You are on page 1of 7

Rasional Penubuhan Sekolah Bestari Rasional Bagi Penubuhan Sekolah Bestari Seiring dengan penubuhan Malaysia menjurus kepada

era teknologi dan pembangunan MSC, bidang pendidikan sememangnya menjadi tunggak kepada perubahan dan pembangunan itu. Oleh itu, terdapat beberapa rasional bagi penubuhan Sekolah Bestari, iaitu: - Mewujudkan masyarakat pelajar saintifik dan progresif dengan bertumpukan teknologi maklumat. - Menyediakan tenaga teknokrat untuk perindustrian negara sebagai pekerja ilmu (knowledge worker). - Pengajaran-pembelajaran berbantu teknologi di sekolah akan lebih menarik dan berkesan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Teknologi membolehkan pelajar menikuti program berdasarkan minat dan keupayaan. - Meringankan beban guru dalam tugas pemtadbiran seperti kerja-kerja perkeranian, pengurusan dan penilaian pelajar melalui penggunaan sistem pengurusan berbantu teknologi. Dengan ini guru boleh menumpukan lebih masa dan perhatian kepada pemupukan nilai pelajar. Konsep Sekolah Bestari Sekolah Bestari bertujuan untuk mengubah budaya berasaskan ingatan dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan kapada budaya berfikir, kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah. Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat projek memberikan penekanan pada perkembangan individu secara secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja pada domain intelektual tetapi juga kepada pembentukan warga Malaysia berakhlak mulia, cekap teknologi maklumat, bersifai global dan mampu beroperasi dalam arena antarabangsa. Matlamat Sekolah Bestari Projek Sekolah Bestari bertujuan untuk menyediakan asas bagi penghasilan pekerja ilmu yang akan memainkan peranan penting untuk membentuk ekonomi yang berasaskan maklumat. Pelajar sekolah bestari yang menjadi tenaga kerja MSC akan membantu dalam pemindahan teknologi dan seterusnya membangunkan industri tempatan berteknilogi tinggi. Peringkat Teknologi Prasarana teknologi untuk 90 Sekolah Bestari merangkumi tiga tahap iaitu: - Tahap A yang melibatkan 9 sekolah baru yang dilengkapkan dengan kemudahan teknologi ditahap canggih. - Tahap B yang terdiri daripada 79 sekolah bestari yang dilengkapkan dengan sebuah makmal, komputer di Pusat Sumber dan komputer untuk guru. - Tahap B+ yang terdiri dari 2 sekolah bestari yang dilengkapkan dengan komputer di 15 makmal sains/bilik darjah dan komputer dalam pejabat pentadbiran. Ketetapan teknologi ini dibuat berdasarkan perubahan peruntukan yang terhad akibat kegawatan ekonomi dan ia bukanlah berdasarkan hasrat dan konsep sekolah bestari dalam erti kata yang sebenar.

SEKOLAH KLUSTER: Program Pelaksanaan Sekolah Kluster Sehingga Jun 2007 Senarai 30 Buah Sekolah Kluster Yang Telah Menerima Sijil Pengikhtirafan Pada 30 Mac 2007

LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan. DEFINISI Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. TUJUAN Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia. PELAKSANAAN Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah; Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut: Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut: Prasyarat Pertama o Pengukuran Standard Sekolah: Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Prasyarat Kedua Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah) Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut: o o o o SBP SMKA SMT SM Harian : : : : GPS 2.5 dan ke bawah GPS 3.0 dan ke bawah GPS 4.0 dan ke bawah GPS 4.0 dan ke bawah

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah): Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan Kecemerlangan murid dalam aspek: o Akademik o Kokurikulum o Sahsiah Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.

Keberkesanan pelaksanaan program KPM Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut: Langkah Langkah Langkah Kluster Langkah Langkah Langkah 1: 2: 3: 4: 5: 6: Penerimaan pencalonan Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex. Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER Pemimpin sekolah kluster ialah: Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36) Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula: Memenuhi kriteria Guru Cemerlang Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster. Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster: Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah: Berpandukan: o Key Performance Indicator (KPI) pengurusan sumber manusia dan fizikal sumber kewangan pembangunan profesionalisme staf program kurikulum dan kokurikulum berkesan lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah. o TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah: Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk: o o Umum (untuk semua sekolah) Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada: Pematuhan piawai yang berikut: o Akta Pendidikan 1996 o Sistem Pendidikan Kebangsaan o Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran o SKPM

Senarai Bidang Autonomi: o o o o o Pengurusan Pengurusan Pengurusan Pengurusan Pengurusan Sekolah Sumber Manusia Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal dan Pelaksanaan Kurikulum dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti: Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman. Peranan Agensi Lain Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek: o o o o o Biasiswa Kewangan/Dana Program Kecemerlangan Akademik Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi: Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar

Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah) Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (linkway). Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagaibagai bangsa dan latar belakang Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang 6

Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Maklumat Lanjut : Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like