You are on page 1of 78

Menarik Di Dalam...

Panji-panji Agong - lambang kesetiaan kepada MS 4 raja dan negara 93 DPP ringankan beban PW 2 (B) Othman Mohamad

MS 57

Kesetiaan asas kekuatan TD Ke arah BERJAYA dengan BERGAYA - Towards Success With Style

MS 59

MS 12
Eks Semangat Bersatu eratkan persahabatan TDM dan TDS

MS 17

RAMD juara renang antara kor

MS 73

TIM EDITORIAL
PENAUNG: Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin KETUA PENGARANG: Brig Jen Dato Dahari Hj Hussin PENGARANG: Lt Kol Noordin Hashim, Lt Kol (B) Hj Ab Aziz Ahmad EDITOR: Mej Zulkifli Dato Hj Tahir WARTAWAN: Kapt Aishah Ismail, Lt M Noraishah Samsudin, PW 2 Mat Zaini Hj Abdul Ghani, Sjn Mohd Zuki Jusoh, Sjn Syuhaimi Saad, Pbt Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Mohd Khalifah Mohamad Yusof JURUFOTO: Sjn Mohamad Solor Ismon, Pbt Saiful Fazley Rusli GRAFIK: Kpl Suziana Selimin, LKpl Abdul Rahman Mohamad, Pbt Suhaimi Idris PENGURUSAN: Sjn Kamarulzaman Ariffin, LKpl Abu Talib Abu Bakar KORESPONDEN 1 DIVISYEN: Kapt Amin Nurasyid Ayub, Kapt Zuhairi Limat, PW 2 Abdul Aziz Hj Marzuchie, SSjn Zulkapli Alias, SSjn Mohammed Yaakob, Kpl Mazeli Maseri, Kpl Naincy Samudi, Kpl Zulkefli Sapian, Kpl Lim Rantai, Bdr Azira Zainal Abidin, Pbt Rosmainor Mohd Din, Pbt Impi Jubun, Pbt Albert Jarro, Pbt Safran Isnin, Rjr Slyvester Aselam Grem 2 DIVISYEN: Mej Burhanuddin Abdul Jalal, Kapt Abdul Halim Abu Bakar, Kapt Chua Ray Han, Kapt Mohd Sanin Suparman, Lt Mungah @ Mohd Azzlan Tamat, PW 2 Shaharudin Osman, PW 2 Rushdan Abd Rahman, Sjn Yazid Che Ani, Sjn Amran Omar, Sjn Mansor Salleh, Kpl Rosley Yusof dan Pbt Zakaria Ahmad 3 DIVISYEN: Kapt Suria Sulaiman, Sjn Mazizi Abd Rahman, Sjn Adnan Ibrahim, Sjn Saidi Salleh, Sjn Ridzuan Che Ani, Sjn Hidayah Abdullah, Kpl Suryazu Mohamad, Pbt Norita Aamit 4 DIVISYEN: Mej Zahrulaih Hidayat, Lt M Saliza Abd Shukor, Kpl Rosman Hamid, Kpl Saiful Nizam Abdullah, Kpl Mohd Fauzi Abd Kadir, Kpl Mohd Affendy Fazil, LKpl Saraslan Ahmad, LKpl Mohd Nazer Abu Bakar dan Pbt Asri Hisham Zulkifli KUALA LUMPUR: Mej Murtadza Hj Nordin, Mej Nora Ahmad, Mej Ridzuan Hj Mohd Sharif, Mej Fazilah Hj Mohd Ali, Kapt Saidatulis Sabariah Sahid, SSjn Badri Mustafa, SSjn Mohd Hisham Ismail, Sjn Syukri Malek, Kpl Razali Razak, Kpl Rosli Awang, Kpl Fadzli Jab, Kpl Zamzuri Li dan Pbt Hasmawi Mohamad 10 BRIGED PARA/21 GGK: Kpl Sani Osman, Kpl Syed Lesly Iskandar Syed Hazam dan Kpl Norizzam Hj Ahmad BTDM mengalu-alukan artikel, idea, dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan ditandatangani. Segala sumbangan artikel boleh disalurkan terus kepada: Pengarang BTDM, Tingkat 8-11, Markas Tentera Darat, Cawangan Perisikan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR atau www.btdm.net, FAKS: 03-26985536 / 03-26923195 Tel: 03-20713486

JUN 2007

Kedaulatan Panjipanji Diraja


IDAK keterlaluan jika dikatakan di sini sesungguhnya kita memijak di bumi yang bertuah, atau lebih tepat lagi, di dalam sebuah negara yang tidak pernah ketandusan dengan peristiwaperistiwa besar yang berlaku di sana sini. Bulan ini, sempena dengan Hari Keputeraan SPB Yang Di-pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diperkenan untuk mengadakan Perarakan Panji-Panji SPB Yang Di-pertuan Agong. Acara yang gemilang ini telah disaksikan oleh ribuan penontonpenonton dari luar dan juga dalam negeri. Apakah kesignifikannya Panji-panji Diraja ini? Bagi anggota tentera, mungkin soalan ini boleh dijawab dengan mudah. Pun demikian, secara ringkasnya, Panji-panji tentera bererti lambang yang dibawa oleh unit-unit tentera. Perkataan Panji-panji atau colours mula digunakan sebagai panggilan kepada warna-warna cerah yang terdapat pada lambang Infantri. Ianya digunakan sebagai suatu cara pengenalan dan sebagai tanda sebuah markas pasukan semasa peperangan. Dengan perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam peperangan, Panji-panji telah dianggap sebagai simbol semangat dan tradisi pasukan yang membawanya. Mengikut sejarah di zaman silam, Panjipanji adalah lambang kepada agama dan peribadi di mana Lambang Agama dikatakan sebagai pelindung manakala Lambang Peribadi pula merupakan keagungan pemimpin sesebuah kumpulan. Dengan timbulnya semangat kebangsaan dan musnahnya feudalisme,lambangIambang peribadi dan agama semakin berkurangan digunakan. Panji-panji merupakan penganugerahan oleh SPB Yang Di-pertuan Agong kepada Perkhidmatan, Rejimen/ Kor/Pusat Latihan dan pasukan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Panji-panji juga melambangkan kesediaan anggota tentera mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Sebagai teras utama pertahanan negara, kita perlu bersedia dan sanggup berkorban bagi mengatasi segala cabaran yang muncul untuk membolehkan negara terus maju dan membangun. Ungkapan learn from history or we will relive it tidak boleh dipandang remeh. Pengorbanan para pahlawan memperjuangkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara perlu kita contohi dan hayati. Malah semangat sanggup berkorban yang menjadi pegangan para pahlawan yang terdahulu jangan sekali luput dari ingatan kita. Hasil daripada kemerdekaan yang kita kecapilah negara kita dapat dibangunkan, apatah lagi negara kita kaya dengan sumber alam, bahan mentah, kaya dengan seni budaya bangsa dan rakyatnya hidup mesra. Inilah hasil kemerdekaan yang perlu kita pertahankan. Mengisi kemerdekaan adalah satu tugas berat bagi setiap anak bumi yang merdeka lagi berdaulat, kerana kemerdekaan yang dinikmati tidak akan mendatangkan apa-apa makna jika ia gagal dipertahankan dan anak bangsa itu sendiri berupaya membina identiti yang berteraskan kepada prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Malah bukan itu sahaja yang perlu diusahakan. Salah satu belenggu yang dihadapi oleh negara-negara yang telah terlepas daripada genggaman penjajahan ialah

pemikiran yang masih dibelenggu penjajahan. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dalam kebanyakan bidang, tetapi masih terdapat rakyat yang tidak sama sekali dapat melepaskan dirinya dari penjajahan pemikiran dan mental yang masih diwarisinya daripada penjajahan. Jangan sesekali kita lupa juga bahawa jatuh atau bangun sesebuah bangsa atau negara itu bergantung kepada rakyatnya sendiri. Orang lain tidak akan membantu sekiranya kita jatuh, hanya kita yang akan menanggungnya dan membina semula negara kita. Kita sedar bahawa globalisasi membawa banyak perubahan kepada kita semua. Ini bererti sebagai anggota tentera, kita perlu membuat persediaan yang terbaik; kita perlu lebih berupaya menukar minda atau merubah paradigma kita dan mempertingkatkan ilmu ketenteraan serta kemahiran yang sedia ada. Di zaman teknologi yang sentiasa berubah, kita perlu memperlengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan dan kemahirankemahiran tertentu bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme sebagai anggota tentera. Jangan ambil jalan mudah dan beranggapan bahawa kita ini tahu semua. Bukalah minda untuk mempelajari perkara-perkara baru, dan menerima setiap perubahan itu sebagai sesuatu yang baik. Sebagai teras utama pertahanan negara, kita perlu bersedia dan sanggup berkorban bagi mengatasi segala cabaran yang muncul untuk membolehkan negara terus maju dan membangun. Pengorbanan para pahlawan sebelum kita yang telah mempertahankan kedaulatan negara dengan darah, keringat dan air mata perlu kita contohi dan hayati. Keikhlasan dalam melaksanakan tugas, rajin serta gigih berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta diri sendiri, mengekalkan tahap disiplin profesion ketenteraan yang tinggi, bermoral tinggi dan peka di dalam perkembangan di dalam bidang teknologi maklumat adalah antara nilai-nilai yang perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi. Semua ini perlu untuk kita memperkukuhkan lagi budaya serta nilai-nilai ketenteraan itu sendiri. Selain daripada melayakkan kita untuk bersaing dengan lain-lain angkatan pertahanan di rantau ini, nilai-nilai ini akan menjadi landasan kepada kekuatan kita menjadi sebuah angkatan yang mampu mempertahankan kedaulatan negara dari apa jua bentuk ancaman, selain dari memberi keyakinan akan kebolehan kita untuk menentukan apa yang terbaik bagi kita sendiri. Sebagai pembela bangsa dan negara, mengekalkan keamanan dan kedaulatan yang kita nikmati sekarang, adalah sumpah keramat dan amanah rakyat yang kita pikul. Kita harus sedar akan tanggungjawab ini dan ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau mudah. Amanah rakyat yang dipikul amatlah berat kerana kita dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan juga memastikan agar kestabilan yang dinikmati hari ini akan terus dikekalkan hingga ke generasi akan datang. Masih banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kita sebagai anggota tentera, dan sama-samalah kita berusaha melaksanakannya. Bak kata pepatah a thousand miles journey begins with a single step!.

Ketua Pengarang

JUN 2007

Penganugerahan Panji-panji

ANJI-PANJI adalah lambang kepada agama dan peribadi. Lambang agama ini adalah dimaksudkan sebagai perlindungan manakala lambang peribadi ini menunjukan keagungan pemimpin satu-satu pasukan. Dengan timbulnya semangat kebangsaan dan musnahnya sistem feudalisme, lambang-lambang peribadi dan agama telah semakin berkurangan digunakan. Di dalam Angkatan Tentera panji-panji dikurniakan kepada sesebuah rejimen sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Atas kepercayaan dan kecemerlangan sebagai sebuah Batalion yang ulung dalam Tentera Darat (TD), Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah dianugerahkan Gelaran Diraja pada 1 Mac 1958 dan diberi Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 1963. Atas pencapaian yang telah ditunjukkan oleh pasukan TD dalam menjalankan tugas operasi Rejimen Renjer Diraja juga dianugerahkan Gelaran Diraja pada 3 Mac 1992 dan dianugerahkan Panji-Panji Diraja pada tarikh yang sama berlainan dengan lain-lain kor dalam TD. Kor Armor Diraja merupakan kor pertama dalam TD telah menerima Gelaran Diraja pada 23 Mac 1963. Atas penglibatan Kor Armor dalam menjalankan operasi tidak kira di tanah air sendiri mahupun dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kor Armor Diraja telah dianugerahkan Panji-Panji Diraja pada 20 Mei 1972. Atas kecemerlangan dan cabaran tugas yang telah ditunjukkan oleh beberapa pasukan kor TD dalam menjalankan operasi mahupun latihan dan tabah menghadapi sebarang ancaman kor berkenaan telah diberi Gelaran Diraja pada 6 Jun 1992 iaitu tiga Kor Semboyan, Kor Jurutera dan Kor Artileri. Bagi menaikkan nama TD di mata dunia enam kor TD terdiri daripada Kor Kesihatan, Kor Polis Tentera, Kor Risik, Kor Perkhidmatan, Kor Ordnans dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera yang mana telah dianugerahkan Watikah Gelaran Diraja sempena hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 1997. Setiap tahun negara kita akan menyambut hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan pelbagai atur cara yang diaturkan seperti perarakan mengarak panji-panji Yang di-Pertuan Agong, penganugerahan pingat kepada menteri-menteri dan orang perseorangan serta santapan jamuan teh untuk rakyat jelata dan banyak kegiatan lagi yang membabitkan seluruh masyarakat Malaysia demi mengambarkan rasa syukur bangsa, kerana dapat menikmati kemerdekaan yang selama ini diperjuangkan oleh pasukan keselamatan daripada dijajah oleh pihak musuh. Selain menunjukkan rasa syukur masyarakat, kegiatan berkenaan juga adalah usaha kerajaan memupuk dan membangkitkan rasa nasionalisme yang tinggi, terutama bagi generasi muda. Bagaimanapun apakah disedari bahawa kegiatan yang menggunakan biayaan tinggi itu telah mencapai hasil yang diharapkan atau sebaliknya? Ini kerana sasaran utama itu sesuatu yang tidak mudah diukur keberhasilannya, dan tidak ada alat yang pasti untuk mengukur tingkat nasionalisme seseorang, kecuali melalui pengamatan dalam jangka waktu yang lama. Berbeza dengan pendidikan yang mudah dapat diukur melalui peperiksaan, ataupun ujian di sekolah. Hans Kohn mendefinisikan nasionalisme suatu fahaman yang menunjukkan kesetiaan tertinggi individu kepada negara kebangsaan.

4 4

JUN 2007 JUN 2007

Penganugerahan Panji-panji
dan perasaan yang dimiliki seseorang terhadap negaranya. Berdasarkan perasaan dan tingkah laku ini, secara perbandingan rasa nasionalisme pada masa lalu jauh lebih tinggi dari sekarang. Secara pengertiannya nasionalisme adalah suatu perasaan cintakan bangsa sendiri dan perasaan mencintai negara. Apa yang nyata upacara mengarak panji-panji sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang diadakan baru-baru ini kurang dapat sambutan daripada masyarakat awam dan siapa harus dipersalahkan? Sepatutnya upacara sepenting itu mendapat sambutan meluas dan bersemarak ini kerana melibatkan pergorbanan anggota tentera selama ini. Terfikir kepada kita bahawa TD seharusnya memainkan peranan lagi dengan menyebarkan publisiti sebelum upacara mengarak panji-panji diadakan di dalam media massa ataupun di media elektronik. Sebagai rakyat kita tidak boleh melupakan pengorbanan pasukan keselamatan selama ini manakala sebagai generasi muda kita harus berpandangan jauh sebagai contoh pasukan keselamatan di negara luar disanjung tinggi oleh setiap lapisan masyarakat mereka, tetapi tidak seperti negara kita malah upacara perarakan panji-panji yang diadakan baru-baru ini nampaknya seolah-olah seperti aktiviti hanya untuk anggota tentera sahaja dan jika ada pun masyarakat awam yang hadir hanya segelintir. Nampaknya semakin meningkat usia kemerdekaan, nasionalisme terhadap pengorbanan angkatan tentera semakin menurun. Generasi muda perlu menanam semangat patriotik dan cintakan negara bagi mengekal serta mengisi kemerdekaan. Apa yang mahu diketengahkan semua lapisan masyarakat seharusnya bersyukur dan mengekalkan kemerdekaan serta bersama-sama mendokong cita-cita menjadikan Malaysia negara maju. Perasaan cintakan negara yang tidak berbelah bagi perlu ditanam pada setiap sanubari generasi muda untuk mengisi kemerdekaan yang sudah dicapai dengan sebaik-baiknya. Banyak perbezaan di antara semangat patriotik di generasi tua dan muda disebabkan suasana yang jauh berbeza. Generasi tua berjuang mendapatkan kemerdekaan dan melepaskan negara daripada belenggu penjajah tetapi generasi muda pula mengisi ruang kemerdekaan itu dan mengekalkannya. Apa yang menyedihkan kerana masih ada sikap tidak patriotik di kalangan generasi muda, termasuk tidak menghormati pengorbanan anggota tentera yang berjuang selama ini dan tidak ada minat untuk melihat pertunjukan yang dijalankan oleh pihak ATM. Ini dapat dilihat dengan jelas ketika mengarak Panji-panji Diraja baru-baru ini dengan sambutan yang tidak menggalakkan. Ini kerana generasi yang ada sekarang, sebahagian besar tidak terbabit dalam memperjuangkan kemerdekaan. Mereka hanya mengetahui melalui pelajaran sejarah sehingga nilai perjuangan tidak terlalu dirasakan. Atau mereka mempelajari sejarah dengan menghafal peristiwa dan fakta yang ada sekadar untuk lulus atau mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan? Mereka tidak lagi menghayati nilai perjuangan masa lampau dalam mendapatkan

Banyak perbezaan di antara semangat patriotik di generasi tua dan muda disebabkan suasana yang jauh berbeza. Generasi tua berjuang mendapatkan kemerdekaan dan melepaskan negara daripada belenggu penjajah tetapi generasi muda pula mengisi ruang kemerdekaan itu dan mengekalkannya. kemerdekaan sehingga mampu menimbulkan rasa cinta kepada tanah air tanpa mengira dari kaum mana, sama ada Melayu, Cina, India dan sebagainya. Selanjutnya masyarakat harus berfungsi sebagai pendorong menimbulkan rasa cinta kepada negara dan bangsa, melalui kehidupan masyarakat yang harmoni. Begitu juga lingkungan keluarga yang menjadi tunggak utama generasi mendatang mengupayakan nilai perjuangan diterapkan dalam pendidikan keluarga.

JUN 2007 JUN 2007

5 5

Bersama Pemimpin

Oleh: Sjn Mohamad Solor Hj Ismon Foto: Sjn Kamarulzaman Ariffin dan Pbt Saiful Fazley Rusli ERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat menyempurnakan istiadat mengarak panji-panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka sempena ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 2 Jun lalu. Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong disambut gilang-gemilang dengan nyanyian lagu Negaraku dan 21 das tembakan kehormatan dan disusuli terbang lintas hormat oleh lima buah pesawat helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membawa bendera Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak bersama isteri, Datin Sri Rosmah Mansor hadir menyaksikan istiadat tersebut. Istiadat mengarak panji-panji sempena keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong merupakan sebagai sembah ikrar taat setia seluruh warga ATM kepada Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz Zainal memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Perarakan panji-panji didahului oleh Pancaragam Pusat ATM sebagai pembuka medan dan disusuli dengan kompeni pengiring Panji-panji Seri Paduka Baginda mengambil tempat untuk

6 6

JUN 2007 JUN 2007

Bersama Pemimpin

...Laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali oleh perbarisan kawalan kehormatan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat mengarak panji-panji...
acara perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh Kompeni Pengiring Panji-panji dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM di hadapan pentas hormat Diraja. Laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali oleh perbarisan kawalan kehormatan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat mengarak panji-panji dan diakhiri dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin sekali lagi menerima tabik hormat kawalan kehormatan dan lintas hormat lima helikopter ATM. Sepanjang istiadat mengarak panji-panji berlangsung, iringan muzik lagu-lagu patriotik oleh Pancaragam Pusat ATM turut menyerikan majlis dan menyampaikan mesej kepada masyarakat yang memenuhi dataran dan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa mempertahankan negara di bawah Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan semangat memperjuangkan tanah air tercinta hingga ketitisan darah terakhir demi agama, bangsa dan negara. Turut hadir Menteri-menteri, Diplomat-diplomat negara-negara luar, Panglima-Panglima dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM serta pasukanpasukan keselamatan negara dan rakyat yang menyaksikan perarakan panji-panji tersebut.

JUN 2007

Bersama Pemimpin

Jasa Pahlawan tetap dikenang


Oleh: Sjn Muhammad Solor Hj Ismon Foto: Sjn Shukri Malek PORT DICSON: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Sultan Abdul Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kol Yang di-Pertua (YDP) Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkenan berangkat hadir mencemar duli bagi menyempurnakan majlis meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan RAMD sempena Hari Ulang Tahun RAMD Ke-71 pada 20 Jun 2007. Majlis tersebut merupakan acara tahunan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) RAMD yang disambut dengan pelbagai acara bagi menyambung sejarah di samping mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan RAMD yang gugur demi mempertahankan agama bangsa dan negara sebagai sumpah dan taat setia yang tidak berbelah bagi. Kalungan bunga dimulakan oleh Kol YDP RAMD, Sultan Abdul Halim diikuti Pengerusi RAMD, Lt Jen Dato Zulkefli Mohd Zain, wakil Pegawai Memerintah RAMD, wakil Sarjan Mejar Rejimen (RSM) RAMD dan pesara RAMD. Selain itu, Sultan Abdul Halim turut menyempurnakan upacara menyiram air mawar dan menabur bunga rampai di Tanah Perkuburan RAMD diiringi oleh Pengerusi RAMD dan diakhiri dengan menandatangani buku pelawat. Turut hadir Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi,
MENCEMAR DULI...Kol YDP RAMD, Sultan Abdul Halim menyiram air mawar di pusara anggota RAMD yang terkorban

Panglima 1 Briged, Brig Jen Shahrani Mohd Sany, Pegawai-pegawai kanan RAMD dan anggota yang terlibat dari 15 RAMD. Acara lain yang dilaksanakan sempena HUT RAMD adalah mengadap KDYMM Sultan Abdul Halim selaku Kol YDP RAMD di Istana Darul Aman Kuala Lumpur oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin diiringi oleh Pengerusi RAMD dan sembah taklimat Sambutan HUT RAMD.

Majlis Makan Malam ahli JKP RAMD, Ramah Mesra bersama Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, tahlil dan doa selamat di Surau Asy Syafie 1 RAMD, pengurniaan cenderamata kepada penerima pingat SP dan PGB, santapan malam rejimental, pertandingan golf tahunan RAMD dan ramah mesra BAKAT bersama KDYMM Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Hajjah Hamimah Hj Hamidun.

Rej 504 AW anjur Kayuhan Perpaduan


banjir dan tanah jerlus. Program Kayuhan Perpaduan diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Komander Rej 504 AW dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah. Hampir 200 peserta berbasikal terlibat dari semua peringkat umur, kayuhan berbasikal atau dikenali gerek adalah sejauh 22 km bermula dari Kuala Perlis dan berakhir di Kuala Sanglang melalui Kuala Sungai Baharu. Pemilihan tarikh 13 Mei bertepatan dengan tema Kayuhan Perpaduan berikutan penglibatan peserta daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan beberapa orang dari ethnik negeri Sabah dan Sarawak. Antara agensi yang turut serta dalam menjayakan program ini ialah AADK, JPA 3, PDRM, Rej 504 AW, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pelajaran Perlis dan UiTm Arau yang telah membuka booth pameran dan promosi produk serta perkhidmatan masing-masing. Lt M Mohd Azuan Mohd Nasir, foto; Kpl Fauzi Yahya

PROGRAM GERAK GEMPUR...Raja Muda Perlis melaksanakan Flag Off peserta di Kuala Perlis

KANGAR: Kayuhan Perpaduan adalah antara kaedah konsep aktiviti dalam kempen Program Gerak Gempur Khidmat Komuniti Rakyat Perlis. Program tersebut anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan

kerjasama Rejimen 504 Askar Wataniah dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis. Program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi pengetahuan tentang persiapan menghadapi bencana alam seperti kebakaran,

JUN 2007

Bersama Pemimpin

KANGAR: Setelah menjangkau hampir 27 tahun penganugerahan Panji-Panji pertama yang diadakan, tibalah masanya Istiadat Pertukaran Panjipanji baru disempurnakan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang bertempat di Stadium Utama, Kangar, Perlis sempena ulang tahun pasukan yang ke 41 pada 26 Mei 2007. Istiadat ini juga berlangsung dalam suasana kemeriahan Sambutan Hari Keputeraan yang ke-64 Raja Negeri Perlis. Menyingkap kembali sejarah silam, batalion ini telah ditubuhkan di Kem Batu Gajah, Perak pada 28 Mac 1966. Di awal penubuhannya Batalion ini terdiri daripada anggota-anggata dari Singapore Infantry Rejiment, Royal Reconnaissance Regiment dan juga lain-lain Batlion Infantri yang wujud pada masa tersebut. Pengisytiharan batalion ini dilakukan oleh Leftenan Jeneral Tan Sri Abd Hamid Bidin selaku Ketua Turus Tentera Darat di Padang Kawad Kem Suvla Lines ( Kem Syed Putra), Ipoh pada 6 Feb 1967. Batalion 4 RRD telah dikurniakan Panji-Panji Rejimen yang pertama oleh Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail selaku Kolonel Yang DiPertua RRD pada 25 Okt 1980 di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Sejak ditubuhkan pasukan ini telah mencipta pelbagai kejayaan yang gemilang dalam tugas gerakan yang dijalankan. Walaupun begitu, kejayaan yang dicapai bukanlah mudah, ianya penuh dengan pengorbanan dari setiap warga pasukan ini. Sesungguhnya pertukaran panji-panji yang baru ini adalah satu bukti penghormatan dan pengiktirafan yang amat besar bagi warga pasukan ini di atas segala pengorbanan terhadap negara ini. Pegawai Panji-Panji yang menerima Panji-Panji baru ini ialah Leftenan Mohd Shamsul Rizal Rozamin. Turut hadir dalam istiadat yang bersejarah ini ialah DYTM Raja Muda Perlis, YAB Menteri Besar Perlis, Panglima Tentera Darat, Panglima Medan TD, Pegawai-Pegawai Kanan Tentera dan lain-lain badan beruniform serta masyarakat setempat.

...pertukaran panji-panji yang baru ini adalah satu bukti penghormatan dan pengiktirafan yang amat besar bagi warga pasukan ini di atas segala pengorbanan terhadap negara ini...

JUN 2007 JUN 2007

99

Bersama Pemimpin

Oleh: Pbt Mohd Farid Abd Rahim Foto: Pbt Mohd Khalifah Mohd Yusof SUNGAI PETANI: Dalam usaha untuk menentukan pembangunan dan hala tuju Askar Wataniah (AW), Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat bersama Rejimen 513 AW menganjurkan Sidang Komander Askar Wataniah Siri 17/2007 (SKAW) melibatkan kehadiran kesemua Komanderkomander yang diadakan di sini pada 12 Jun 2007. Persidangan ke-17 ini menjadi pemangkin kepada kemajuan ke arah AW yang lebih bersedia menghadapi perkembangan semasa dunia pada masa ini yang tidak menentu dan ancaman terhadap sesebuah negara itu boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum AW merupakan barisan kedua dalam mempertahankan kedaulatan negara. Kewujudan AW dalam konteks Pertahanan Menyeluruh amat tepat sekali Oleh itu, SKAW ini menjadi pemangkin kepada idea kemajuan dan pembangunan AW yang lebih profesional demi kebaikan dalam memainkan peranannya dengan lebih berkesan di masa-masa hadapan. Kerjasama ini akan menampakkan usaha meningkatkan martabat AW yang lebih relevan dan kewujudan AW dapat membantu Tentera Darat melaksanakan peranannya dengan lebih efektif. Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Zainal Abidin Hj Zin berucap demikian di Majlis Perasmian SKAW yang turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato Masood Hj Zainal, Assisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Dato Razali Hj Ahmad dan semua Komander Siri 500, Pegawai Memerintah RSD Pakar AW dan Pegawai Memerintah MK Jutra (SP) AW. Sebagai benteng pertahanan kedua negara, AW perlu menjadi lebih relevan. Dalam konteks ini, keupayaan AW harus dipertingkatkan dalam apa jua bidang demi untuk memainkan peranannya dengan lebih efektif. Dengan ini beliau mengambil kesempatan di sini menyeru semua pemimpin memainkan peranan masingmasing untuk memantapkan lagi kekuatan AW. Dengan adanya kepimpinan yang berkesan, saya percaya AW akan berupaya melaksanakan tugas dan peranannya dengan jayanya tanpa sebarang keraguan, katanya lagi. Tambahnya lagi, pengumuman kadar baru elaun latihan sukarela secara tidak langsung menunjukkan sokongan dan penyertaan kerajaan untuk menggalakkan lagi penyertaan orang awam di dalam perkhidmatan AW. Usahausaha murni ini perlu dipesatkan lagi untuk menentukan agar kekuatan AW sentiasa berada di tahap yang diperlukan. Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa berada di tahap yang tinggi dalam hal yang demikian, AW perlulah dilatih dan bersedia setiap masa. Tidak dinafikan bahawa keadaan negara yang aman pada masa ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan tahap kesiagaan anggota-anggota angkatan tentera. Namun beliau percaya, dengan kepimpinan yang berkesan dan dibantu dengan latihan yang menyeluruh, anggota tetap mahupun sukarela akan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang ancaman jika ada. Kementerian Pertahanan mencetuskan idea satu kompeni Askar Wataniah satu kawasan parlimen amat bersesuaian bagi meningkatkan lagi kekuatan AW. Sesuai dengan matlamatnya, saya percaya Sidang Komander Askar Wataniah ini amat penting dalam menentukan dasar-dasar am dalam pebangunan AW di masa hadapan, katanya. Pada usia yang hampir mencecah setengah abad ini, ia telah mengharungi berbagai perubahan pesat sejarah dengan keperluan untuk mendukung pertahanan negara. Perkembangan pesat ini juga melibatkan peningkatan daripada segi kekuatan keanggotaan dan juga pasukan-pasukannya. Perkembangan ini menunjukkan bahawa pembangunan AW tetap menjadi satu agenda penting dalam arus pemodenan Tentera Darat dan tidak pernah terpinggir daripada arus pembangunan perdana. Turut berkenan hadir ke persidangan tersebut, Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Duli Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin.

10 10

JUN 2007 JUN 2007

Bersama Pemimpin

Raja Muda Perlis ke 3 Bgd


Oleh: LKpl Romainor Md Din Foto: Pbt Sukiman Hj Piee KUCHING: 3 Bgd menerima lawatan rasmi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 3 Mac 2007. Ketibaan rombongan Diraja di Lapangan Terbang Kuching disambut oleh Panglima 1 Div, Lt. Jen Dato Muhamad Effendi Mustaffa dan Panglima 3 Bgd, Brig Jen Jeyabalan. Tuanku dan rombongan dibawa ke MK 3 Bgd untuk diperkenalkan kepada pegawaipegawai di bawah naungan 1 Div dan 3 Bgd seterusnya diberikan sesi taklimat mengenai perkembangan di Wilayah Satu. Pada sebelah tengah hari pula, Tuanku dan rombongan dibawa ke Wisma Perwira Sri Gading untuk santapan tengah hari. Semasa ketibaan Tuanku di Wisma Perwira Seri Gading, Tuanku disajikan dengan tarian Ngajat.

