You are on page 1of 18

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

KERTAS KERJA LARIAN 1 MALAYSIA SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG. 1.0 PENGENALAN Program Larian 1 Malaysia dirancang untuk dilaksanakan sebagai menyahut seruan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa dan realiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ia sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan Warga SK Bandar Tasik Kesuma sememangnya terdiri daripada 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Maka program ini dirancang untuk memupuk perpaduan antara kaum di sekolah ini khasnya dan masyarakat setempat umumnya. Diharapkan program Larian 1 Malaysia ini dapat memantapkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara warga SKBTK dengan masyarakat setempat.

2.0 TUJUAN

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

1. Meningkatkan penghayatan murid pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. 2. Melahirkan murid yang cergas dan cerdas agar kelak menjadi rakyat yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara. 3. Menanam rasa penerimaan terhadap rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza amalan dan kebudayaan. 4. Memberi peluang kepada semua murid menyertai aktiviti yang dianjurkan tanpa mengira bangsa dan agama. 3.0 OBJEKTIF 1. Murid menyedari pentingnya perpaduan antara kaum dalam membina negara Malaysia yang aman dan makmur. 2. Murid merasai pengalaman bergaul / berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang berbilang kaum dan agama. 3. Murid dapat memahami dan menghayati konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. 4. Murid menyedari kepentingan menjaga kesihatan agar mereka menjadi warga Malaysia yang cergas dan cerdas.

4.0 TENTATIF PROGRAM LARIAN 1 MALAYSIA

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG TARIKH HARI MASA TEMPAT : 26 JUN 2010 : SABTU : 7.45 PAGI : DATARAN PERHIMPUNAN DAN KAWASAN PERUMAHAN BANDAR TASIK KESUMA. 7.45 pagi : Murid Mengambil Tempat Aktiviti Memanaskan Badan dan Regangan 8.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi : Larian Bermula : Murid Rehat : Murid Berkumpul Semula di Dataran Perhimpunan Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Tn. Hj. Abd. Shukor b Ujang Ucapan YDP PIBG En. Norazman b Ahmad Kalam Penyampaian Hadiah 11.30 pagi : Bersurai

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM PENASIHAT : TN. HJ. ABD. SHUKOR B UJANG

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

PENGERUSI TIM. PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 SETIAUSAHA BENDAHARI PELEPAS

: EN. NORAZMI B MD ISA : PN. HJH. HALIMAH BT MD JOHAN : PN. HASNIZAR BT KHARUDIN : EN. MOHD ZAKI B ABD RAHMAN : PN. NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB : PN. NORHAYATI BT ARIFFIN

Guru Besar Tn. Hj Abd Shukor b Ujang YDP PIBG En. Norazman b Ahmad Kalam

PENGACARA MAJLIS Pn. Suriati Sapuan

BACAAN DOA En. Mohd Roslan Abd Rahim

BUKU PROGRAM Pn. Noor Afzan Abdul Mutalib

P/A SISTEM En. Abd Manab Alwi

HADIAH Pn. Rohaya Yussuf (K) Pn. Norhamiza Hassan Pn. Zulina Mat Tasim Pn. Suzana Mokhtar Rudin Pn. Salina Abd Latib PERSIAPAN TEMPAT En. Mohd Yusri Abd Hamid(K) En. Mohd Naim Abd Ghani MAKANAN & MINUMAN MURID Pn. Latifah Abd Latif (K) Pn. Siti Laila Morsidek

JAMUAN TETAMU Pn. Najmiyah Mansor (K) Pn. Noraini Yusofe Pn. Noorny Aliza Mat Ali Pn. Azlina Jais Pn. Kyairani Mustafa BACK DROP Pn. Jamilah Mohd Yusof (K) Pn. Rosnamilah Ahmad PENGURUS PEMENANG Pn. Junaidah Samsudin (K) Pn. Norlia Samsuri

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

Pn. Hazura Abd Rahim Pn. Aida Rahayu Dalail Pn. Norliza Yahya Pn. Ruzita Alias Pn. Rosiah Manap Pn. Nor Junaidah Othman

