You are on page 1of 15

PENGENALAN

Reka bentuk ialah susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk
atau barang. Reka bentuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
manusia pada hari ini. Sesuatu reka bentuk yang baik akan menjadikan persekitaran
menarik, mudah dan selesa kepada pelanggan/pengguna.

Bagi mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu kerja, kita memerlukan kad kerja. Kad
kerja mengandungi lukisan kerja, langkah kerja dan senarai bahan serta alatan yang akan
digunakan dalam menghasilkan projek. Lukisan kerja menggambarkan bentuk dan saiz
projek yang hendak dihasilkan. Langkah kerja pula ialah proses yang telah ditentukan
dalam mereka bentuk dan menghasilkan projek.

Di dalam tugasan ini, reka bentuk yang telah dihasilkan adalah reka bentuk projek kitar
semula dan berasaskan logam. Reka bentuk projek tersebut dinamakan ‘Bekas Alatulis
Pelbagai Guna Berpenyangkut’. Kad kerja untuk projek ini ialah:

a) Lukisan projek
b) Senarai alatan tangan dan bahan serta kuantiti yang digunakan.

i) Senarai bahan dan kuantiti yang digunakan

ii) Bil
Senarai Nama Bahan
alatan tangan dan kegunaannya Kuantiti
1. Tin bekas biskut (170 x 140 x 105 mm) 1 unit
2. Tin bekas minuman (105mm, diameter 55 mm) 2 unit
3. Bekas penutup minyak wangi (38 mm, diameter 18 mm) 4 unit
4. Bekas putik kapas ( 60 mm, diameter 1 unit
5. Penyangkut 2 unit
6. Pelekat berukuran 295mm x 250 mm 2 keping
7. Skru kepala benam 4 unit
8. Glu sentuh 20 gram

Bil Nama Alat Kegunaan


1. Gunting logam layang Menggunting kepingan logam.
2. Gandin getah Mengetuk dan membentuk kepingan logam
3. Pita pengukur Digunakan untuk kerja-kerja mengukur
4. Pemutar skru Philips Mengetat dan melonggarkan skru
5. Pembuka tin Membuka tin
Rajah 1: Bahan dan Alatan Tangan Yang Digunakan Untuk Membuat Projek

c) Langkah-langkah Membuat Projek.

1. Proses Mengukur

i) Dua tin bekas minuman dan bekas biskut diukur ketinggiannya iaitu 105 mm.
Mengukur adalah proses memindahkan ukuran daripada lukisan projek kepada
bahan yang akan digunakan. Alat pengukur yang digunakan ialah pita pengukur.
Ketepatan mengukur akan menghasilkan projek yang sempurna.
Rajah 2: Proses Mengukur

2. Proses Menanda

i) Tin bekas biskut dan minuman ditandakan ukurannya. Ukuran yang digunakan
untuk tin bekas biskut ialah 170 (P) x 140 (L) x 105 (T). Proses menanda
dilakukan pada bahagian-bahagian yang hendak dipotong.
Rajah 3: Proses Menanda

2. Proses Memotong

i) Setelah diukur dan ditanda, bekas tin biskut dipotong dengan menggunakan
gunting logam layang. Tinggi 105 mm sahaja bekas tin biskut yang akan
digunakan sebagai bahan untuk membuat projek. Proses memotong adalah proses
mengubah bentuk bahan kepada bentuk yang dikehendaki seperti yang terdapat
dalam lukisan projek.
Rajah 4: Memotong Menggunakan Gunting Layang

ii) Bahagian atas tin bekas biskut dibuang manakala satu bahagian daripada empat
bahagian permukaan tin tersebut dipotong dan dibuang dengan menggunakan
gunting logam layang.

Rajah 5: Bahagian Atas dan Satu Bahagian Permukaan BekasTin Biskut Yang Dipotong
iii) Proses melipat dan mengetuk dengan menggunakan gandin getah dilakukan pada
bahagian hujung tepi tin bekas biskut yang sudah siap dipotong. Langkah ini
dilakukan untuk tujuan keteguhan projek dan keselamatan pengguna.
Rajah 6: Melipat dan Mengetuk Logam

iv) Penutup bekas tin minuman dibuka dan dibuang dengan menggunakan pembuka
tin.