TANDA KENANGAN...Brig Jen Jeyabalan menyampaikan cenderamata berbentuk plaka kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail disaksikan oleh Panglima 1 Div

Round Table Discussion antara Komander Medan AFP dan BIAF-MILF


MINDANAO, FILIPINA: Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-3 (TPAM3) yang disertai oleh Negara Malaysia, Brunei, Libya dan Jepun ditugaskan untuk memerhati dan memantau Perjanjian Gencatan Senjata Api di antara Pihak Government of the Republic of the Philippines (GRP) dan pihak Moro Islamic Liberation Front (MILF) mencatat sejarah apabila telah berjaya mengadakan sesi Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion) pada 09 Jun 2007 di Hotel Pacific Heights, Cotabato City, Mindanao, Filipina. Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-3 yang diketuai oleh Mej Jen Dato Md Ismail Ahmad Khan buat pertama kalinya telah berjaya mengadakan sesi perbincangan meja bulat di antara komander-komander medan pihak Armed Forces of the Philippines (AFP) dan Bangsamoro Islamic Armed Forces - Moro Islamic Liberation Front (BIAF-MILF). Tujuan dan objektif utama diadakan sesi perbincangan ini adalah untuk melahirkan perasaan cintakan kedamaian, meningkatkan kerjasama dan saling memahami, meningkatkan pemahaman mengenai proses perjanjian perdamaian, memberi anjakan paradigma kepada Komander Medan kedua-dua belah pihak Suasana perbincangan ini telah berjalan dengan lancar dan tenang di mana kedua-kedua belah pihak AFP dan BIAF-MILF diberi T-Shirt yang sama warna untuk dipakai semasa proses perbincangan ini dijalankan. Di samping itu juga peluang ini digunakan untuk Komander Medan kedua-dua belah pihak saling mengenali di antara satu sama lain supaya budaya cintakan kedamaian dapat dipupuk di kalangan mereka. Majlis ini dihadiri oleh Secretary Silvestre C. Afable merupakan pengerusi Panel Damai GRP sebagai tetamu kehormat dan pemerhati dari organisasi bukan kerajaan dari dalam dan luar negara seperti Negara Jepun yang diketuai oleh Takeo Takahashi, Charge de Affaires Libya di Filipina, Sadeq AS Osman, Chris Rush dari Geneva Call Switzerland, Steve Bodorec dari Pejabat Kedutaan Amerika di Filipina. Secretary Afable dalam ucapannya menyatakan bahawa Perbincangan Meja Bulat ini berjaya dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Tim TPA-M3 di bawah pimpinan Mej Jen Dato Md Ismail Ahmad Khan, pihak GRP dan dan juga MILF kerana kesungguhan yang ditunjukkan

TINGKAT KERJASAMA...peserta AFP dan BIAF/MILF semasa Round Table Discussion bersama Secretary Silvestre C. Afable dan Mej Jen Dato Md Ismail Ahmad Khan

dalam menjaya dan melaksanakan aktiviti ini. Beliau juga berharap agar anjakan paradigma kepada kedua-dua belah pihak dapat diwujudkan supaya proses perdamaian dapat dijalankan dalam masa terdekat. Seramai 60 Komander daripada kedua-dua belah pihak telah mengambil bahagian dalam majlis ini termasuk dari Philippines National Police (PNP) serta pemerhati-pemerhati dari dalam dan luar negara. Wakil dari Jepun yang berkhidmat di dalam Tim Pemantau Antarabangsa, Nagaishi Masafumi merakamkan tahniah kepada Ketua Misi TPA-M3, Mej Jen Dato Md Ismail kerana berjaya merancang aktiviti seperti ini yang julung-julung kali diadakan dalam sejarah pertembungan kedua-dua belah pihak. Sesi perbincangan yang dilaksanakan ini bermula pada jam 0800 pagi dan berakhir pada jam 1230 tengah hari dengan upacara penyampaian sijil kepada semua peserta yang hadir. Lt Kol Mustapha Omar

JUN 2007

11

Wawancara Eksklusif

Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan Kor Risik Diraja (KRD) sebagai rakan kongsi global. Sebagai sebuah organisasi perisikan yang berpengaruh, BSPP dan KRD perlu melangkah ke hadapan dan mencari rakan kongsi global serantau dan antarabangsa dengan menaiktaraf sebagai sebuah Jabatan yang sama taraf dengan lain-lain agensi. Untuk itu ikuti wawancara wartawab BTDM, Lt Kol (B) Hj Ab Aziz Ahmad, Kapt Aishah Ismail dan jurugambar Sjn Kamarulzaman Ariffin dengan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato Salleh dalam program atau perancangan bagi memantapkan lagi BSPP.
Mej Jen Dato Mohd Salleh Hj Ismail

BTDM: Semenjak memegang jawatan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, apakah program atau perancangan yang telah dan akan dibuat oleh YBhg Dato bagi memantapkan lagi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)? YBhg Dato: Ke arah memantapkan lagi BSPP ke satu tahap perisikan yang global, versatil, relevan serta berdaya saing, saya telah menggariskan pernyataan vision dan wawasan yang perlu kita capai dalam disiplin perisikan agar kita dapat membantu ATM dalam wawasannya iaitu: * Peningkatan keupayaan sistem perisikan bersepadu BSPP (Integrated Intelligence System) bagi mencapai kesiapsiagaan ATM dan keperluan nasional. * Mempertingkatkan keupayaan pengutipan maklumat perisikan BSPP. Bagi merealisasikannya, BSPP akan secara berterusan menggemblengkan sumber bekas anggota risik, sumber tradisional dan juga resources

multi-dimensional demi mempertingkatkan keupayaan pengutipan maklumat BSPP. * Anggota perisikan yang berkualiti. BSPP dan KRD perlu menambah trade kemahiran baru yang lebih teknikal yang mampu menyaingi perkhidmatan lain dalam kemahiran teknikal. * BSPP sebagai organisasi pemimpin agensi lain (leading agency). Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, kita semestinya mewujudkan jalinan hubungan yang baik dengan semua agensi kerajaan dan badan berkanun serta pihak awam. Hubungan tentera dan awam (civil-military relations) perlu ditingkatkan ke arah menyemarakkan lagi kewibawaan BSPP dan KRD sebagai agensi perisikan yang dipandang unggul oleh agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun serta pihak awam. * BSPP dan KRD sebagai rakan kongsi global. Sebagai sebuah organisasi perisikan yang berpengaruh, BSPP dan KRD perlu melangkah ke hadapan dan mencari rakan

kongsi global serantau dan antarabangsa dengan menaik taraf sebagai sebuah Jabatan yang sama taraf dengan lain-lain agensi. BTDM: Untuk menjadikan sebuah organisasi terbaik bukanlah satu tugas yang mudah dan semestinya memerlukan banyak pengorbanan terutamanya kecekapan dan kesabaran semua yang terlibat. Bolehkah YBhg Dato jelaskan pendekatan yang diambil oleh YBhg Dato untuk mencapai matlamat tersebut? YBhg Dato: Bagi mencapai matlamat untuk menjadikan sebuah organisasi terbaik, saya telah menggariskan pernyataan aspirasi semangat setia kawan yang tinggi dan sikap saling menghormati antara satu sama lain yang perlu ada disanubari setiap warga BSPP khususnya dan KRD khasnya. Saya juga menekankan nilai dan budaya masyarakat KRD dengan menitikberatkan beberapa perkara yang

12

JUN 2007

Wawancara Eksklusif

PENDORONG KEJAYAAN...bersama isteri tercinta Datin Maimunah Juman

...Dengan maklumat risikan yang banyak melalui perkongsian dan penyaluran maklumat ini, akan membolehkan ATM bertindak lebih pantas untuk menangani sebarang ancaman...

perlu diterapkan di dalam setiap warga BSPP dan KRD iaitu: * Kesetiaan yang tinggi tanpa berbelah bagi terhadap organisasi dan negara. * Dedikasi yang jitu perlu ada pada diri warga BSPP bagi menjamin jiwa tidak gentar menghadapi sebarang cabaran serta kesanggupan dan keazaman untuk mengorbankan apa sahaja bagi mencapai visi BSPP. * Melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersungguhsungguh serta siap tepat pada masanya. Dengan penuh keihklasan. * Berusaha melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya setiap kesabaran itu akan membawa kepada kemenangan. BTDM: Di dalam Buku Perutusan Wawasan yang dikeluarkan oleh YBhg Dato, ada menyatakan ATM perlu maklumat risik hadapi perang siber boleh YBhg Dato jelaskan agar semua anggota di dalam ATM memahami kaedah peperangan di dalam era Teknologi Maklumat kini? YBhg Dato: Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, kita sedang menghadapi satu lagi kaedah peperangan iaitu perang siber. Peperangan ini boleh wujud kerana penggunaan ICT secara meluas yang boleh membuka ruang penguasaan dan eksploitasi ke atas sebarang sistem maklumat yang seterusnya berpotensi menimbulkan suasana kacau bilau yang mampu menggugat keamanan Negara. Dalam ertikata lain, peperangan siber ialah tindakan ofensif dan defensif yang diambil terhadap maklumat, sistem dan rangkaian komputer musuh di ruang siber, di samping menyekat dan menghalang kebolehan pihak musuh untuk melakukan perkara yang sama terhadap maklumat, sistem dan rangkaian komputer kita sendiri. Kita sedia maklum implikasi perang siber ke atas ATM. Untuk tujuan itu kita mempunyai struktur organisasi yang bertanggungjawab dalam perancangan, pengawalan dan pemantauan pelaksanaan dasar, latihan serta pembangunannya. Apa yang saya maksudkan dengan ATM perlu maklumat risik dalam menghadapi perang siber ialah keupayaan meningkatkan pengumpulan maklumat melalui usaha berterusan bagi menghadapi sebarang serangan, ancaman dan kelemahan ruang siber. Peningkatan ini boleh dilakukan melalui perkongsian maklumat dengan setiap perkhidmatan dalam ATM.

Selain itu ia juga menuntut agar ATM perlu menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan untuk berkongsi maklumat berkaitan keselamatan ruang siber. Bagi menambahkan lagi keupayaan ini, kita berharap agar bekas anggota tentera boleh terus menjadi mata dan telinga ATM dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat menerusi saluran sedia ada. Dengan maklumat risikan yang banyak melalui perkongsian dan penyaluran maklumat ini, akan membolehkan ATM bertindak lebih pantas untuk menangani sebarang ancaman. BTDM: BSPP merupakan organisasi perisikan dan perlu komited menyediakan perisikan untuk ATM dan juga organisasi kerajaan serta keperluan nasional. Sejauh manakah YBhg Dato mengimplementasikan perkara tersebut dalam konteks keselamatan negara? YBhg Dato: BSPP adalah merupakan badan perisikan tentera yang bertanggungjawab ke atas segala keperluan perisikan pertahanan yang berkepentingan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Sejajar dengan kedudukan ini, BSPP telah dibentuk untuk berkemampuan bagi melaksanakan peranan-peranan berikut: * Melaksanakan tindakan-tindakan dari segi perancangan, pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran perisikan operasi, strategik dan geraksaraf. * Tindakan-tindakan bagi mengesan, mencegah dan memusnahkan segala bentuk ancaman penyuluhan terhadap maklumat, subversif terhadap anggota dan sabotaj terhadap harta benda ATM. * Pelaksanaan latihan bagi mempertingkatkan profesionalisme pegawai dan anggota dalam bidang perisikan. * Sebagai pembekal utama perisikan pertahanan, BSPP bertanggungjawab merancang dan mengkoordinasikan semua sumber-sumber perisikan yang sedia ada untuk memenuhi kepentingan perisikan ATM, sesuai dengan arahan Panglima Angkatan Tentera di dalam penggubalan rancangan pertahanan semasa. Dalam konteks ini, selain memanfaatkan bantuan penugasan dari Cawangan-Cawangan yang tersedia wujud di bawah naungan BSPP, bahagian ini juga turut menjalin hubungan dan kerjasama dengan sumber

JUN 2007 JUN 2007

13 13

Wawancara Eksklusif
perisikan/keselamatan yang lain meliputi: * Perkhidmatan Perisikan Bersama (J2) dan lain-lain perkhidmatan di peringkat Tentera Darat, Tentera Laut (RISLA) dan Tentera Udara (RISUD). * Majlis Perisikan Negara dan lain-lain agensi utama seperti Bahagian Penyelidikan - Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Khas PDRM, Jawatankuasa Perisikan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri serta lain-lain agensi penguatkuasaan. * Lain-lain sumber perisikan dari luar negara yang dijalinkan secara terus melalui seminar perisikan dua-hala (bilateral). Di samping itu, sama ada secara unilateral atau secara kerjasama dengan Jawatankuasa Perisikan Negara, BSPP turut melaksanakan operasi-operasi khas perisikan di dalam dan di luar negara bagi mendapatkan perisikan pertahanan yang mempunyai kaitan dan kepentingan dengan pertahanan dan keselamatan negara secara keseluruhannya. Dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9), BSPP telah memohon untuk membuat pembelian peralatan khas terutamanya dalam monitoring system untuk mempertingkatkan keupayaan pengumpulan maklumat, pengawasan dan penjejakan serta berkeupayaan menangani ancaman siber dan information warfare. BTDM: Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, ATM juga turut mengatur semula struktur organisasi, doktrin peperangan, sistem persenjataan dan peralatan serta kaedah pengurusan dan pentadbiran. Bagaimanakah perspektif BSPP dan KRD dalam situasi ini? YBhg Dato: Adalah diperakui bahawa perkembangan teknologi dan pembangunan serta permodenan ATM telah menuntut BSPP dan KRD untuk dipersiapkan serta diperlengkapkan dengan keupayaan yang lebih mampan sejajar dengan perkembangan masa kini. Keperluan dalam mengetengahkan penglibatan aspek-aspek perisikan yang lebih mampan ini seharusnya menjurus kepada usaha memperkuat mekanisme tindak balas perisikan bagi menyokong sebuah angkatan bersenjata yang lebih responsif, tangkas, efektif, bersepadu dan mampu bertindak di dalam apa jua keadaan. Dengan lain perkataan, kita perlu berupaya untuk terus mengutarakan keupayaan perisikan sebagai force multipliers kepada ATM dalam menepati Strategi Ketenteraan Negara dan Dasar Pertahanan Negara yang dikehendaki. Sejajar dengan ketentuan berkaitan, keupayaan perisikan BSPP dan KRD perlu dipertingkatkan dan tidak boleh terus ditakuk lama. Pada dasarnya elemen-elemen perisikan kita yang sedia ada perlu dirombak supaya ianya mampu bertindak sealiran dengan pembangunan ATM, perkembangan teknologi maklumat serta perspektif strategik serantau dan global. Justeru, fokus keupayaan yang ingin dicapai merangkumi aspek-aspek peningkatan berikut:

14

JUN 2007

Wawancara Eksklusif

* Keupayaan dalam melaksanakan core business utama perisikan yang merangkumi perancangan, pengutipan, pemprosesan dan penyaluran maklumat perisikan yang menepati ciri-ciri capability based serta information superiority. * Keupayaan dalam pengutipan dan pengumpulan real time intelligence secara bersepadu. * Keupayaan dalam menyediakan predictive intelligence di peringkat strategik dan taktikal. Bagi mencapai matlamat ini penstrukturan semula BSPP dan KRD secara keseluruhannya adalah merupakan satu kemestian agar ianya wujud sebagai sebuah agensi perisikan yang berwibawa dan relevan sejajar dengan perkembangan terkini. Langkah ini akan melibatkan dua perkara utama: * Perolehan serta aset-aset moden dan terkini supaya ia boleh diintegrasikan dengan keupayaan Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) yang sedang dibangunkan oleh ATM. * Pembangunan modal insan yang bersesuaian dengan kecanggihan peralatan perisikan serta tahap profesionalisme yang meyakinkan bagi membawa BSPP dan KRD menghadapi perubahan-perubahan yang dinamik dari segi perkembangan teknologi maklumat dan konsep peperangan dalam abad ke-21 ini.

* Keupayaan dalam melaksanakan core business utama perisikan yang merangkumi perancangan, pengutipan, pemprosesan dan penyaluran maklumat perisikan yang menepati ciri-ciri capability based serta information superiority. * Keupayaan dalam pengutipan dan pengumpulan real time intelligence secara bersepadu. * Keupayaan dalam menyediakan predictive intelligence di peringkat strategik dan taktikal. Bagi mencapai matlamat ini penstrukturan semula BSPP dan KRD secara keseluruhannya adalah merupakan satu kemestian agar ianya wujud sebagai sebuah agensi perisikan yang berwibawa dan relevan sejajar dengan perkembangan terkini. Langkah ini akan melibatkan dua perkara utama: * Perolehan serta aset-aset moden dan terkini supaya ia boleh diintegrasikan dengan keupayaan Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) yang sedang dibangunkan oleh ATM. * Pembangunan modal insan yang bersesuaian dengan kecanggihan peralatan perisikan serta tahap profesionalisme yang meyakinkan bagi membawa BSPP dan KRD menghadapi perubahanperubahan yang dinamik dari segi perkembangan teknologi maklumat dan konsep peperangan dalam abad ke-21 ini. BTDM: Kerjasama dengan badan perisikan negara lain perlu bagi menangani masalah keganasan antarabangsa. Sejauh mana penglibatan BSPP dalam hal ini? YBhg Dato: Kerjasama dan persefahaman telah lama wujud di antara BSPP dengan agensi-agensi atau badan-badan perisikan asing. Perhubungan ini diwujudkan melalui persidangan KetuaKetua Pengarah Perisikan di rantau Asia Pasifik, forum berkenaan isu terrorism serantau serta Hubungan Dua Hala. Penyaluran perisikan berkaitan keganasan antarabangsa melalui pertukaran maklumat dan kerjasama dengan badan-badan perisikan negara lain sama ada perisikan taktikal atau perisikan strategik sedikit sebanyak dapat membantu BSPP menyediakan data maklumat untuk keperluan ATM dan negara bagi menangani dan membanteras kumpulan atau individu yang terlibat dalam keganasan serantau dan antarabangsa. Selain itu, BSPP turut mendapat kerjasama dan berkongsi pengalaman dari badan-badan perisikan negara lain dari segi latihan dan kepakaran kepada anggota dan pegawai KRD. BTDM: Bagi mengakhiri soalan, apakah harapan atau pesanan YBhg Dato kepada warga Kor Risik Diraja khasnya Angkatan Tentera Malaysia amnya? YBhg Dato: Saya menyeru semua warga BSPP dan KRD agar bersatu dan bertekad untuk terus komited melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas semoga BSPP dan KRD akan terus unggul Ke Arah Berjaya Dengan Bergaya.

JUN 2007

15

Wawancara Eksklusif

Pernyataan Aspirasi KPPP berkaitan nilai dan budaya masyarakat KRD


SETIA Bagi mendapatkan kejayaan yang hakiki, setiap warga Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) perlu mempunyai nilai kesetiaan yang tinggi tanpa berbelah bagi terhadap organisasi dan negara. Kesedaran yang tinggi terhadap kesetiaan akan dapat memupuk ke arah budaya setiakawan, mentaati perintah dan sanggup berkorban bagi mencapai visi organisasi dan negara tanpa berbelah bagi. Kesetiaan merupakan kerelaan hati untuk berkorban serta pengabdian diri yang timbul dari kepercayaan, keyakinan, penghormatan dan kesedaran diri yang tinggi. Oleh itu kita mesti setia kepada: * Organisasi * Tugas dan tanggungjawab. * Kepimpinan. * Rakan seperjuangan. DEDIKASI Dalam alam ketenteraan dedikasi yang jitu perlu ada pada diri warga BSPP bagi menjamin jiwa tidak gentar menghadapi sebarang cabaran serta kesanggupan dan keazaman untuk mengorbankan apa sahaja bagi mencapai visi BSPP. Dedikasi perlu disemai dan diperkukuhkan pada sebilang masa agar warga BSPP akan terus maju menghadapi cabaran, sekaligus ia melambangkan kesanggupan untuk mengutamakan penugasan daripada kepentingan yang lain dalam memburu visi. Dedikasi akan timbul secara spontan apabila ia dirangsangkan dengan minat dan fokus terhadap penugasan. Dalam membentuk dedikasi positif setiap warga BSPP perlulah: * Sentiasa ingin memajukan diri mengikut keperluan semasa. * Sentiasa sedar bahawa sumbangan dedikasi terhadap tugas akan membawa kejayaan organisasi dan negara. * mempunyai ikon sebagai ikutan dedikasi ke arahnya. * mempunyai visi yang jelas dan berusaha ke arahnya. * sentiasa gandakan prestasi kerja, komited dan memiliki disiplin yang tinggi. IKHLAS Ikhlas merupakan ciri mulia yang perlu dihayati oleh setiap warga BSPP, kerja yang dilaksanakan dengan ikhlas akan mendapat penghargaan yang tinggi daripada organisasi dan pahala di sisi Allah SWT. Ini bererti setiap warga BSPP perlu menerima tugas dengan rela hati dan penuh rasa tanggungjawab, dengan yang demikian perlaksanaan penugasan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta siap tepat pada masanya. Perbuatan ikhlas akan memberikan kesedaran bahawa sumbangan yang dilakukan adalah demi kepentingan agama dan keselamatan negara. Oleh yang demikian orang yang ikhlas akan terus berusaha bagi mencapai visi organisasinya. keikhlasan akan menjurus kepada ketulusan hati yang murni. Ianya akan membina tingkahlaku dan budi perkerti yang lulur. Justeru, menghasilkan budaya yang tinggi nilainya di sisi masyarakat madani. SABAR Sifat sabar perlu disemadikan pada setiap warga BSPP, kerana dengan adanya sifat sabar dapat memperlihatkan tahap keimanan. Hasil kesabaran hanya akan dapat dirasai pada waktu yang panjang dan jika kita mengharapkan hasil yang segera, kita perlu lagi mendalami konsep sabar hakiki dengan baik. Bertepatan dengan slogan yang diutarakan dalam al-Quran Sabar itu indah maka sudah pasti setiap individu yang memiliki kesabaran, akan merasai kebenaran slogan tersebut dengan penuh keinsafan, apabila tiba masanya. Salah satu kayu pengukur tahap kesabaran ialah sejauh mana kita dapat menghadapi cabaran, dalam konteks tugas di BSPP, setiap tugasan yang diberi adalah cabaran. Jika sifat sabar kita abaikan, besar kemungkinan kita tewas dalam mengharungi cabaran tersebut. Kegagalan bermakna kemusnahan dan ini tidak sepatutnya ada dalam diri warga BSPP. Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka pada hari ini, kerana kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang - (Surah Al-Muminun (23) : 111). Sabda Nabi,...dan ketahuilah! Sesungguhnya kemegahan itu beserta kesabaran dan sesungguhnya kelapangan itu beserta kesusahan dan sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan.

16 16

JUN 2007 JUN 2007

Latihan

JUN 2007 JUN 2007

17 17

Latihan

Dengan berbekalkan semangat yang kental, pada jam 0700 hari berikutnya mereka melakukan serangan dan menceroboh masuk ke atas kawasan terbina. Sebanyak lima bangunan yang melebihi empat tingkat perlu dibersihkan menjadi kawasan selamat. Tentera Darat Malaysia (TDM) diberi penugasan untuk menawan tiga bangunan dan mereka mampu melaksanakan serangan ini dengan jayanya walaupun pendedahan aspek ini kurang difokuskan oleh TDM. Anggota TDM berjaya mempamerkan serangan agresif dan membanggakan kerana berjaya menawan musuh di dalam bangunan tersebut dan seterusnya membuat pertahanan serta merta dan mengatur semula dalam perlaksanaan misi kedua. Mereka diuji sekali lagi pada misi ketiga dengan berundur untuk terus menggempur kedudukan musuh di kawasan Pasir Laba. Ini bertujuan menguji tahap ketahanan mental dan fizikal anggota bagi memusnah dan menawan kedudukan pertahanan pihak musuh. Serangan yang mengambil masa hampir dua jam ini memperlihatkan kesungguhan anggota kedua-dua buah negara bagi mencapai misi mereka. Demikian senario Eksesais Semangat Bersatu Siri13/2007, yang memperlihatkan jalinan dua hala antara TDM dan Tentera Darat Singapura (TDS) dalam keupayaan persahabatan ketenteraan yang mana Lim Chu Kang Camp, Singapura menjadi tumpuan. Untuk melaksanakan eksesais Semangat Bersatu yang mana melibatkan satu kompeni refal iaitu Kompeni Bravo dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dengan 4th Singapore Infantry Regiment (SIR). Eksesais anjuran HQ 2nd Singapore Infantry Briged (SIB) dan dirasmikan oleh Comd TRADOC, Brig

18 18

JUN 2007 JUN 2007

Latihan
...Objektif eksesais ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan ketenteraan dua hala yang sedia terjalin serta mempertingkatkan lagi keupayaan pertahanan TD di samping mengukuhkan lagi tahap profesionalisme dan interaksi di antara keduadua negara yang dilaksanakan secara timbal balas di bawah aktiviti Malaysia Activities Working Group (MAWG) yang bermula sejak 1989...

Jen Goh Kee Nguan serta Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato Masood Zainal Abidin yang bermula pada 21 Jun hingga 1 Jul 2007. Objektif eksesais ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan ketenteraan dua hala yang sedia terjalin serta mempertingkatkan lagi keupayaan pertahanan TD disamping mengukuhkan lagi tahap profesionalisme dan interaksi di antara kedua-dua negara yang dilaksanakan secara timbal balas di bawah aktiviti Malaysia Activities Working Group (MAWG) yang bermula sejak 1989. Di awal eksesais TDM diberi pendedahan baru dalam aspek pengendalian dan tenangan senjata Singapore Assault Rifle (SAR 21) buatan Singapura dalam Invidual Marksmanship Training (IMT) dan Section Marksmanship Training (SMT) Nee Soon Range di Pasir Laba Camp. Selain itu, TDM turut berpeluang menjalani latihan SAR 21 familiaration shoot di SAFTI yang bertujuan meningkatkan lagi tahap kecekapan setiap seksyen. TDM juga turut melawat ke Infantry Gunnery and Tactical Simulation (IGTS) di Pasir Laba yang bertujuan memberi pendedahan

serta bagi mengenal pasti pencapaian kemahiran anggota di dalam pengendalian senjata bagi melahirkan anggota yang cekap dalam penggunaan senjata. Mereka mempersiapkan diri dari segi logistik dan ketahanan mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan mendatang selaras dengan menjalani latihan sebagai pemangkin melakukan yang terbaik bagi pasukan dan juga TD amnya. Anggota TDM juga didedahkan dengan latihan Fighting In Built Up Area (FIBUA) di FIBUA Village di Chua Chu Kang, tentang bagaimana teknik dan kepakaran TDM dan TDS di dalam melaksanakan operasi bersama di kawasan terbina. Kesemua latihan yang diadakan bertujuan memberi pendedahan serta penekanan tentang kawad-kawad keselamatan serta bagaimana pemimpin merancang perlaksanaan gerakan di kawasan terbina ini selain menganalisis keadaan tanah dan muka bumi berdasarkan maklumat semasa dari segi sumber agensi awam dan keupayaan sistem telekomunikasi. Upacara penutup dilaksanakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan

JUN 2007

19

Latihan
Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin dalam ucapan menyatakan beliau berasa bangga dengan prestasi dan kecekapan yang ditunjukkan oleh TDM dalam eksesais, kerana ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk latihan akan datang. Dengan adanya latihan seumpama ini, TD boleh mempertingkatkan lagi tahap profesionalisme yang lebih tinggi di kalangan anggota dalam penugasan yang diberi, katanya. Turut hadir pada upacara penutup Chief Of Army Singapore, Brig Gen Neo Kuan Hong serta pegawaipegawai kanan kedua-dua buah negara. Kesimpulannya pada eksesais kali ini, TDM berpeluang menimba ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam latihan bersama ini selain dapat mempertingkatkan lagi profesionalisme di kalangan anggota sesuai dengan cogankata MARKSMAN SASARANKU dan ke arah TD yang lebih kredibel serta efisien. Di akhir eksesais TDM turut berpeluang membuat lawatan ke Bukit Candu dan Pasir Panjang yang banyak mempunyai peninggalan sejarah sewaktu pasukan Askar Melayu berjuang habis-habisan untuk mempertahankan Singapura daripada serangan tentera Jepun, turut ditunjukkan kedudukan pertahanan Platun Lt Adnan di mana mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Mereka turut juga dibawa melawat ke tempat-tempat yang menarik. ...TDM berpeluang menimba ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam latihan bersama ini selain dapat mempertingkatkan lagi profesionalisme di kalangan anggota sesuai dengan cogankata MARKSMAN SASARANKU dan ke arah TD yang lebih kredibel serta efisien...

20 20

JUN 2007 JUN 2007

Hal Ehwal Semasa

EBUAH negara yang merdeka dan berdaulat harus mempunyai beberapa kekuatan yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak, dari negara luar mahupun orang perseorangan. Malaysia yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tahun ini sememangnya sudah terkenal sebagai antara negara membangun yang paling berjaya. Sistem politik yang kukuh dengan sebuah kerajaan yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan, yang sentiasa bersedia bersuara untuk memperjuangkan hal-hal semasa di seluruh dunia, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati serta dianggap sebagai pemimpin oleh negara-negara dunia ketiga. Kekuatan ekonomi negara yang kian berkembang hasil daripada langkah -langkah kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak serta berhemat menjadikan kita bebas daripada hutang yang membebankan. Selain daripada menerima pelaburan dari luar negara, kita juga sudah berjaya melabur di luar negara, di Asia, Afrika dan Eropah. Kini, pembangunan pesat yang mewarnai kotaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moden yang setanding dengan kotaraya di negara maju. Di samping itu, projek-projek besar yang dikendalikan oleh kontraktor Malaysia di Saudi Arabia, Abu Dabhi, Afrika Selatan, Sudan dan Bosnia turut menjadi sebutan. Pembangun kawasan luar bandar khasnya penempatan-penempatan Rancangan FELDA, pekan kecil, kampung-kampung serta daerah pendalaman yang turut merasai pembangunan infrastruktur yang mendatangkan segala kemudahan untuk pembelajaran dan latihan, kesihatan, kebajikan, peluang pekerjaan serta untuk segala kemudahan asas kehidupan

...perolehan persenjataan, peralatan, infrastruktur dan pembangunan tenaga manusia, dapat menjadikan TD kini bergerak pantas ke arah status sebagai sebuah ketumbukan perang yang kredibel, versatil, lethal,deployable dan sustainable...
seharian, membuatkan kita menjadi negara contoh kepada negara-negara membangun yang lain. Program Rancangan Tanah FELDA, penanaman kelapa sawit dan getah, kini menjadi ikutan di Indonesia serta beberapa negara di Afrika. Kekuatan Pertahanan sebuah negara juga menjadi ciri-ciri utama bagi mengenal pasti status sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Keupayaan kita menjaga kepentingan negara serta sentiasa berjaga-jaga supaya suasana aman damai, sentosa dan tenteram dalam negara tidak dapat diganggu gugat oleh sesiapa saja, menjadi agenda utama. Kita perlu mempunyai sebuah angkatan tentera konvensional yang seimbang, versatil dan kredibel yang mampu bertindak dengan berkesan apabila diperlukan. Peningkatan Keupayaan Tentera Darat Sejajar dengan peranan Tentera Darat (TD) sebagai tunjang pertahanan negara dengan komponen tenaga manusia yang terbesar di

antara ketiga-tiga perkhidmatan, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah memperuntukkan belanjawan yang seimbang. Pengagihan belanjawan yang pragmatic untuk perolehan persenjataan, peralatan, infrastruktur dan pembangunan tenaga manusia, dapat menjadikan TD kini bergerak pantas ke arah status sebagai sebuah ketumbukan perang yang kredibel, versatil, lethal,deployable dan sustainable yang akan dicapai dalam masa yang terdekat. Perolehan pakej persenjataan ASTROS 2 Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) yang berkeupayaan menembak roket pelbagai jenis dari jarak terdekat hingga mencecah jarak maksimum 89 km menjadikan TD satu-satunya ketumbukan di Asia Tenggara yang mempunyai kemampuan tersebut. ASTROS dilihat sebagai salah satu perolehan yang dikatakan mempunyai kuasa daya deterrence. Meriam 155 mm G5 kaliber 45 yang berupaya menembak sehingga jarak maksimum 39 km telah meningkatkan lagi keupayaan tempur TD. Meriam FH70 yang sedia ada dalam pegangan Rejimen Artileri Diraja (RAD), yang berupaya mencecah jarak maksimum 30km, turut menambah kekuatan tempur TD, yang sangatsangat diperlukan dalam mengukuhkan lagi pertahanan negara. Selain sistem bumi ke bumi,

JUN 2007 JUN 2007

21

Hal Ehwal Semasa


perolehan Sistem Persenjataan Misil Jernas tahun lalu, telah meningkatkan keupayaan pasukan TD untuk menangkis kapal terbang musuh. Bersama sistem Pertahanan Udara yang sedia ada seperti ANZA MK 11 dan Meriam Oerlinkon 35 mm serta JERNAS yang baru diperolehi, memperlihatkan kesediaan TD untuk memelihara keselamatan ruang udara aras rendah dan aras sederhana. Perolehan Main Battle Tank (kereta kebal) oleh KEMENTAH dilihat sebagai satu langkah tepat untuk memantapkan lagi keupayaan TD ke arah pemodenan sistem pertahanan negara selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Kereta Kebal dalam peperangan konvensional berupaya memainkan peranan yang besar untuk menggempur musuh selain memberi impak kegerunan terhadap tentera musuh seperti infantri serta tentera yang menaiki kenderaan soft-skined. Sebagai perlindungan diri, pasukan kereta kebal juga boleh dilengkapi dengan sistem radar serta persenjataan yang mempunyai kekuatan untuk menangkis serangan kapal terbang. Dengan perolehan Main Battle Tank, keupayaan TD terus terserlah. Peningkatan perolehan peralatan dalam membangunkan keupayaan perisikan, teknologi informasi dan komunikasi (ICT), juga selaras dengan perkembangan dunia semasa. Kita tidak boleh ketinggalan dalam bidang ICT jika ingin terus bersaing atau setanding dengan negara jiran dalam era moden sekarang. KEMENTAH sudah mula untuk membangunkan keupayaan Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) yang dilihat walaupun agak terkebelakang jika dibandingkan dengan negara serantau. Namun, perkembangan ini adalah satu langkah yang belum terlambat. Segala keupayaan yang terdapat daripada system UAV, tidak dapat dinafikan keperluannya. Dalam meningkatkan pertahanan negara khasnya penguasaan ruang udara kita, bukan lagi satu mainan. Penerbangan sulung UAV buatan tempatan pada 15 Mei 2007, di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka, merupakan detik sejarah yang sungguh bermakna. Perolehan sebanyak 11 buah helikopter pemerhati ringan Agusta A 109 buatan Itali oleh TD, telah meningkatkan lagi keupayaan pasukan udara (PUTD) dilihat sebagai satu perkembangan yang sangat positif. Agusta mempunyai banyak kemungkinan untuk diterokai kegunaannya, kerana selain daripada digunakan sebagai helikopter pemerhati, pengangkutan ringan, tinjauan udara, penyelamat udara dan ambulans udara, ia juga boleh dipelbagaikan dengan kepak khas untuk pemasangan pod persenjataan roket udara ke bumi dan mesin gun. Bagaimanapun keupayaan PUTD masih banyak ruang untuk dipertingkatkan. Peningkatan Keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia sememangnya perlu mempunyai angkatan laut yang berupaya menjamin keselamatan dan keamanan kawasan maritim daripada ancaman anasir luar. Untuk kita mempertahankan kawasan maritim dengan berkesan, TLDM memerlukan penempatan kapal perang di segenap pelusuk tanah air bagi mencegah sebarang percubaan yang akan mengancam keselamatan negara. Keselamatan kawasan perairan yang terjamin akan memberikan keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia. Kehadiran kapal TLDM di serata lokasi dari Pulau Langkawi hingga Sabah dan Sarawak akan dapat menghapuskan kebimbangan rakyat tentang keadaan keselamatan negara kita. Perolehan kapal selam Scorpene dari Perancis oleh TLDM, yang dijangka mula beroperasi di perairan negara pada awal tahun 2009, merupakan satu anjakan paradigma pertahanan negara yang paling ketara dan cemerlang. Sejajar dengan perkembangan peningkatan keupayaan angkatan tentera serantau, khasnya tentera laut, yang dikatakan melibatkan peruntukan tambahan sejumlah RM360 bilion bagi negara-negara Asia Pasifik, langkah KEMENTAH perlu sokongan semua rakyat dan bukannya ditentang. Roger Marriott, Pengarah Urusan IMDEX Asia yang menganjurkan pameran pertahanan di Singapura baru-baru ini, berkata, jumlah tersebut dijangka akan dibelanjakan oleh beberapa negara Asia Pasifik untuk membeli kapal selam (30 peratus) melibatkan hampir RM100 bilion dan bakinya untuk membeli kapalkapal penangkis kapal selam, kapal peronda, kapal penyerang laju serta kapal pendaratan, dalam masa 10 tahun yang akan datang. Dalam jangka masa tersebut dikatakan sebanyak 841 buah kapal akan dibeli oleh negara-negara Asia Pasifik, sementara sebanyak 83 buah kapal selam ditempah oleh China, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Singapura, India, Pakistan, Indonesia dan Taiwan. China, antara negara yang terbesar di dunia, dijangka membuat tempahan sebanyak lima buah kapal selam peluru berpandu berkuasa nuklear serta 30 buah kapal selam penyerang untuk menambah kekuatan angkatan tenteranya. Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali, berkata bahawa perolehan kapal selam Scorpene diperlukan untuk meningkatkan keupayaan TLDM untuk mempertahankan perairan negara daripada ancaman pencerobohan oleh terutamanya kapal selam musuh. Scorpene akan memudahkan operasi pengesanan kapal selam yang berminat mencerobohi kawasan perairan negara. Beliau menambah lagi bahawa Scorpene akan melengkapkan TLDM dalam aspek peperangan secara menyeluruh khasnya keupayaan peperangan di bawah laut.

...Perolehan Main Battle Tank (kereta kebal) oleh KEMENTAH dilihat sebagai satu langkah tepat untuk memantapkan lagi keupayaan TD ke arah pemodenan sistem pertahanan negara selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Kereta Kebal dalam peperangan konvensional berupaya memainkan peranan yang besar untuk menggempur musuh selain memberi impak kegerunan terhadap tentera musuh seperti infantri...