Pn. Noor Malisa Md Said Pn. Norlizana Kamaruzaman Pn. Sanisah Dani

DOKUMENTASI Pn. Punithevathy Marappan

DISIPLIN Pn. Jeyamalar Muthu(K) Pn. Rosiah Mustafa Pn. Haslinah Mohd Din Pn. Salmah Tahar Pn. Rozaini Andek Arifin Pn. Azniza Abdullah Pn. Aminah Tahir JURUGAMBAR Pn. Khaliza Jamaludin(K) Pn. Norshahida Abu Bakar

KESELAMATAN / CHECK POINT En. Mohd Ridzuan Mat Saad (K) En. Mohd Khalil Ramli En. Mohd Zahari Ismail En. Shahriman Abdullah En. Mohd Syafiq Aizat Sujali En. Abd Raof Zambari En. Samsul Anuar Mohd Kamil PERTOLONGAN CEMAS Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang Ahli PBSM

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

JUMLAH (RM)

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

Hadiah

Tempat Pertama - 6 Tempat Kedua - 6 Tempat Ketiga - 6 18 X RM 3 = RM 54.00

Cenderahati Perasmian

RM 18.00

Makanan dan Minuman Murid RM 2 X 900 orang = RM 1800.00 RM 1800.00

Jamuan Guru dan Tetamu RM 3 X 120 orang = RM 360 RM 360.00

JUMLAH RM 2232.00

Sumber kewangan diperolehi daripada Unit Kokurikulum dan Tabung PIBG.

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

REFLEKSI Program yang telah dijalankan pada 26 Jun 2010 berjalan lancar. Walaupun kehadiran murid tidak penuh, tetapi acara tetap berlangsung dengan meriah. Kehadiran ibu bapa juga amat menggalakkan. Dari segi keselamatan, tiada sebarang kecederaan serius yang dilaporkan. Murid-murid yang tidak larat untuk meneruskan larian telah di bawa pulang ke sekolah dengan menaiki kereta oleh guru yang bertugas bahagian keselamatan. Kerjasama daripada semua ajk juga sangat baik. Ibu bapa yang hadir juga secara sukarela telah menghulurkan bantuan dari segi kawalan keselamatan semasa murid berlari dan juga bantuan semasa murid berehat. Ini menunjukkan bahawa matlamat untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat sekeliling telah tercapai. Diharap kerjasama baik ini akan berterusan bagi setiap majlis yang bakal dianjurkan oleh pihak sekolah.

KEKANGAN Kehadiran murid didapati tidak mencapai 100%. Ini menyebabkan terdapat lebihan

kepada makanan dan minuman yang telah disediakan. Walaubagaimanapun tiada pembaziran berlaku kerana makanan yang berlebih dibungkus dan diagihkan kepada petugas-petugas sukarela. Hasrat sekolah untuk memberi pendedahan tentang program 1 Malaysia juga menjadi tidak menyeluruh kerana ada murid yang tidak hadir. Masalah lain yang dikesan adalah masalah sistem bunyi ( PA Sistem). PA sistem didapati mengalami masalah yang menyebabkan acara perasmian dan penyampaian hadiah mengalami sedikit kelam kabut kerana suara tidak kedengaran. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan pembesar suara dan mikrofon milik sekolah yang sudah uzur. Untuk majlis akan datang diharap ajk bahagian PA sistem dapat meminjam peralatan daripada PKG Semenyih atau sekolah yang berdekatan.

