You are on page 1of 3

Pihak Pengurusan RJK, Rumah Jalinan Kasih, No 2, Jalan Megah 31, Taman Megah, Batu 10, Jalan Cheras,

43200, SELANGOR DARUL EHSAN. Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, Memohon Kebenaran Menjalankan Kerja Amal di Rumah Jalinan Kasih Pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Inggeris dari institut kami dikehendaki menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada elemen dalam kurikulum kursus kami iaitu Bina Insan Guru (BIG). Justeru, para pelajar telah bersepakat untuk melakukan kerja amal di Rumah Jalinan Kasih (RJK). 2. Objektif utama kerja amal ini adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, para pelajar berharap dapat mengurangkan beban pihak pengurusan RJK dan menceriakan penghuni RJK. 3. Berikut merupakan butiran kerja amal ini; Tarikh Masa Bilangan pelajar : 24 Ogos, 2011 (Rabu) : 9.00 pagi hingga 8.00 malam : 25 orang (21 perempuan dan 4 lelaki) 6 OGOS 2011

4. Sekiranya mendapat kebenaran pihak Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, kami ingin melakukan pelbagai aktiviti dengan penghuni RJK. Tentatif program telah dilampirkan bersama surat ini. (Rujuk Lampiran 1) Akhir kata, semoga permohonan kami akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik. Segala kerjasama Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian.

Yang benar, .. (ISMAH IZZAH MOHD RANI) Setiausaha BIG PISMP BI 2.5, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

LAMPIRAN 1 TENTATIF PROGRAM Aktiviti Kerja Amal di Rumah Jalinan Kasih WAKTU 8.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi AKTIVITI Pelajar berkumpul Bertolak ke Rumah Jalinan Kasih Tiba di Rumah Jalinan Kasih Majlis pembukaan / Sesi taaruf pelajar IPBA bersama pihak Rumah Jalinan Kasih 10.30 pagi Gotong-royong 12.30 petang Persiapan diri dan solat zuhur 2.30 petang Beramah mesra dengan penghuni Rumah Jalinan Kasih / Aktiviti berkumpulan 4.30 petang Persiapan diri dan solat asar 5.30 petang Penyampaian cenderahati dan barang-barang kepada penghuni Rumah Jalinan Kasih/Persiapan berbuka puasa 7.30 malam Berbuka puasa / Solat maghrib 8.00 malam Majlis bersurai / Pelajar bertolak ke Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa

You might also like