22 22

JUN 2007 JUN 2007

Hal Ehwal Semasa


Peningkatan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bagi memenuhi keperluan untuk meningkatkan keupayaan penguasaan ruang udara negara daripada dicerobohi kapal terbang anasir luar, TUDM turut terlibat dalam rancangan peningkatan yang dilaksanakan oleh KEMENTAH. Yang terbaharu, perolehan 18 pesawat pejuang ( Multi Role Combat Aircraft ) Sukhoi Su-30MKM (dikenali sebagai Flanker) buatan Rusia dilihat sebagai satu langkah paling tepat. Dua buah Sukhoi telah tiba dan dijangkakan baki 16 lagi akan tiba secara berperingkat hingga akhir tahun 2008. Sukhoi Su-30 MKM merupakan pesawat generasi ke4 yang terbaik dalam pegangan tentera udara serantau dan keupayaannya juga dikatakan digeruni oleh pesawat pejuang yang lain di Asia. Dengan pelbagai keupayaan yang dapat menjangkau sejauh 980 km radius untuk operasi di lautan dan sejauh 1010 km radius untuk operasi di daratan, Sukhoi Su-30 MKM akan berperanan sebagai pesawat pejuang jarak jauh untuk TUDM yang paling sofistikated. Pesawat tersebut juga dibekalkan dengan persenjataan peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat (laut), serta berupaya beroperasi malam dan siang dalam semua keadaan cuaca. Pada masa ini, TUDM sudah dilengkapkan dengan beberapa pesawat pejuang lain seperti MIG29, Sky Hawk dan F18, yang dilihat mampu melaksanakan tugas utama menjaga keselamatan ruang udara negara. Apa yang perlu dipertimbangkan oleh KEMENTAH ialah untuk membuat perolehan baru pesawat helikopter untuk menggantikan pesawat NURI yang sudah lanjut usia. Di samping itu, perlu juga dibuat kajian kesesuaian untuk mendapatkan helicopter penggempur bagi meningkatkan keupayaan keseluruhan TUDM. Perkembangan Kemampuan Pertahanan Serantau Banyak negara serantau serta Asia Pasifik sedang membangunkan keupayaan sahaja berkeinginan untuk bergerak dalam wilayah sendiri, tetapi juga untuk menjangkau negara-negara lain. Australia sedang bekerjasama dengan AS dan Jepun untuk mewujudkan sebuah perisai misil balstik di Asia bagi menangkis ancaman misil dari Korea Utara. Walaupun kini Korea Utara dikatakan sudah menghentikan proses pembangunan senjata nuklear, kerjasama antara Australia, AS dan Jepun masih diteruskan. Berdasarkan andaian yang rantau Asia Pasifik kini sedang bergolak dan tidak stabil, Australia menbelanjakan sebanyak RM56 bilion setahun untuk perolehan pertahanannya.Beberapa negara Asia khuatir peningkatan perolehan persenjataan oleh Australia akan mencetuskan perlumbaan senjata di kalangan negara serantau. Namun kenyataan ini disangkal oleh Menteri Luar Australia, Alexander Downer baru-baru ini yang berkata, Australia perlu mempunyai kekuatan ketenteraan serta keupayaan untuk bertindak pantas hingga keluar negara jika diperlukan. Ini telahpun dibuktikan oleh Australia semasa sengketa Timur Leste dan Kepulauan Solomon. Thailand baru-baru ini telah mendedahkan dalam bajet tahun hadapan berjumlah RM164 bilion, hampir sembilan peratus adalah untuk perolehan pertahanan, Ini merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus daripada peruntukkan pertahanan tahun lalu. Selain sedang menghadapi pergolakan di wilayah selatan, di sempadan utara dengan Myanmar serta sempadan dengan Kemboja, Thailand dipercayai sedang membangunkan kekuatan untuk memantau kepentingannya dalam kawasan pertelingkahan di Laut China Selatan. Singapura kini merupakan negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang terkuat dan tercanggih di Asia Tenggara. Setelah membelanjakan ratusan billion RM dalam masa sedekad yang lalu, persenjataan dan peralatan tentera Singapura yang mempunyai keluasan tanah 700 km persegi dengan penduduk seramai 3.6 juta itu, kini mengatasi negaranegara lain di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia dalam jumlah perbelanjaan perolehanan peralatan dan persenjataan.

...Dalam perkembangan ketika ini, peruntukan perolehan tahunan untuk persenjataan dan peralatan oleh negaranegara Asia Pasifik dikatakan menjadi pasaran utama di seluruh dunia. Lebih besar daripada pasaran persenjataan dan peralatan khasnya kapal selam dan kapal perang, di Amerika Syarikat, bagi tempuh sepuluh tahun akan datang...

pertahanan masing-masing. Selain Malaysia, negara seperti Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan turut sedang membangunkan keupayaan pertahanan dengan pesatnya. Dalam perkembangan ketika ini, peruntukan perolehan tahunan untuk persenjataan dan peralatan oleh negara-negara Asia Pasifik dikatakan menjadi pasaran utama di seluruh dunia. Lebih besar daripada pasaran persenjataan dan peralatan khasnya kapal selam dan kapal perang, di Amerika Syarikat, bagi tempoh sepuluh tahun akan datang. Negara Australia, yang berhasrat untuk menjadi teraju utama dalam kuasa ketenteraan di Asia Pasifik, untuk tahun-tahun akan datang, akan membelanjakan sejumlah RM30 bilion, untuk membina angkatan kapal perang moden termasuk kapal pemusnah dan kapal pengangkut amfibia. Dengan perolehan tersebut Angkatan Laut Australia, akan menjadi angkatan laut yang terkuat di Asia Pasifik. Dengan kapal pengangkut amfibia yang berkeupayaan membawa lebih 2,000 anggota tentera, 16 helikopter pengangkut terup serta sebanyak 23 kereta kebal Abrams miliknya, Australia bukan

JUN 2007 JUN 2007

23 23

Hal Ehwal Semasa

Salah satu kekuatan yang dimiliki oleh tentera Singapura ialah skuadron helikopter penggempur Apache Longbow (AH-64D) yang telah meningkatkan kekuatan tentera Singapura dalam melaksanakan pelbagai misi khasnya dalam operasi bersepadu darat-udara. Skuadron 120 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dengan 20 helikopter Apache Longbow berpangkalan di Sembawang. Dengan sistem avionik terkini dan persenjataan seperti peluru berpandu Hellfire yang mampu melaksanakan serangan secara tepat dalam semua keadaan cuaca, Apache Longbow merupakan helikopter penggempur yang tercanggih di dunia. Setelah hampir empat dekad terlibat dalam pembangunan sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAV), kini Singapur sudah berjaya mempunyai UAV Hermes-450 yang dikatakan sama hebat dengan UAV milik AS seperti Predator dan Global Hawk. Singapura juga sudah diketahui ramai, mempunyai empat buah kapal selam buatan Sweden, serta sudah mempamerkan enam buah kapal friget yang mampu menentang serangan udara, laut dan kapal selam. Kekuatan RSAF dilengkapkan lagi dengan pesawat F15, F-16 Fighting Falcon dan F-5 Tiger. Di samping itu, Singapura menyimpan banyak persenjataan dan peralatan di luar negara seperti AS, Australia serta beberapa negara lain . Singapura juga sering menghantar pasukan tenteranya berlatih di luar negara seperti AS, Australia dan New Zealand, bagi memantapkan lagi daya tempur semua pasukan darat, laut dan udaranya di mata dunia. Penutup Kerajaan Malaysia bukan bercadang untuk bersaing dengan angkatan bersenjata negara jiran atau mana-mana negara rantau Asia Pasifik dalam perolehan persenjataan dan peningkatan kemampuan pertahanan. Kita bukan mahu berlumba atau mengancam sesiapa, tapi mahu membina jati diri sebagai sebuah negara yang berdaulat. Segala perolehan serta peningkatan yang dilaksanakan adalah sejajar dengan perkembangan global serta mengikut keadaan keselamatan dewasa ini. Adalah penting bagi Malaysia mempunyai keupayaan untuk menjaga dan melindungi daratan, perairan serta ruang udara sendiri, sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Malaysia juga perlu mempunyai kekuatan tentera darat, laut dan udara yang mampu menjamin semua kawasan

...Dengan pelbagai keupayaan yang dapat menjangkau sejauh 980 km radius untuk operasi di lautan dan sejauh 1010 km radius untuk operasi di daratan, Sukhoi Su-30 MKM akan berperanan sebagai pesawat pejuang jarak jauh untuk TUDM yang paling sofistikated...

kepentingan di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu. Proses peningkatan kemampuan pertahanan memakan masa yang lama dan tidak upaya dilaksanakan dalam masa yang singkat. Ada ketikanya, tatkala peralatan atau persenjataan yang ditempah tiba, peralatan lama dalam pegangan sudah luput tarikh kegunaannya. Maka dengan itu peningkatan peralatan serta peningkatan keupayaan perlu berjalan berterusan agar tidak timbul ketika negara tidak mempunyai kuasa yang

sepatutnya. Perancangan jangka panjang seperti yang dilaksanakan oleh KEMENTAH sekarang adalah satu langkah tepat dan perlu diteruskan. Seiring dengan peningkatan pembangunan Malaysia menuju status negara maju tahun 2020, pembangunan keupayaan pertahanan keseluruhannya juga tidak boleh tercicir. Tetapi yang lebih mustahak lagi ialah seluruh tenaga ATM perlu bergerak bersama seiring dengan perolehan peralatan dan persenjataan agar tidak ketinggalan dan segala perolehan peralatan dan persenjataan tersebut pula akan menjadi gajah putih dan tidak boleh digunakan apabila diperlukan. Perolehan peralatan dan senjata yang canggih perlu selari dengan peningkatan keupayaan pengendali peralatan dan persenjataan terbabit. Proses perolehan juga memakan masa bertahun dari tarikh mula membuat kajian kesuaian hingga tarikh peralatan tiba. Selepas proses penerimaan peralatan selesai, akan timbul pula proses penyelenggaraan, baik-pulih supaya peralatan dan persenjataan dapat bertahan sehingga tamat tempuh kegunaan selamat. Dengan demikian, sememangnya proses dari mula hingga akhir perlu berjalan dengan lancar mengikut peraturan yang telah disusun. Teruskan misi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

24 24

JUN 2007 JUN 2007

Rencana

ARYA Sun Tzu bertajuk Ping Fa atau Seni Peperangan atau The Art of War yang ditulis lebih kurang 2,500 tahun dahulu masih diterima pakai sebagai buku teks atau bahan rujukan di beberapa institusi tentera di seluruh dunia. Sejak terbitnya buku ini, ramai pemimpin dan pemerintah tentera terutama sekali di zaman peperangan di tanah besar China menggunakan buku tersebut untuk mengatur strategi peperangan mereka. Doktrin Sun Tzu ini juga diguna oleh Mao Tze Tung di abad ke-20. Di antara ungkapan yang sering dipetik ialah kenali musuh kamu dan kenali diri kamu, kamu tidak akan tewas walaupun berperang 100 kali. Ping Fa (nama asal buku ini) yang membawa makna Seni Perang/Peperangan telah diberi pengiktirafan dan penghargaan yang tinggi di peringkat antarabangsa dan selanjutnya telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Russia. Matlamat asal buku ini ditulis adalah untuk menewaskan musuh semasa negeri China dilanda peperangan dalaman. Walaupun dihasilkan untuk kegunaan ketenteraan dari segi strategi dan taktik peperangan keberkesanannya telah diperluaskan kebeberapa bidang seperti politik, ekonomi, diplomasi, falsafah dan geografi. Oleh kerana prinsip dan objektif yang terkandung di dalamnya mempunyai persamaan dengan dunia hari ini maka badan-badan korporat melandaskan kepada beberapa prinsip dan strategi buku ini untuk mengeksploitasi segala peluang yang ada. Asas buku The Art of War adalah untuk

menewaskan musuh dengan kepintaran, dan bukan hanya kekuatan tentera. Perang itu adalah sesuatu yang serius dan Sun Tzu percaya perjuangan ketenteraan juga merupakan satu konflik yang komprehansif merangkumi soal politik, ekonomi dan diplomasi. Sebaliknya pula peperangan tamadun ini yang digarap di bawah Revolutionary Military Affairs merangkumi aspek sains dan teknologi yang tidak dapat diduga oleh Sun Tzu. Namun demikian, Sun Tzu berkata perang adalah penting kepada negara, perang adalah hidup atau mati, jalan untuk selamat atau musnah. Oleh itu pelajarilah perang itu dengan serius. Salah satu aspek penting yang sering digunakan dalam peperangan ialah perisikan. Tujuannya ialah untuk mengetahui keadaan pihak musuh. Sun Tzu berkata seorang panglima atau jeneral akan menang didalam perang kerana maklumat awalnya. Maklumat seperti ini hanya datang daripada mereka yang tahu keadaan musuh Perisik mesti diarah untuk memastikan perkara tersebut. Dengan itu, maklumat yang sahih atau perisikan menjadi penentu bagi sesuatu keputusan atau decision making dan juga sebagai combat multipliersemasa perang. Sepertimana kata Sun Tzu, jika kamu kenal diri kamu dan kenal musuh kamu, dalam seratus pertempuran sekali pun kamu tidak akan takut kepada keputusannya. Apabila kamu kenal diri kamu tetapi tidak kenal musuh kamu, peluang untuk kemenangan dan kekalahan adalah sama. Jika kamu tidak kenal diri kamu dan juga musuh kamu pasti di dalam setiap pertempuran kamu di dalam bahaya.

Sun Tzu juga memberi penekanan tentang tanggungjawab seorang pemimpin. Menurut Sun Tzu, seorang pemimpin atau ketua diibaratkan seperti jejari roda. Jika jejari itu diikat, roda itu akan menjadi kuat, begitu jugalah sesebuah negara atau angkatan. Jika jejari itu rosak, negara atau angkatan juga akan menjadi lemah. Dalam konteks ini, sebagai seorang ketua dalam tentera, prinsip yang diurit oleh Sun Tzu lebih tertumpu kepada peranan dan tanggungjawab, sempena memimpin tentera dalam peperangan. Pemimpin tentera juga adalah seorang pengurus yang mentadbir dan mengurus organisasinya. Sememangnya tujuan utama seorang pengurus adalah ingin mengurus dengan cara yang terbaik, tetapi persoalannya apakah cara terbaik itu? Sun Tzu berpendapat pengurusan itu akan berjaya jika elemen-elemen asas seperti moral, pimpinan dan doktrin ditahami dan dipraktik dengan betul. Pengertian moral ialah melihat kepada peranan dan bagaimana pengurus menguruskan kakitangannya. Menurut Sun Tzu, moral boleh menyebabkan rakyat patuh kepada pemimpin, dan mereka akan mengikut pemimpin itu semasa hayatnya dan matinya tanpa berasa takut akan sebarang ancaman malah kehilangan nyawa mereka sekalipun. Sikap menghormati dan adil dalam melayani kehendak kakitangan akan mendatangkan hasil yang terbaik kepada mereka. Dorongan harus diberikan kepada kakitangan untuk mencapai produktiviti yang diinginkan. Taraf seorang ketua itu dihormati dan

JUN 2007 JUN 2007

25 25

Rencana

...seorang ketua atau pemimpin seharusnya memiliki nilai-nilai kebijaksanaan, keikhlasan, keprihatinan, keberanian dan ketegasan. Nilai tersebut juga merupakan asas kepada pembentukan pengurusan yang dicitacitakan... Sun Tzu
dihargai kerana pimpinannya untuk mencapai ketahap seorang yang berwibawa. Menurut Sun Tzu seorang ketua atau pemimpin seharusnya memiliki nilai-nilai kebijaksanaan, keikhlasan, keprihatinan, keberanian dan ketegasan. Nilai tersebut juga merupakan asas kepada pembentukan pengurusan yang dicitacitakan. Kebijaksanaan bermakna-mampu mengenal pasti perubahan semasa dan mengadakan rancangan atau cadangan untuk mengikuti perkembangan dan perubahan. Keikhlasan pula adalah sikap terbuka pemimpin itu terhadap kakitangannya. Pemimpin itu perlu menerima pendapat daripada kakitangannya untuk mencapai keberkesanan perancangan yang ingin dilaksanakan. Rancangan yang baik akan terbentuk dari pandangan dan maklumat yang kolektif. Sikap keprihatinan akan sentiasa memastikan seorang pengurus itu mengambil berat dan simpati terhadap kakitangannya di samping menghargai usaha serta penat lelah mereka. Sikap ini mengatasi keikhlasan kerana terwujudnya hubungan memerlukan antara satu sama lain diantara ketua dan orangorangnya. Sun Tzu berkata di dalam peperangan, seorang panglima/pemerintah itu akan menerima arahan daripada pemerintahnya. Dia kemudian akan mengumpulkan tenteranya dan jadikan tenteranya kepada satu entiti yang sepadan. Mengenai pengurusan sumber manusia Sun Tzu berkata seorang ketua yang bijaksana akan menyimpan kekuatannya daripada membiarkannya. Dia memilih orang-orangnya menurut bakat mereka dan menggunakan mereka untuk mengeksploitkan keadaan. Konsep ini sering digunakan oleh kebanyakan pengurus sumber manusia bertujuan untuk membantu organisasi dan kakitangan untuk menjalankan tugas mereka supaya lebih bertanggungjawab dan lebih sesuai. Prinsip Seni Perang karya Sun Tzu tidak mempunyai penerangan terperinci dan tiada formula tertentu yang disampaikan. Keseluruhan prinsip itu hanyalah bayangan terhadap apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak. Namun, ianya boleh digunakan untuk menyelaraskan masalah pengurusan. Untuk memahami prinsip itu haruslah dikaji dan mengikuti beberapa pendekatan tertentu antaranya fleksibiliti dalam menggunakan prinsip-prinsip yang berlainan dan bergantung kepada persekitaran serta keadaan.

26

JUN 2007

Marksman

Pengenalan

AWASAN dan matlamat utama Army 2 10 plus 10 adalah agar TD menjadi sebuah angkatan tempur yang berkeupayaan, versatil dan tangkas serta berkemampuan memenuhi pelbagai peranan. Program ini menyediakan tindakan-tindakan transformasi TD dari sebuah angkatan menentang insurgensi kepada sebuah angkatan yang mampu menghadapi cabarancabaran keselamatan masa kini. TD akan terus membangunkan keupayaannya kerana ianya merupakan teras kepada ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sejak berjaya dalam usahanya untuk menamatkan peperangan melawan insurgensi menentang ancaman PKM, TD telah mencapai tahap pembangunan yang boleh dibanggakan dalam mengubah bentuk angkatannya menjadi sebuah angkatan yang kebolehsuaian (adaptable) dan fleksibel serta mampu memenuhi obligasi serta tanggungjawab dalam negeri, dan di masa yang sama mendokong peranan yang perlu dimainkan dalam operasi pengaman di peringkat

antarabangsa. Cabaran utama yang dihadapi oleh organisasi adalah untuk mencapai perubahan ini untuk memenuhi peranan-peranan yang perlu dimainkan di masa akan datang, di masa yang sama, melaksanakan lain-lain tugas biasa. Budaya Marksman bertujuan mewujudkan sebuah organisasi yang mengutamakan prestasi sebagai daya gerak, dan ini merupakan satu proses yang mempunyai pelbagai dimensi yang melibatkan penyesuaian kepada teknologiteknologi baru, struktur organisasi yang sentiasa berubah, memenuhi keperluan konsep gerakan bersama (joint operating concepts) dan membentuk setiap soldadu menjadi pemimpin. Seterusnya, mencapai status Marksman bukanlah merupakan penghujungnya tetapi permulaan satu budaya yang baru dalam menyesuaikan organisasi kepada persekitaran keselamatan yang sentiasa berubah. Oleh demikian, sebenarnya proses membangunkan TD di masa akan datang tertanam dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan hari ini, esok dan di masa akan datang. Tujuan

melaksanakan budaya Marksman adalah untuk mewujudkan sebuah angkatan yang relevan dan menggerakkanTD ke tahap yang lebih tinggi. Ini boleh direalisasikan melalui penelitian terhadap faktor-faktor utama kejayaan yang kritikal secara berterusan dalam usaha menguatkuasakan peranan dan fungsi secara berkesan. Angkatan Darat yang bersifat Marksman di masa akan datang dianggotai oleh mereka yang mempunyai sifat-sifat pemimpin dan pengurus, pelbagai keupayaan dan kemahiran dan nilai-nilai kepahlawanan yang tinggi (great warrior ethos values) dalam semua aspek pelaksanaan tugasan mereka, sama ada di waktu aman atau perang. Konsep Pembangunan Konsep pembangunan TD mengandungi tiga dimensi medan pertempuran; udara, darat dan laut. Dalam konteks ini, laut yang dalam dan ruang udara yang luas akan dikawal oleh TLDM dan TUDM. Pun demikian, TD telah merangka rancangan untuk membangunkan keupayaan udaranya melalui Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang akan menyediakan tinjauan udara, tugas mengiring dan bantuan tembakan. Pasukan udara ini akan secara langsung dijadikan mata di langit peringkat rendah dan kereta kebal udara bagi gerakan-gerakan darat. Program pembangunan ini merangkumi konsep Kavalri Udara (Air Calvary) penggunaan helikopter serangan bagi membantu operasi darat. Di masa akan datang, PUTD akan mempunyai keupayaan mengaturgerak anggota jauh di barisan

JUN 2007 JUN 2007

27

Marksman

hadapan dan di kawasan-kawasan penting pertempuran. Pasukan ini juga akan menyediakan bantuan garis pejera (line of sight support) bagi angkatan darat dengan menggunakan keupayaan elektronik yang dimiliki bagi membolehkan senjata berpangkalan darat (ground-based weapons) menembak ke atas sasaran dengan tepat. PUTD akan juga dibentuk untuk dilengkapi dengan keupayaan anti-kereta kebal bagi menentang kereta kebal musuh jauh di barisan hadapan medan pertempuran. Selain dari itu, Pasukan Udara Tentera Darat akan membantu usaha-usaha membenteras keganasan-keganasan trans-nasional seperti penyeludupan dan keganasan di perairan (aktiviti lanun) yang dilaksanakan melalui gerakan bersama dengan angkatan bersenjata negara-negara jiran serta program-program kerjasama keselamatan yang lain. Integrasi aktiviti-aktiviti Pasukan Udara Tentera Darat bersama angkatan udara yang ada akan mempertingkatkan kemampuan angkatan darat untuk melaksanakan gerakan bersama secara berkesan dan efisien. Kekuatan pasukan ini juga akan dipertingkatkan melalui penggunaan Unmanned Aerial Vehicles atau UAV (pesawat terbang tanpa pemandu).Perancangan untuk menggunakan UAV akan memantapkan lagi kemampuan TD melaksanakan tinjauan dan pengesanan ke atas medan pertempuran. Perolehan kenderaan pengangkutan berperisai Adnan telah mempertingkatkan daya gerak (mobility) dan daya tembakan pasukan infantri, yang merupakan elemen yang kritikal dalam menawan serta menduduki satu-satu objektif dalam pertempuran. Platform-platform ini bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk mengatur-gerak pasukan infantri, tetapi juga diperlengkapkan dengan daya tembakan yang mencukupi sekiranya berlakunya pertempuran Kenderaan ini mampu beroperasi dengan baik dalam keadaan tanah di negara ini dan disediakan dengan daya gerak serta daya tembakan yang berkesan kepada pasukan infantri. TD juga telah memperolehi kereta-kereta kebal atau main battle tanks untuk memperlengkapkan Kor Armor Diraja. Ini akan digunakan

...Perolehan kenderaan pengangkutan berperisai Adnan telah mempertingkatkan daya gerak (mobility) dan daya tembakan pasukan infantri, yang merupakan elemen yang kritikal dalam menawan serta menduduki satu-satu objektif dalam pertempuran...
28

JUN 2007 JUN 2007

Marksman
persenjataan yang sedia ada memperlihatkan bahawa TD tidak pernah hilang pandangan serta tumpuan terhadap revolusi urusan-urusan ketenteraan atau revolutions in military affiars serta pencapaian terkini teknologi pertahanan yang berlaku secara pantas. Seperti kebanyakan negara-negara lain, Malaysia mempunyai pandangan terhadap pertahanan yang menjurus kepada pertahanan hadapan dan pencegahan. Oleh demikian, perolehan sistem-sistem persenjataan ini bertujuan membangunkan tahap serta postur pertahanan negara, dan sekiranya perlu memenangi apa juga bentuk pertempuran sekiranya peperangan berlaku. Walaupun keupayaan menentukan kredibiliti, perolehan platform-platform senjata sebegini akan memperlengkapkan TD dengan keupayaan-keupayaan seperti di gambar rajah di sebelah. Keupayaan TD TD telah merancang dengan teliti perolehan-perolehan ini untuk membentuk sebuah angkatan yang decisive yang berkemampuan bertindakbalas terhadap angkatan musuh yang lebih kuat. Melalui perolehan sistem persenjataan yang mantap, TD berkemampuan menjadi sebuah angkatan yang boleh melaksanakan juluran kuasa (force projection) dan serangan tepat (precision strike).Ini termasuk penggunaan network centric systems atau sistem rangkaian berpusat di peringkat strategik dan sistem pengurusan medan tempur (battlefield management systems) di peringkat taktikal dan operasi. Integrasi hubungan pemerintah dan komunikasi akan membolehkan pemerintahpemerintah memperolehi maklumat keadaan tempur dalam masa sebenar (real time combat situation information) untuk membuat keputusan secara tepat dan betul. Gabungan aset-aset ini akan memperkukuhkan lagi kredibiliti TD dalam membenteras ancaman-ancaman yang mendatang. Ia juga dapat membangunkan kemampuan menghadapi isu-isu keselamatan yang timbul seperti jenayah trans-nasional. Secara ringkas, keupayaan-keupayaan ini akan membentuk TD menjadi sebuah angkatan yang kredibel serta berkemampauan melaksanakan pelbagai misi mempertahankan negara dan melindungi masyarakat daripada apa juga bentuk ancaman. Pembangunan TD akan dipertingkatkan seterusnya melalui usaha-usaha melahirkan tenaga kerja yang profesional dan versatil. Ini akan dapat diperolehi dengan mewujudkan putaran pembelajaran (learning), menyisih pembelajaran yang lampau

sebagai serbuan hadapan (forward thrust) dan penerobosan (breakthrough) dalam pertempuran. Kereta-kereta kebal ini akan menjadi sumber daya tembakan yang dilindungi (protected firepower) beserta daya gerak untuk mengeksploitasi penerobosan yang dilakukan. Kelebihan yang diperolehi ketika pertempuran yang disediakan oleh kereta-kereta kebal ini adalah kemampuannya bertempur dengan kereta-kereta kebal yang lain di medan. Keupayaan pertahanan udara TD diperkemaskinikan lagi oleh Kor Artileri Diraja yang diperlengkapkan dengan sistem pertahanan dan peluru berpandu (misil) jarak dekat sepert Jernas, Igla dan Starburst. Dalam masa jangka panjang, terdapat beberapa perancangan untuk memperolehi aset-aset pertahanan udara jarak sederhana yang lain. Artileri medan juga dijangkakan akan dipertingkatkan keupayaannya untuk membantu angkatan darat ketika pertempuran. Usaha-usaha untuk memperolehi serta mempertingkatkan

Organisasi Marksman

JUN 2007 JUN 2007

29 29

Marksman
yang dikongsi bersama setiap anggota yang bekerjasama ke arah satu matlamat. Berlandaskan kepada keperluan ini, TD secara progresif sedang menukar minda, atau lebih tepat lagi melaksanakan perubahan paradigma terhadap anggota-anggotanya, terutama sekali di peringkat bawahan, agar menjadi pemimpin dan pengurus. Ini dilaksanakan dengan mempertingkatkan kemampuan mereka agar dapat mempamerkan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam tugas masing-masing. Seorang pemimpin dan pengurus Marksman diharapkan mempunyai pelbagai kaedah kepimpinan dan kemahiran pengurusan yang boleh diaplikasikan dalam melaksanakan fungsi tugas mereka. Seseorang Marksman perlu sensitif dan fleksibel, dan mempunyai kebolehsuaian terhadap perubahan organisasi. Walaupun sebuah organisasi Marksman adalah berorientasikan kepada perlaksanaan prestasi, ia juga menggalakkan persekitaran kerja yang sihat yang mengimbangi keperluan individu dan organisasi. Berpandukan kepada ini, falsafah Marksman bertujuan mengadunkan pelbagai perlakuan yang berbeza dengan kemahiran-kemahiran yang boleh menguntungkan kedua-dua individu dan organisasi. Budaya Marksman tidak bertujuan melahirkan pemimpin dan pengurus yang hanya berupaya memberi arahan-arahan serta mengoptimakan penggunaan sumber-sumber yang ada. Sebaliknya, ia bertujuan melahirkan individu-individu yang mempunyai keghairahan untuk berkhidmat kepada anggota lain, berkongsi nilai-nilai, komited serta bertindak secara berkumpulan ke arah merealisasikan wawasan organisasi. Di setiap peringkat organisasi, TD berkehendakan setiap individu menggabungkan kepimpinan serta gaya pengurusan yang berbeza-beza, bagi mengekalkan kejayaan dan di masa yang sama, sentiasa relevan. Walaupun terdapat banyak bentuk kepimpinan serta gaya pengurusan yang amat berbeza, TD menitikberatkan beberapa sifat dan ciri-ciri yang penting yang perlu diamati oleh setiap individu untuk mencapai falsafah Marksman seperti gambar rajah di atas. Usaha-usaha ke arah melangkaui SASARAN MARKSMAN Melangkaui jangkauan falsafah Marksman memerlukan, pertama, kepimpinan ketenteraan (military leadership) dan ini menuntut agar seseorang itu mempunyai pengetahuan tempur, kemahiran dan kemampuan mempengaruhi anggota bawahan untuk mencapai misi yang dipertanggungjawabkan. Kedua, kepimpinan mengikut keadaan atau situational leadership

(unlearning) dan pembelajaran semula (relearning) secara berterusan di setiap peringkat pemerintahan TD. Oleh kerana pengetahuan merupakan kriteria utama dalam menentukan ketegasan serta ketepatan sistem persenjataan, TD perlu melatih anggotaanggotanya agar menjadi yang terbaik dari segi pengetahuan dan kemahiran, agar mereka mempunyai daya saing untuk mengatasi apa juga halangan dan kekurangan. Merujuk kepada rancangan strategik serta halatuju Marksman, TD sedang berusaha membangunkan struktur-strukturnya agar mampu menyatupadukan, menyelaras, menggabung dan menyesuaikan organisasi kepada keperluan-keperluan operasi/ gerakan.Struktur organisasi sedemikian memberi fleksibiliti dan kebolehsuaian sekiranya diperlukan oleh pasukan petugas ataupun organisasi matriks bagi merancang misi dan gabungan strategik (strategic alliances) atau gerakan bersama. Dari sudut yang lebih menyeluruh, program Army 2 10 plus 10 akan menggerakkan TD ke arah mewujudkan organisasi Marksman sebagaimana yang dilakarkan. Ia menggambarkan keperluan terhadap perolehan secara berterusan akan keupayaan-keupayaan yang diperlukan bagi memastikan agar TD kekal sebagai sebuah angkatan yang relevan dan kredibel. Pemimpin dan pengurusan MARKSMAN Cabaran yang dihadapi oleh organisasiorganisasi yang berjaya pada zaman ini adalah untuk mengekalkan kejayaan tersebut dan

Budaya Marksman tidak bertujuan melahirkan pemimpin dan pengurus yang hanya berupaya memberi arahanarahan serta mengoptimakan penggunaan sumbersumber yang ada
menentukan agar ia sentiasa relevan dengan persekitaran. Untuk TD mencapai matlamatnya diaturgerakkan oleh peningkatan prestasi, ia perlu sentiasa membangunkan sumber tenaga manusianya agar sentiasa dinamik dan kreatif. Budaya Marksman bertujuan melahirkan individu-individu yang berwawasan dan sentiasa mempertingkatkan prestasi. Mereka juga berupaya mengarah anggota bawahan dan formasi ke arah pencapaian matlamat organisasi. Untuk mencapai semua ini, setiap individu dalam TD perlu memainkan peranan masing-masing sebagai pemimpin, menggerakkan organisasi, dan sebagai pengurus yang boleh mengoptimakan sumbersumber yang ada untuk mencapai wawasan organiasi. Di era moden ini, tanggungjawab memimpin dan mengurus organisasi tidaklah bergantung semata-mata kepada pihak atasan tertinggi sahaja; ia kini menjadi tanggungjawab

30 30

JUN 2007 JUN 2007

Marksman
di mana eselon atasan menyesuaikan gaya kepimpinannya bersesuaian dengan pengalaman, kemahiran dan keinginan anggotaanggota untuk mencapai kejayaan serta kesanggupan menerima tanggungjawab. Ketiga, ianya memerlukan kepimpinan berbentuk altruistik atau tidak mementingkan diri sendiri, yang merangkumi sifat-sifat serta amalanamalan menjaga (caring), berkongsi (sharing), mengasuh (nurturing) dan mesra (bonding) dengan anggota lain. Ia berorientasikan kepada kebajikan anggota, prihatin dengan perasaan orang di sekelilingnya, dan sentiasa berusaha untuk memperolehi keadaan menang-menang (win-win situation ). Penggabungan gaya kepimpinan yang berbeza-beza ini akan melahirkan seorang Marksman yang berdisiplin tinggi dan fleksibel dalam perlaksanaan mencapai matlamat-matlamat organisasi, tanpa melupakan keperluan-keperluan anggota bawahannya. Di sebaliknya, pihak pengurusan tidak boleh sama sekali disisih kerana, tanpa kepimpinan yang berkesan, sumber-sumber organisasi tidak dapat diuruskan dengan efisien. Gaya-gaya pengurusan mungkin berubah dari satu organisasi ke organisasi yang lain tetapi terdapat beberapa faktor yang sama. Pertama, pengurusan melalui objektif atau Management by objectives (MBO). In termasuk penggunaan Balance Scorecard dan petunjuk utama prestasi atau key performance indicators. Kedua adalah pengurusan melalui prestasi atau management by performance, yang menitikberatkan pelaksanaan kerja-kerja yang berkualiti tinggi yang dihasilkan melalui motivasi dan hubungan kerja (working relationships). Lain-lain faktor termasuk pengurusan melalui gaya (management by styles) bagi memenuhi keperluan keadaan persekitaran. Pengurusan melalui sistem maklumat (management by information systems) bergantung kepada penjanaan data-data dalam organisasi, dan pengurusan melalui bimbingan dan pembangunan (management by coaching and developing) di mana sumber tenaga kerja dilatih untuk mengekalkan kecekapan. Oleh demikian, seorang marksman adalah pemimpin dan pengurus yang berupaya mengimbangi aspirasi individu, altruisme dan memenuhi kehendak-kehendak organisasi. Pengurusan Medan Pertempuran MARKSMAN Dunia yang semakin berkembang dalam alaf baru ini mempertontonkan kepada kita semua akan peperangan yang berlaku secara praktikal tanpa menggunakan kekuatan fizikal dan keupayaan memerintah dan mengawal kesemua aset pertempuran merupakan faktor kejayaan utama. Pengurusan medan pertempuran kini menjadi elemen penting kepada angkatan darat dewasa ini dan TD sendiri memperakui kepentingannya. Tuntutan peperangan di masa hadapan tertumpu kepada penguasaan kawasan pertempuran (domination of battle area), pertempuran tepat (precision engagement), perlindungan medan pertempuran (battlefield protectiuon) dan penumpuan terhadap bantuan logistik (focussed logistics support). Oleh kerana maklumat adalah penting untuk menguasai medan pertempuran, TD telah menetapkan halatujunya untuk membangunkan keupayaankeupayaannya dalam sistem pengurusan medan pertempuran. Proses untuk membangunkan keupayaankeupayaan ini akan berterusan bagi menggabungkan struktur perintah dan kawalan antara elemen-elemen tempur dan seterusnya, mengatur gerakkan dari peringkat kumpulan petugas hingga ke pertempuran di peringkat angkatan tentera. Bagi mencapai kekuasaan yang berpatutan dalam peperangan maklumat, TD kini sedang membangunkan program rangkaian pusat (network centric programme) kerana ini dianggap sebagai satu kaedah penting dalam pengurusan medan pertempuran. Walaupun kekuatan udara diperlukan bagi mengaturgerakkan angkatan darat secara berkesan, kekuatan maklumat akan memberi kesedaran tinggi terhadap keadaan medan pertempuran serta memantapkan lagi dalam proses membuat keputusan. Memenangi satusatu pertempuran di masa akan datang bergantung kepada bagaimana pantasnya kebolehsuaian sesebuah angkatan kepada perubahan persekitaran keselamatan yang berlaku begitu pantas. Walaupun perubahan persekitaran keselamatan boleh mengubah strategi-strategi dan kaedah pertempuran, hanya pengurusan medan pertempuran yang effektif yang bakal menentukan kejayaan satusatu misi. Membangunkan sebuah tenaga kerja yang berpengetahuan dan profesional serta mempertingkatkan aset-aset tempur adalah langkah permulaan yang dilaksnakan oleh TD untuk menjadi Marksman di medan pertempuran. TD berhasrat untuk mewujudkan keupayaan pengurusan medan pertempuran

