tahun 2006, semua negeri termasuk


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan program doktor
muda dengan melibatkan sebanyak 735 buah sekolah.

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan


program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah
rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti ko-kurikulum


merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada
program ini, yang sememangnya telah terbukti membawa faedah dan
kebaikan kepada murid sekolah.

Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah melaksanakan


program Doktor Muda dengan penglibatan seramai 21,907 orang Doktor
Muda.
LATAR BELAKANG DOKTOR MUDA

Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan
terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai
pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan
yang positif di kalangan pelajar sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan
mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai
role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di
sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat
penting. Lazimnya, pelajar yang berminat, sihat, kemas, berpersonaliti
menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berpengaruh, suka
menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam
pemilihan Doktor Muda.
PENGASAS

Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di


peringkat sekolah rendah merupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul
Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan


Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri
Pahang, beliau telah memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah
Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang.

Program ini terus diperkembang ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri


Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan)
pada tahun 1989 hingga 1994.

Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada murid


dan sekolah. Justeru program ini dari tahun ke tahun telah berkembang ke
seluruh negara. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menerima program ini sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah rendah dan
dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

Berpegang kepada prinsip bahawa membentuk tabiat kesihatan yang baik


di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat
kesihatan yang buruk di peringkat dewasa, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa
menyumbangkan idea bagi memastikan program ini terus berjaya
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.

Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul
Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor
Muda pada Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua
tahun 2006.
OBJEKTIF

1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah


dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan
mereka agar mereka dapat :
o Mengamalkan cara hidup sihat
o Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan
anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
o Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
2. Menggalak ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar
kepada kesihatan anak-anak.
3. Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam
usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
4. Mempertingkat kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan
Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di
kalangan murid sekolah rendah.

AKTIVITI DOKTOR MUDA

 Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.


 Membimbing ke arah cara hidup sihat.
 Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat.
 Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti
perkhidmatan kesihatan sekolah.
 Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
 Merawat kecederaan ringan.
 Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan
FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA

Antara faedah yang boleh diperoleh dalam melaksanakan Kelab Doktor


Muda adalah:

 Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat


sekolah rendah.
 Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas
kesihatan.
 Murid belajar menghargai kesihatan.
 Doktor Muda memperoleh dan mengamalkan kemahiran
berkomunikasi.
 Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan Doktor Muda.
 Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan
sekolah.
 Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
 Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
 Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan
perkhidmatan kesihatan.
 Sekolah bersih.
 Sekolah bebas Aedes.
 Imej sekolah meningkat
SJK (T) LADANG REPAH
PERANCANGAN KELAB DOKTOR MUDA
BIL TAJUK TARIKH TINDAKAN
1 Pembentukan/Mesyuarat AJK 04.01.2017 En.R.Siva
2 Pengenalan Doktor Muda 11.01.2017 PN.J.Aberamy
3 Ikrar Doktor Muda 25.01.2017 Pn.R.Nagammal
4 Lagu Doktor Muda 08.02.2017 En.R.Siva
5 Mengenali Kemudahan Kesihatan 22.02.2017 PN.J.Aberamy
6 Cara menyampaikan mesej kepada 08.03.2017 Pn.R.Nagammal
Rakan dan Keluarga
7 Amalan kebersihan diri dan penjagaan 29.03.2017 En.R.Siva
mata
8 Amalan kebersihan gigi 12.04.2017 PN.J.Aberamy
9 Mencegah penyakit semasa 26.04.2017 Pn.R.Nagammal
10 Ujian Doktor Muda 17.05.2017 En.R.Siva
11 Amalan makanan sihat dan selamat 14.06.2017 PN.J.Aberamy
12 Lihat hidu rasa 05.07.2017 Pn.R.Nagammal
13 Cara hidup yang sihat 19.07.2017 En.R.Siva
14 Persediaan ke alam remaja 02.08.2017 PN.J.Aberamy
15 Kenali ubat anda 16.08.2017 Pn.R.Nagammal
16 Nilai-nilai murni 06.09.2017 En.R.Siva
17 Minda sihat 20.09.2017 PN.J.Aberamy
18 Pameran Doktor Muda/Tokoh Doktor 04.10.2017 Pn.R.Nagammal
Muda
19 Rawatan pertolongan cemas dan rawatan 25.10.2017 En.R.Siva
ringan
20 Permainan Kesihatan 08.11.2017 PN.J.Aberamy
SJK (T) LADANG REPAH
CARTA GANTT KELAB DOKTOR MUDA 2017
BIL AKTIVITI
J F M A M J J O S O N
1 Pembentukan/Mesyuarat AJK X
2 Pengenalan Doktor Muda X
3 Ikrar Doktor Muda X
4 Lagu Doktor Muda X
5 Mengenali Kemudahan X
Kesihatan
6 Cara menyampaikan mesej X
kepada Rakan dan Keluarga
7 Amalan kebersihan diri dan X
penjagaan
mata
8 Amalan kebersihan gigi X
9 Mencegah penyakit semasa X
10 Ujian Doktor Muda X
11 Amalan makanan sihat dan X
selamat
12 Lihat hidu rasa X
13 Cara hidup yang sihat X
14 Persediaan ke alam remaja X
15 Kenali ubat anda X
16 Nilai-nilai murni X
17 Minda sihat X
18 Pameran Doktor Muda/Tokoh X
Doktor Muda
19 Rawatan pertolongan cemas X
20 Permainan Kesihatan X

You might also like