You are on page 1of 2

KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL ZON 11 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1.0 Tujuan Kertas Kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat Majlis Perbandaran Sepang. 2.0 Objektif 2.1 Objektif perlaksanaan Kejohanan Futsal Zon 11 Majlis Perbandaran Sepang adalah seperti berikut : 2.1.1 Memupuk budaya bersukan dan meningkatkan kesinambungan mental serta fizikal; sebagai alat bagi membantu membentuk jaringan hubungan di kalangan belia seluruh Selangor; Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta futsal; dan Memperkasakan sukan futsal di negeri Selangor.

2.1.2

2.1.3 2.1.4 3.0

Kumpulan Sasar 3.1 Belia yang berumur dari 16 hingga 35 tahun yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.

4.0

Kaedah perlaksanaan 4.1 Peringkat pertandingan 4.1.1 Kejohanan ini diadakan di peringkat Zon 11 MPSp namun penyertaaannya adalah terbuka kepada semua belia di Negeri Selangor.

4.2

Kategori 4.2.1 Dua (2) kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan akan dibuka kepada belia yang berminat. Walau bagaimanapun, kategori wanita akan dipertandingkan sekiranya jumlah penyertaan melebihi daripada 8 pasukan.

4.2.2

4.3

Syarat pertandingan 4.3.1 Syarat pertandingan adalah seperti di LAMPIRAN A

4.4

Yuran penyertaan 4.4.1 Setiap pasukan yang bertanding akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM160.00.

4.4.2

Kaedah pembayaran yuran penyertaan adalah melalui tunai atau deposit tunai kepada MSNS Holdings Sdn Bhd. Yuran penyertaan hanya akan diterima seminggu sebelum tarikh kejohanan.

4.4.3

4.5

Jawatankuasa pelaksana 4.5.1 Jawatankuasa pelaksana program adalah seperti di Lampiran B.

5.0

Tentatif program 5.1 5.2 Tarikh penganjuran yang dicadangkan adalah pada 31 November 2009. Lokasi penganjuran Kejohanan adalah di Gelanggang Hj Karim Samad, Batu 4 Puchong.

6.0

Angaran kos 6.1 Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM12,000.00 bagi penganjuran ini. Perincian adalah seperti di Lampiran E. Kos RM12,000.00 ini akan menggunakan peruntukan sebanyak RM5000 daripada peruntukan peringkat Zon sebagai sumbangan kepada kejohanan ini.

6.2

7.0

Rasional program ini 7.1 Keberkesanan program ini akan membantu Selangor pelapis baru bagi sukan futsal Negeri. Dapat membantu PeBT mendapatkan data maklumat belia yang menyertai pertandingan ini melalui borang penyertaan. Dapat memupuk minat belia dengan sukan futsal dan menjadikannya sebagai aktiviti lepak yang sihat bersama rakan sebaya.

7.2

7.3

8.0

Penutup Kertas Kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat Majlis Perbandaran Sepang.

Disediakan oleh

.. ( AHMAD BIN NORDIN )


Pengerusi PeBT Zon 11 Majlis Perbandaran Sepang

You might also like