JUN 2007 JUN 2007

31 31

Marksman
...Pertama, mengenalpasti kelemahan-kelemahan serta kekurangan-kekurangan dan rancangan untuk mengatasinya bagi menghadapi cabaran-cabaran keselamatan yang sedia ada. Kedua, menentukan keupayaan-keupayaan yang diperlukan agar ianya kredibel dalam mengatasi kelemahankelemahan dan memenuhi cabarab-cabaran keselamatan yang bakal wujud melalui perancangan berdasarkan keupayaan (capability-based planning). Keperluan untuk menghadapi cabaran-cabaran keselamatan di masa aman sedang giat diusahakan, disamping persediaan menghadapi peperangan sekiranya berlaku, dan TD perlu mengimbangi kedua-kedua keperluan strategik ini...
seperti dilakarkan seperti berikut. Selain daripada melaksanakan peranan operasi TD ianya juga boleh digunakan untuk bekerjasama dengan lain-lain agensi di masa aman dan di dalam misi-misi pengaman. Mengekalkan hubungan atau relevan Persekitaran keselamatan di masa akan datang amat sukar untuk diramal dan adalah penting untuk kita sentiasa menganalisa persekitaran tersebut secara berterusan bagi memastikan agar organisasi sentiasa relevan dengan persekitarannya. Sama seperti TD yang telah wujud sejak tahun 1933, telah melalui beberapa pengstrukturan dan penyusunan semula agar kekal relevan sebagai sebuah angkatan pertahanan. Oleh kerana ancamanancaman boleh wujud dalam pelbagai bentuk, adalah wajar agar keupayaan-keupayaan yang bersesuaian diperuntukkan kepadanya. Oleh demikian, TD perlu sentiasa mengimbangi dan menyusun semula angkatannya bagi menghadapi keperluan-keperluan strategik yang wujud di persekitarannya. Oleh kerana adalah menjadi keinginan TD agar sentiasa relevan kepada persekitarannya, ia perlu mengutamakan perancangannya dari dua perspektif yang berbeza; Pertama, mengenalpasti kelemahan-kelemahan serta kekurangan-kekurangan dan rancangan untuk mengatasinya bagi menghadapi cabaran-cabaran keselamatan yang sedia ada. Kedua, menentukan keupayaan-keupayaan yang diperlukan agar ianya kredibel dalam mengatasi kelemahan-kelemahan dan memenuhi cabaran-cabaran keselamatan yang bakal wujud melalui perancangan berdasarkan keupayaan (capability-based planning). Keperluan untuk menghadapi cabaran-cabaran keselamatan di masa aman sedang giat diusahakan, di samping persediaan menghadapi peperangan sekiranya berlaku, dan TD perlu mengimbangi kedua-kedua keperluan strategik ini. Di dalam program 2 10 plus 10 , TD akan terus mengekalkan keupayaan-keupayaan yang terbaik yang sedia ada dan membangunkan yang lain bagi mempertingkatkan hubungan organisasi dan kesiapsiagaan tempur. Untuk mengekalkan relevan ini, TD akan menitikberatkan tiga kecekapan (competencies) utama yang disokong dengan keupayaan-keupayaan penting yang lain; Pertama, melatih dan membangunkan anggota-anggota agar menjadi Marksman dengan memberi tumpuan meningkatkan lagi kecekapan dan di masa yang sama memberi peluang-peluang kepada pemerintah untuk merancang dan peluang memerintah di setiap peringkat gerakan. Kedua, menitikberatkan pembangunan keupayaan kekuatan yang terdapat dalam juluran kuasa, serangan tepat, pengurusan medan pertempuran dan lebih penting lagi, penggabungan dalam operasi bersama. Ketiga, penilaian semula, secara berterusan doktrin, methodologi dan sistem latihan bagi memenuhi keperluan keselamatan kebangsaan. Melebihi batasan (GETTING BEYOND) Menjangkau atau melebihi limitasi yang telah dirancang merupakan satu kebolehan untuk membayang dan membangunkan kemampuan-kemampuan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan organisasi. Begitu juga, hierarki pemerintahan TD sedang merancang untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya bagi memantapkan lagi pertahanan negara. Adalah penting TD perlu bersikap bergantung hanya kepada diri sendiri (self-reliance) yang menjadi aspirasi dalam dasar pertahanan negara. Sekiranya TD secara berterusan bergantung kepada aset serta bantuan pertahanan dari negara-negara luar, ianya akan hanya membawa kepada pergantungan bantuan asing dan kelekaan yang hanya akan menghadkan atau membantut pembangunan organisasi. Jika ini berlaku, TD akan menjadi tidak relevan dan tidak mempunyai justifikasi terhadap peranan-peranannya sebagai mekanisme pertahanan negara. Sering berlaku, sesebuah organisasi akan hanya dapat menghadapi situasi-situasi yang wujud dengan kemampuan yang diperolehi, dan sekiranya ini berlaku, TD akan hanya dapat menghadkan peranannya kepada apa yang ia ada (terutama

32

JUN 2007 JUN 2007

Marksman
dalam aspek sumber-sumber). Untuk membolehkan TD mengekalkan agar ianya sentiasa relevan, ia perlu merancang tahap kemampuan dan kecekapannya yang menjangkau tahap yang sedia wujud. Berdasarkan kepada ini, program Army 2 10 plus 10 bertujuan untuk menyesuaikan organisasi dengan satu konsep terbuka yang akan menilai secara berterusan, kecekapan TD sebagai sebuah angkatan yang mampu melaksanakan pelbagai peranan serta berupaya diaturgerakkan dalam pelbagai situasi-situasi tempur. Tambahan pula, TD berupaya mengaplikasikan keupayaannya menggunakan kaedah-kaedah bukan orthodoks bagi menghadapi cabaran-cabaran keselamatan yang timbul. Kaedah-kaedah ini, yang mungkin pada amnya berlainan daripada apa yang sering dilaksanakan dan kadangkala sukar diterima, berupaya memberi kejutan kepada elemenelemen yang tidak diingini yang mengancam keselamatan wilayah serantau. Sekiranya kaedah-kaedah ini diperkukuhkan lagi melalui kerjasama keselamatan dan kerjasama berpasukan; ancaman-ancaman sedemikian boleh dihapuskan dengan mudah. Seterusnya, strategi boleh dianggap terhad dan ini berlaku apabila imaginasi-imaginasi, keupayaankeupayaan serta aspirasi berkurangan. Untuk menjadi relevan, TD perlu mengeksploit aset-asetnya dengan berkesan, dan pengaruh ke atas wilayah-wilayah sempadan serta kepentingan negara bagi menghindar apa juga bentuk ancaman keselamatan dan juga ekonomi. TD berkemungkinan tidak mampu untuk mendapatkan teknologiteknologi pertahanan yang tercanggih di dunia, namun ini tidak akan menghalang TD untuk beraspirasi menghadapi apa juga bentuk bakal ancaman yang dihadapi. Pengetahuan mengenai keselamatan persekitaran akan membuat kita sedar akan keperluan-keperluan yang akan membawa kepada perubahan melalui tindakan-tindakan yang bersesuaian. Bagi setiap halangan yang wujud sama ada secara tidak sengaja ataupun dengan tujuan, terdapat peluang-peluang yang wujud dan TD akan berusaha memperolehi peluang-peluang ini untuk mempertingkatkan kerjasama keselamatan dalam mengatasi isu-isu keselamatan yang dihadapi oleh semua di rantau ini. Dalam dunia yang semakin kompleks, sebuah organisasi ketenteraan perlu lasak dalam pemikiran dan cerdik serta licik dalam tindakan untuk muncul sebagai pemenang dan menjadi relevan. Oleh demikian, untuk membangunkan keupayaan berfikir agar berupaya menjangkau melintasi batasan yang dihadkan, TD menanamkan budaya Marksman untuk melahirkan anggotaanggota yang mempunyai ketabahan mencari dan memperolehi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui pembelajaran yang berterusan dan pengstrukturan semula formasi bagi menghadapi cabaran-cabaran keselamatan masa kini. Ringkasan Ancaman keselamatan merupakan sifat persekitaran yang wujud secara semula jadi dan TD perlu menghadapi kehendak-kehendak ini bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara tidak diancam. Bagi mencapai hasrat ini. TD perlu mengekalkan kewujudannya agar sentiasa relevan, dan ini boleh dicapai dengan membangunkan anggota-

...Oleh demikian, untuk menjadi sebuah angkatan yang kredibel dan relevan, TD telah mencetuskan ide budaya Marksman, Dengan mengapplikasikan prinsip-prinsip Marksman, TD akan sentiasa menepati sasaran-sasarannya...
anggota yang berpengtahuan, yang berkemampuan mengenalpasti akan peluangpeluang yang wujud serta mengambil tindakantindakan yang bersesuaian dalam situasisituasi pertempuran. Dengan kewujudan sebagai sebuah angkatan yang kredibel dan relevan, TD perlu membuktikan kewajaran peranan-peranan utamanya dalam pertahanan negara. Oleh demikian, untuk menjadi sebuah angkatan yang kredibel dan relevan, TD telah mencetuskan idea budaya Marksman, Dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip Marksman, TD akan sentiasa menepati sasaran-sasarannya. Secara ringkas, objektif utama adalah untuk membentuk sebuah organisasi tempur yang cemerlang.

Nota : Marksman The Target for the Malaysian Army ditulis oleh YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz Zainal. Edisi asal dalam bahasa Inggeris kini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Penulis telah berusaha sebaik mungkin untuk menterjemahkan kandungan buku ini. Sebarang kesilapan dari segi penyusunan ayat mahupun terjemahan, sekiranya ada, merupakan kesilapan yang tidak disengajakan. Semoga akan wujud usahausaha untuk menterjemahkan dengan lebih baik akan buku ini. Kewujudan buku ini dapat menyumbang kepada khazanah sejarah negara yang sedia ada untuk bacaan dan rujukan generasi masa hadapan Mej Zulkifli Dato Hj Tahir

JUN 2007 JUN 2007

33 33

Pengurusan Emosi
ARU-BARU ini, negara dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah helikopter Nuri dengan enam krewnya. Kelu dan sebak di dada apabila mengetahui keenam-enam mereka gugur sebagai pahlawan negara. Sebagai seorang warga tentera, nyawa jadi taruhan. Kedaulatan, kemakmuran, kedamaian, nikmat kemerdekaan dan kelangsungan hidup rakyat di bumi bertuah ini adalah di atas pengorbanaan pahlawan yang tidak takut mati. Untuk hidup mesti berani mati kerana orang yang takut mati walaupun hidup hakikatnya mereka sudah lama mati. Hidup ini mesti diteruskan. Walaupun berat hendak melepaskan mereka pergi......namun apakan daya; Tuhan lebih menyayangi mereka. Marilah kita berdoa moga roh-roh mereka bertemu damai dan mendapat keredhaan Tuhan. Pada keluaran kali ini penulis ingin berkongsi kisah dari satu e-mail yang diterima dari seorang kawan yang telah penulis terjemahkan; kisah satu warkah dari tahun 2070. Ianya berbunyi begini: Salam nan sejahtera daripada kami yang berada di tahun 2070. Walaupun saya baru berusia 50 tahun tetapi rupa saya seperti orang tua yang berusia 85 tahun. Dewasa ini saya menghadapi masalah buah pinggang yang serius sebab saya hanya meminum air yang terlalu sedikit. Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk hidup justeru saya terpaksa mengutuskan warkah ini buat tatapan tuan-tuan yang budiman. Saya adalah orang yang paling tua hidup di dalam masyarakat dewasa ini. Saya masih teringat ketika saya berumur 5 tahun, segalanya berlainan. Terdapat banyak pokok-pokok di dalam taman, rumah-rumah ada taman yang indah dan saya mampu menikmati masa yang panjang ketika mandi dan duduk di dalam bilik mandi untuk tempoh yang lama. Namun, sekarang kami terpaksa membersihkan diri dengan menggunakan bahan pakai buang yang diperlembabkan dengan minyak mineral. Sebelumnya, perempuan berasa bangga dengan rambut mereka yang panjang ikal mayang. Namun sekarang, kami terpaksa membotakkan kepala untuk membersihkannya tanpa menggunakan air. Dulu, ayah saya selalu membasuh kereta dengan air yang keluar dari hos. Di hujung minggu kami selalu berpesta di tepian pantai, kolam; ada tema air dan wet world. Tapi kini semuanya direngut sepi. Hari ini kanak-kanak mendapati agak sukar untuk percaya yang seseorang tidak lagi boleh melakukan yang sedemikian. Dulu, saya masih ingat terdapat banyak tanda amaran Jangan Membazir Air. Tetapi tiada siapa yang peduli. Kebanyakan kita menyangka bahawa air tiada had. Hari ini, sungai, empangan, lagun dan air bawah tanah semuanya sama ada tercemar ataupun telah kering sepenuhnya. Lanskap yang mengelilingi kita telah bertukar kepada padang yang tandus saujana mata memandang. Infeksi gastro-intestinal, penyakit kulit dan salur kencing kini telah menjadi penyebab utama kematian. Industri kini lumpuh, pengangguran kini telah mencecah ke tahap yang kritikal. Kilang penyahgaraman dan penyulingan air laut adalah majikan utama. Mereka memberikan pekerja air minuman sebagai ganti gaji. Manusia saban hari menyamun air di jalanan yang sepi. 80 peratus makanan kini adalah sintetik. Sebelum ini, adalah disarankan bahawa orang dewasa perlu meminum delapan gelas air sehari. Hari ini aku hanya dibenarkan untuk minum setengah gelas. Memandangkan kami tidak boleh lagi membasuh, pakaian dibuang justeru bahan buangan dan sampah-sarap semakin bertimbun. Kami terpaksa menggunakan semula tandas septik, sama seperti dulu kerana sistem kumbahan terhenti kerana ketiadaan air. Tubuh manusia kelihatan menakutkan. Tubuhnya lemah, dipanggang sinar mentari dan penghidratan yang ekstrem; kesakitan disebabkan oleh pancaran sinar ultra ungu yang kini tidak lagi mampu ditapis oleh atmosfera bumi kerana lapisan ozon yang semakin nipis. Pertambahan gas rumah hijau di persekitaran atmosfera bumi menyebabkan suhu meningkat. Pemanasan global kini sedang melanda bumi. Disebabkan oleh kulit yang kering, seorang wanita berusia 20 tahun kelihatan seperti lebih dari 40 tahun.
Sebelum ini, adalah disarankan bahawa orang dewasa perlu meminum delapan gelas air sehari. Hari ini aku hanya dibenarkan untuk minum banyak setengah gelas.

34

JUN 2007 JUN 2007

Pengurusan Emosi ...Apabila anak perempuan saya bertanya tentang bagaimana keadaannya di zaman saya muda-muda dulu. Saya menerangkan tentang keindahan alam semulajadi. Saya memberitahu tentang hujan, flora dan fauna. Bagaimana enaknya mandi-manda di sungai, memancing di tasik dan meminum sebanyak mana air yang diperlukan...
Para saintis telah membuat pelbagai penyelidikan dan ujian; tetapi tiada penyembuh. Kita tidak mampu mengeluarkan air. Penebangan hutan yang tidak terkawal dan ketiadaan air telah mengakibatkan kekurangan pokok-pokok. Ini mengurangkan bekalan oksigen yang ada justeru telah menurunkan tahap kecerdasan otak (IQ) generasi mendatang. Morphologi kebanyakan spermatozoa individu telah diubah..... akibatnya kanak-kanak yang dilahirkan dengan pelbagai kekurangan, mutasi dan ketidaksempurnaan. Kerajaan terpaksa membuat rakyat membayar cukai untuk setiap udara yang kami sedut; 137 m3 (31.102 gal) setiap orang setiap hari. Mereka yang tidak mampu membayar cukai akan diusir dari kawasan ventilasi yang dilengkapi dengan paru-paru mekanikal gergasi yang digerakan oleh kuasa solar. Walaupun udara yang dibekalkan di kawasan ventilasi tidak berkualiti namun sekurang-kurangnya kita mampu bernafas di sana. Purata umur manusia hanya sekitar 35 tahun. Sesetengah negara telah berjaya merizabkan beberapa pulau yang mempunyai anak sungai dan tanaman. Kawasan ini dikawal rapi oleh pihak tentera. Air telah menjadi komiditi yang sukar dan jarang; menjadi penting dan mendapat permintaan yang tinggi; lebih berharga daripada emas dan berlian. Di sini tiada lagi pokok-pokok kerana tiada hujan. Walau pun hujan; yang turun adalah hujan asid. Kini tiada lagi musim seperti dulu; perubahan cuaca dan efek rumah hijau serta aktiviti pencemaran yang kita lakukan pada abad ke 20 yang lalulah puncanya. Acapkali kita diberi amaran untuk menjaga alam sekeliling namun tiada siapa yang peduli. Apabila anak perempuan saya bertanya tentang bagaimana keadaannya di zaman saya muda-muda dulu. Saya menerangkan tentang keindahan alam semulajadi. Saya memberitahu tentang hujan, flora dan fauna. Bagaimana enaknya mandi-manda di sungai, memancing di tasik dan meminum sebanyak mana air yang diperlukan. Saya menceritakan tentang betapa sihatnya manusia ketika itu. Beliau bertanya: Ayah! Kenapa kini tiada lagi air? Saya rasa terbuku di dada ketika hendak menjawab soalannya. Saya terpaksa merasa bersalah kerana saya berasal dari generasi yang memusnahkan alam persekitaran hanya kerana tidak ambil endah tentang apa jua amaran....... walaupun begitu banyak sekali. Saya berasal dari generasi terakhir yang sepatutnya mampu membuat perubahan tetapi enggan bertindak. Hari ini, anak-anak kami terpaksa membayarnya dengan harga yang besar dan berat. Berkemungkinan besar pada pandangan saya, di dalam waktu terdekat, di bumi ini tidak akan lagi ada kehidupan lantaran kemusnahan alam sekitar yang sudah sampai ke tahap yang paling amat membimbangkan. Bagaimana kalau boleh, saya ingin pulang semula ke masa lalu dan memberi faham kepada bangsa manusia di mana ketika mana masih boleh berbuat sesuatu untuk selamatkan planet bumi kita yang indah ini.........sebelum terlambat. Bagaimanakah perasaan pembaca selepas menatap lembaran ini. Hati mana yang tidak terguris apabila mengenangkan apa yang akan terjadi kepada generasi mendatang akibat kealpaan generasi hari ini. Beginilah tabiat manusia; di kala diulit kemewahan kita mudah lupa sehingga pembaziran menjadi sesuatu yang lumrah. Para pembaca budiman yang datang ataupun bertugas di bangunan KEMENTAH saban hari naik lif; perasan ke tidak tentang satu poster yang terpampang di dinding lif tentang berjimat-cermat? Di poster itu tertera tentang penggunaan telefon, air dan elektrik di bangunan KEMENTAH. Statistik tahun 2005 menunjukkan pengunaan telefon dan faks sebanyak RM25.9 juta; bil air sebanyak RM16.38 juta dan bil elektrik sahaja mencecah RM89.6 juta. Keseluruhannya berjumlah RM131.88 juta. Ini adalah satu jumlah yang agak banyak untuk sebuah kementerian. Boleh beli enam buah kereta kebal PT91M kalau RM20 juta sebuah! Kita pasal membazir memang nombor satu. Berapa ramai di antara kita yang merancang dahulu sebelum membuat panggilan? Atau menggunakan telefon dan faks hanya bagi urusan rasmi sahaja? Berapa ramai di antara kita yang menggunakan kemudahan e-mail

JUN 2007 JUN 2007

35 35

Pengurusan Emosi
sebagai saluran komunikasi? Siapa di antara kita yang rajin menutup semua suis lampu dan alatan elektrik yang tidak digunakan? Kalau ada kebocoran segerakah kita melaporkan? Berapa banyak air yang kita gunakan untuk memberus gigi, membasuh kereta ataupun bersyampu? Kita tidak mengambil endah kerana kita tahu kalau di rumah kita punya sukalah sebab sendiri yang bayar. Kalau di pejabat pun kita punya sukalah sebab bukan kita yang membayarnya....kerajaan yang bayar. Begitu juga dengan penggunaan kertas; berapa ramai di antara kita yang menggunakan kertas dan sampul surat terpakai ataupun fotostat di atas kedua-dua belah muka surat. Kerja di MINDEF ni memang mewah dengan alat tulis dan kertas.... tidak seperti di unit; kertas fotostat kadang-kala kena beli sendiri. Air adalah satu komoditi yang amat penting. Menurut majalah National Geographic (Jul 2007) orang Eropah mendahului orang lain di dunia yang paling banyak meminum air botol dari minuman yang lain. Ini secara tidak langsung melonjakkan permintaan air global daripada 28 kepada 47 bilion gelen di antara tahun 2000 dan 2006. Orang Itali yang paling banyak meminum air; sekitar 203 liter sehari. Kalau kita tidak menghargai air dari sekarang; mungkin seperti mana yang dinyatakan di dalam surat di atas akan menjadi kenyataan. Hendak minum setengah gelas air sehari pun sukar! Fenomena pembaziran air menjadi sesuatu yang lumrah kalau kita pergi di mana-mana sama ada di kawasan awam ataupun di mana-mana kem tentera. Kalau kita tinjau di kem tentera terutama di berek bujang dan wisma, lampu menyala sampai ke tengah hari, air paip bocor dan melimpah bagaikan anak sungai yang mengalir tanpa henti....namun tiada yang peduli; kerana apa? Sebab perangai (traits), sifat (character) dan tabiat (behaviour) sebahagian di antara kita yang tidak mapan. Pengurusan emosi kita lemah. Kita tidak mempunyai kesedaran diri (self awareness); lantas tidak mampu mengurus diri (self management) dengan sempurna. Rentetan dari itu kita juga tidak pandai dan tidak mempunyai kesedaran sosial (social awareness) dan seterusnya tidak faham aspek pengurusan sosial (social management). Kita tidak pandai menghargai nikmat kurniaan Tuhan. Seperti kata orang: we never know the worth of water till the well is dry. Sikap sebahagian daripada kita memang begitu; suka tunggu dan lihat.. selalunya kita apabila nampak bintang di langit terus lupa rumput di bumi. Mengapa agaknya sukar untuk kita mengamalkan nilai-nilai murni yang tulus dalam menjaga harta awam serta menguruskan kemudahan-kemudahan yang

ada secara berhemah? Jangan sampai orang kata pembangunan infrastruktur yang kita ada bertaraf kelas pertama tetapi mentaliti kita masih di tahap mentaliti kelas ketiga. Kenapa agaknya kita sukar sangat hendak berubah? Menurut ahli psikologi, perubahan bukan mudah. Kadang-kala perubahan ataupun peningkatan diri dan kerjaya amat menakutkan dari memuaskan. Ada dua penghalang utama kepada perubahan iaitu sama ada kerana selesa apa yang ada (complacent) ataupun takut pada perubahan itu sendiri. Ramai yang memperkatakan tentang anjakan paradigma (paradigm shift). Paradigm berasal dari perkataan Greek yang bermaksud: model, teori, persepsi, andaian ataupun rangka rujukan. Ianya diperlukan jika sekiranya kita ingin membuat quantum change pada diri dan keadaan kita. Untuk membolehkan anjakan ini terjadi kita perlu menanggalkan pakaian sifat bangga diri serta kejahilan dan berfikiran terbuka (open minded), menjadi pendengar yang baik dan mempunyai tahap emotional and mental maturity yang tinggi. Bagaimana kita hendak mengukur tahap kematangan emosi dan mental seseorang? Sebagai contoh anak kecil kita ingin sangat hendak mendapat patung ultraman; disebabkan tahap kematangan emosi dan mentalnya rendah maka kalau kita tidak beri dia akan berguling-guling dan menangis di

depan kedai. Tetapi kalau isteri kita hendak membeli TV Plasma 50 inci tetapi kita kata NO! Takkan dia juga hendak berguling-guling depan kedai tu! Disebabkan tahap pengurusan emosi dan kesedaran diri yang lemah membuatkan kita tidak mengetahui nilai dan potensi diri yang sememangnya tersedia wujud di dalam setiap diri insan. Nilai Dan Potensi Diri Menurut Jaafar Muhammad (7 Formula Hidup Sukses), batu, kayu, pokok ataupun binatang tidak mempunyai nilai baik ataupun nilai jahat. Mungkin ia berharga tetapi tidak mempunyai nilai baik ataupun jahat. Batu permata, walaupun ia mahal, tetapi ia juga tidak mempunyai nilai baik ataupun jahat. Apabila individu itu dipatuk ular, ular berkenaan tidak dikatakan jahat atau berdosa. Baik, jahat, dosa dan pahala diletak pada manusia, tidak ke atas batu, kayu, pokok atau binatang. Setiap manusia yang berakal dan baligh mempunyai nilai. Nilai yang didokong adalah nilai baik ataupun nilai jahat. Manusia dinilai bukan berdasarkan rupa paras ataupun kedudukan. Manusia dinilai berasaskan tingkah laku atau perbuatan. Namun begitu, tingkah laku dan perbuatan ditentukan oleh sikap. Manakala, sikap ditentukan oleh pandangan atau pegangan hidup. Menurutnya lagi, pandangan atau pegangan hidup ini disebut sebagai tasawwur. Pandangan hidup menentukan cara berfikir, niat dan cara individu bertindak. Albert Smith menggunakan

...permintaan air global daripada 28 kepada 47 bilion gelen di antara tahun 2000 dan 2006. Orang Italy yang paling banyak meminum air; sekitar 203 liter sehari...
36
JUN 2007 JUN 2007

Pengurusan Emosi
perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Namun begitu, kita dapati ada individu yang mengerjakan sembahyang tetapi masih melakukan maksiat. Puasa juga salah satu proses pembersihan jiwa yang mempunyai objektif bagi membentuk jiwa bertakwa. Orang yang bertakwa adalah mereka yang akan mendapat petunjuk Tuhan. Mereka yang mendapat petunjuk Tuhan walaupun mungkin matanya buta tetapi hati tidak buta. Pada keluaran yang lalu penulis ada menyatakan adalah lebih merbahaya buta hati daripada buta mata kerana orang yang buta hati bukan sahaja tidak dapat petunjuk Tuhan malahan akan menjadi parasit kepada yang lain. Hidup jangan jadi seperti melukut di tepi gantang; menambah tidak, mengurang pun tidak! Paling tidak jadilah seperti kisah si tempayan retak. Kita Semua Tempayan Retak Kisah ini dipetik dari sebuah akhbar. Kisahnya tentang seorang tukang air yang memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh, setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh. Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang utuh berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata pada si tukang air, Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu. Kenapa kamu berasa malu? tanya si tukang air. Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air daripada yang sepatutnya. Saya yang membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi, kata tempayan itu. Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bungabunga indah di sepanjang jalan. Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali dia minta maaf pada si tukang air atas kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu, Apakah kamu memperhatikan adanya bungabunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang utuh? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang. Setiap daripada kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun, usah takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat memanfaatkan orang lain. Tidak ada yang terbuang percuma di mata-Nya. Ketahuilah, di dalam kelemahan, pasti akan menemukan kekuatan kita. Seseorang disebut sebagai orang yang sukses jika ia mampu terus hidup dan menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran di dada. Ketahuilah di saat kita berseronok mandimanda dengan air yang melimpah-ruah, nun di sebalik sana ada insan yang hidup di tanah gersang yang ketandusan. Setiap titik air yang kita bazirkan mungkin mampu memberi hidup kepada seribu nyawa yang tidak berdosa. Ingat sebelum kena; jimat sebelum habis kerana sesal dahulu pendapatan; sesal kemudian tidak berguna. Jangan biarkan paip air terbuka. Tutup air jika tidak digunakan contohnya ketika memberus gigi, menyabun kereta ataupun bersyampu dan hanya gunakan sewaktu membilas saja waimma siapa yang membayarnya. Kalau hendak seribu daya; apa jua tindakan yang kita buat dapat mengurangkan kos bil air, malah yang penting memelihara sumber alam semulajadi yang mampu bertahan hingga akhir nanti; agar kita tidak lagi menerima warkah dari tahun 2070.

Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya

istilah sistem kepercayaan. Quran menggunakan istilah iman. Iman menentukan amal. Iman membentuk sikap. Sikap menentukan tabiat atau tingkah laku. Segala nilai-nilai baik bersandar kepada potensi asas dalam diri manusia, iaitu takwa. Manakala segala nilai-nilai buruk juga bersandar kepada potensi asas dalam diri, iaitu jahat. Kedua-dua potensi ini disediakan Tuhan apabila menyempurnakan penciptaan manusia. Menyucikan jiwa bermakna menggilap potensi takwa. Tuhan mengutuskan rasulnya bagi mengajar manusia cara melakukan proses menggilap pontensi takwa, iaitu dengan melakukan pembersihan jiwa. Asas takwa dan proses utama pembersihan jiwa adalah mengesakan Tuhan. Manakala, inti pati utama menggilap potensi takwa adalah proses menggilap iman dalam jiwa. Tidak ada takwa tanpa iman. Takwa adalah hasil daripada proses pembersihan jiwa. Soal pasti ataupun tidak bergantung sejauh mana kita faham dan sedar apa yang kita lakukan. Menggilap takwa, adalah proses yang berterusan, memerlukan keikhlasan, kefahaman, kesedaran dan cara yang betul. Sembahyang salah satu proses pembersihan jiwa yang membentuk potensi takwa dan mencegah individu melakukan maksiat. Tuhan menyatakan dalam surah alAnkabut ayat 45 yang bermaksud, Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari

JUN 2007 JUN 2007

37 37

Tinjauan Pendapat

Kenaikan gaji membantu anggota bawahan. Apa kata mereka ?


Kira-kira 1.2 juta kakitangan perkhidmatan awam bakal menikmati kenaikan gaji setelah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 21 Mei 2007 di Pusat Konvensyen Antarbangsa Putrajaya (PICC).Tidak terkecuali bagi warga Tentera Darat yang diberikan tambahan 20 peratus daripada peratusan kenaikan gaji pokok sebagai pengiktirafan beban tanggungjawab dan cabaran. Berikutan itu, gaji anggota tentera dinaikkan antara 9 hingga 42 peratus mengikut kumpulan sokongan. Sekalung terima kasih buat kerajaan Malaysia yang terus memberi kepercayaan kepada kita. Umum mengetahui pengumuman kerajaan menaikan gaji kakitangan awam baru-baru ini sedikit sebanyak menggembirakan semua pihak termasuklah anggota tentera. Lebih besar periuk, lebih besarlah keraknya. Itu pepatah Melayu yang sinonim dengan kita. Kehidupan ini perlu seimbang dari semua sudut. Islam juga mengajar kita tentang kesederhanaan dalam apa jua keperluan. Manusia diberikan nafsu dan akal fikiran. Nafsu sentiasa berkehendakan sesuatu tanpa batasan. Akallah yang mencorak keseimbangan nafsu. Tanpa akal pasti kita berada dalam kedudukan tidak terkawal. Minda kita sering terkondisi dengan deria. Ini banyak melemahkan kita kerana terkeliru dengan apa yang dirasai. Sebagai contoh, apabila kita lapar tetapi bila melihat lauk yang banyak kita akan keliru untuk membuat pilihan. Begitu juga dengan masalah kewangan. Apabila berada dalam kancah kewangan yang meruncing, sudah tentu kita akan berhati-hati berbelanja. Tetapi apabila jumlah pendapatan meningkat kita mula keliru lalu berbelanja tanpa kawalan. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sama ada kenaikan gaji ini sedikit sebanyak dapat menbantu anggota bawahan ataupun tidak ikutilah tinjauan pendapat oleh Wartawan BTDM, Pbt Saiful Fazley Rusli dan Jurugambar, LKpl Abdul Rahman Mohamad terhadap warga tentera.

Bagi, Sjn Ramli, 35, gaji baru kini yang diterima begitu menggembirakan beliau kerana sebelum ini jika hendak membuat sesuatu pinjaman kenderaan atau perumahan begitu sukar sekali diluluskan oleh pihak bank kerana gaji pokok yang terlalu kecil dan sekarang apabila beliau berurusan dengan pihak bank tidak banyak menghadapi masalah seperti dahulu kerana gaji pokok kini boleh dianggap besar.

Kpl Corina, 33, berpendapat dengan kenaikan gaji baru ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan beliau sekeluarga yang mana sebelum ini jika hendak berbelanja beliau terpaksa menghadkan sesuatu pembelian agar tidak menghadapi masalah di kemudian kelak. Selalunya jika hendak berbelanja saya akan lihat kepada bajet yang hendak dibelanjakan tetapi dengan kenaikan gaji baru ini saya untuk keluarga dan anak-anak, boleh berbelanja lebih sedikit katanya.

C
38 38
JUN 2007 JUN 2007

TOH ON

LKpl Jasmin Rahim, 27, bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan diatas kenaikan gaji baru yang diumumkan kerana apa yang diinginkan sebelum ini tercapai dengan kenaikan gaji baru ini. Kenaikan gaji baru ini juga dapat membantu anggota tentera tidak terlibat dengan gejala yang tidak diingini iaitu berhutang dengan pihak along yang mana boleh merosakkan diri seseorang anggota tentera itu sendiri, katanya.

Tinjauan Pendapat
berpendapat memang tepat pada masanya kerajaan menaikkan gaji kepada kakitangan awam dan juga tentera kerana pada zaman yang serba canggih ini tidak ada benda yang tidak menggunakan duit termasuklah dengan barangan kegunaan seharian yang semakin naik kini seiring dengan pembangunan negara masa kini dan dengan kenaikan gaji ini memang dapat membantu anggota tentera peringkat bawahan. Kpl Saimin, 27,setuju dan berterima kasih kepada kerajaan kerana dengan kenaikan gaji baru ini memang banyak membantu anggota tentera khasnya di peringkat bawahan didalam pelbagai aspek. Memang tidak dinafikan kenaikan gaji baru yang diumumkan kerajaan begitu membantu kami di peringkat bawahan tidak kira dalam apa jua aspek sama ada perbelanjaan harian, pinjaman perumahan dan sebagainya, katanya.

Luk

Mohd

Khalib,

26,

Kpl Zainal Mohd Yunnus, 36, berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana sepanjang perkhidmatannya ini adalah ganjaran kenaikan gaji yang paling tinggi pernah beliau rasai. Justeru, saya ingin menyeru kepada semua rakanrakan agar berbelanja dengan lebih cermat. Tanamkan sikap menabung atau menyimpan bagi masa depan kita dan keluarga. Di samping itu, ibu bapa kita pula janganlah dilupa. Apalah kiranya jika kita menambahkan peruntukan untuk mereka berdasarkan gaji baru

sekarang. Saya yakin mereka juga pasti tersenyum sebagaimana kita menerima nikmat ini, jelas beliau.

Manakala Pbt Yusrie Roslan, 30, berpendapat kenaikan gaji baru ini memang banyak membantu anggota bawahan masa kini dan berharap kepada semua warga tentera tidak begitu terleka dengan kenaikan gaji baru tersebut. Saya gembira dengan kenaikan gaji baru ini dan berharap kepada semua anggota tentera tidak terlalu boros dengan penerimaan gaji baru ini tetapi haruslah mempunyai sikap berjimat cermat dan menabung atau menyimpan untuk kegunaan masa hadapan, jelasnya.

LKpl Abdul Luqman, 26, begitu gembira dengan penerimaan gaji

baru ini yang mana dapat membantu meringankan beban beliau seharian dan menghargai keputusan kerajaan menaikan gaji kakitangan awam dan berharap dengan kenaikan ini tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati dan berharap pihak kerajaan juga memantau pihakpihak yang berkenaan yang menaikan barang sesuka hati diatas kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kerajaan.

