You are on page 1of 5

MQA102 MALAYSIAN STUDIES

QUESTIONS 2 : TRACE THE FORMATION OF MALAYSIA FOCUSSING ON THE REACTION OTHE PEOPLE OF SABAH, SARAWAK, SINGAPORE AND THE CONFLICT WITH INDONESIA AND THE PHILIPPINES.

SOALAN 2: JEJAK PEMBENTUKAN MALAYSIA BERFOKUSKAN KEPADA REAKSI RAKYAT SABAH, SARAWAK, SINGAPURA DAN KONFLIK DENGAN INDONESIA DAN FILIPINA. 1.0 Pengenalan

Cadangan untuk menggabungkan wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kerajaan British di Asia Tenggara mula kedengaran pada penghujung abad ke-19 dengan harapan agar gabungan tersebut menjadi sebuah tanah jajahan yang besar. Usaha penggabungan mula menunjukkan hasil semasa era Tunku Abdul Rahman dengan pengumuman penubuhan Malaysia pada 27 Mei 1961 di Singapura. Idea penubuhan ini sebenarnya didorong oleh beberapa faktor utama seperti faktor politik, keselamatan, ekonomi dan sosial. Walaupun usaha untuk melaksanakan dan menjayakannya telah menghadapai halangan dan rintangan, namun pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia diisytiharkan.

2.0.

Reaksi Sabah, Sarawak & Singapura

Penubuhan Malaysia mendapat reaksi positif daripada Lee Kuan Yew walaupun mendapat tentangan daripada Barisan Sosialis dan Parti Pekerja kerana menganggap gagasan Malaysia1 bertentangan dengan keinginan rakyat Singapura yang ingin mendapat kemerdekaan penuh. Barisan Sosialis menentang percantuman ini disebabkan oleh faktor ingin berkuasa dan menganggap konsep Malaysia merupakan arahan daripada kerajaan British dan cadangan daripada Lee Kuan Yew, musuh utama mereka. Lee Kuan Yew telah menggunakan isu keselamatan dan ancaman komunis yang di siarkan melalui media massa dan radio bagi mempengaruhi rakyat dalam menyokong percantuman tersebut. Tunku juga turut berkempen di Singapura dan menyatakan jika rakyat Singapura menolak cadangan tersebut, beliau terpaksa menutup laluan di Johor untuk menghalang anasir komunis menyusup masuk ke Tanah Melayu.
1

Mahdi Shuid. Suzani Osman. Sazlina Othman. 2009. Sejarah Malaysia. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1|P a ge

MQA102 MALAYSIAN STUDIES

Pada 6 Julai 1942, David Marshall, pemimpin Parti Pekerja meminta PBB menghantar pemerhati semasa pungutan suara dijalankan dan Jawatankuasa 17 berpuas hati dengan penjelasan Lee Kuan Yew yang menyatakan bahawa pungutan suara akan dijalankan dengan telus. Pada 1 September 1962, pungutan suara memihak kepada PAP2 dengan majoriti 71 % rakyat Singapura menyokong percantuman Singapura dalam Malaysia. Namun begitu, rancangan penubuhan Malaysia mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Para pemimpin dan parti-parti politik terkejut dengan cadangan tersebut dan pihak inilah yang dikatakan lantang menentang gagasan penubuhan sekitar tahun 1961 dan 1962. Penentangan daripada pihak di Sabah dan Sarawak berpunca daripada kurangnya pengalaman masyarakat di kedua-dua wilayah ini dalam arena politik, kebanyakan juga penduduk yang masih buta huruf dan juga sikap para pemimpin yang sudah biasa dengan corak pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itulah suara-suara penentangan kedengaran dari Sabah dan juga Sarawak. Rancangan Tunku juga didakwa sebagai satu helah daripada kerajaan Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa dan menggantikan penjajah Inggeris. Dakwaan ini dirasakan sebagai sebuah neokolonialisme dalam bentuk baru yang membawa kepada kebimbangan masyarakat di kedua-dua wilayah ini.3

Para pemimpin dan parti-parti politik di kedua-dua wilayah dan juga dari Brunei telah membentuk satu perikatan yang dinamakan Barisan Bersatu (United Front) pada Julai 1961 untuk mencabar rancangan penubuhan Malaysia . Perikatan ini berusaha untuk menentang usaha tersebut atas alasan untuk mengelakkan daripada dikuasai oleh sebarang kuasa asing. Bagi mengatasi cabaran dalaman yang dihadapi bagi merealisasikan rancangan Malaysia, pada Julai 1961 pihak British telah menghantar beberapa orang wakil dari Sabah dan Sarawak dalam Persidangan Parlimen Komanwel (CPA) yang berlansung di Singapura. Dalam persidangan ini, wakil-wakil dari Borneo dapat bertemu secara langsung dan bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil dari Tanah Melayu dan Singapura. Pada 23 Julai 1961, persidangan
2

PAP. Parti Tindakan Rakyat Nazaruddin Mohd. Jali. 1997. Penubuhan Persekutuan Malaysia: Reaksi Awal Terhadap Gagasan Malaysia.