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

10

PERINGKAT PERANCANGAN

Mesyuarat AJK PIBG

Taklimat Oleh Guru Besar

Guru-guru mendengar taklimat dari guru besar

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

11

Pendaftaran

Memanaskan badan

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

12

VIP juga turut sama memanaskan badan

LARIAN

BERMULA

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

13

PERASMIAN DAN PEYAMPAIAN HADIAH

Ucapan Guru Besar

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

14

Tetamu Jemputan

Ibu bapa yang hadir

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

15

MINIT MESYUARAT PROGRAM LARIAN 1 MALAYSIA SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH MASA TEMPAT

: 3 Jun 2010 : 12.30 tgh : Bilik Seminar

KEHADIRAN

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

16

1. Tn. Hj. Abd. Shukor b Ujang 2. Pn. Hjh. Halimah bt Md Johan 3. En. Norazmi b Md Isa 4. Pn. Hasnizar bt Kharudin 5. En. Mohd Zaki b Abd Rahman 6. Pn. Radziah bt Mat Piah 7. Pn. Noor Afzan bt Abdul Mutalib 8. Pn. Suriati bt Sapuan 9. Pn. Khaliza bt Jamaludin 10. Pn. Junaidah bt Samsuddin 11. Pn. Latifah bt Abd Latif 12. Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang 13. Pn. Rohaya by Yussuf 14. Pn. Najmiyah bt Mansor 15. Pn. Jeyamalar a/p Muthu 16. Pn. Punithevathy a/p Marappan 17. En. Abdul Manab b Alwi 18. En. Yusri b Abd Hamid 19. En. Mohd Ridzuan b Mat Saad 20. Pn. Jamilah bt Mohd Yusof

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Mesyuarat hari ini dihadiri oleh ketua-ketua setiap jawatankuasa kecil.

2. PENGENALAN PROGRAM 2.1 Program Larian 1Malaysia ini dirancang untuk menyahut seruan Perdana Menteri yang memperkenalkan Konsep 1Malaysia. Program ini juga untuk memberi pendedahan kepada murid maksud 1Malaysia. 2.2 Larian 1Malaysia akan diadakan pada 26 Jun 2010 (Sabtu) dan dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Norazman b Ahmad Kalam.

3. PEMBAHAGIAN TUGAS 3.1 Pengacara Majlis Pn. Suriati Sapuan Bersedia untuk acara perasmian dan penyampaian hadiah.
3.2 Buku Program Pn. Noor Afzan Abdul Mutalib

Sediakan buku program untuk guru-guru dan tetamu jemputan. 3.3 Abdul Manab Alwi Pastikan P/A sistem berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi tanpa masalah. 3.4 Hadiah Pn. Rohaya Yussuf Tempah medal daripada pembekal biasa. Setiap aliran diperuntukkan 3 pemenang. Jumlah medal yang perlu ditempah ialah 18. Peruntukan hadiah ialah RM54.00. Cenderahati untuk perasmi adalah sebanyak RM 18.00.
3.5 Jamuan Tetamu dan Guru Pn. Najmiyah Mansor

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

17

Tempah makanan daripada pihak kantin sekolah. Peruntukan jamuan adalah sebanyak RM 360.00 3.6 Makanan dan Minuman Murid Pn. Latifah Abd Latif Tempah makanan daripada pihak kantin sekolah. Peruntukan untuk murid adalah RM2 x 900 orang = RM1800. Makanan dibungkus, minuman diberi dalam cawan setelah murid selesai berlari.
3.7 Persiapan tempat-Yusri Abd Hamid

Sediakan khemah untuk tetamu. Gunakan khemah yang terdapat di stor kokurikulum. Boleh minta bantuan pekerja-pekerja sekolah. 3.8 Back drop Pn. Jamilah Mohd Yusof Sediakan back drop di pentas perhimpunan. 3.9 Keselamatan dan Check Point En. Mohd Ridzuan Mat Saad Laluan yang akan digunakan adalah laluan merentas desa. Tempatkan guru-guru di simpang-simpang yang bahaya dan kawasan sunyi. 2 orang guru perlu meronda menggunakan motosikal. 3.10 Disiplin Pn. Jeyamalar a/p Muthu Kawal disiplin murid semasa upacara perasmian dan penyampaian hadiah. 3.11 Pertolongan Cemas Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang Sediakan peti pertolongan cemas. Boleh dapatkan peti tersebut di bilik kesihatan. Sediakan satu ruang di kantin untuk merawat kecederaan murid, jika ada. 3.12 Dokumentasi- Punithevathy a/p Marappan Dokumentasi perlu disiapkan dalam tempoh seminggu selepas program berlangsung. 4. HAL-HAL LAIN 4.1 Guru besar berharap program ini akan berjalan dengan lancar. 4.2 Semua ketua bolehlah mengadakan perjumpaan dengan AJK masing-masing untuk pembahagian tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, ................................................... NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB Setiausaha Program Larian 1Malaysia

Disahkan oleh, ............................................ HJ. ABD. SHUKOR B UJANG Pengerusi Program Larian 1Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322

18

You might also like