LEBIH BESAR PERIUK, LEBIH BESARLAH KERAKNYA...lihat boleh beli jangan, biar kita segak merancang dan cantik berbelanja

Rancanglah dengan teliti mengikut penumpuan setiap aspek keperluan agar semua warga Tentera Darat mampu merealisasikan kenaikan dalam erti kata sebenar. Biar kita segak merancang dan cantik berbelanja, bukan hanya sekadar memperlihatkan kesegakkan dan disiplin diri di dalam kerjaya. Berfikirlah secara rasional serta kreatif dalam menangani keperluan perbelanjaan di era yang penuh cabaran ini.
JUN 2007 JUN 2007

3939

Semasa Markas Medan

PTD ke MK Medan
Oleh: Kpl Fadzli Jab SUNGAI BESI: Markas Medan Tentera Darat menerima lawatan ulung daripada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin di sini baru-baru ini. Lawatan ini merupakan julung kali diadakan semenjak Jen Tan Sri Muhammad Ismail mengambil alih tugas Pemerintah Tertinggi Tentera Darat. Ketibaan PTD disambut oleh Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato Zulkifeli Mohd Zin. Terdahulu beliau mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari 1 RAMD. Lawatan PTD kemudiannya diteruskan dengan taklimat di Bilik Gerakan. Taklimat disampaikan oleh Ketua Staf Am Markas Medan, Brig Jen Dato Abd Jalil Hj Hasbullah yang merangkumi aspek-aspek seperti operasi, latihan, pentadbiran serta logistik. Kunjungan ini diakhiri dengan majlis makan tengah hari Pegawai-pegawai Markas Medan bersama PTD di Wisma Perwira Markas Medan. Turut hadir sempena lawatan ini Panglima GAPU, Brig Jen Dato Husin Md Tahak serta Pegawai-pegawai Memerintah Pasukan Kantomen Kem Sg Besi.

PEMIMPIN MK MEDAN...PTD diperkenalkan kepada Pegawai-pegawai Kanan serta pegawaipegawai Staf Markas Medan

Kunjungan Hormat ke atas Panglima Medan

Pemakaian pangkat 74 Bn KPD


SUNGAI BESI: 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja sekali lagi memperlihatkan enam anggota dinaikkan pangkat yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 74 Bn KPD, Lt Kol Ab Manaf Hamzah pada 17 Apr 2007. Antara yang dinaikkan pangkat adalah Lt Zita Aina Ahmad dinaikkan ke pangkat Kapten manakala LKpl Ahmad Kalu dinaikkan ke pangkat Koperal dan empat lagi masing-masing dinaikkan ke pangkat Lans Koperal. Kenaikan pangkat Lans Koperal pula antaranya adalah Pmd Abd Manaf Zainuddin, Pmd Wahi Kip, Pmd Harif Ismail dan Pmd Mohd Faiza Mohd Amin, antara mereka yang dinaikkan adalah yang bertukar masuk ke 74 Bn KPD. Pada akhir acara tersebut, Pegawai Memerintah menegaskan agar kepercayaan yang diberikan ini dapat mendorong seseorang itu lebih gigih dalam memberikan khidmat yang diperlukan. Kepercayaan yang diberikan ini haruslah seiring dengan tugas yang dipikul agar ianya akan dapat memberikan arahan dan petunjuk serta dorongan kepada peringkat bawahan supaya setiap tugas yang diberikan akan lebih proaktif dan cemerlang, tegasnya. Kpl Saiful Nizam Abdullah

SUNGAI BESI: Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato Zulkifeli Mohd Zin telah menerima kunjungan wakil dari Syarikat Tokoh Restu Sdn. Bhd, Brig Jen (B) Dato Amirul Ghani Abdul Ghani bersama rakan perniagaannya Lt Kol (B) Othman Hj Ahmad di pejabatnya pada 29 Mac 2007. Syarikat Tokoh Restu Sdn Bhd adalah Syarikat Bumiputera yang telah dilantik sebagai pengedar untuk peralatan Water Hydration System jenis CamelBak untuk rantau Malaysia. Hasil ujinilai peralatan ini telah dilakukan oleh MK TD-Alat dengan kerjasama STRIDE, telah mengesahkan kebaikan produk CamelBak dan pihak MK TD-Alat telah mengesyorkan produk ini digunakan sepenuhnya oleh ATM khususnya TD. Tujuan kunjungan ini adalah untuk memberi taklimat kepada Panglima Medan tentang fungsi serta kebaikan jika ianya digunapakai oleh TD. Hadir sama pada kunjungan ini ialah wakil dari Syarikat CamelBak, Scott Robert, CamelBak International untuk Malaysia dan Thailand dan Peter F.Shands dari CamelBak Pataluma, California, USA. Kpl Fadzli Jab

IKRARtradisi 74 Bn KPD bacaan ikrar kesetiaan dibacakan di hadapan Pegawai Memerintah setelah pemakaian pangkat selesai

40

JUN 2007

Semasa Markas Latihan

Peserta Kursus INTAN ikut latihan di PULADA


TIMBA ILMU...38 PTT Kanan Kor Risik Diraja berjaya menamatkan Kursus Kemahiran Korris Kelas 1 di Pusat Latihan Perisikan yang bermula dari 9 Apr hingga 29 Jun 2007. Kursus ini adalah untuk melatih anggota Kor Risik sebagai operator keselamatan tentera dan mengenai segala aspek keselamatan tentera serta berpengetahuan di dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan tugas operator risik balas di medan, boleh mengedalikan dan membuat perancangan, pengawasan, penyiasatan risik balas dan perjejakan. Kursus ini juga mampu mendapatkan data-data dan mengalisa ancaman perisikan dan mampu memberi nasihat kepada pemerintah dan mahir di dalam segala bentuk arahan serta dapat mengadakan perhubungan dengan agensi keselamatan luar. Sjn Mohd Zuki Jusoh

MODUL KETENTERAAN...melatih para peserta dalam aspek disiplin, ketahan mental dan fizikal

Oleh: Mej Sani Teh PULADA: 31 peserta lelaki dan 29 peserta perempuan penuntut kursus Diploma Perkhidmatan Awam Siri 6/07 (DPA) menjalani latihan ketenteraan di PULADA selama seminggu bermula dari 20 Mei hingga 26 Mei 2007. Semua peserta telah berjaya menjalani latihan ini dengan penuh semangat dan komitmen serta tamat latihan dengan jayanya. Modul ketenteraan adalah merupakan salah satu modul bagi kursus DPA untuk Pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik(PTD) yang sedang dianjurkan oleh pihak Institut Tadbiran Awam (INTAN). Modul ini merupakan satu modul wajib untuk peserta-peserta kursus untuk menghadirinya dan PULADA telah menganjurkan kursus ini bagi pihak Tentera Darat sejak tahun 1999. Pada tahun ini sebanyak 12 siri modul telah dirancangkan. Para peserta didedahkan kepada latihan jasmani,kawad kaki,menembak Rifel M16, Ilmu Medan Perang, latihan Abseiling, Inokulasi Tempur,membaca peta serta latihan amali panduarah di Gunung Panti. Modul ini juga bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada aspekaspek fungsi dan peranan tentera darat, ancaman keselamatan serta budaya kerja tentera dan cara hidupnya. Dalam masa yang sama para peserta juga diperkenalkan dalam aspek peradaban dan etika di Wisma Perwira.

Pameran Ikhtiar Hidup Pekan Fest 2007

MENARIK MINAT...orang awam untuk mengunjungi tapak kompleks ikhtiar hidup untuk mengetahui lebih dekat lagi dengan segala aktiviti dan peralatan survival

MENGERATKAN HUBUNGAN...Pusat Latihan Darat (PULADA) melaksanakan Latihan Menembak Pistol bersama JPJ Negeri Johor di Lapangsasar 25 m pada 23 Mei 2007. Latihan ini melibatkan Jurulatih PULADA dan Pegawai JPJ Negeri yang disertai seramai 40 anggota termasuk Pengarah JPJ Negeri Johor, Rosli Ramli dan Komandan PULADA, Kol Redzuan Hj Baharuddin. JPJ menggunakan Pistol jenis BARETTA 9mm buatan Itali dan ini merupakan juga pendedahan kepada Jurulatih PULADA mengunakan pistol tersebut. . PW 2 Amran Hamid, foto; Pbt Noorasyar Ishak

PEKAN: Sempena Pameran Kerjaya ATM, Cawangan Peperangan Hutan, PULADA telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan pameran ikhtiar hidup bagi memeriahkan lagi Acara Pekan Fest 07 pada 30 Mei sehingga 3 Jun 2007. Seramai lima jurulatih dari PULADA telah berjaya menarik perhatian pengunjung tempatan dan juga pelancong luar negara dengan kemahiran serta kepakaran berkaitan dengan kaedah serta teknik untuk hidup di kawasan hutan. Antara aktiviti-aktiviti yang menjadi tarikan utama pameran tersebut termasuklah menyalakan api daripada bahan hutan, kaedah serta teknik yang betul menangkap haiwan liar, cara-cara memasak serta improvasi peralatan dan keperluan harian daripada sumber alam semula jadi. PW 2I Amran Hamid, foto;Kpl Ariffin Sulaiman

JUN 2007

41

Semasa MK Logistik

Eratkan kerjasama - Timb Panglima Logistik TD


Oleh: Kpl Rosli Awang GEMAS: Setiap warga 94 DPP perlu memupuk semangat setiakawan dan tanamkan sikap kerjasama tanpa mengira pangkat dalam menjaga keselamatan kem serta aset yang diamanahkan. Tanpa sikap sedemikian berbagai perkara yang memudaratkan keselamatan mungkin akan berlaku. Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brig Jen Hj Mohd Affendy Abdullah berkata demikian dalam ucapannya ketika mengadakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan Pasukan 94 DPP pada 15 Jun lalu. Beliau turut dibawa melawat persekitaran kem, depot-depot serta ditaklimatkan di bilik mesyuarat pasukan oleh Pegawai Memerintah 94 DPP, Kol Hj Zubir Abdul Karim. Antara perkara yang disampaikan adalah berkaitan tugas dan peranan serta permasalahan yang dihadapi oleh pasukan. Turut hadir mengiringi Timbalan Panglima Logistik TD sepanjang majlis, Mej Zanuri Yusof Pegawai Staf 2 Tadbir MK Logistik TD dan Mej Abd Razak Awang Pegawai Staf 2 Teknikal 4 Kump ORD.

BERDISIPLIN...Brig Jen Hj Mohd Affendy memeriksa perbarisan sempena Pemeriksaaan Tadbir Tahunan pasukan 94 DPP

PW 1 Baain Johan Tilawah PLTD

BERILMU...PW 1 Baain Ali menerima hadiah mengerjakan umrah daripada Ketua Staf MK Logistik TD, Kol Emran Yusoff

KUALA LUMPUR: Kecemerlangan sesuatu umat tidak akan tercapai jika mereka tidak menepati keperluan-keperluan yang telah ditetapkan. Sesuatu bangsa tidak akan maju tanpa ilmu dan pengetahuan yang tinggi. Ilmu dan pengetahuan pula, hanya boleh kita perolehi melalui pembacaan, penelitian, penerokaan serta memperkembangkan ilmu pengetahuan yang ada. Ketua Staf Markas Logistik Tentera Darat, Kol Emran Yusoff berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan penutup tilawah al-Quran peringkat Pemerintahan Logistik Tentera Darat di Dewan Jentera Pasukan 91 WPUAT pada 11 Jun 2007. Dengan tema Insan Cemerlang Umat Terbilang ianya diadakan bertujuan untuk menambah kefahaman serta meningkatkan penghayatan al-Quran di kalangan warga PLTD melalui pembacaan dan maksud yang terkandung dalam al-Quran. Majlis tilawah yang bermula selama dua hari itu melibatkan seramai 28 peserta dalam kategori pegawai,qari,qariah dan kanak-kanak. Kapt Norharyanis Abu Bakar muncul johan kategori pegawai, PW 1 Baain Ali johan qari, Puan Hamidah Saad johan qariah dan adik Siti Aisyah Baain johan kategori kanak-kanak Ketua Staf menyampaikan hadiah kepada semua peserta, beliau turut mengumumkan hadiah istimewa kepada peserta yang mendapat markah tertinggi berupa pakej mengerjakan umrah untuk dua orang yang dimenangi oleh PW 1 Baain Ali. Kpl Rosli Awang

SERAH TERIMA TUGAS.... Kol Hj Mohd Radhi Hj Ibrahim menerima nota serah terima tugas Ketua Kumpulan Jurutera Letrik dan Jentera daripada Lt Kol Nasaruddin Shahid Pegawai Staf 1 Senggaraan yang memangku tugas Ketua Kumpulan JLJD sambil disaksikan oleh Timbalan Panglima Logistik TD, Brig Jen Dato Hj Mohd Affendy Abdullah. Majlis serah terima tugas ini diadakan pada 11 Jun 2007 bertempat di Dataran Logistik serta disaksikan oleh Pegawai-pegawai dan LLP dari Kump JLJD. Kpl Rosli Awang

42

JUN 2007

Semasa 1 Div

TLDM Sepangar adakan Freedom Of Entry Into The City


Oleh: Pbt Safran Isnin KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengadakan upacara tradisi TLDM Freedom Of Entry Into The City (Kebebasan Masuk Bandaraya) sempena Ulang Tahun TLDM Ke-73 pada 28 April 2007. Menurut Panglima Wilayah Laut II, Laksamana Muda Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin, upacara ini merupakan warisan tentera laut Britain dan Australia bagi menandakan jalinan persahabatan antara Bandaraya Kota Kinabalu dengan TLDM dan peranan tentera laut menjaga keselamatan bandaraya itu. Beberapa acara telah diadakan selama dua hari sempena upacara itu termasuk demontrasi menyelamat, mini regatta, pameran yang melibatkan pasukan keselamatan dan kerjaya ATM serta lawatan ke atas kapal TLDM KD Pahang dan KD Mohammad Amin. Terdahulu Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Elyias Ibrahim menerima tabik hormat daripada beberapa kontinjen dan melihat persembahan kawat senyap dari pasukan simpanan KD Sri Tawau.

SERAH...Laksamana Muda Datuk Ahmad Kamarulzaman menyerahkan skrol kepada Datuk Elyias sebagai simbolik tanda kemasukan tentera pada acara Freedom Of Entry Into The City di Kota Kinabalu

HUT 5 RAJD disambut sederhana


TAHNIAH...Mej Wan Jafri menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota

Panglima 5 Bgd ucap takziah mangsa kemalangan jalan raya


LOK KAWI: Panglima 5 Briged, Brig Jen Baharom Hamzah mewakili Tentera Darat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak 3 ton di Batu 5, Jalan Kimanis pada 6 Apr 2007. Saya berharap keluarga mangsa bersabar menghadapi dugaan dan dari segi aspek kebajikan isteri, anak-anak serta keluarga yang terlibat akan dijaga sewajarnya, katanya. Dalam kejadian, kemalangan yang menyebabkan tiga anggota tentera dari Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terbunuh manakala lapan lagi cedera apabila trak yang mereka naiki terbalik beberapa kali sebelum tercampak kira-kira lima meter dari jalan berhampiran Kampung Bariawa ketika dalam perjalanan ke Keningau untuk memasuki kawasan operasi di Long Pasia, Salirin dan Bantul. Antara yang terkorban ialah, Sjn Rasman Banasan dikebumikan di Pulau Gaya, Kpl Abdul Karim Mahat di Kudat dan Pbt Abdul Zahid Abu Yasin di Segamat, Johor. Pbt Safran Isnin
PERSIAPAN TERAKHIR...sebahagian rakan seperjuangan membuat persiapan meletakkan Jalur Gemilang di atas keranda mangsa yang terkorban

LOK KAWI: Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Askar Jurutera Diraja yang ke-45, satu perbarisan telah diadakan pada 22 Apr 2007 bertempat di padang kawad 5 RAJD yang telah dihadiri oleh tiga Pegawai dan 70 anggota Lain-lain Pangkat yang di ketuai oleh Kapt Rafidah Hasan. Pegawai Pemerintah 5 RAJD, Mej Wan Jafri Hj Awang Mahamud telah membaca Perutusan daripada Ketua Jurutera, Brig Jen Dato Pahlawan Ir Abdul Nasir Ahmad dan seterusnya menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga anggota 5 RAJD serta menyampaikan sijil kepada empat anggota yang mendapat keputusan yang cemerlang semasa menghadiri kursus serta dua anggota yang akan bersara. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua anggota agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta gejala yang tidak sihat yang boleh menjatuhkan imej pasukan khasnya dan tentera darat amnya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah UPKAT Sabah, Mej Ibrahim Yaacob serta anggota-angota yang telah bersara. Pbt Safran Isnin

JUN 2007

43

Semasa 1 Div

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat 3 Bgd


Oleh: Kpl Mohd Ali Anuar KUCHING: 3 Skuadron Semboyan Diraja (SSD) menganjurkan majlis Tilawah AI-Quran peringkat 3 Briged di Dewan Bukavu Kem Penrissen yang bermula pada 13 hingga 15 Jun 2007. Seramai 64 peserta mengambil bahagian Tilawah AI-Quran peringkat 3 Bgd dan Trup1 Divisen. Pertandingan ini merangkumi 4 kategori,Pegawai,Qari,Qariah dan Kategori Kanak-kanak. Menurut Pengerusi jawatankuasa penganjur Majlis Tilawah AI-Quran peringkat 3 Bgd Kapt Misham Zail Yaacob, ini adalah kali pertama 3 SSD diberi kepercayaan untuk menganjurkan majlis seumpama ini yang bertemakanTema Insan Cemerlang Ummah Terbilang. Ia sarat dengan matlamat dan tuntutan ke arah mencapai hasrat pimpinan dalam membina modal insan bagi melahirkan masyarakat yang terbaik. Ini juga merupakan hakikat dan kenyataan yang sememangnya sudah lama terpahat dilipatan ketemadunan manusia, iaitu pembinaan modal insan berteraskan ilmu dan amalan, tambahnya

MEMBINA MODAL INSAN...pemenang mengikut kategori masing-masing bersama sijil penyertaan, piala dan wang tunai

Johan bagi ke empat-empat kategori dan hadiah saguhati disampaikan oleh Panglima 3 Briged, Brig Jen Jeyabalan. Turut menyerikan

pada malam itu ialah persembahan Nasyid dari Kumpulan Dikir Zikir Suara Kenyalang dari Pangkalan Udara Kuching.

Kursus Asas TTS Siri 1/ 2007 (Dec)


KUCHING: 85 orang penuntut dari pelbagai pasukan Wilayah Satu dan Dua yang dicalonkan untuk mengikuti Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) Siri 1/2007 (Dec) telah menamatkan kursus tersebut dengan jayanya. Pelaksanaan kursus telah dianjurkan oleh pasukan Kompeni Ketiga Kor Polis Tentera Darat (KPTD), di bawah pimpinan Pegawai Pemerintah dan merangkap Ketua Jurulatih, Mej Mohd Zaki Mastar. Pelaksanaan kursus berlangsung selama sembilan minggu bermula 20 Feb dan berakhir pada 3 Mei 2007 dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Panglima 3 Briged, Brig Jen Jeyabalan. SSjn Ojes Nyaen, foto; Kpl Oliver Wilfred Wind

AKSI...Penuntut mempamerkan demontrasi ketika majlis penutup Kursus Asas TTS

PERIKSA...Pengarah KAGAT, Brig Jen Dato Hj Jamil Khir Hj Baharom mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima 3 Bgd, Brig Jen Jeyabalan pada 29 Mei 2007 . Kunjungan itu sempena Seminar Islam Hadhari Peringkat. Kementerian Pertahanan Negeri Sarawak dan Lawatan Pengarah KAGAT ke Bangunan HIKMAH. LKpl Romainor Md Din

KERJASAMA...CEO Of Sarawak Convention Bureau, Mrs Jill Henry mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima 3 Bgd, Brig Jen Jeyabalan pada 22 Mei 2007 untuk membincangkan kerjasama antara agensi pelancongan awam dengan pihak tentera. LKpl Romainor Md Din

44

JUN 2007

Semasa 1 Div

UKMHK Peringkat 3 Bgd


Oleh: LKpl Romainor Md Din KUCHING: Penutup UKMHK Peringkat 3 Bgd diadakan di Sirkit Merempuh Halangan 11 RAMD pada 23 Mei 2007. Pertandingan selama tiga hari bermula dari 21 hingga 23 Mei 2007 telah menarik minat semua pasukan di bawah naungan 3 Bgd dan trup Div. Majlis penutup disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Jeyabalan pertandingan UKMHK peringkat 3 Bgd pada tahun ini telah disandang oleh 11 RAMD bagi kategori pasukan tempur, C Bti 3 RAD telah memenangi bagi kategori pasukan bantuan tempur manakala Rej 511 AW memenangi bagi kategori pasukan bantuan perkhidmatan. Johan bagi setiap ketegori akan mewakili 1 Div ke pertandingan UKMHK peringkat MK Medan pada bulan Jun akan datang. Pertandingan seperti ini diadakan adalah untuk menggalakkan latihan merempuh halangan dan kawad dalam pasukan untuk semua anggota di dalam platun atau trup. Selain dari itu, pertandingan seperti ini juga mampu untuk menguji sejauh mana mental dan fizikal serta semangat kepercayaan kepada diri sendiri dan kepada anggota-anggota dalam
KAMI JOHAN...Johan UKMHK peringkat 3 Bgd bersama Pegawai Memerintah 11 RAMD, Lt Kol Semaon Marjuki

kumpulan. Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan antara anggota adalah aset yang paling penting di mana ia juga turut menggalakkan anggota kumpulan menggunakan daya ikhtiar dan inisiatif untuk

mengatasi halangan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah/Pemerintah pasukan, para pegawai dan anggota LLP pasukan naungan 3 Bgd.

3 Bgd anjur Promosi TD


KUCHING: Cawangan Risik MK 3 Bgd diberi kepercayaan oleh Panglima 3 Bgd untuk menganjurkan Program Promosi Tentera Darat (TD) sempena Lawatan Pelatih-pelatih PLKN pada 16 Mei 2007. Seramai 563 pelatih dan 64 jurulatih pengiring dari Kem Putra Sentosa (Sematan) dan Kem Puncak Permai (Bau) hadir pada hari tersebut. Upacara pembukaan Promosi Tentera Darat ini dirasmikan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Jeyabalan diringi oleh Residen Bahagian Kuching, Rodziah Hj Morshidi, Ketua Staf MK 3 Bgd, Lt Kol Abdul Malik Jiran serta Pegawai-Pegawai Staf. Upacara pembukaan diadakan di Dewan Bukavu Kem 3 Bgd sempena dengan Program Promosi Tentera Darat sempena lawatan PLKN. Pelbagai program telah dijalankan dengan jayanya seperti pameran persenjataan, kenderaan-kenderaan bantuan tempur, peralatan semboyan, pertunjukan TTS, pertunjukan kawad kaki dan senjata, pertunjukan tambor serta taklimat Promosi Tentera Darat dan tayangan video yang disampaikan oleh PS 2 Risik MK 3 Bgd, Mej Mohd Razali Alias. Pasukan-pasukan yang terlibat dalam menjayakan Promosi Tentera Darat pada kali ini ialah 11 RAMD, 1 RSD, 34 Wksp Armor, C Bti 3 RAD, 3 Skn RAJD dan 3 Komp KPD. LKpl Romainor Md Din

ANGGOTA BARU...Pegawai Pemerintah 5 Skn RAJD, Mej Wan Jafri Hj Awang memakai beret biru sebagai tanda kemasukan anggota baru dalam Kor RAJD di perbarisan penutup Kursus Lanjutan Perajurit Muda Siri 1/2007 di padang Kawad Pasukan pada barubaru ini.Sjn Johar Ariffin, foto; Sjn Kahar

MINAT...seorang pelatih PLKN tertarik dan ingin mencuba salah sebuah motor kuasa tinggi milik 3 Komp KPTD

JUN 2007

45

Semasa 2 Div

Panglima 6 Bgd ke MK Tak 4 RAMD


Oleh: Kpl Shapiron Abd Rahman KEDAH: Panglima 6 Briged (6 Bgd), Brig Jen Dato` Mohd Noor Daud membuat lawatan rasmi ke Markas Tak Kem Gubir yang mana pada ketika itu Pasukan 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Gurkha Malaya sedang beroperasi di kawasan bawah pemerintahan 6 Briged pada 1 Mei 2007 . Taklimat Ops disampaikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ahmad Marzukee Abdul Manaf di bilik gerakan Markas Tak Kem Gubir. Pada masa yang sama, Brig Jen Dato` Mohd Noor meluangkan masa bersama anggota serta pegawai di Dewan Makan Kem Gubir. Dalam perjumpaan tersebut panglima menyampaikan amanatnya serta memberi kata nasihat semangat kepada pegawai pasukan berkenaan melaksanakan Ops kota B/C/D siri 2/2007. Ketika lawatan, beliau sempat beramah mesra bersama bekas Pegawai Memerintah 4 RAMD yang ke28 yang memerintah dari tahun 1998 hingga 2000.

LATIHAN...sebahagian anggota kadet menjalani ltihan menembak di Lapang Sasar kem 9 RRD

9 RRD latih PKBM


PERAK: 53 pelajar dari Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Bagan Serai dan Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin, Taiping terlibat dengan Latihan Perkhemahan PKBM Tahun 2007 pada 11 Apr hingga 15 Apr 2007. Tujuan perkhemahan adalah untuk persiapan kadet-kadet dalam pertandingan di peringkat negeri. Dua buah sekolah di bawah 9 Rejimen Renjer Diraja (RRD) ini telah dilatih dan dididik untuk mempamerkan kecemerlangan dalam kejohanan tersebut. Selain memberi tunjuk ajar, jurulatih juga membuat pemilihan akhir kepada pelajar yang layak untuk mewakili sekolah masing-masing dalam pertandingan peringkat negeri. Kpl Bong Leong Fu, foto; Rjr Ramli Yusof

KAWALAN SUKU...Brig Jen Dato` Mohd Noor semasa membuat lawatan rasmi ke Markas Tak Kem Gubir

Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat dan Pegawai Gurkha Malaya


TAPAH: Pegawai Memerintah Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja ( 4 RAMD), Lt Kol Ahmad Marzukee Abdul Manaf menyempurnakan pemakaian pangkat kepada seorang pegawai dan dua anggota Lain-lain Pangkat (LLP) di Padang Kawad Pasukan pada 14 Mei 2007. Beliau menasihatkan mereka yang dinaikkan pangkat supaya terus berkhidmat dengan cemerlang. Anggota yang dinaikan pangkat ialah Lt M Norazwadi Ahmad dinaikkan ke pangkat Leftenan menjawat jawatan Ajutan Pasukan, SSjn Nazmy Hushim dinaikkan ke pangkat PW 2 menjawat jawatan Drum Mejar dan Sjn Kamal Nodin dinaikkan kepangkat SSjn dan menjawat jawatan Penolong Ketua Platun Repal. Kpl Shapiron Abdul Rahman

LATIHAN...9 Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah melaksanakan Latihan Jalan Laju 5 kilometer (km) melalui laluan mengelilingi Taman Tasik Taiping yang diketuai Ketua Kompeni Markas, Mej Jamaluddin Mohamood yang diadakan pada 20 Apr 2007. Selain melatih anggota untuk melaksanakan latihan yang bertujuan memastikan anggota-anggota sentiasa berada di tahap yang cergas dan mampu melaksanakan latihan sebagai persediaan sebelum pasukan melaksanakan ujian jalan laju sejauh 15 km yang dikoordinasikan di peringkat pasukan. Kapt Hirwan Baharudin, foto; Kpl Yusrey Julaili

46

JUN 2007

Semasa 2 Div

9 RRD anjur kursus saudara baru

TELlTI...seorang anggota Trup Teknisyen 8 Skuadron (Skn) Semboyan Diraja sedang menguji peralatan dalam satu ujian mengukur tahap kecekapan dan kesiapsiagaan setiap anggota trup mengikut kepakaran ketukangan masing-masing dari awal hingga akhir yang diawasi Ketua Trup masing-masing. Dalam latihan ini juga Ketua Skn dan Penolong Ketua Skn akan menilai tahap kecekapan setiap anggota Trup. Sjn Mohd Noor Ramli, foto; Kpl Wan Mohd Zahari Wan Ab Rahman

PENDEDAHAN...sesi dialog secara berkumpulan antara jurulatih dan penuntut

Oleh: Kapt Hirwan Baharudin Foto: LKpl Yusrey Julaili PERAK: Seramai 25 anggota dari pelbagai unit di bawah naungan 2 Briged (Bgd) telah menghadiri Kursus Saudara Baru 2 Briged (Bgd) Siri 1/2007 bertempat di Surau Pasukan bermula 24 Apr sehingga 6 Mei 2007 anjuran 9 Rejimen Renjer Diraja (RRD). Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Ketua Kompeni Markas 9 RRD, Mej Jamaludin Mahamood. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar semua penuntut dapat memnafaatkan setiap pelajaran yang diberi bagi meningkatkan kefahaman setiap individu dan mengambil peluang ini untuk mendalami agama Islam dengan sebaik mungkin.

Majlis AKC KPD

BARANG LAMA...Pegawai Tadbir Awam Markas Dua Briged membuat pemeriksaan ke atas barang yang akan dilupuskan oleh 9 Rejimen Renjer Diraja pada 23 Apr 2007. Selain mengekalkan pusingan stok pasukan, lembaga ini juga bertujuan memastikan kesiagaan logistik pasukan sentiasa berada di tahap yang tinggi. Kpl Bong Leong Fu, foto; Rjr Ramli Yusof

KENANGAN...Kol Azdmi bergambar bersama anggota yang menerima Sijil Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2005

SUNGAI PETANI: 6 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) telah melaksanakan Majlis Penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2006 yang telah berlangsung baru-baru ini. Seramai 78 anggota menerima Sijil Khidmat Cemerlang terdiri daripada warga KPD yang berada di bawah naungan 2 Divisyen yang di sempurnakan oleh Pengarah KPD, Kol Adzmi Hashim . Sehubungan dengan itu juga, berlangsung Majlis Penyerahan Kerusi Roda yang disumbangkan oleh Sel Kebajikan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera kepada LKpl Sharif Zakaria yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2004. Lt M Karimah Hafizah Zainal

BERKUMPUL...buat julung kalinya 9 Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah mengadakan Hari Bersama Anggota bertempat di Dewan CD Pasukan pada13 Apr 2007. Ilham yang dicetuskan oleh Pegawai Memerintah 9 RRD, Lt Kol Mohd Mansor Hj Mohd Sharip adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengurusan pasukan di samping menyelesaikan masalah secara dialog di kalangan anggota-anggota pasukan. Hari Bersama Anggota adalah sebahagian daripada aktiviti pasukan dan diadakan dua kali dalam sebulan pada hari Jumaat. Kapt Hirwan Baharudin, foto; LKpl Yusrey Julaili

JUN 2007

47

Semasa 2 Div

Kembara Duga ke Gunung Jerai

KERJASAMA...Warga 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bersama-sama membuat bubur As-Syura sempena Awal Muharam yang diadakan di surau pasukan baru-baru ini.16 RAMD turut menganjurkan ceramah dan bacaan Yassin yang dihadiri oleh semua anggota. Turut hadir Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Abd Rahman dan perceramah jemputan dari Nilam Puri, Kota Bharu, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. Kpl Mohd Affendy Fazil, foto;Pbt Mohamad Firdaus Mohamed Ali @ Mohd Saidi
MENGUKUHKAN DAYA KEPIMPINAN...peserta Kembara Duga akan dipupuk dengan semangat setia kawan di samping menjalani latihan fizikal dan mental

Oleh: Sjn Abd Samad SUNGAI PETANI: Empat pegawai dan 35 anggota naungan 2 Rej KPTD menyertai Kembara Duga anjuran 6 Komp KPTD selama dua hari disempurnakan oleh Penolong Pegawai Memerintah 2 Rej KPTD pada 04 Mei 2007. Program ini juga dapat membina dan mengukuhkan daya kepimpinan di kalangan anggota serta memberi peluang kepada mereka untuk menikmati keindahan alam semulajadi serta memupuk semangat cintakan kedamaian. Acara penutup Kembara Duga telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 2 Rej KPTD,Lt Kol Murad Mohmad Nasrdin @ Mohammed Nasaruddin pada 5 Mei 2007.

Program ini juga dapat membina dan mengukuhkan daya kepimpinan di kalangan anggota serta memberi peluang kepada mereka untuk menikmati keindahan alam semulajadi serta memupuk semangat cintakan kedamaian...

DISIPLIN...Sarjan Mejar Rejimen (SMR) 9 Rejimen Renjer Diraja, PW I Abd Majid Mislan memeriksa anggota dalam satu perbarisan yang dianggotai 241 anggota Lain-Lain Pangkat. Selain melaksanakan pemeriksaan bulanan, perbarisan ini juga bertujuan memastikan tahap disiplin anggota sentiasa berada di tahap yang tinggi. Kpl Bong Leong Fu, foto; LKpl Ramzi Serimin

SERAH...satu perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Rekod Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) Kapt Sukri Awang menyerahkan Nota Serah Terima Tugas kepada Lt M Nazariah Gumri dalam satu majlis yang diadakan di padang kawad pasukan pada 26 Mac 2007. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas telah disaksikan oleh Timbalan Komander Rejimen 504 AW, Lt Kol Zainuddin Mustafa. Lt M Mohd Azuan Mohd Nasir, foto; Kpl Fauzi Yahya

SEBAGAI KENANGAN...Ketua Staf Markas (MK) 2 Divisyen (Div), Kol Abd Halim Hj Jalal menerima cenderamata daripada Yang Dipertua Wisma Bintara, PW 1 Mohd Roslan Chik sempena perpisahan Ketua Staf MK 2 Div pada 30 Mac 2007. Kol Abd Halim akan bertugas di KEMENTAH dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Perancang dan Pembangunan. LKpI Azimie Mahdi

48

JUN 2007

Semasa 3 Div

Semasa 3 Div

Projek Modifikasi kenderaan Tank Transport


Oleh: Kapt Mohd Roshaimi Mat Rasid KUANTAN: 4 Woksyop Briged berjaya menyelesaikan dua permasalahan teknikal yang dihadapi pada kenderaan Tank Transporter IVECO 60 Ton 6 x 6 keluaran Itali. Masalah pertama yang dihadapi ialah pergeseran antara propeller shaft dengan komponen cross member. Manakala masalah kedua pula adalah ketidaksesuaian antara rim yang sedia ada dengan jenis tayar yang diperolehi. Hasil penyelidikan serta cetusan idea daripada bekas Pegawai Pemerintah 4 Woksyop Briged iaitu Mej Hj Tofrowaih Haji Mat Amin, kaedah penyelesaian yang bersesuaian telah diambil dengan membuat modifikasi setelah mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti kos, keselamatan pengguna, kemahiran anggota, kemudahan peralatan, masa dan keperluan semasa. Komponen Cross Member dilekatkan pada chasis kenderaan beralaskan spacer dan diketatkan dengan nat yang dikhaskan mengikut torque yang sesuai. Modifikasi yang telah dibuat adalah pemotongan melengkung pada bahagian yang bergesel. Beberapa siri ujian telah dijalankan bagi menguji

DAYA KREATIVITI... hasil kerja anggota modifikasi kepada rim kenderaan tank transporter

keberkesanan modifikasi tersebut antaranya ialah ujian jarak jauh melebihi 500km yang melalui jalan berliku dan beralun serta ujian di Test Track DEFTECH sebanyak 10 pusingan. Hasilnya amat memuaskan di mana tiada sebarang pergeselan berlaku di antara cross member dengan propeller shaft dan juga tidak memberi sebarang kesan ke atas komponen lain serta tidak menjejaskan strutur asal kenderaan tersebut. Kos modifikasi bagi sebatang cross member adalah RM150. Jumlah ini amat ekonomi jika dibandingkan dengan kos untuk menukar sebatang cross member yang baru yang bernilai RM14 ribu. Projek ubahsuai rim melibatkan proses modifikasi yang agak rumit. Rim yang menggunakan tube yang sedia ada perlu diubahsuai agar boleh dipasang dengan tayar jenis tubeless. Modifikasi dilaksanakan pada rim di mana beberapa komponen tambahan

direka khas bagi membolehkan rim dipasang dengan tubeless tyre. Leak test dan pressure test dilaksanakan terhadap rim yang telah dibuat pengubahsuaian di mana keputusannya adalah amat memuaskan. Projek ini dapat menjimatkan kos senggaraan sebanyak RM600 bagi sebiji tayar untuk penukaran tiub dan pengalas tiub pada kenderaan di samping membolehkan tayar tubeless tersebut bekerja dengan prestasi optimum. Kedua-dua projek ini bukan sahaja membolehkan kenderaan tersebut kembali beroperasi tetapi ia juga telah meningkatkan kualiti hasil kerja anggota. Projek ini telah melatih warga Kor JLJ Diraja untuk bekerja menggunakan kemudahan dan aset sedia ada disamping dapat memupuk daya kreativiti dan inisiatif.

