You are on page 1of 1

https://soalanandjawapan.blogspot.

com/2016/06/langkah-langkah-yang-boleh-
dilakukan.html

Mengadakan kempen yg memupuk semangat patriotik kalangan rakyat seperti karnival


kemerdekaan 31 ogos. Pendidikan di sekolah.Contohnya diterapkan dalam subjek Sejarah,sering
mengadakan pelbagai pertandingan sempena kemerdekaan. Menyemarakkan semangat patriotik
dalam kalangan rakyat sahaja sebenarnya kerana dengan rasa cintanya akan negara akan melindungi
tanah airnya dengan baik daripada hasutan penjajah. Btw,sebenarnya negara kita masih dijajah
secara mentalnya kerana Cuba kamu lihat,ada restoran kfc,mc Donalds,dll semuanya dari mana?
Dari negara bekas penjajah negara kita dahulu.

1. Menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar


2. Meningkatkan sistem pertahanan negara
3. Memupuk perpaduan kaum
4. Menyemaikan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
5. Mengelakkan perbalahan dan pergaduhan terjadi dlm negara
6. Elakkan campur tgn kuasa asing dalam urusan pentadbiran negara
7. Mematuhi undang-undang negara
8. Meningkatkan taraf pendidikan
9. Mengurangkan kemasukan warga asing
10. Kita perlu kekalkan perpaduan negara
11. Pemimpin perlu bijaksana mentadbir negara
12. Menghormati antara satu sama lain
13. Hargai warisan negara
14. Berani hadapi cabaran

Antara langkah untuk memastikan negara terus dapat mengekalkan kemerdekaan negara
kita ialah kita mesti setia kepada raja dan negara. Setiap  warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.  Baginda
menjadi lambang perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jelaslah bahawa kesetiaan
sangat penting bagi menjaga keselamatan dan perpadua negara,

          Langkah lain ialah kita mestilah mendukung prinsip Rukun Negara.   Hal ini kerana ianya
dapat menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama. Sebagai contoh,
rakyat Malaysia sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Prinsip hidup ini boleh
dijadikan panduan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti dan bersatupadu.

          Langkah seterusnya ialah  mewujudkan kerjasama antara kaum. Melalui kerjasama


dapat melahirkan rakyat Malaysia yang  harmoni. Sebagai contoh rakyat Malaysia bersama-sama
menyokong pasukan negara semasa Sukan SEA 2017. Mereka menyokong tanpa mengira bangsa dan
kaum demi menunjukkan kesetiaan dan kebanggaan kepada negara. Hal ini akan dapat
merealisasikan Konsep Satu Malaysia yang menjadi cita-cita negara.

          Walau bagaimanapun, tanpa jati diri yang tinggi sukar untuk mengekalkan kemerdekaan yang
dikecapi selama ini.  Semangat ini akan melahirkan rasa kebanggaan dan sanggup berkorban demi
mempertahankan negara yang tercinta. Sebagai contoh rakyat Malaysia yang telah lama menetap di
luar negara tetap mengekalkan identiti dan kewarganegraan Malaysia.  Hal ini sangat penting
dan menjadi resepi  kepada kestabilan dan kedaulatan negara.

You might also like