2|P a ge

MQA102 MALAYSIAN STUDIES

ini telah membawa kepada pembentukan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC) yang bertujuan untuk mengumpul pandangan daripada penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. 4 Setelah itu, Suruhanjaya Cobbold dibentuk bagi meninjau pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab untuk membuat syor atau cadangan yang bersesuaian berkenaan penubuhan Malaysia berdasarkan daripada pandangan-pandangan yang diperolehi.. Ia juga mencadangkan beberapa perkara dan antara cadangan tersebut ialah agar Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dijadikan sebagai asas kepada perlembagaan yang baru. Maka dengan itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan untuk merangka perlembagaan persekutuan Malaysia serta bertanggungjawab untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. Hampir semua cadangan Suruhanjaya Cobbold diterima dan semua pihak yang terlibat bersetuju untuk memilih 31 Ogos 1963 sebagai hari penubuhan Malaysia.
2.1.

Konfrantasi Indonesia - Malaysia

Kedudukan kedua-dua negara yang berdekatan ini telah melahirkan satu hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang baik sebelum ini. Ikatan persamaan dari segi bahasa dan agama dan kedudukan geopolitik juga adalah satu faktor yang mendorong kepada hubungan yang baik ini. Hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia telah tergugat apabila Tunku menggumumkan pembentukan negara Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Filipina turut menentang penubuhan Malaysia, namun Filipina tidak menggunakan kekerasan tidak seperti Indonesia. Indonesia mendakwa penubuhan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang akan mengancam Sukarno dan Indonesia. Perubahan pendirian Indonesia terhadap gagasan Malaysia juga atas desakan dan tekanan Parti Komunis Indonesia ( PKI ) yang bimbang Malaysia akan menghalang perkembangan pengaruh komunis. Melalui dasar konfrontasi, Indonesia telah melancarkan kempen Ganyang Malaysia yang memaksa kerajaan Tanah Persekutuan Tanah Melayu mengambil beberapa langkah untuk mengawal penentangan

Mohd. Noor Abdullah. 1979. Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

3|P a ge

MQA102 MALAYSIAN STUDIES

Indonesia.5 Hubungan kedua-dua buah negara semakin baik setelah pengaruh komunis

di

Indonesia merosot dan Sukarno digulingkan oleh Suharto. Pada Ogos 1966, perjanjian pendamaian di tandatangani di mana secara tidak langsung Indonesia terpaksa mengiktiraf gagasan Malaysia.

2.2.

Tuntutan Filipina

Filipina yang diketuai oleh Presiden Diosdado Macapagal telah menentang keras cadangan penubuhan Malaysia kerana percantuman tersebut melibatkan wilayah Sabah (Borneo Utara). Filipina cuba membuat tuntutan kerana Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu dan kesultanan ini pula merupakan sebahagian daripada Filipina. Oleh itu kerajaan Filipina membuat kesimpulan bahawa Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina. Filipina juga pernah mengemukakan tuntutan rasmi agar Britain menyerahkan semula Sabah kepada Filipina berdasarkan daripada teks perjanjian 22 Januari 1878 di antara Sultan Sulu dengan Baron Overbeck dan Alfred Dent sebagai langkah untuk menghalang gagasan Malaysia. Berdasarkan daripada perjanjian tersebut, Filipina mendakwa bahawa Sultan Sulu cuma memajak wilayah Sabah dan bukannya penyerahan wilayah. Sebenarnya, tuntutan yang dibuat oleh kerajaan Filipina adalah secara diplomasi dan tidak melibatkan sebarang kekerasan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Sukarno. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa usaha telah dijalankan khususnya melalui rundingan meja bulat di antara beberapa pihak yang terlibat termasuklah kerajaan British, Filipina, Tanah Melayu dan juga Indonesia. Usaha ini dijalankan bagi mencari jalan keluar kepada persengketaan khususnya yang bersangkutan dengan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Berikutan dengan persetujuan persidangan peringkat menteri, satu persidangan kemuncak telah diadakan di antara ketua-ketua kerajaan termasuklah Tunku, Macapagal dan Sukarno. Persidangan ini bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian yang wujud akibat daripada gagasan Malaysia dan juga untuk menyelesaikan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah dan persidangan ini
5

Mohamad Rodzi Abd Razak. 2001. Gestapu Dan Penyelesaian Konfrantasi Malaysia-Indonesia.

4|P a ge

MQA102 MALAYSIAN STUDIES

telah diadakan di Manila bermula 30 Julai 5 Ogos 1963. Melalui persidangan itu juga, lahir satu pengisytiharan bersama untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan juga politik. Selain itu, persetujuan juga dicapai bagi membentuk satu perikatan di antara ketiga-tiga negara, iaitu MAPHILINDO.

2.4.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa gagasan Malaysia secara jelas telah menerima banyak cabaran di awal pembentukannya sehinggalah beberapa tahun selepas pengisytiharan Malaysia secara rasmi. Tidak dinafikan bahawa Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan penting dalam menghadapi segala cabaran demi merealisasikan idea gagasan Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh mereka inilah akhirnya membuahkan hasil yang sangat diharapkan dan perkara yang paling penting ialah keamanan yang dikecapai sehingga hari ini.

Rujukan

Mahdi Shuid. Suzani Osman. Sazlina Othman. 2009. Sejarah Malaysia. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800 1963). Selangor. Utusan Publications & Distributors.

Mohd. Noor Abdullah. 1979. Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohamad Rodzi Abd Razak. 2001. Gestapu Dan Penyelesaian Konfrantasi Malaysia-Indonesia.

Nazaruddin Mohd. Jali. 1997. Penubuhan Persekutuan Malaysia: Reaksi Awal Terhadap Gagasan Malaysia.

5|P a ge

You might also like