KHUSYUK Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kem Terendak Tahun 1428 Hijrah, satu ceramah agama diadakan di Masjid Al Syuhada pada 29 Mac 2007. Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Ismail Hashim Junaidi, Penolong Pengarah Jabatan Dakwah JAKIM. Kpl Suryazu Mohamad

PENGADIL...Pemangku Ketua Staf Markas 3 Divisyen (Div), Lt Kol Mohd Isa Jaafar sedang merasa masakan yang disajikan oleh peserta pertandingan memasak peringkat Terup Div yang diadakan pada 9 Apr lalu yang diadakan di Dewan Makan Kem 3 Div. Dalam pertandingan ini para peserta diberi masa selama 2 jam bagi menyiapkan menu masingmasing. Selain dari menguji kemahiran peserta, pertandingan ini juga adalah bagi memilih wakil untuk ke pertandingan peringkat 3 Div nanti. Tim Sajian daripada 3 Rejimen Semboyan Diraja telah dipilih sebagai Johan dengan mengalahkan 3 tim lain iaitu Tim Sajian 73 Kor Perkhidmatan Diraja , 73 Wksp dan Kem 3 Div. Kpl Suryazu Mohamad

JUN 2007

49

Semasa 3 Div

Lawatan Rasmi Ke MK 4 Bgd Mek


Oleh: Kpl Suryazu Mohamad KUANTAN: Panglima 3 Divisyen (Div), Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi melakukan lawatan rasminya ke Markas (MK) 4 Briged (Bgd) Mekanise (Mek) selama dua hari bermula 19 Mac hingga 20 Mac 2007. Lawatan rasmi beliau disambut acara perbarisan oleh warga 4 Bgd Mek yang diadakan di Padang Kawad Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD). Perbarisaan diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah 1 KAD, Mej Wong Eng Wah terdiri daripada 14 orang Pegawai dan 180 orang Lain-lain Pangkat. Selesai acara perbarisan Panglima dibawa di Bilik Gerakan MK 4 Bgd Mek bagi mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini markas ini. Seterusnya Panglima ke Dewan Makan untuk beramah mesra serta makan tengah hari bersama-sama warga 4 Bgd Mek. Ketika berucap di majlis penutup pada hari pertama, beliau mahu seluruh warga 4 Bgd Mek agar sentiasa menjaga imej diri, pasukan serta perkhidmatan, ini disebabkan sejak akhirakhir ini sering kali didapati warga tentera terlibat dalam kes-kes yang boleh menjatuhkan imej perkhidmatan. Oleh itu beliau mahu setiap warga 4 Bgd Mek agar berilmu pengetahuan, serta berusaha mempertingkatkan ilmu tanpa mengira bidang diceburi agar menjadi warga yang sentiasa kehadapan. Kerana orang yang berilmu ini akan dihormati dan ianya dapat menghindari daripada perkaraUJI...Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi mencuba bagi memastikan keberkesanan bantuan gas pernafasan KP Adnan yang telah dibekalkan agar berfungsi dengan baik

perkara yang boleh menjatuhkan imej diri ataupun perkhidmatan. Hidup tanpa ilmu pengetahuan maka gagallah dalam mencapai cita-citanya. Di hari kedua lawatannya, beliau telah melawat ke Garaj 63 Wksp. Dalam lawatan ini Panglima menaiki kenderaan Toyota Hilux yang dipandu sendiri oleh beliau. Panglima seterusnya dibawa ke Kawasan Kepelbagaian Kemahiran Mekanise (KKM) bagi menyaksikan Pameran Statik Aset 4 Bgd Mek

serta pertunjukan Demostrasi Kenderaan Pengempur (KP) Adnan. Dalam lawatan ini, Panglima 3 Div mengambil kesempatan untuk mencuba ujipandu KP Adnan. Di akhir acara Panglima dianugerahkan Lencana Mekanise oleh Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato Muhammad Azmi Abdul Walad kerana berjaya memandu KP Adnan. Sepanjang lawatan selama dua hari ini Panglima telah diiringi oleh Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato Muhammad Azmi.

51 RAD berjaya tawan 6 gunung


KETAHANAN FIZIKAL...latihan ini adalah mempertingkatkan kecergasan mental dan fizikal setiap anggota serta mempertingkatkan mutu pemerintahan dan kawalan ketua dan pemimpin

51 RAD Boleh, itulah kata-kata setiap kali anggota sampai ke puncak gunung atau bukit yang ditawan. Rejimen Ke-51 Artileri Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas baru-baru ini melaksanakan Latihan Ketahanan Fizikal dengan mendaki enam buah gunung dan bukit yang terdapat berhampiran dengan Kem Syed Sirajuddin sekitar Negeri Sembilan dan Melaka. Antara gunung dan bukit yang telah dipilih dalam melaksanakan latihan ini adalah Gunung Ledang, Gunung Tampin, Gunung Datuk, Gunung Angsi, Bukit Batang Melaka dan Bukit Batu Tiga.

Ketua Kumpulan menentukan anggota cukup sebelum memulakan pendakian.Latihan ini merupakan antara salah satu aktiviti tahunan pasukan bagi tahun 2007 dan dilaksanakan pada minggu pertama pada setiap bulan dari bulan Januari yang lepas dan telah berakhir pada bulan Jun baru-baru ini. Dalam melaksanakan latihan ini, pasukan telah dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Kumpulan Pegawai Memerintah seramai 50 orang, Kumpulan Bateri Markas, Kumpulan Bateri Alpha, Kumpulan Bateri Bravo, Kumpulan Bateri Charlie dan Kumpulan 51 Wksp masing-masing 20 orang. Latihan atau pendakian ini dilaksanakan secara bergilir-gilir sehingga setiap kumpulan ini berjaya menghabiskan latihan dengan mendaki kesemua gunung dan bukit yang dipilih. Latihan ini juga merupakan persiapan awal pasukan dalam memilih dan menghantar anggota bagi melaksanakan latihan mendaki Gunung Kinabalu di Sabah yang juga merupakan salah satu aktiviti pasukan dan ia bakal dilaksanakan pada bulan Dis 2007 nanti. Antara objektif yang ingin dicapai dalam latihan ini adalah mempertingkatkan kecergasan mental dan fizikal setiap anggota serta mempertingkatkan mutu pemerintahan dan kawalan ketua dan pemimpin dalam situasi yang mencabar. Selain itu latihan seperti ini juga mampu memupuk semangat kerjasama di dalam satu kumpulan dan mempertingkatkan sikap positif, semangat setiakawan, disiplin, semangat keperwiraan dan mengukuhkan a common bond of comradeship di kalangan anggota. Kapt Norzamany Mohamed Noor, foto; Sjn Yusairi Abdullah

50

JUN 2007

Semasa 3 Div

7 Bgd anjur Kursus Tinjau Infantri


Oleh: Kpl Suryazu Mohamad Foto: Sjn Mazizi A Rahman KAHANG: Markas (MK) 7 Briged (Bgd) menganjurkan Kursus Tinjau Infantri Siri 1/2007 yang diadakan di Kawasan Zon Gugur Kahang (DZ Kahang) selama lapan minggu. Kursus ini merupakan yang pertama dianjurkan dalam sejarah Tentera Darat (TD) untuk melahirkan seorang anggota tinjau yang terlatih di dalam sesebuah Batalion Infantri, selaras dengan objektif yang digariskan dalam kursus iaitu, melayakkan seorang anggota tentera mempunyai kepakaran dalam seksyen tinjau. Panglima 3 Divisyen (Div), Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi telah diberi penghormatan merasmi acara penutup kursus ini pada 25 Apr lalu. Semasa menyampaikan ucapan, Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah mahu setiap peserta kursus agar mempelajari dan mempertingkatkan lagi setiap ilmu yang diperolehi kerana peluang untuk membina karier dalam TD masih terbuka luas serta dapat merintis dan membina masa depan yang lebih cemerlang, sekali lagi Panglima mahu peserta mengutamakan tiga perkara iaitu keperluan, kepentingan dan pengetahuan. Kemantapan rohani serta kekuatan fizikal ketiga-tiga perkara ini
TAHNIAH...Panglima 3 Div menyampaikan Lencana Tinjau kepada pesertapeserta kursus tinjau

merupakan pemangkin untuk menjadikan seorang warga TD yang berwibawa khususnya sebagai seorang anggota tinjau. Dalam acara ini Panglima 3 Div turut diberi penghormatan untuk menganugerahkan Lencana Tinjau kepada para peserta. Untuk seseorang itu melayakkan mendapatkan

lencana ini, setiap peserta akan melalui enam peringkat iaitu, Membaca Peta, Mengagak Jarak, Panorama View, Stalking (Penyamaran dan Penyembunyian), Penyusupan dan akhir sekali CTR (Tinjauan Rapat). Peserta yang berjaya melepasi semua enam peringkat ini sahaja layak memakai Lencana Tinjau ini.

KETAHANAN MENTAL...16 pegawai dan anggota pranita bersama Panglima 7 Bgd selepas upacara penutup Eksesais Pasak Bumi 10 RAMD yang bermula 21 Mac hingga 6 Apr lalu di Hutan Simpan Labis dan Endau Rompin. Kejayaan mereka menjalani latihan itu membuktikan bahawa ketahanan mental dan fizikal pegawai dan anggota pranita berada di tahap yang sama dengan anggota lelaki. PW 2 Jafre Ishak

SERAH TERIMA TUGAS...Perbarisan Serah Terima Tugas diadakan di Padang Kawad 73 Bn KPD pada 13 Jun 2007. Perbarisan adalah bersempena dengan ambil alih tugas Ajutan 73 Bn KPD antara Kapt Jeffry Linsin Abdullah dengan Kapt Rasimin Mat Nayan. Kapt Jeffry akan bertukar keluar ke 71 Komp Angkut Kota Kinabalu, Sabah. Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah Lt Kol Musa Hj Said dan pegawai-pegawai 73 Bn KPD. Sjn Lila Zuraida Zakaria, foto; Pbt Nor Azarul Wahid

SERAH TERIMA TUGAS...Pegawai Pemerintah 73 Bn KPD, Mej Khairul Azhar Saidon menyerahkan tugasnya kepada Kapt Rasol Esa dalam Perbarisan Serah Terima Tugas yang diadakan di Padang Kawad 73 Bn KPD pada 18 Jun 2007. Mej Khairul Azhar akan menamatkan perkhidmatan. Serah Terima Tugas disaksikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Musa b. Hj Said dan pegawai-pegawai 73 Bn KPD.Sjn Lila Zuraida Zakaria, foto; Pbt Nor Azarul Wahid

JUN 2007

51

Semasa 4 Div

Perjumpaan SMR bersama anggota


Oleh: Kpl Saiful Nizam Abdullah KUALA LUMPUR: Sarjan Mejar Rejimen (SMR) 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), PW I Anuar Yahya mengadakan pertemuan bersama dalam sesi dialog dengan anggota Koperal ke bawah pada 19 Apr lalu. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan anggota dari segi displin, tatatertib serta pentadbiran pasukan dan ianya sebagai tindakan beliau untuk mengekal dan meningkatkan lagi prestasi anggota bawahannya semenjak beliau mengambil alih jawatan daripada PW I Roslan Mohamed pada 17 Apr lalu. Dalam dialog SMR 74 Bn KPD, PW I Anuar bersama anggota, beliau mengingatkan agar semua peringkat bawahan meningkatkan lagi displin serta tataterib individu dan tekun menjalankan tugas yang diamanahkan. Pegawai Memerintah 74 Bn KPD bagi mengingatkan supaya anggota koperal ke bawah pasukan ini akan dapat memberi kerjasama dan meningkat lagi prestasi tugasan yang diberikan. Di samping itu juga, hormat menghormati di antara anggota perlu juga dipertingkatkan kerana ini merupakan budaya kita di dalam

MENGENAL PASTI PERMASALAHANPW I Anuar mahu mengekal dan meningkatkan lagi prestasi anggota bawahannya

Angkatan Tentera, tegasnya. Beliau juga mengingatkan kepada anggota yang berkahwin supaya dapat menitik berat kehadiran isteri masing-masing di dalam aktiviti Badan Amal Kebajikan AngkatanTentera (BAKAT). Pada akhir sesi dialog tersebut beliau

mengingatkan lagi, 74 Bn KPD seharusnya menjadi pasukan yang disegani dan dengan itu warga di dalam pasukan perlu ada sikap kerjasama tekun dan utuh supaya 74 Bn KPD akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.

PW I Anuar SMR 74 Bn KPD ke-8


rasminya mengambil alih jawatan tersebut daripada PW I Roslan Mohamed dalam satu Perbarisan Serah Terima Tugas SMR bertempat di padang kawad pasukan, pada 17 Apr 2007. Perbarisan Serah Terima Tugas SMR dianggoti seramai 128 orang, diketuai oleh PW 2 Kelly Sari turut disaksikan Pegawai Memerintah 74 Bn KPD, Lt Kol Ab Manaf Hamzah, pegawai-pegawai serta anggota pekerja awam pasukan. PW I Anuar berasal dari Selangor merupakan SMR ke-8 selepas PW I Roslan Mohamed yang bertukar keluar ke Markas KPD 4 Divisyen, dan sejak penubuhan 74 Bn KPD pada 1 Ogos 1996. Pada ketika itu, 374 Hantaran Udara digabungkan dengan pasukan Kompeni KP 11 Briged dan pada masa itu SMR yang pertama memegang tampok pemerintahan adalah PW I Masnan Sanwiarto. Pegawai Memerintah 74 Bn KPD, Lt Kol Ab Manaf Hamzah dalam ucapan mengatakan bahawa SMR merupakan bapa kepada semua anggota Lain-lain Pangkat di dalam pasukan ini dan sebagai warga 74 Bn KPD seharusnya semuanya dapat memberikan kerjasama kepadanya. Kpl Saiful NIzam Abdullah

PERJANJIANPW I Anuar dan PW I Roslan menyerahkan dokumen Serah Terima Tugas SMR 74 Bn KPD sambil disaksikan oleh Lt Kol Ab Manaf Hamzah

KUALA LUMPUR: Warga 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja menyaksikan satu lagi sejarah dengan perlantikan PW I Anuar Yahya sebagai Sarjan Mejar Rejimen yang ke-8 apabila beliau dengan

Rjr Eddey pilih Islam


KUALA LUMPUR: Bagi Rjr Eddey Geofrey, 26 tahun dari Kompeni Markas 6 RRD berasal dari Ranau, Sabah telah memilih agama Islam sebagai jalan penerang kehidupan dan mengucapkan kalimah syahadah pada 15 Mac 2007 di surau Juyusyiah 6 RRD. Majlis pengislaman saudara baru Rjr Eddey yang memilih nama Islamnya Mohamad Eddey Geofrey disempurnakan oleh Kapt Mohd Sabri Mohamed selaku Pegawai Agama Pasukan 6 RRD dengan disaksikan oleh Pegawai Memerintah 6 RRD, Lt Kol Muhammad Anwar Abdullah. SSjn Amat Norizam Hj Jaelan, foto; Sjn Gura Uhma
HIDAYAH DAN PETUNJUK...Kapt Mohd Sabri menyempurnakan pengislaman saudara baru kepada Rjr Mohamad Eddey Geofrey

52

JUN 2007

Semasa Pasukan Khas/Elit

Program Motivasi PTT Kanan peringkat 10 Bgd Para

HIDUP SIHAT...lebih kurang 4000 anggota Kem Terendak menyertai acara senamrobik Semerah Sehitam Tindak Pantas baru-baru ini di padang Pavillion, Kem Terendak. Turut serta Panglima 3 Divisyen dan Panglima 10 Bgd Para serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kem Terendak. Dalam ucapan Panglima 3 Div, beliau menyarankan agar semua warga Kem Terendak tidak kira di mana formasi naunganya hendaklah bersatu dan bekerjasama dalam apa jua aktiviti dan beliau merancang untuk melaksanakan majlis ambang merdeka bagi menyambut 31 Ogos yang akan datang. Kpl Kamalrudin Alan

Oleh: Kpl Che Mis Hassan MELAKA: 32 anggota PTT kanan di bawah naungan 10 Bgd Para telah menghadiri program Motivasi PTT kanan peringkat 10 Bgd Para, Siri1/ 2007 yang telah berlangsung di DVillage, Ayer Keroh Melaka. Program motivasi ini telah bermula pada14 Mei hingga 19 Mei 2007. Program ini adalah untuk memberi motivasi diri terhadap PTT Kanan agar dapat menjadi sokongan yang relevan kepada organisasi dalam menjalankan penugasan seharian, ia juga bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan agar dapat merubah diri ke arah tingkah laku yang positif dan meningkatkan prestasi dan disiplin kerja sebagai seorang warga 10 Bgd Para. Program motivasi seumpama ini sesuai dihadiri oleh semua peringkat anggota tentera tidak kira apa statusnya terutama kepada anggota yang bermasalah, sama ada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan pasukan. Faedahnya nanti bukan hanya berguna untuk kegunaan diri sendiri malahan untuk masyarakat sekeliling dan seterusnya akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Panglima 10 Bgd Para, Kol Ismet Nayan Ismail. Dalam ucapan beliau mengucapkan setinggitinggi tahniah kepada para peserta di atas kes dan amat bertuah kerana telah terpilih untuk menghadiri program ini. dan beliau berpesan orang yang cemerlang atau beruntung hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi hari ini dan semalam tiada perubahan, orang yang malang hari ini lebih teruk dari semalam.

Demonstrasi TTS 8 RRD Para

ILMU BELA DIRI...peserta mempamerkan demonstrasi yang mengkagumkan

MELAKA: Penuntut Kursus TTS Siri 2/2007 8 Rejimen Renjer Diraja Para mengadakan demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS) pada April 2007. Pegawai Memerintah, Lt Kol Khalid Sah berucap semasa upacara penutup rnenyatakan rasa bangga dan keyakinannya terhadap semua penuntut kerana telah mempamerkan satu demonstrasi yang amat mengkagumkan, semua ini dengan kerjasama dan kesungguhan para penuntut sepanjang menjalani kursus ini. Pegawai Memerintah juga rnengucapkan syabas dan tahniah kepada para jurulatih kerana berjaya mencapai objektif kursus ini. Beliau berharap semua penuntut mempergunakan segala ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan. Lt Ridwan Yaakob TANGGUNGJAWAB...Perbarisan Serah Terima Tugas SSM dan menandatangani dokumen Serah Terima Tugas antara PW 2 Yusri dan PW 2 Megat Kamarulzaman diadakan di padang kawad Rejimen Gagah Berani. Majlis turun dihadiri oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Nubli Hj Hashim, Ketua-ketua skuadron, RSM dan semua warga Rejimen Gagah Berani. Kpl Taib Sango

JUN 2007

53

Semasa AW

Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Lubuk Antu


Oleh: Kpl Mohd Ali Anuar SARAWAK: Menteri Muda Pertanian, Datuk David Teng merasmikan pelancaran Kompeni Askar Wataniah (AW) bertempat di Kawasan Parlimen Sarikei Lubuk Antu pada 29 Mei 2007. Sempena pelancaran itu, satu perbarisan terdiri daripada lima Pegawai dan 192 anggota Lainlain Pangkat dari Rejimen 511 (AW) turut diadakan. Idea menubuhkan satu Kompeni (AW) di setiap kawasan parlimen dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pertahanan Dato Sri Najib Tun Razak pada tahun 2000 sebagai salah satu usaha menarik minat lebih ramai anak watan di negeri ini (Sarawak) menceburkan diri dalam bidang ketenteraan menerusi Askar Wataniah dan secara tidak langsung selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi lebih banyak peluang pekerjaan selain mendorong golongan remaja supaya menghindari gejala tidak sihat. Pameran statik kenderaan tempur dan sistem persenjataan Tentera Darat menarik minat di kalangan umum yang hadir. Selain itu juga, aktiviti jiwa murni seperti pemeriksaan

B E R M I N AT. . . D a t u k David Teng mencuba senjata bantuan yang dipamerkan oleh Pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja

perubatan dan pergigian secara percuma turut diadakan untuk orang ramai. Turut hadir di majlis pelancaran, Panglima 9

Briged, Brig Jen Mohd Shukri Hj Ahmad dan Komander Rejimen 511 Askar Wataniah, Brig Jen Datuk Amar Hj Abdul Aziz Hj Hussein.

Kursus Kadar Sukarela Rej 509 AW

Gerak Gempur Serampang tiga mata


KANGAR: Program Gerak Gempur Khidmat Komuniti Rakyat Perlis Siri 2 telah dilaksanakan pada 17 Jun 2007 bertujuan untuk mendidik dan memberi pengetahuan tentang sebarang bentuk bencana alam. Motif serampang tiga mata adalah kerana di sebalik mendidik serta memberi pengetahuan berhubung dengan tindakan serta langkah-langkah dalam menghadapi bencana, program tersebut merupakan program Tentera Bersama Rakyat (TBR) Rej 504 AW dan aktiviti Raja Turun Padang. Antara kampung yang terlibat dalam gempur kali ini ialah Kampung Sungai Buluh, Kampung Padang Melaka, Kampung Lembah Biak dan Titi Tinggi. Selain daripada pengedaran risalah berkaitan bencana alam, acara sukan rakyat turut diadakan seperti acara tarik upih, tarik tali, sapak raga bulat dan bola jaring. Di samping itu beberapa aktiviti lain yang dianjurkan adalah sukan rakyat, promosi oleh beberapa agensi dan khidmat masyarakat seperti pemeriksaan kesihatan. Agensi lain yang terlibat dalam promosi ialah AADK, JPA 3,

SEMANGAT JUANG...Kol Prof Dato Dr Kamaruddin menyampaikan cenderamata kepada peserta kursus

PULAU PINANG: Upacara penutup Kursus Kadar Sukarela Siri 1/2007 Rejimen 509 telah diadakan pada 21 Mei 2007 bertempat di Kem Lebuhraya Peel, Pulau Pinang. Majlis penutupan kursus telah dirasmikan Komander Rejimen 509 AW, Kol Prof Dato Dr Kamarudin Husin. Kursus yang telah diadakan selama satu bulan mulai 21 Apr hingga 21 Mei 2007dihadiri seramai 23 anggota yang terdiri 15 lelaki dan lapan perempuan. Kol Prof Dato Dr Kamaruddin turut membuat pemeriksaan perbarisan serta penyampaian hadiah kepada penuntut yang berjaya mendapat tempat dalam akademik terbaik dan penembak terbaik. Kpl Asri Yusof, foto; Kpl Roslan Johan

TAKLIMAT RINGKASTim Komander Rej 504 AW menyampaikan taklimat ringkas tindakan menghadapi bencana di Kg Lembah Biak

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Pelajaran Perlis dan UiTM Arau. Lt M Mohd Azuan Mohd Nasir, foto; Kpl Fauzi Yahya

54

JUN 2007

Semasa AW

Tamat Kursus Asas PM AW

JUARA...rejimen 511 Askar Wataniah johan pertandingan Ujian Kemahiran Merempuh Halangan dan Kawad (UKMHK) peringkat 3 Briged bagi kategori bantuan perkhidmatan yang diadakan di 11 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Semenggo mulai 21 hingga 23 Mei 2007. Timbalan Komander Rejimen 511 AW turut hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut. Kpl Roslan, foto; LKpl Marikan
SEGAK...Brig Jen Tan Sri Datuk Amar Hj Abdul Aziz memeriksa perbarisan penutup Kursus Asas Perajurit Muda

Oleh: Kpl Roslan Foto: LKpl Marikan SEMATAN: Komander Rejimen 511 Askar Wataniah (AW), Brig Jen Tan Sri Datuk Amar Hj Abdul Aziz Dato Hj Husain merasmikan penutup Kursus Asas Perajurit Muda Siri 2/2007 di Kem Sematan pada 19 Mei 2007. Seramai 92 Perajurit Muda (PM) sukarela berjaya menamatkan kursus selama sebulan menguji ketahanan fizikal dan mental setiap anggota yang bermula dari 17 Apr hingga 19 Mei 2007. Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan piala kepada penuntut terbaik keseluruhan. Terdahulu, majlis pemakaian pangkat Lt ke Kapt kepada pegawai sukarela turut diadakan.

RAPAT PERHUBUNGAN...10 pegawai dan 25 anggota Batalion 302 Infantri Askar Wataniah mengadakan Program Gotong Royong Perdana bersempena program lawatan Wakil Rakyat, Tn Hj Abul Aziz Derasid bersama-sama membersihkan kawasan perkuburan Kampung Batu Melintang dan Kampung Gunung Reng pada 2 Mac 2007. Program ini adalah untuk merapatkan perhubungan silaturahim antara pemimpin dan anggota tentera bersama masyarakat awam. Pbt Zamree Ahmad

BERBINCANG...Lt M Ahmad Faizal sedang mengatur strategi bersama anggota Batalion 305 Infantri Askar Wataniah dari Kompeni Alpha melaksanakan latihan masa perdana peringkat Kompeni di kawasan latihan Felda Bukit Tangga pada 13 Mei 2007. Latihan yang merangkumi Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) dan Peperangan Terbuka (CW) disertai seramai tiga pegawai dan 110 anggota. Latihan ini bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan Kompeni dalam aspek taktik dan persiapan logistik di medan serta membimbing anggota-anggota kerahan yang baru bagi mempelajari bidang ketenteraaan. Mej Ramli Hj Shafie

SETIAKAWAN...berbekalkan semangat kesukanan yang jitu, setiakawan dan kerjasama dalam satu pasukan membuahkan hasil yang cemerlang kepada Kompeni Alpha Batalion 302 Infantri AW muncul sebagai johan pertandingan cabaran 302 pada 23 Mei 2007. Pertandingan ini juga bertujuan untuk menilai tahap stamina sebagai seorang anggota tentera. Pbt Zamree Ahmad

JUN 2007

55

Tentera Bersama Rakyat

KUANG: Bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun ke-50 Jubli Kor Ordnans Diraja (KOD), 93 Depot Pusat Peluru (DPP), Kem Batu Arang selaku pasukan penganjur mengambil inisiatif melaksanakan projek jiwa murni untuk membaiki rumah pesara tentera iaitu PW 2 (B) Othman Mohamad. Objektif utama projek jiwa murni ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga tentera dengan masyarakat setempat di samping meringankan beban serta memberi keselesaan kepada penerima. Dengan pelaksanaan projek sebegini membuktikan bahawa tentera sentiasa peka terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh pesara tentera, demikian ucapan Pengerusi KOD, Brig Jen Abdulahalim Hj Nawi semasa Majlis Penyerahan Bahan Mentah di Kampung Melayu Sri Kundang, Kuang, Selangor baru-baru ini. Beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuang, Tn Soohaimi Abdul Rahman yang menghulurkan bantuan berupa barang-barang binaan bernilai RM15 ribu untuk memperbaiki rumah PW 2 (B) Othman. Pihak warga 93 DPP dan penduduk setempat bergotong royong dalam membaiki rumah ini yang dijangka siap penghujung bulan Ogos ini. Ketika ditemui, PW 2 (B) Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan KOD dan Tentera Darat (TD) khasnya dan ADUN Kuang kerana memberi sumbangan berbentuk barangan dan tenaga dalam memperbaiki rumah yang kian uzur ini. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta membantu bekas tentera yang hidup dalam serba kekurangan. Ini merupakan contoh yang terbaik TD dalam mengambil berat terhadap warganya sama ada masih berkhidmat atau bersara.

MENGHULURKAN BANTUAN...Brig Jen Abdulahalim melihat keadaan rumah PW 2 (B) Othman untuk diperbaiki

...Objektif utama projek jiwa murni ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga tentera dengan masyarakat setempat di samping meringankan beban serta memberi keselesaan kepada penerima... Brig Jen Abdulhalim

56

JUN 2007

Tentera Bersama Rakyat

6 RAMD bina rumah balu tentera


Oleh: SSjn Yazid Che Ain ALOR STAR: Dengan kerjasama dari pihak PBTM cawangan Kedah, anggota dari 6 RAMD iaitu seorang pegawai dan 10 anggota mengambil masa hampir dua setengah bulan membina rumah Mariam Ismail balu kepada Allahyarham Sjn (B) Zainal Abidin Mohd Diah. Anggota dari 6 RAMD telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dan menunjukkan kepakaran mereka dalam mereka bentuk dan seterusnya menyiapkan rumah tersebut dengan kos keseluruhannya hampir RM20,000 Majlis penyerahan kunci rumah Mariam disempurnakan oleh Ketua Staf Mk 6 Bgd, Lt Kol Pazil Mat. Seterusnya dalam ucapan di majlis penyerahan kunci ini, Ketua Staf 6 Bgd melahirkan rasa bangga beliau di atas komitmen pelbagai peringkat anggota sehingga siapnya rumah yang dibina. Ketua Staf turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Memerintah dan anggota dari 6 RAMD serta PBTM cawangan Kedah yang terlibat dalam projek ini. Disamping itu, Mariam turut merakamkan
ERAT HUBUNGAN...Ketua Staf 6 Bgd mencuci tangan di rumah baru Mariam selepas penyerahan replika kunci rumah

ucapan terima kasih kepada MK 6 Bgd amnya dan ATM khasnya atas bantuan yang diberikan yang mana disifatkan oleh beliau sebagai mimpi

menjadi kenyataan. Menurutnya lagi selepas kematian suaminya, beliau hanya menumpang di rumah anaknya di Johor Bahru.

Jasa Mendiang Kpl Empeni tidak dilupakan

SIBU: Sempena Hari Ulang Tahun ke-31 9 Bgd, Panglima 9 Bgd, Brig Jen Mohd Shukuri Ahmad menyampaikan sijil pelantikan pangkat Sarjan kepada mendiang Kpl Empeni ak Karong di padang Kawad 3 RRD, di sini. Sijil pelantikan pangkat Koperal ke Sarjan, Kpl Empeni disampaikan Panglima kepada balu mendiang, Dulat Mai yang mana suaminya terkorban nahas Helikopter jenis Hombell Long Renjer 206 milik Syarikat Hombell Skyways semasa menjalankan tugas sebagai pengiring Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada Ogos lalu di Bukit Batu Tiban, Kapit. Jadikan anugerah pangkat ini sebagai kenangan memperingat jasa dan pengorbanan mendiang kepada 9 Bgd dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, sekiranya ada masalah. Janganlah segan dan malu memberitahu masalah. Janganlah menganggap kita tidak mengambil tahu masalah keluarga mendiang, pesan Panglima kepada isteri mendiang. Pbt Impi Jibun, foto; Kpl Lim Rantai

JASA TETAP DIKENANG...Brig Jen Mohd Shukuri menyampaikan Sijil dan Selendang pelantikan pangkat Sjn Mendiang Kpl Empeni kepada Dulat

SUMBANGAN...Pegawai Memerintah 14 RAMD, Lt Kol Mohamad Sediqi Hj Abd Wahid menyampaikan wang sumbangan dari pasukan serta TKAT berjumlah RM1,973 kepada isteri allahyarham Pbt Saidi Lome, Che Noraini Che Seman pada 27 Apr 2007. Dengan bantuan tersebut dapatlah meringankan beban isteri serta anak allahyarham. Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah pada 4 Feb 2007 di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan.14 RAMD

JUN 2007

57

Prihatin

Penyerahan cek pampasan Insuran Berkumpul


Oleh: SSjn Mohd Shafie Salleh KUCHING: Pegawai Memerintah pasukan 71 Bn KPD, Lt Kol Hj Mohd Amin Mohamad Zin menyempurnakan penyampaian cek pampasan Insuran Berkumpul kepada Daud Salleh, bapa kepada allahyarham Pbt Mohd Rezuan (KPA - BK) di Sebarang Perai Utara, Pulau Pinang dan Johari Kassim, bapa kepada allahyarham Pmd Azman (KPD - Pmd) di Kuala Ketil, Kedah pada 28 Jun 2007 dalam dua majlis yang berasingan. Cek tersebut disumbangkan oleh Koperasi Tentera yang berjumlah RM58 ribu setiap seorang. Kedua-dua allahyarham berkhidmat di pasukan Komp Angkut 7180 KPD yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Allahyarham terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 09 Feb 2007 semasa dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke pasukan. Motosikal yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang eletrik.

PENYAMPAIAN CEK...Lt Kol Hj Mohd Amin menyaksikan bapa allahyarhan Pbt Mohd Rezuan menandatangani borang penerimaan

Kedua-dua anggota disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizaberth, Kota Kinabalu pada 10 Feb 2007. Semoga dengan sumbangan yang diterima dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kedua-dua keluarga allahyarham. Bagi pihak pasukan dan juga keluarga allahyarham mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Koperasi Tentera di atas sumbangan tersebut.

