You are on page 1of 1

Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.[1] Pendekatan ini kemudian digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Demi menjamin perpaduan Negara ini terus utuh, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) harus diperkasakan perlaksanaannya. DKK telah diputuskan pada tahun 1971 dalam satu Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Terdapat tiga prinsip pembentukan DKK ini iaitu berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal (Melayu) rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar dan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. DKK ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan, memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi. (Wan Azmi Ramli, 1993).[1] Menurut Wan Azmi Ramli objektif dasar ini boleh digapai melalui strategi-strategi berikut: 1. pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kearah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; 2. meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan selua-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; 3. mewujudkan komunikasi yang berkesan kea rah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; 4. memnuhi keperluan sosio-budaya; 5. meninggikan taraf dan mutu kesenian. DKK ini harus dilaksanakan secara berterusan dan efektif agar perpaduan pelbagai bangsa dalam satu Negara dapat dipelihara. Pucuk pimpinan Negara terutamanya harus sedar kepentingan DKK ini dengan memberikan peruntukan kewangan yang secukupnya dan menyokong usahausaha badan bukan kerajaan dalam mempromosikan DKK kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini penting kerana DKK merupakan landasan paling kukuh dalam menyediakan rakyat Malaysia yang bersatu-padu dengan satu identiti nasional mengatasi kepentingan sempit perkauman berteraskan kebudayaan Melayu dan Islam.

You might also like