Rajah 7: Membuka Penutup Bekas Tin Minuman


v) Bahagian atas bekas tin minuman digunting, dilipat dan dibentuk.
Rajah 8: Menggunting Bekas Tin Minuman

3. Proses Memasang Komponen Projek

i) Bahagian bawah bekas tin minuman, bekas penutup minyak wangi dan bekas
putik kapas diglu dengan menggunakan glu sentuh dan dilekatkan pada bahagian
dalam bekas tin biskut. Kesemua bekas tersebut disusun mengikut kreativiti
pereka cipta.
Rajah 9: Menyapukan Glu Sentuh

Rajah 10: Melekatkan dan Menyusun Bahan


Rajah 11: Bahan/Komponen Projek Yang Sudah Siap Dilekatkan dan Disusun

ii) Penyangkut diskrukan pada bahagian bekas tin biskut dan aluminium dengan
menggunakan pemutar skru.

Rajah 12: Memasang Penyangkut

4. Membuat Kemasan
i) Pelekat dilekatkan pada bahagian komponen projek yang telah siap sebagai
kemasan dan merupakan proses terakhir dalam penghasilan sesuatu produk.
Tujuan membuat kemasan pada projek ialah supaya:
a) kelihatan cantik
b) selamat digunakan
c) lebih tahan lama
d) mudah dibersihkan

Rajah 13: Melekatkan Pelekat Pada Projek


Rajah 14: Reka Bentuk Projek Yang Telah Siap

REFLEKSI
Penggunaan bahan kitar semula di dalam menghasilkan satu reka bentuk projek
memberikan beberapa kebaikan di samping keburukan kepada pereka cipta.

1. Kebaikan

a) Menjimatkan kos dan mengelakkan pembaziran

Pereka cipta tidak memerlukan modal (kos) yang banyak atau langsung tidak
memerlukan modal kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan
yang tidak digunakan lagi atau dipanggil bahan terbuang. Apabila kos dapat
dijimatkan, maka pembaziran pun boleh dielakkan.

b) Menjimatkan masa

Pereka cipta tidak perlu bersusah payah mencari bahan yang hendak dijadikan
reka bentuk. Semua bahan terbuang itu senang dan mudah diperolehi serta
mungkin telah sedia ada di rumahnya. Ini dapat menjimatkan masa pereka cipta.

c) Mengekalkan sumber alam

Penggunaan bahan-bahan terbuang sebagai bahan reka cipta dapat mengekalkan


sumber alam dan pencemaran alam dapat dikurangkan.

2. Keburukan

a) Faktor kesihatan

Penggunaan bahan-bahan terbuang boleh memudaratkan kesihatan kerana


terdapat bahan terbuang seperti logam mempunyai karat, habuk, berbau dan kotor.
Apabila pereka cipta menggunakannya sebagai bahan untuk membuat projek reka
bentuk, dia akan terhidu dan terpegang habuk serta bau tersebut. Keadaan ini
boleh mengakibatkan pereka cipta mengalami batuk dan selsema.

b) Faktor keselamatan

Keselamatan pereka cipta tidak terjamin kerana bahan-bahan terbuang ini ada
yang boleh membahayakan keselamatan dan mengakibatkan kecederaan pada
anggota badan. Contohnya penggunaan bekas tin minuman atau biskut boleh
mengakibatkan tangan luka jika aktiviti memotong dan membentuk logam
tersebut tidak dilakukan secara berhati-hati.

RUJUKAN
Aishah Bt Abd Rashid, Faizah Bt Ismail & Daud B. Kamsany. (2006). Buku Panduan
Guru Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 5 & 6. Selangor Darul
Ehsan: Nur Niaga Sdn. Bhd.

Ainon Abdullah (1994) . Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.

Nura Abdul Aziz. (2007). My Mentor Kemahiran Hidupn Tahun 5. Selangor Darul
Ehsan:
C.T Book Makers Sdn. Bhd.

Rosli Ibrahim & Salomah Ahmad. (2004). Gerak Kerja Kemahiran Hidup Tahun 5.
Selangor Darul Ehsan: Percetakan & Perniagaan Berlian Sdn. Bhd.

Zulkafli Arifin, Jasmani Sarif, Hamizan Palil, Kamarun Hj Ishak & Norizah Taib. (2006).
HBLS1103 Pengenalan Pendidikan Kemahiran Hidup. Selangor Darul Ehsan:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://www.google.com.my/search?
hl=en&safe=off&rlz=1T4ADRA_enMY360MY361&q=keburukan+logam+bahan+terbu
ang&meta=&aq=f&aqi=&aql=&oq=

You might also like