SUMBANGAN...Timbalan Komander Rejimen 509 Askar Wataniah (AW), Lt Kol Toh Choon Siang menyerahkan Cek Tabung Pusat Tentera Darat kepada Mohd Rosli Hamid bapa kepada Kapt Mohd Zahidi di Hospital Kuala Lumpur. Kapt Mohd Zahidi Mohd Rosli dimasukkan ke hospital berkenaan pada 28 Feb 2007 setelah terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalan raya pada 25 Feb 2007. Kpl Asri Yusof, foto; Kpl Roslan Johan

TERIMA...Kem Komandan 5 Briged, Mej A Sham Jambari menyerahkan cek Insuran Kelompok sebanyak tiga unit berjumlah RM 3,110.00 kepada Rjr Biskalani Sahaba dan di saksikan Penyelia Koperasi Tentera kawasan Kota Kinabalu, Dayang Nooramas Ismail di pejabat Kem Komandan 5 Bgd pada 24 Apr 2007. Rjr Biskalani mengalami kecederaan di lutut akibat terjatuh dari trak 3 ton semasa menjalani Ops di Pos Tanah Merah Negeri Sembilan pada tahun 2005 semasa bertugas di 1 Rejimen Renjer Diraja, Kem Majidi, Johor. Pbt Safran Isnin

Balu SSjn Benson terima cek RM18 ribu


KUCHING: Meskipun mendiang SSjn Benson Landong telah tiada di dunia ini akibat serangan jantung pada Sep 2006, pihak pengurusan tertinggi TD tidak pernah melupakan segala jasa dan khidmat bakti yang pernah dicurahkan. Balu beliau, Agnes Samui tetap mendapat keprihatinan TD apabila beliau menerima cek insuran kelompok dari Koperasi Tentera berjumlah RM18 ribu baru-baru ini. Menurut Agnes, wang yang diterima ini akan digunakan dengan sebaikbaiknya demi jaminan anak-anak agar berjaya dalam akademik suatu hari nanti. Anak sulung saya Julian, 19 tahun juga bakal mewarisi darah ketenteraan bapanya apabila beliau kini dalam proses pemilihan terakhir Pegawai Kadet ATM, katanya. Penyampaian cek disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Jeyabalan dan turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT), Kol Basrun Husain serta pegawai-pegawai kanan di Markas 3 Briged, Kem Penrissen. LKpl Romainor Md Din
TAKZIAH...Brig Jen Jeyabalan menyampaikan cek LTAT Faedah dan Gantian Cuti Rehat kepada Agnes balu kepada mendiang SSjn Benson

58

JUN 2007

Rencana

AKIKAT bahawa amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada warga Tentera Darat (TD) sebagai benteng kedaulatan agama, bangsa dan negara tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapa. Sejarah telah membuktikan keakuran TD terhadap amanah ini sejak 1933 lagi. Kerelaan dan pengabdian TD menjujung tanggungjawab itu lahir kerana pada diri setiap warganya telah tersemai dengan satu nilai dan budaya ketenteraan yang amat kukuh. Namun dengan peredaran masa, norma hidup pun berubah. Nilai dan budaya ketenteraan semakin pudar dan kehilangannya semakin ketara hinggakan memaksa TD untuk menghidupkan kembali nilai dan budaya ketenteraan dalam organisasinya dengan melaksanakan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR). Melalui SPR, beberapa nilai telah dikenalpasti untuk diterapkan kepada setiap warga TD. Salah satunya ialah kesetiaan. Kesetiaan lahir daripada kerelaan hati untuk melakukan sesuatu tugas atau perintah dan kerelaan ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya pula kepercayaan, keyakinan serta rasa penghormatan pada diri sendiri dengan tugas yang diperintahkan itu.

Secara umumnya, kesetiaan bolehlah didefinisikan sebagai sikap dan perasaan yang tidak berbelah bagi terhadap sesuatu atau seseorang. Dalam Islam telah terbukti bahawa kesetiaan itu merupakan punca kekuatan. Seperti maksud fiman Allah: Taatlah kepadaAllah dan RasulNya danjanganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu hUang kekuatan; dan bersabarlah, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar (al-Anfaal : 46). Kesetiaan yang ditagih daripada setiap warga TD sebenamya telah kita ikrarkan sendiri sejak mula menjadi anggota TD lagi. Melalui Ikrar Kesatria, kita telah melafazkan: Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kaii kenai menyerah. Ini merupakan satu janji yang wajib dikota. Andainya janji tidak dikota, bagi orang Islam ia merupakan satu dosa besar kerana memungkari janji tidak digemari Allah, sebagaimana maksud firman-Nya: Wahai sekalian yang beriman, penuhilah aqad (janji) itu (al-Maidah: 1). Meskipun dalam ikrar itu kita menyatakan setia kepada negara, kesetiaan tersebut perlu wujud melalui beberapa tahap sebelum menghasilkan bukti kesetiaaan kita kepada negara. Pertama perlu ada kesetiaan terhadap tugas. Untuk mencapai kejayaan dalam tugas utama sebagai warga TD, kita memerlukan kemahiran serta kekuatan mental dan fizikal. Kemahiran serta kekuatan mental dan fizikal tidak lahir dengan sendirinya. Ia perlu disemai dan sentiasa dibajai tanpa henti, tanpa rasa jemu dan perlukan kesetiaan. Dalam konteks ini, latihan dan tugas rutin yang kita laksanakan bagi mewujudkan kemahiran serta kekuatan mental dan fizikal memerlukan kesetiaan. Andainya tiada kesetiaan terhadap latihan at au tugas seharian, sudah pasti kita tidak akan menjadi seorang warga TD yang mahir serta kukuh kekuatan mental dan fizikalnya. TD adalah sinonim kepada kerja berpasukan serta semangat setiakawan dan espirit de corps. lni amat penting kerana dalam sebarang tugas, terutama dalam pertempuran, rakanlah yang dapat menolong atau menyelamatkan nyawa kita. Maka kesetiaan juga mesti diberikan kepada rakan seperjuangan. Dengan tersemainya rasa kesetiaan kepada rakan seperjuangan, seluruh warga TD akan dijalin dalam satu lingkungan sebuah keluarga

JUN 2007 JUN 2007

59 59

Rencana

Meskipun dalam ikrar itu kita menyatakan setia kepada negara, kesetiaan tersebut perlu wujud melalui beberapa tahap sebelum menghasilkan bukti kesetiaaan kita kepada negara. Pertama perlu ada kesetiaan terhadap tugas. Untuk mencapai kejayaan dalam tugas utama sebagai warga TD, kita memerlukan kemahiran serta kekuatan mental dan fizikal. Kemahiran serta kekuatan mental dan fizikal tidak lahir dengan sendirinya

yang besar. Kesetiaan kepada rakan sekerja perlu pula dikuatkan dengan kesetiaan kepada pihak atasan bagi menyokong perintah mahupun wawasan yang digariskan oleh pihak atasan. Islam juga menuntut orang bawahan supaya setia kepada pemimpinnya. Melakukan sesuatu arahan dengan penuh rasa kesetiaan sudah pasti akan menghindar daripada keinginan untuk mendapat ganjaran, malah ia dilakukan dengan keikhlasan. Dalarn organisasi TD, setiap warganya, selain daripada menjadi pemerintah atau ketua pada sesuatu tahap, kita adalah pelaksana dan pembantu kepada pihak atasan. Bagi membuktikan kesetiaan kita sebagai pelaksana, warga TD hendaklah sentiasa bersikap jujur

serta ikhlas dan patuh kepada arahan yang diberikan. Namun sesuatu tugas mungkin tidak dapat dilakukan dengan sempurna seandainya kita tidak bersikap positif dan dimanik. Selain membina sikap positif dan dinamik, untuk mempamerkan kesetiaan sejati, perlu juga kita meningkatkan ilmu, pengetahuan dan kemampuan dalam bidang tugas kita. Dalam konteks sebagai pembantu pula, walaupun kita hanya seorang prebet, kesedaran pelu wujud bahawa di samping melaksanakan arahan, kita juga adalah pembantu kepada ketua terdekat kita. Setiap yang bergelar ketua sudah tentu mempunyai tangungjawab dan beban tugas yang berat.

Dia atau mereka sudah pasti tidak mampu melakukan tanggungjawab itu sendirian. Ketua perlukan sokongan dan inilah peranan kita, sebagai pembantu dengan menerima agihan tugas dengan penuh rasa kesetiaan. Sama ada disedari atau tidak, setiap hari kita menjunjung ungkapan Gagah Setia yang menjadi cogan kata TD. Setia atau kesetiaan memang telah ditempatkan di tempat teratas setiap kali kita mengenakan uniform TD. Simboliknya kesetiaan memang diutamakan atau dituntut dalam TD. Justeru melalui SPR yang objektifnya untuk melahirkan kembali nilai dan budaya ketenteraan di kalangan warga TD, kesetiaan perlu disemai pada jiwa dan raga setiap warganya.

60 61

JUN 2007 JUN 2007

Pusat Latihan

NSTITUT Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) mula menceburi pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) sejak tahun 1995 hingga sekarang. Pertandingan tersebut bertujuan Memperkenalkan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja khasnya dan Tentera Darat amnya kepada seluruh warga Malaysia bahawa jurutera-jurutera yang dilahirkan oleh Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja KJLJD juga mampu melaksanakan kerja-kerja yang dilakukan oleh para jurutera-jurutera di luar terutamanya dalam bidang Automotif dan Mekanikal, untuk melahirkan petukang yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan di samping memberi Pendedahan kepada jurulatih dan penuntut dalam bidang pembuatan mengikut keadaan semasa dan juga mengetahui perkaraperkara berkaitan dengan bidang pembuatan yang dilaksanakan oleh lain-lain pusat latihan. Pertandingan yang disertai IJED ini adalah bagi kategori kejuruteraan Automotif dan Computerized Numerical Control (CNC), Fakulti Kejuruteraan Persenjataan. Bagi Sel CNC, mula memasuki pertandingan ini pada tahun 2005 dengan menyertai dua bidang iaitu pemesin larik CNC dan pemesin kisar CNC. Disebabkan ketika itu penyertaan IJED masih terlalu baru dan tidak mempunyai pengalaman dalam pertandingan ini, maka tiada kemenangan yang dicapai. Namun begitu, Sel CNC tidak pernah berputus asa atas kegagalan yang lalu. Untuk itu, pada tahun ini Sel CNC sekali lagi telah menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) kali ke-17 dan merupakan penyertaan yang ketiga bagi tahun 2007. Sehubungan itu, peserta dari institut ini telah layak ke peringkat pra kelayakan. Pertandingan pra kelayakan telah dijalankan selama sebelas hari iaitu pada 6 Jun 2007 hingga 17 Jun 2007 bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam bagi kategori Pemesin Kisar CNC, Pemesin Larik CNC dan Pemesin Am. Masa yang diperuntukan bagi tiap peserta adalah selama 6 jam meliputi 1 soalan selama 1 hari. Seramai empat

BERKUALITI...replika bulu tangkis yang dihasilkan sempena Kejohanan Badminton TD

orang peserta layak ke pertandingan akhir, tiga peserta dari Pemesin Larik CNC dan 1 peserta dari Pemesin Am. Pemilihan peserta berdasarkan markah tertinggi projek amali SPMV bagi penuntut SPPTD dan markah tertinggi projek amali kemahiran pemesin CNC bagi penuntut program diploma teknologi. Tiga orang peserta yang terlibat masing-masing merupakan penuntut Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD). Mereka terdiri daripada Pbt Muhammad Sharul Nizam Shari, 18, Pbt Mohd Fazree Zainal, 18, Pbt Noramin Harun, 18 untuk kategori pemesin larik dan seorang penuntut diploma teknologi persenjataan, Kfn Mohd Khairi Ab Rahman, 20 dari IJED untuk kategori pemesin am. Peserta yang terpilih memasuki pertandingan akhir peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada awal bulan Ogos ini telah menjalani latihan insentif dari bulan Januari sehingga tarikh pertandingan pra kelayakan di institut ini. Peserta juga menjalani latihan luar pasukan di Institut Latihan Perindustrian Pedas bagi memberi pendedahan kepada peserta dengan mesin yang digunakan semasa pertandingan. Pihak pengurusan telah mengambil beberapa langkah bagi memantapkan lagi peserta untuk menghadapi pertandingan supaya memperolehi kejayaan di peringkat kebangsaan. Dengan itu dapat

TIM TANGAN EMAS...antara anggota yang terlibat dalam menjayakan misi IJED

JUN 2007 JUN 2007

61 61

Pusat Latihan

...Kfn Mohd Irwan Ibrahim merupakan pemegang SKM tahap satu dalam bidang Pemesin Am dan SKM tahap satu dalam bidang persenjataan. Beliau mula mengenali mesin CNC pada bulan Jun 2005 sehingga sekarang. Diberi pendedahan awal tentang mesin CNC oleh jurulatih IJED iaitu PW I Kamal Ariffin Ahmad dalam bidang pemesin kisar CNC. Mula menyertai PKM kali pertama pada tahun 2005 mewakili IJED dalam bidang Pemesinan CNC. Pada tahun 2006 sekali lagi telah terpilih dan mendapat pingat gangsa peringkat kebangsaan di ADTEC Shah Alam dalam bidang pemesin kisar CNC...
melahirkan modal insan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kfn Mohd Irwan Ibrahim merupakan pemegang SKM tahap satu dalam bidang Pemesin Am dan SKM tahap satu dalam bidang persenjataan. Beliau mula mengenali mesin CNC pada bulan Jun 2005 sehingga sekarang. Diberi pendedahan awal tentang mesin CNC oleh jurulatih IJED iaitu PW I Kamal Ariffin Ahmad dalam bidang pemesin kisar CNC. Mula menyertai PKM kali pertama pada tahun 2005 mewakili IJED dalam bidang Pemesinan CNC. Pada tahun 2006 sekali lagi telah terpilih dan mendapat pingat gangsa peringkat kebangsaan di ADTEC Shah Alam dalam bidang pemesin kisar CNC. Untuk itu, Tim Tangan Emas telah melatih perantis baru untuk pertandingan SKM yang akan datang supaya IJED tidak ketandusan dengan anggota-anggota yang mahir dalam bidang CNC.
TEKUN...Tim Tangan Emas mengendalikan mesin untuk menghasilkan peralatan yang diciptakan bagi setiap kategori

62 63

JUN 2007 JUN 2007

BAKAT

Dato Seri Sharizat ke PPDK


Oleh: Mej Zaidi Ab Halim Foto: Kpl Mujat Beti . KOTA BHARU: Pada hari ini, dengan sukacita saya mengumumkan bahawa kementerian saya akan memperuntukan sebanyak RM 20 ribu kepada PPDK Kern Desa Pahlawan bagi membeli peralatan yang diperlukan oleh pusat ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil membuat kenyataan tersebut semasa lawatan singkat beliau ke PPDK pada 17 Feb 2007. Sumbangan itu katanya, akan disalurkan melalui BAKAT 8 Briged setelah projek membina bangunan baru yang dirancang siap sepenuhnya. Menurut beliau, pusat tersebut layak menerima sumbangan itu memandangkan bilangan kanak-kanak yang mengikuti latihan kini mencecah kepada 55 orang. Kementerian juga akan berusaha untuk menempatkan sekurang-kurangnya dua orang tenaga pengajar terlatih di pusat ini. Namun

begitu, kementerian juga mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan ahli BAKAT yang berminat untuk mengikuti latihan dan seterusnya berkhidmat di PPDK ini, katanya. Turut hadir sama di dalam lawatan itu ialah Dato Panglima Anuar Musa, Ketua Perhubungan

UMNO Negeri Kelantan. Bercakap semasa majlis ramah mesra bersama ahli BAKAT di Dewan Seri Pahlawan, beliau telah berbesar hati untuk menampung kos pembinaan bangunan PPDK yang dirancang dan meminta perkara itu dipercepatkan.

Nasib isteri anggota bertugas dalam Misi PBB dibela


KUANTAN: Di atas kesedaran setiap pengorbanan yang telah dicurahkan dalam Misi PBB dan Tim Pemantau Mindanao selama ini, satu Majlis Ramah Mesra Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bersama isteri anggota-anggota yang terlibat dalam Misi PBB dan Tim Pemantau Mindanao yang diadakan di Kuantan pada 13 Jun 2007. Majlis ramah mesra ini bertujuan untuk mengubat hati rindu terhadap suami yang sedang berjuang demi bangsa dan negara. Semenjak ATM diberikan kepercayaan dalam penugasan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seramai 20,399 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan diaturgerakkan untuk bertugas di bawah Panji-panji PBB menjadikan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara penyumbang terbesar dalam misi PBB di rantau ini. Pengerusi Jemaah Teringgi BAKAT ATM, Puan Sri Hjh Rositah Md Nawi yang penuh dengan sifat keibuan, sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap kebajikan anggota-anggota BAKAT ATM. Oleh demikian, ...beliau berpesan kepada anggota Bakat yang terlibat agar sentiasa memberi sokongan dan mendoakan yang keselamatan para suami kerana ini merupakan satu tugas murni di mana suami berjuang demi bangsa dan negara. Inilah yang sepatutnya dibangga oleh para isteri...

SENTIASA MENGAMBIL BERAT...Puan Sri Hjh Rositah bertanyakan sesuatu kepada isteri anggota-anggota yang terlibat dalam Misi PBB dan Tim Pemantau Mindanao

kaunter JRP, UGAT dan Pendidikan telah dibuka kepada isteri anggota-yang terlibat dengan Misi Pengaman PBB bagi mengemukan sebarang kemusykilan. Dalam ucapannya, Puan Sri Hjh Rositah turut menghargai pengorbanan isteri anggota yang terlibat dengan Misi PBB dan beliau berpesan kepada anggota BAKAT yang telibat agar sentiasa memberi sokongan dan mendoakan yang keselamatan para suami kerana ini merupakan satu tugas murni di mana suami

berjuang demi bangsa dan negara. Inilah yang sepatutnya dibangga oleh para isteri. Majlis ramah mesra tersebut diadakan turut diserikan dengan persembahan nasyid dan ceramah motivasi oleh Pengarah Kagat, Brig Jen Dato Jamil Khir. Turut hadir, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ketiga cabang perkhidmatan dan AJK Jemaah Teringgi BAKAT ATM. Kapt Aishah Ismail, foto; Sjn Mohamad Solor Ismon

JUN 2007

63

BAKAT

Ceramah kesihatan BAKAT 9 Bgd

KENANGAN...Pengerusi Jemaah tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Maggie @ Rosmalisa Abdullah bergambar bersama-sama isteri Pegawai-pegawai Kanan TD yang bersara di majlis perpisahan di Rumah BAKAT Sungai Besi pada 22 Jun 2007. Pada majlis tersebut turut di adakan bacaan al-Quran, bacaan yassin, tahlil dan doa selamat bagi meraikan majlis perpisahan ahli BAKAT. Turut hadir pada majlis tersebut Datin Hjh Junaidah Hj Zainol.

CENDERAMATA...Pengerusi BAKAT 9 Bgd, Rohima Md Rejab menyampaikan pelaka kepada penceramah jemputan Hospital Sibu

Oleh: Pbt Impi Jibun Foto: Kpl Lim Rantai SIBU: Seramai 80 ahli BAKAT 9 Bgd hadir mendengar ceramah kesihatan yang dikendalikan oleh dua doktor pakar dari Hospital Sibu iaitu, Tan Ee Ping iaitu pakar permakanan kanak-kanak dan Yee doktor pakar sakit puan yang diadakan di Rumah BAKAT Kem 9 Bgd, pada 27 Mac 2007. Seramai 80 ahli BAKAT 9 Bgd hadir mendengar ceramah yang dikendalikan oleh 2 orang doktor pakar dari Hospital Sibu iaitu, Tan Ee Ping iaitu pakar permakanan kanak-kanak dan Yee doktor pakar sakit puan. Ceramah yang disampaikan berkaitan dengan penjagaan bayi dalam kandungan, pemakanan bayi dan penjagaan kesihatan ibu-ibu selepas bersalin. Di akhir ceramah Rohima selaku Pengerusi BAKAT 9 Bgd menyampaikan cenderamata kepada kedua-dua penceramah jemputan sebagai ucapan terima kasih.

Majlis Hi Tea BAKAT 9 Bgd

BERGAMBAR...isteri kepada Panglima Tentera Darat Turki, Madam Sevil Basbug (tengah) sempat meluangkan masa melawat ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Umi Kem Terendak pada 3 Apr 2007 yang merupakan sebahagian acara lawatan beliau ke Melaka. Kedatangan beliau disambut oleh Pengerusi PPDK Umi, Datin Noor Akmar Yaacob, Timbalan PPDK Umi, Datin Siti Zaleha Hj Shafie, serta ahli BAKAT yang lain. Pbt Siti Nur Hamida Tun Bahar Sham, foto;Kpl Suryazu Mohamad

SIBU: BAKAT Gabungan 9 Briged (Bgd) telah mengadakan Majlis Jamuan Hi Tea pada 30 Mac 2007 bertujuan meraikan perpisahan Pengerusi BAKAT Rejimen 510 AW, Rusni Ismail dan Penolong Penasihat BAKAT Gabungan 9 Bgd, Kapt Sanisah Tepu. Bersama-sama meraikan majlis perpisahan tersebut, Pengerusi BAKAT Gabungan 9 Bgd, Rohima Rejab serta Pengerusi-pengerusi BAKAT pasukan naungan 9 Bgd. Di akhir majlis, Rohima Rejab mewakili ahli-ahli BAKAT 9 Bgd telah menyampaikan cenderamata kepada Rusni Ismail dan Kapt Sanisah Tepu sebagai mengenang jasa keduanya dalam menjayakan aktiviti BAKAT 9 Bgd. Pbt Impi Jibun

RASMI...Pengerusi BAKAT 3 Divisyen, Datin Noor Akmar Yaacob diberi penghormatan merasmi Ekspo Pulon Sakan PERNAMA yang diadakan di Dataran PERNAMA Kem Terendak pada 24 Apr 2007. Bersempena dengan Ekspo Pulon Sakan ini turut diadakan pelbagai pertandingan seperti karaoke, gubahan hantaran kahwin dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Kpl Suryazu Mohamad

64

JUN 2007

BAKAT

MERANCANG AKTIVITI...Ahli-ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 8 Rejimen Renjer Diraja Para (8 RRD Para) menghadiri mesyuarat untuk membincangkan dan merancang aktiviti sepanjang tahun 2007 dan pada masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan di antara ahli-ahli BAKAT yang lain. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Haslina Abd Wahab sejak mengambil alih jawatan pengerusi BAKAT 8 RRD Para daripada pengerusi yang lepas Foo Swee Kim. 8 RRD Para

SERAH TUGAS...Pengerusi BAKAT 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Zuraida Yusof menandatangani dokumen Serah Terima Tugas dan menyerahkan tanggungjawabnya kepada Saleha Jantan selaku pengerusi BAKAT yang baru pada 18 Jun 2007 yang diadakan di Bilik VIP pasukan dengan disaksikan oleh pengerusi BAKAT 2 Briged, Surina Ahmad. Lt Muda Mohd Asprizal Abdul Rahmat

ERAT SILATURAHIM... BAKAT Rejimen 22 Komando mengadakan Majlis perpisahan Ahli-Ahlinya sempena pertukaran kenaikan pangkat suami masing-masing 19 Mei 2007. Pengerusi BAKAT, Aidah Alias turut menyempaikan cenderamata kepada ahli-ahli yang diraikan. Dalam ucapan beliau, berpesan kepada ahli-ahli agar sentiasa menjaga nama baik BAKAT Gerak Khas diperingkat ATM khasnya dan di peringakat DARAT amnya walaupun sudah berada di unit - unit baru bagitu jugalah pada aktiviti-aktivitinya sepanjang perkhidmatan suami masing-masing. Kpl Taib Sango

PENGURUSAN JENAZAH...Kursus khas untuk ahli BAKAT 9 RRD pasukan dianjurkan oleh Sel KAGAT 9 RRD iaitu Kursus Pengurusan Jenazah (Wanita) Siri 1/2007 diadakan pada 12 Mei 2007 bertempat di surau 9 RRD. Kursus telah dihadiri oleh 27 peserta terdiri daripada ahli BAKAT yang diketuai oleh pengerusi BAKAT pasukan, Aishah Ahmad. Dalam kursus tersebut, peserta telah didedahkan dengan cara-cara pengurusan jenazah dari aspek teori dan pratikal selaras dengan kehendak Fiqh Islam. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Hamili Hamdan. Kapt (Ust) Kamarulzaman Isa, foto; Rjr Ramli Yusoff CERGAS... Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) telah mengadakan aktiviti Senamrobik bertempat di Dewan RASCOM barubaru ini. Aktiviti yang dijadikan aktiviti bulanan bagi BAKAT Briged (Bgd) ini bertujuan menjaga kesihatan selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli. Pengerusi BAKAT Kem 9 Bgd, Norsiah Ahmad serta Penasihat BAKAT 9 Bgd, Mej Azman Abd Karim turut hadir menyerikan lagi senamrobik tersebut. Pbt Impi Jibun

JUN 2007

65

BAKAT

Pengerusi BAKAT 8 Bgd melawat PDK


Oleh: Mej Zaidi Ab Halim Foto: Kpl Mujat Beti KELANTAN : Bermula dengan hanya seramai lima orang kanak-kanak sahaja semasa ia mula ditubuhkan pada Jun 1999, kini Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Desa Pahlawan disertai seramai 55 orang kanak-kanak dan dua orang tenaga pengajar secara sukarela. PPDK ini diilhamkan Datin Dr Zaimah Ibrahim (Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 2 Divisyen (Div) pada masa itu), kini diletakkan di bawah kelolaan Pegawai Memerintah 5 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Lt Kol Mohd Adzmurin Md Khalid. Sempena lawatan Pengerusi BAKAT 8 Briged (Bgd) pada 7 Feb 07, beliau telah diberi penerangan berkaitan perkembangan semasa dan perancangan masa depan bagi memajukan lagi PPDK tersebut. Bagi menampung keperluan semasa, pihak Markas (Mk) 8 Bgd telah mengenal pasti kawasan yang akan dijadikan tapak bagi membina satu bangunan baru iaitu bersebelahan dengan bangunan sedia ada.
Datin Norinni bersama sebahagian daripada kanakkanak istimewa yang mengikuti latihan di PPDK Kem Desa Pahlawan semasa lawatan beliau ke sana

Mengikut perancangan, bangunan baru ini akan dilengkapi dengan beberapa peralatan terkini

bagi membantu kanak-kanak terlibat menjalani latihan dengan lebih bersistem.

BINCANG...Pengerusi BAKAT 72 Workshop Divisyen, Hamidah Daud (empat dari kanan) sedang mempengerusikan Mesyuarat Agung BAKAT yang dirasmikan oleh Lt Kol Md Fuad Abd Jalil pada 23 Feb 2007 di rumah BAKAT pasukan. Mesyuarat diadakan bertujuan melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2007 dan membincangkan beberapa perancangan aktiviti di sepanjang tahun 2007. PW 2 Shaharudin Osman, foto; Kapt Mohamad Yazid Parlan

BERBAKAT...Tim BAKAT yang dianggotai Pengerusi BAKAT 8 Briged (8 Bgd), Datin Norinni Mohamad serta ahli-ahli BAKAT menyertai satu Pertandingan Menembak Mahabbah sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan yang ke-57 yang diadakan di Lapang Sasar Persatuan Menembak Kelantan pada 5 Apr 2007. Pelbagai agensi kerajaan termasuk Tim Panglima 8 Bgd menyertai pertandingan tersebut. Mej Zaidi Ab Halim, foto; Kpl Mujat Beti

KENANGAN...anggota BAKAT Kolej Tentera Darat (KTD) menganjurkan Majlis Perpisahan Timbalan Pengerusi BAKAT, Zurina Mohd Kamal iaitu isteri Lt Kol Ahmad Jamaludin Royan pada 17 Feb 2007. Tujuan utama majlis perpisahan tersebut untuk meraikan ahli-ahli BAKAT yang bertukar keluar dan sebagai mengenang jasa mereka selama mencurah bakti dalam organisasi BAKAT KTD. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan ahli-ahli BAKAT dan diakhiri dengan jamuan ringan. Mej Kamarulzaman Mohd Yunos, foto; Kpl Ridzuan Kadar

KASIH BERPANJANGAN...itulah maksud yang dapat diluahkan oleh ahli-ahli BAKAT 12 Briged (Bgd) kepada Datin Rahani Abu Bakar yang mengikuti suaminya, Brig Jen Dato Paduka Mat Yasin Mat Daud yang bertukar keluar ke Markas Tentera Darat. Majlis bacaan yasin telah diadakan di Bilik Gerakan MK 12 Bgd. Lt Saliza Abdul Shukor, foto; LKpl George Changau

66

JUN 2007

Agama

NTEGRITI kini menjadi suatu nilai yang amat penting khasnya dalam usaha untuk memerangi gejala rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku pada hari ini untuk menerapkan nilai ini sama ada dalam tugas mahupun sering didengari dan kini perkara tersebut semakin diberi perhatian oleh masyarakat. Cuma seperkara yang perlu dipastikan, apakah wujud kefahaman yang jelas mengenai perkara tersebut, apakah masyarakat benar-benar faham akan maksud dan tuntutan sebenar di sebalik seruan tersebut. Sesungguhnya, seruan melaksanakan integriti dalam pengurusan tugas serta kehidupan merupakan seruan yang amat positif, perlu diberi perhatian serius dan dilaksanakan oleh semua pihak bagi menghasilkan kejayaan dan kecemerlangan dalam tugas serta kehidupan. Pelaksanaan tugas dengan penuh integriti mampu mencegah penyelewengan serta pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa dalam tugas mahupun kehidupan. Walau bagaimanapun bercakap sahaja mengenainya tidak cukup, selain daripada ia benar-benar difaham barulah perancangan gerak kerja pelaksanaan dapat dirangka secara sistematik bagi menjayakannya. Adalah diharapkan penulisan artikel ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenainya. Definisi Integriti Kamus Dewan mendefinisikan integriti sebagai Kejujuran dan ketulusan, kesempumaan serta keutuhan. Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah disediakan oleh kerajaan menafsirkan integriti sebagai Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Pelaksanaan integriti adalah berlandaskan etika dan merupakan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Bagi menjayakan pelaksanaan integriti, PIN telah mengupas integriti mengikut konteks berikut iaitu: Integriti Individu Merupakan keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya. 10 bermaksud, terdapat keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Bertindak dan bertingkah berasaskan integriti dalam pelbagai segi secara konsisten.

Integriti Organisasi Secara sistematik, integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi hendaklah ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. Integriti Pekerja Pekerja melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Pekerja tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kroni sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Mereka hendaklah telus dan tulus, wajib memikul amanah tugas dan mempunyai sifat akauntabiliti terhadap ketua, orang di bawahnya dan kepada pihak-pihak lain. Nilai-nilai asas Integriti Berasaskan definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa integriti ditunjangi nilai-nilai asas berikut: * Kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan serta keutuhan. * Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. * Keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. * Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Bertindak dan bertingkah berasaskan integriti dalam pelbagai segi secara konsisten. Integriti dari Perspektif Islam Dasar integriti yang diilham di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah berasaskan pendekatan secara holistik bagi menangani isu don gejala rasuah, pecah amanah atau umumnya sebarang penyelewengan khususnya dalam perlaksanaan tugas masyarakat dan negara. Jika dilihat dari perspektif Islam ia menyamai nilai dan sifat amanah yang menjadi sebahagian daripada nilai-nilai akhlak Islam yang diperintahkan kepada umat manusia untuk mengamalkannya. Firman Allah di dalam Al-Quran: Maksud: Wahai orang-orang yang

JUN 2007 JUN 2007

67 67

Agama
...Tanpanya integriti tidak akan berjaya, kerana individu atau golongan masyarakat hanya akan bersifat dan bersikap telus dan tulus apabila wujud dalam diri mereka perasaan bertanggungjawab (akauntabiliti) kepada sesuatu...
beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanahamanah kamu,sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Anfaal: 27) Firman-Nya lagi: Maksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisa: 58) Nilai asas Integriti Dalam seruan perlaksanaan integriti nilai akauntabiliti (kebertanggungjawaban) merupakan elemen asas yang terpenting perlu ada dalam menjayakan integriti. Pelan perlaksanaan integriti akan berjaya dengan wujudnya nilai akauntabiliti atau kebertanggungjawaban dalam diri setiap individu. Akauntabiliti ditafsirkan oleh Kamus Dewan sebagai kewajipan yang mesti dilaksanakan atas rasa kebertanggungjawaban. Tanpanya integriti tidak akan berjaya, kerana individu atau golongan masyarakat hanya akan bersifat dan bersikap telus dan tulus apabila wujud dalam diri mereka perasaan bertanggungjawab (akauntabiliti) kepada sesuatu. Dalam konteks Islam, umatnya dituntut untuk mempunyai nilai akauntabiliti yang jelas, luhur dan suci iaitu bukan sekadar kepada ketua tetapi kepada yang lebih utama dari itu iaitu kepada Allah SWT. Bagi umat Islam, tidak kira sama ada ia pemimpin, pekerja atau sesiapapun ia, maka ia bertanggungjawab kepada Allah mengenai setiap tindakan, pekerjaan dan tugas yang dilakukan. Sama ada pekerjaannya itu membawa hasil atau kesannya yang baik atau buruk, memberi faedah atau mendatangkan kesan buruk kepada orang lain, ia mesti bertanggungjawab kepada Allah. Semua tindakan dan perbuatannya akan sentiasa diperhatikan dan diadili oleh Allah SWT, tiada akan terlepas walau sezarah sekalipun.

AMANAH...melaksanakan amalan kerja mengikut garis panduan, peraturan dan undang-undang telah ditetapkan Allah melalui syariat Islam

Ia akan menerima pembalasan baik atau buruk bergantung kepada apa yang dikerjakan. Inilah yang diistilahkan sebagai mukallaf dalam Islam. Ia bermaksud bahawa setiap individu yang telah mencapai umur baligh akan mukallaf atau boleh dipertanggugjawabkan di atas apa jua perbuatan yang dilakukannya. Jika baik akan dibalas Syurga dan nikmat Allah dan jika sebaliknya dosa dan azab Allah. Ciri-ciri Khusus Bagi mencapai nilai integriti yang sempurna di sisi Islam, sebarang perlaksanaan tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut iaitu: * Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan niat yang ikhlas dan penuh rasa takwa hanya kerana Allah, kepada-Nya dan untukNya. Firman Allah: Maksud: ....Tetapi yang (amalan) sampai kepada Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu... (AI-Hajj: 37). * Melaksanakan amalan kerja mengikut garis panduan, peraturan dan undang-undang telah ditetapkan Allah melalui syariat Islam. Firman Allah: Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukumhukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (AlBaqarah: 208) * Merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab dengan keihsanan atau dengan maksud untuk mencapai dan memberikan kebaikan kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tahukah kamu orang yang diharamkan masuk Neraka pada hari kiamat? Mereka ialah orang yang tidak kaku, lemah lembut, mudah berurusan, bersifat mendekati bersifat dengan sifat ihsan). (Riwayat Muslim dari Aisyah). * Mempercayai dan menyakini bahawa semua tanggungjawab yang telah diamanahkan akan dinilai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: Maksud: Maka sesiapa berbuat

kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. (AlZalzalah: 7 - 8) * Melaksanakan pekerjaan dengan penuh kesungguhan, cepat, tepat dan bermutu. Firman Allah SWT: Maksud: Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh- sungguh (di dunia). (AsSaaffat: 61) * Bertindak dan bertingkah berasaskan integriti dalam pelbagai segi secara konsisten. Nilai-niai akhlak Islam yang menjadi asas kepada integriti adalah bersifat murni tetap atau konsisten tidak akan berubah oleh sebab manamana pengaruh nilai kerana ia datang dari Allah SWT. Oleh sebab itu pengamalannya juga dituntut secara konsisten, menjadi nilai asas yang sentiasa diamalkan kepada semua tanpa mengira taraf masyarakat dalam semua tempat mahupun situasi. Kesimpulan Pelaksanaan amalan dan tugas dengan penuh integriti sangat diperlukan dalam kehidupan individu serta organisasi. Bagi umat Islam kejayaan menyerapkan nilai integriti sebenar sangat bergantung kepada pegangan nilai agamanya. Lebih kuat pegangan agamanya lebih tinggi nilai integriti yang akan diserap dan dipamerkan dalam kehidupan. Bagi kalangan orang yang mempamerkan imej beragama tetapi tidak mempunyai nilai integriti dalam kehidupan mereka, tidak amanah, sentiasa menunjukkan personaliti yang berbeza bila mana, berada di hadapan khalayak atau bersendirian, mereka sebenarnya bukanlah orang yang beramal dan benar-benar berpegang kepada agamanya. Oleh yang demikian, walau apapun nilai baru yang mendatang atau cuba dipeloporkan oleh para pengkaji moden pada akhirnya ia akan kembali kepada kepentingan pegangan dan keimanan kepada agama anutan khasnya Islam, agama yang sungguh mulia dan suci. Agama yang diturunkan untuk membawa manusia kepeda kesejahteraan dan keharmonian dan kedamaian yang abadi.

68

JUN 2007

Forum Tok Wan

Kenaikan gaji kakitangan kerajaan


ERCAYA atau tidak, satu fenomena baru telah wujud di kalangan anggota tentera! Penggunaan mesin kira-kira atau calculator kian meningkat. Penggunaan alat tersebut bukannya bersangkut paut dengan tugas, sama ada mengira statistik kekuatan anggota ataupun data teknikal, tetapi mengira jumlah kenaikan gaji yang bakal diperolehi berlanjutan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan kadar gaji kakitangan kerajaan. Alhamdulillah! Syabas dan tahniah kepada kerajaan yang memerintah. Sesungguhnya mereka amat prihatin dengan kebajikan serta taraf kehidupan mereka yang bertungkus lumus berkhidmat berkhidmat dengan kerajaan. Jika dibandingkan dengan kakitangan swasta yang lain, Tok Wan rasa upah dan penggajian golongan kakitangan kerajaan jauh lebih rendah daripada golongan swasta. Lihat sahajalah bonus yang diterima dahulu, satu bulan gaji bagi kakitangan kerajaan berbanding dengan bonus berbulan-bulan di sektor awam. Kesanggupan kerajaan untuk berbelanja lebih sedikit demi kepentingan para pekerjanya perlu disanjung. Pun demikian, Tok Wan ingin menasihatkan, janganlah terlalu rabun mata dengan kenaikan gaji yang bakal kita nikmati. Berbelanja secara berhemah, itu lebih penting. Lebih mustahak lagi, dengan kadar kenaikan yang berbeza antara 10 hingga 40 peratus,

sewajarnya bolehlah kita menabung atau menyimpan serba sedikit gaji yang diperolehi untuk masa hadapan. Tok Wan pasti, tidak akan habisnya wang dari gaji yang diperolehi, melainkan kita boros berbelanja. Bagi mereka yang bujang trang tang tang belajarlah menyimpan duit kita itu. Jangan asyik ingin glamour sahaja, beli handphone baru atau tukar kereta pula. Bagi yang berkeluarga, masa hadapan anak-anak perlu diutamakan. Yang paling penting, wujudkan dana untuk menampung pembelajaran anak-anak kita. Tidak semua daripada anak-anak kita berpeluang untuk menikmati pinjaman dari tabung pelajaran kelak kerana terlalu ramai yang memohon dan syarat-syarat kelayakan juga adalah ketat. Kejayaan anak-anak adalah tanggungjawab kita. Satu lagi cerita yang ingin Tok Wan kongsi bersama pembaca adalah isu CTOS. Minta maaf banyak-banyak, Tok Wan kurang fasih untuk memberi apa makna singkatan CTOS itu. Hanya yang Tok Wan tahu, ianya merupakan pembekal maklumat kewangan individu. Ada di antara kawan-kawan Tok Wan yang diCTOSkan. Masalahnya, apabila ini berlaku, individu kemungkinan tidak dapat membuat apa bentuk pinjaman dari mana-mana institusi kewangan yang ada. Bukankah itu satu masalah besar? Kebanyakan yang disenaraikan adalah mereka yang berhutang kad kredit dan ada juga yang tidak menjelaskan bil telefon bimbit mereka. Tidakkah pelik begitu? Sebenarnya, kalau kita

ingin berhutang, biarlah berpadanan. Maksud Tok Wan berhutanglah mengikut kemampuan kita, senang untuk kita jelaskan. Dari sudut agama pula, dalam satu khutbah jemaah pernah disampaikan, mereka yang berhutang apabila menghadapi kematian, rohnya tidak tenteram. Betul atau tidak, Tok Wan tidak berani hendak confirmkan. Yang jelas, kalau benar kenyataan ini, pada pandangan Tok Wan, hantu-hantu yang berkeliaran (maksud Tok Wan roh-roh orang mati dan bukannya Mat Rempit atau kutu-kutu dadah) sebenarnya adalah hantu CTOS sebab semasa hidupnya mereka ini malas menjelaskan hutang piutang mereka, maka jadilah hantu merayau-rayau antara dunia yang nyata dan yang fana. Terpulanglah kepada para pembaca sama ada percaya atau tidak dengan cerita Tok Wan ini. Waaima apa pun, gaji baru yang kita bakal terima nanti, berhati-hatilah ketika berbelanja. Jangan sampai kerak nasi melebihi saiz periuk cukuplah. Yang mana berhutang, jelaskan hutang yang ada dengan sebaik mungkin, jangan sampai ada anggota tentera yang disenarai hitamkan dalam CTOS. Sebaik-baiknya jangan ada yang berhutang sampai tidak mampu membayarnya. Ini akan menimbulkan masalah kepada mereka yang hidup. Hidup sebagai manusia mati pun biarlah sempurna sebagai roh solleh. Jangan pula hidup macam pelesit mati jadi hantu CTOS!

Berdisiplinkah kita semasa kenaikan gaji


Saudara Pengarang,

ebih besar periuk, lebih besarlah keraknya. Itu pepatah Melayu yang sinonim dengan kita. Kehidupan ini perlu seimbang dari semua sudut. Islam juga mengajar kita tentang kesederhanaan dalam apa jua keperluan. Manusia diberikan nafsu dan akal fikiran. Sebagai contoh, apabila kita lapar tetapi bila melihat lauk yang banyak kita akan keliru untuk membuat pilihan. Begitu juga dengan masalah kewangan. Apabila berada dalam kancah kewangan yang meruncing, sudah tentu kita akan berhati-hati berbelanja. Tetapi apabila jumlah pendapatan meningkat kita mula keliru lalu berbelanja tanpa kawalan. Kira-kira 1.2 juta kakitangan perkhidmatan awam menikmati kenaikan gaji setelah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 21 Mei 2007 di Pusat Konvensyen Antarbangsa Putrajaya (PICC).Tidak terkecuali bagi warga Tentera Darat yang diberikan tambahan 20 peratus daripada peratusan kenaikan gaji pokok sebagai pengiktirafan beban tanggungjawab dan cabaran. Berikutan itu, gaji anggota tentera mung kin dinaikkan antara 9 hingga 42 peratus mengikut kumpulan sokongan. Persoalannya, adakah ini akan melangkaui

batas perbelanjaan kita? Jawapannya ada pada akal fikiran masing-masing. Pendapatan meningkat bukan bermakna perbelanjaan turut bertambah. Setiap daripada kita mempunyai keinginan, namun adakah keinginan ini menjadi satu titik keperluan utama? Pengabaian perancangan kewangan bakal mengusutkan keadaan. Saya perhatikan, ramai di kalangan anggota tentera sudah mula mencongak untuk menukar kereta baru, membuat permohonan kad kredit dan tidak kurang juga yang berlumbaIumba untuk mendapatkan telefon bimbit yang mencecah ribuan ringgit. Inikah keperluan sebenar kita? Jelas sekali kita akan berhadapan dengan kehendak nafsu. Bukan maksud saya untuk mengatakan keinginan tersebut tidak wajar tetapi pastikan ianya betul-betul diperlukan pada waktu yang bertepatan. Pengurusan perbelanjaan teratur dengan menepati keperluan semasa serta perancangan di masa hadapan patut diterapkan. Kecekapan berbelanja bakal menjadikan kita seorang yang tahu mengawal nafsu. Perubahan drastik dalam gaya berbelanja menjerumus kita ke arah pembaziran. Jangan sesekali lupa bahawa kesenangan hari ini bukan bermakna kesenangan selamanya. Tidak siapa akan tahu apa akan berlaku esoknya. Kebelakangan ini kita dengar harga barang mungkin mula mengimbangi kenaikan gaji kakitangan kerajaan.

Kalau ini berlaku apalah erti kenaikan? Apa yang diperolehi tidak sepatut membuatkan kita alpa. Biar kita lebih berhati-hati dan mempunyai perancangan bijak. Jadikan insentif ini sebagai satu penjana moral serta kesungguhan berkhidmat. Jadikan juga ia sebagai batu loncatan untuk menaikkan taraf ekonomi setiap anggota. Bagi yang berkeluarga inilah masa bagi memikirkan masa depan dan pelajaran anakanak. Tanggungjawab terhadap keluarga janganlah pula diabaikan kerana kesenangan yang dikecapi. Laksanakan tugas dengan penuh komitmen sepertimana kepercayaan kerajaan terhadap kita selama ini. Pertingkatkan mutu kerja seiring dengan perbelanjaan yang berhemah. Berbelanja tanpa berfikir seolah-olah berjalan dengan mata dan telinga tertutup. Tiada haluan dan tiada matlamat sebenar. Tumpuan kerja merosot malah merugikan kita tanpa satu hasil yang berfaedah. Kenaikan tidak seberapa takut hutang pula yang lebih. Ukurlah baju di badan supaya tahu kemampuan diri. Jadi fikirfikirkanlah di mana patut kita letakkan diri ini? Harapan saya agar semua warga Tentera Darat mampu merealisasikan kenaikan dalam erti kata sebenar. Biar kita segak merancang dan cantik berbelanja, bukan hanya sekadar memperlihatkan kesegakkan dan disiplin diri di dalam kerjaya. Sjn Nahar Azami

JUN 2007

69

Karya
Seronoknya kita dengar... Tak seronoknya kita lihat...

Bila kita dengar anak buah kita tahu kerja-kerja yang bakal dilaksanakan tanpa sebarang arahan khusus.

Tapi sikap masih lagi ditahap yang kurang membanggakan.

Kesalahan menggangu Pegawai Polis atau anggota tentera yang bertugas di tempat larangan
ECARA ringkasnya di bawah Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) menyatakan bahawa tempat larangan adalah semua penempatan tentera termasuk berek, tempat tahanan tawanan perang dan tempat tahanan anggota tentera. Di samping itu, tempat larangan juga meliputi kawasan infrastruktur yang dimiliki oleh kerajaan yang diisytiharkan oleh menteri dengan perintah yang disiarkan dalam warta sebagai tempat larangan. Tempat larangan ini tidak termasuk sebagai kawasan larangan bagi anggota tentera seperti yang disytiharkan dalam Perintah Bahagian I Pasukan. Sehubungan dengan itu, Seksyen 10 Akta Rahsia Rasmi menyatakan bahawa jika seseorang yang berada dalam satu atau berdekatan dengan sesuatu tempat larangan, menghalang, mengelirukan atau dengan cara lain mengganggu atau merintangi seseorang pegawai polis atau seseorang anggota angkatan tentera yang menjalankan tugas berhubung dengan tempat larangan itu, maka ia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara dan denda keduaduanya. Di bawah Seksyen 18 Akta yang sama, ianya telah memberi kuasa kepada anggota polis dan anggota tentera untuk menangkap dengan tanpa waran ke atas mereka yang terlibat di dalam melakukan perbuatan yang bersalahan dengan Akta tersebut. Mereka yang ditahan hendaklah dibawa dengan serta merta kehadapan seorang majistret untuk dihukum mengikut undang-undang. CSM MK TD (Sel Undang-undang)

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

70

JUN 2007

Kesihatan

Sawan (Epilepsi)
Apakah itu Epilepsi Epilepsi ialah keadaan di mana seseorang itu mengalami serangan sawan (fits) yang berulang kali. Sawan berlaku apabila terjadi aktiviti elektrik yang tidak terkawal pada sebahagian atau keseluruhan otak. Apakah jenis-jenis Epilepsi Terdapat tiga jenis epilepsi yang utama. Sawan Keseluruhan/Generalised (atau Grand Mal). * la melibatkan keseluruhan otak. * Pesakit akan jatuh dan tidak sedarkan diri, diikuti oleh goyangan/ konvulsi badan yang tidak terkawal. Dalam masa yang sama, pesakit mungkin terkencing tanpa disedari. * Serangan biasanya berlaku dalam masa 5 minit atau kurang dari itu. * Selepas berakhirnya sawan, pesakit akan tidur, ataupun kelihatan keliru atau separuh sedar untuk seketika. Sawan abbsence * Selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak. * Pesakit tidak akan jatuh atau mengalami konvulsi. * Biasanya mengambil masa 5 - 10 saat sahaja, kanak-kanak ini akan hilang kesedaran. Matanya mungkin berkelip-kelip, atau anak mata memandang ke atas seketika. Serangan ini mungkin tidak disedari adalah sawan, dan mungkin dijangkakan mimpi di siang hari. *Kadang kala serangan ini menyebabkan pergerakan halus dan sederhana di bahagian muka atau badan. Kanak-kanak juga tidak akan menyahut apabila dipanggil. * Serangan berlaku beberapa kali sehari dan mengganggu pembelajaran. * Ubat berkesan mengawal serangan ini. * Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sawan ini akan sembuh bila meningkat dewasa dan tidak memerlukan perawatan selanjutnya. Sawan tokall partial * la melibatkan sebahagian daripada otak. * Pada sawan jenis ini, pesakit akan hilang kesedaran pada persekitaran atau apa yang sedang dilakukannya. * Pesakit akan keliru pada jangka masa yang lebih lama daripada sawan absence, dan menunjukkan kelakuan yang tidak tentu arah. Apakah punca-punca Penyakit Epilepsi? Punca atau penyebab penyakit epilepsi tidak diketahui pada kebanyakan kes epilepsi. Walau bagaimanapun, puncanya mungkin diketahui pada sesetengah orang, ini termasuk: * Jangkitan kuman atau infeksi di otak seperti enkefalitis, atau meningitis. * Kekurangan oksigen, atau pendarahan dalam otak semasa lahir. * Komplikasi daripada penyakit lain seperti kencing manis, penyalahgunaan dadah dan alkohol yang berlebihan. * Penyakit keturunan, seperti tuberous sclerosis, * Kecederaan yang teruk di otak. Ketumbuhan di otak. * Penggumpalan saluran darah yang luarbiasa di otak. *Penyakit degenerasi seperti Alzheimers disease. * Akibat selepas strok. Apakah anggapan-anggapan salah terhadap Epilepsi? * Sesiapapun mungkin mendapat epilepsi, tidak kira tahap pendidikan, atau umur, lelaki atau perempuan. Biasanya, epilepsi bermula dari zaman kanak-kanak, tetapi dapat berlaku pada tahap umur yang tua.

* Epilepsi bukanlah hukuman dari Tuhan. la juga bukanlah sesuatu yang memalukan. * Epilepsi tidak berjangkit. Seseorang itu tidak akan mendapat epilepsi dengan bekerja atau belajar bersama seseorang pengidap epilepsi. * Epilepsi tidak akan menyebabkan masalah mental atau kelakuan jenayah. * Epilepsi dapat dikawal dengan mengambil ubatan yang sesuai. * Epilepsi seringkali bukanlah punca kecacatan otak. Apakah Epilepsi dapat diturunkan kepada anak-anak Sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa mengidapi sawan jenis generalised atau Grand Mal, maka anaknya mempunyai risiko empat peratus untuk mendapat epilepsi. Sekiranya kedua-dua ibu bapa mengidap sawan ini, kemungkinan anaknya mengidap epilepsi adalah 20 peratus. Risiko bagi sawan jenis tokal adalah lebih rendah. Menjalani kehidupan yang normal 50 peratus daripada pengidap epilepsi dapat hidup bebas dari serangan sawan, sekiranya mereka mengambil ubatan dengan teratur dan betul. Pada peratus pengidap seterusnya, serangan sawan dapat berkurangan dengan pengubatan yang diberi. Ada segelintir pengidap yang mungkin memerlukan lebih dari satu jenis ubat untuk mengawal penyakit mereka.

JUN 2007 JUN 2007

71 71

Sukan

Kejohanan Olahraga ATM 2007


Oleh: Kpl Suziana Selimin Foto: Sjn Mohamad Solor Ismon IPOH: Kejohanan Olahraga ATM yang berlangsung selama tiga hari di sini bermula 20 hingga 22 Jun 2007 menyaksikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengungguli Juara Kejohanan pada kali ini. Dengan pungutan pingat emas sebanyak 26 pingat TLDM berjaya menewaskan Tentera Darat (TD) di tempat kedua yang berjaya mengutip 12 pingat emas manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di tempat ketiga pula hanya mampu meraih dua pingat emas sahaja. Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Laksamana Madya Datuk Abdul Aziz Hj Jaafar hadir bagi merasmikan upacara penutup kejohanan kali ke-44 ini. Olahragawan dan olahragawati terbaik pula disandang oleh atlet dari pasukan TLDM. Di sepanjang kejohanan berlangsung antara acara yang ditunggutunggu ialah 4 x 400m Wanita Akhir yang diraih oleh pasukan TLDM dan 4 x 400m Lelaki Akhir yang dimenangi oleh TD. Diharap kejohanan ke-45 pada tahun hadapan, TD selaku pasukan penganjur akan mampu mengutip lebih banyak pingat emas dan seterusnya merampas takhta kejuaraan dari TLDM.

SEDIA...peserta 4 x 400m Lelaki Akhir memulakan larian pada hari terakhir kejohanan yang dimenangi oleh tim TD

SEMANGAT KESUKANAN...9 RRD mengadakan pertandingan akhir hoki antara Kompeni bagi Tahun 2007. Juara pada tahun ini dimenangi oleh Komp B dengan mengalahkan Komp A dengan jumlah mata 5 berbalas 3. Selain melaksanakan aktiviti sukan pasukan, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti pelapis-pelapis baru untuk mewakili pasukan dalam menghadapi kejohanan Hoki Kor RRD. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Mansor Hj Mohd Sharip. Kpl Bong Leong Fu, foto; LKpl Ramzi Serimin

Ragbi PMTD - 2 Div Johan

USAHA GIGIH...14 RAMD menjadi Johan Keseluruhan dalam Kejohanan tinju peringkat 1 Bgd di Dewan Sebaguna Markas Garison. 10 pasukan dibawah naugan 1 Bgd menyertai kejohanan pada kali ini dan 13 ketegori dipertandingkan. Semua peninju menjadi johan dan naib johan dipilih mewakili 1 Bgd untuk kejohanan tinju peringkat 3 Div. Upacara penutup disempurnakan oleh Panglima 1 Bgd, Brig Jen Sharani Sany. Turut hadir Pemerintah Garison Gemas dan semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah. 14 RAMD

KERJA KERAS...Pemain tim 2 Div memegang bola diasak oleh pemain lawan dalam usaha melakukan Try untuk menambah mata

SUNGAI BESI: Pasukan 2 Div sekali lagi dinobatkan gelaran sebagai juara dalam Kejohanan Ragbi Pemerintahan Medan Tentera Darat (PMTD) tahun 2007. Kali ini mereka telah menumpaskan tuan rumah iaitu 4 Div dengan kiraan mata tipis 14-13. Pada kejohanan sama tahun lalu 3 Div berjaya ditumpaskan oleh pasukan Wilayah Utara Semenanjung ini. Sejak dari minit awal perlawanan, pasukan 2 Div telah menunjukkan keghairahan untuk memburu mata awal. Namun mereka diberi saingan yang sengit oleh pasukan lawan. Nasib menyebelahi mereka apabila berjaya menambah mata berharga apabila perlawanan hampir berakhir. Kejohanan yang berlangsung selama empat hari ini telah diadakan di padang ragbi 71 RSD, Kem Sg Besi. Perlawanan akhir telah berlangsung pada 9 Mac 2007. Antara yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini ialah Trup Medan, 1 Div dan 3 Div. Pemangku Panglima Medan Tentera Darat, Mej Jen Dato Pahlawan Sohaeimi Abas yang juga merupakan Panglima 4 Div turut hadir menyaksikan perlawanan. Beliau turut menyempurnakan upacara penyampaian hadiah serta upacara penutup kejohanan. Kpl Fadzli Jab

72

JUN 2007

Sukan

Oleh: PW 2 Zaini Hj Abd Ghani Foto: Kpl Che Miss Hassan dan Kpl Suryazu Mohamad EJIMEN Askar Melayu Diraja (RAMD) muncul juara keseluruhan setelah berjaya menewaskan sebelas pasukan renang Tentera Darat pada Kejohanan Renang dan Polo Air antara Kor Tentera Darat dengan pungutan pingat 13 emas, 8 perak dan 8 gangsa dengan kedudukan 287 mata dalam tujuh belas acara renang dipertandingkan yang diadakan Kolam Renang Olimpik Kem Terendak selama tiga hari yang diadakan baru-baru ini yang mana 17 RAMD Para selaku tuan rumah kejohanan. Tempat kedua disandang oleh Rejimen Artileri Diraja (RAD) dengan pungutan pingat 3 emas, 6 perak dan 3 gangsa dengan kedudukan 164 mata, tempat ke tiga jatuh kepada Kor Ordnans Diraja (KOD) dengan pungutan pingat 1 emas, 1 perak dan 5 gangsa dengan kedudukan 92 mata, Rejimen Semboyan Diraja di tempat ke empat dengan pungutan 33 mata, Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) di tempat ke lima hanya berjaya 1 pingat perak dengan pungutan 27 mata. Tempat ke enam jatuh kepada Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan pungutan 17 mata dan Rejimen Askar Wataniah (RAW) dengan pungutan 5 mata jatuh ke tempat ke tujuh. Kejohanan yang disertai dua belas pasukan bertanding iaitu,

RAMD, RRD, Kor Armor Diraja (KAD), RSD, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), RAD, Kor Kesihatan Diraja (KKD), Kor Risik Diraja (KRD), KPD, KOD, Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja (KJLJD) dan RAW. Bagi acara Polo Air, RAMD tetap unggul apabila muncul juara setelah berjaya menewaskan RRD pada pertandingan akhir. Manakala tempat ke tiga jatuh kepada KRD dan Perenang Terbaik ditabalkan kepada LKpl Haizani Abdullah dan Perenang Harapan diberi kepada Pbt Zalmi Zakaria kedua-dua dari RAMD termasuk 25 anggota terpilih untuk mewakili TD ke Kejohanan Renang ATM yang akan datang. Pegawai Memerintah 17 RAMD Para sekalu Pengerusi Pengelola Pertandingan Renang, Lt Kol Rizuan Abu Bakar menjelaskan, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam acara renang yang berpotensi untuk mewakili

JUN 2007 JUN 2007

73 73

Sukan
Kejohanan yang berlangsung dengan sempurna dan mencapai satu tahap kejayaan yang tinggi berkat usaha gigih dan kerjasama semua pihak. Semangat kesukanan, semangat persaingan, daya ini akan dapat mencorak dan membentuk warga TD yang sihat, cergas dan peka kepada araus pembangunan sukan TD khasnya ATM amnya, Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi

TAHNIAH...Ketua Pasukan Renang RAMD, Kapt Azman menerima piala pusingan daripada Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah

Tim Renang KRD berjaya meraih tempat ke tiga dalam kejohanan polo kali ini

TD ke peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahupun kebangsaan. Tambah beliau lagi, TD masih ketandusan perenang-perenang dan belum mampu menyaingi perenang-perenang di peringkat kebangsaan. Namun jika kita diberi peluang dan pendedahan dengan setiap kejohanan yang dipertandingan kita mampu bersaing dengan perenang handalan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi berkata, ruang untuk kejayaan tetap terbuka luas dan boleh terus berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan masing-masing dalam sesi latihan intensif yang akan dijalankan nanti.

Dengan adanya kejohanan seperti ini,ia bukan sahaja akan mencerna semangat juang di kalangan anggota, malah ianya akan juga dapat memupuk hubungan silaturahim di kalangan kita, meningkatkan taraf kesihatan dan dengan sendirinya juga akan mempamerkan dan membuktikan kecemerlangan Kor masing-masing, Lt Kol Rizuan Abu Bakar

74 74

JUN 2007 JUN 2007

Sukan

KLUANG: Pertandingan Kembaraduga merupakan pertandingan yang amat mencabar dan merupakan satu bentuk latihan yang boleh mengukur ketahanan dan keupayaan setiap peserta dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi sesuatu situasi yang mencabar. Pertandingan yang bermula pada 27 Apr dan berakhir pada 3 Mei 2007 menyaksikan Tim 7 Bgd berjaya mengekalkan kejuaraanya buat kali ke-2 berturut-turut apabila 4 kategori yang dipertandingkan 3 kategori menjadi milik 7 Bgd. Kpl Abby Sabantan Embuloi juga dari 7 Bgd terpilih sebagai peserta terbaik pertandingan ini. Pemilihan beliau adalah berdasarkan kepada ciri-ciri seperti mutu kerjasama yang tinggi, mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang pertandingan ini berlangsung. Manakala tempat kedua pula jatuh kepada Tim 4 Bgd Mek dan 1 Bgd hanya menduduki tempat ketiga. Setiap peringkat pemimpin juga berpeluang untuk mempertingkatkan daya pemerintahan dan kawalan serta menerapkan nilai-nilai positif sebagai seorang anggota tentera seperti semangat setiakawan, berdisiplin serta semangat juang dalam apa jua situasi yang dihadapi. lnilah sebenarnya yang diharapkan oleh pucuk pimpinan TD iaitu menjadikan latihan sebagai salah satu bentuk kebajikan kepada seluruh warganya. Pertandingan Kembaraduga menyaksikan setiap tim akan menghadapi empat cabaran dan untuk cabaran pertama adalah Jalan Laju sejauh 35 km bermula dari Bukit Mor sehingga ke Kg. Asam Kumbang, Muar, manakala cabaran kedua mendayung sejauh 48.5 km dari Kg Asam Kumbang ke Kg. Seri Dayung 3 dan cabaran seterusnya merupakan yang paling sukar iaitu Pandu Arah sejauh 45 km bermula Kg. Asam Kumbang ke Chaah, Segamat dan cabaran akhir adalah menembak di Lapangsasar Kem Batu Tiga, Kluang. Panglima 3 Div, Mej Jen Dato Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi mahu semua warga TD khasnya 3 Div agar sentiasa didedahkan

Setiap peringkat pemimpin juga berpeluang untuk mempertingkatkan daya pemerintahan dan kawalan serta menerapkan nilai-nilai positif sebagai seorang anggota tentera seperti semangat setiakawan, berdisiplin serta semangat juang dalam apa jua situasi yang dihadapi dengan pertandingan dan latihan yang berterusan bagi membina dan mengekalkan kecergasan fizikal dan mental, di samping dapat mengimplimentasikan semua ilmu dan kemahiran

ketenteraan yang dimiliki. Beliau berkata demikian semasa penutupan Pertandingan Kembaraduga Peringkat 3 Diy yang telah diadakan di Lapangsasar Kem Batu Tiga pada 3 Mei lalu. Dalam pertandingan ini Panglima 3 Div turut menyerahkan Bendera 3 Div kepada Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD), Lt Kol Rosman Senip yang mana 1 RRD dilantik sebagai Pusat Cemerlang Tim Kembaraduga 3 Div. Turut hadir Panglima 7 Bgd, Brig Jen, Dato Pahlawan Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Shahrani Mohd Sany, Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Mohamad Batcha, KAD, Brig Jen Dato Rohisha Yahaya, Komander Rej 501 Askar Wataniah, Brig Jen Tajuddin Joned.

JUN 2007 JUN 2007

75 75

Galeri

Lukisan Peperangan Khazanah Negara


Dalam memenuhi tuntutan negara untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan, ramai daripada kalangan tentera telah terkorban dan tercedera. Mereka semua menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam menabur bakti kepada negara yang tercinta. Ramai daripada mereka telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan terus dikenang dan disanjung mereka yang telah gugur sebagai pahlawan akan sentiasa disanjung dan dihormati walaupun mereka tidak tergolong dalam kalangan penerima Anugerah Keberanian. Perlu diakui bahawa dalam negara kita Malaysia, tidak banyak lukisan ketenteraan ataupun lukisan peperangan yang merekodkan peristiwa bersejarah dan kepahlawanan masa lalu. Selain untuk imbas kembali, lukisan ketenteraan boleh menaikkan semangat cintakan tanah air dengan berjuang bermati-matian dan pantang menyerah kalah. Lt Adnan Saidi dengan semangat Hang Tuah Tak Melayu Hilang Di Dunia. Walaupun telah kehabisan peluru, Lt Adnan terus berjuang dengan benet terhunus dengan tekad pantang menyerah.

Kapt Hamid Awang SP. Tanpa menghiraukan keselamatan sendiri, beliau menerkam untuk bergelut dengan pengganas komunis bagi menyelamatkan anggotanya daripada ditembak oleh pengganas komunis tersebut. Beliau telah memukul pengganas komunis itu dengan senjata pelancar grened M79 yang dibawanya.

Awang anak Rawang yang dilukis seorang pelukis barat, Terence Cuneo, yang memapar-kan pertempuran di Hutan Simpan Keluang, Johor, di mana seorang Tracker (Iban, Awang a/k Rawang, yang berkhidmat dengan Tentera British, 1 sf Battalion Worces-tershire Regiment, telah menunjukkan keberanian, sifat bertanggungjawab dan semangat Esprit de Corps. Walaupun beliau cedera parah ditembak di peha, beliau masih gagah berjuang dan berjaya menyelamatkan seorang anggota tentera British yang telah cedera serta mempertahankan kedudukan dan senjata selama lebih setengah jam, daripada dirampas oleh pengganas komunis yang kekuatan mereka lebih ramai iaitu lebih dari 50 anggota.

Kanang ak Langkau SP, PGB. Keberanian serta ketangkasannya dalam pertempuran tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun. Walaupun cedera ditembak namun terus berjuang dan berjaya membunuh musuh. Agi Idup Agi Ngelaban menjadi laungan Kanang semasa pertempuran. Keberanian dan tindakan nekad Kanang berjaya menyelamatkan anggota platun yang lain. Ketiga-tiga lukisan tersebut telah dilukis oleh pelukis terkenal tanah air saudara Jaafar Taib.

76 76

JUN 2007 JUN 2007

Tahukah Anda Ruangan Tahukah Anda keluaran bulan ini, ingin menyingkap kembali Pasukan Sukarela Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1902.
Oleh: Lt Kol (B) Hj Ab Aziz Ahmad

AMAI yang mengetahui betapa susahnya pemerintah Inggeris untuk menerima cadangan oleh Tuanku Muhammad ibni Almarhum Yamtuan Antah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, pada 30 April 1919, supaya di negeri-negeri Melayu ditubuhkan pasukan tentera yang terdiri daripada kalangan anak-anak Bumiputera. Bahkan lima tahun sebelum itu pun Baginda juga pernah menyuarakan kepada pemerintah Inggeris supaya ditubuhkan pasukan tentera Melayu bagi menjaga keselamatan negeri-negeri Melayu. Pada peringkat awal penubuhannya, semua pegawai terdiri daripada pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) sementara anggota prebet terdiri daripada orang Melayu yang berkerja dengan kerajaan Inggeris serta orang kampung yang berminat untuk menyertai pasukan tentera walaupun hanya separa-tentera yang tidak dilengkapkan dengan senjata. Orang Melayu diberi semangat untuk menyertai Pasukan Sukarela Melayu dengan ingatan bahawa mereka kelak akan bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah air. Pasukan Sukarela Melayu telah bertukar nama kepada Pasukan Infantri Melayu Sukarela (MVI) pada tahun 1916. Pasukan Sukarela kemudian juga dikenali sebagai Malay States Volunteer Regiment (MSVR) di mana Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah serta Ketua Polis Daerah (OCPD) digalakkan supaya menubuhkan MSVR di daerah masing-masing. Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah sendiri yang kerap menjadi Pegawai Memerintah MSVR. Antara daerah yang telah menubuhkan MSVR ialah Kemaman di Terengganu dan Alor Gajah di Melaka. Sebenarnya di Negeri-negeri Selat, Melaka dan Pulau Pinang, pasukan sukarela Melayu dikenali sebagai Straits Settlement Volunteer Forces (SSVF). Selepas tahun 1934, ramai di kalangan Pembesar Istana, Anak Raja dan Pemimpin Melayu, turut berminat untuk menyertai MSVR. Di kalangan pemimpin Melayu dan anak raja

yang menyertai MSVR ialah Dato Naning Usman bin Kering, Melaka yang memakai pangkat Leftenan, YM Raja Aman Shah bin Raja Harun ar- Rashid, kerabat di Raja Perak yang menyertai MSVR pada tahun1930, memakai pangkat Leftenan Muda. Di Melaka , turut menjadi pegawai dalam dalam SSVF ialah Kapten Muhd Ali Maidin dan Leftenan Abbas bin Said ( kemudian telah menyertai pasukan Askar Melayu). Di Negeri Sembilan, pada 19 Mei 1934, semasa Batalion Negeri Sembilan MSVR menerima panji-panji dalam satu perbarisan di Padang Stesen Seremban, kerabat di raja Negeri Sembilan, Leftenan Muda Tengku Nasir sebagai Pemerintah Kompeni ke-2, Leftenan Muda Tengku Zacharia dan Leftenan Muda Tengku Hussain, keduanya sebagai Pegawai Kompeni Ke-2. telah mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut. Di Negeri Selangor, Kompeni Delta dalam Federation Malay States Volunteer Force (FMSVF), yang mempunyai dua platun di Klang dan satu platun di Kuala Lumpur, disertai kesemuanya oleh orang Melayu. Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Leftenan Raja Nong bin Hussain dan Leftenan Tengku Hussain, yang bekerja di Pejabat Bandaran Kelang menjadi Ketua platun. Pemerintah Kompeni ialah Kapten M. C. Sheppard, pegawai MCS yang berasal dari Ireland (kemudian Tan Sri Hj Mubin Sheppard). Bagaimanapun selepas tahun 1934,

...Setelah Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun, pada 28 Februari 1942, beberapa pegawai sukarela yang berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu telah dibunuh oleh tentera Jepun kerana tidak mahu menanggalkan pakaian seragam mereka...

ramai anggota prebet dalam MSVR Negeri Sembilan dan negeri lain, kemudiannya telah menyertai pasukan Askar Melayu ataupun pasukan Polis yang mula membuat pengambilan untuk menambah kekuatan. Setelah perang meletus antara China dengan Jepun di Asia dan di Eropah pula, Jerman dan Itali telah membuat Perjanjian Peperangan Bersama, pasukan MSVR telah diarahkan supaya membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka juga diingatkan bahawa mereka akan menjadi tentera barisan hadapan sekiranya peperangan meletus di Asia Tenggara. Sememangnya semasa Perang Jepun ramai anggota MSVR, FMSVF telah turut terlibat menentang tentera Jepun. Ramai daripada mereka turut bergerak dalam hutan menyampaikan maklumat pergerakan Tentera Jepun kepada Pasukan Tentera British yang sedang berundur ke selatan. Pada 1 Dis 1941, apabila perang dijangka meletus, ramai pegawai Melayu dalam FMSVF, MSVR dan SSVF, telah menyertai pasukan Askar Melayu. Antara mereka ialah Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun Rashid, Kapten Yazid bin Ahmad (menjadi Leftenan dalam Askar Melayu) kedua-dua dari Perak. Dari Melaka pula antaranya ialah, Leftenan Abbas bin Said, Leftenan Abu Bakar bin Umar dan Leftenan Usman bin Kering, Datuk Naning. Mereka banyak terlibat dalam pertempuran dengan tentera Jepun di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Parit Buntar, Port Dickson, Senggarang, Batu Pahat dan Pontian. Daripada Pontian pasukan Askar Melayu telah berundur dengan kapal laut ke Singapura. Setelah Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun, pada 28 Februari 1942, beberapa pegawai sukarela yang berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu telah dibunuh oleh tentera Jepun kerana tidak mahu menanggalkan pakaian seragam mereka. Mereka ialah Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun ar- Rashid, Leftenan Abbas bin Said, Leftenan Abu Bakar bin Umar dan Leftenan Usman bin Kering, Datuk Naning.

JUN 2007 JUN 2007

77 77

78

JUN 2007

JUN 2007

79

You might also like