You are on page 1of 37

PANITIA MATA PELAJARAN (PMP) A. Penubuhan PMP. Surat pekeliling Ikhtisas KP.Bil.

4/1986 menegaskan pentingnya penubuhan panitia mata pelajaran di sekolahsekolah yang bertujuan untuk mengembeleng tenaga pengajar dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugastugas mengajar melalui strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Badan ini juga patut berikhtiar mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahkan juga masalah yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar. Dengan tugas dan tanggungjawab yang berat ini, maka ketua panitia mata pelajaran patutlah terdiri daripada guru kanan yang berpengalaman.

B. Objektif Panatia Mata Pelajaran i. Merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing. ii. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran. iii. Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategistrategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani pelajar-pelajar sejajar dengan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

iv. Memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. v. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan akademik.

C. Fungsi dan Peranan Panitia Mata Pelajaran i. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan di seluruh sekolah. Ketua panitia / guru kanan lazimnya dilantik oleh guru besar dan menjadi ahli jawatankuasa kurikulum sekolah. Dalam menjalankan tugasnya, ahli-ahli panitia hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali dalam sepenggal. Disamping itu ahli-ahli panitia adalah digalakkan mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa secara tidak formal membincangkan masalah yang wujud.

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas: Memperolehi sukatan pelajaran semasa dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

- Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber. Menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya kepada pelajar.

Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan. - Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan pelajar dan pengajaran guru.

- Merancang dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-hal profesional perguruan. - Membantu guru baru dalam hal-hal ikhtisas. Membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi. Merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi pelajar dari semasa ke semasa.

Menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi jenis / kepelbagaian. Memastikan latihan bertulis disemak dengan konstruktif dan kemaskini dan kesalahan dalam latihan bertulis ditegaskan untuk dibuat pembetulan. bagi

- Bekerjasama dengan persatuan akademik meningkatkan lagi prestasi pembelajaran pelajar. -

Menyimpan fail-fail rasmi panitia di pejabat sekolah secara kemaskini dan berterusan.

ii.

Dalam melaksanakan tugas ini, ketua panitia adalah berperanan untuk membuat tindakikut untuk mengesan kekesanan pelaksanaannya. Agenda-agenda mesyuarat termasuk membincangkan minit-minit mesyuarat yang lalu dan perkara-perkara berbangkit hendaklah disediakan dengan teratur. Minit-minit mesyuarat yang teratur beserta dengan ruangan tindakan hendaklah disediakan dan salinansalinan minit-minit mesyuarat ini hendaklah diedarkan kepada guru besar / penolong kanan dan ahli-ahli panitia untuk rujukan dan tindakan. Tiap-tiap salinan minit mesyuarat hendaklah dimasukkan ke dalam fail rasmi sekolah.

D. Peranan Ketua Panitia 1. 2. Menghadiri mesyuarat Kurikulum Sekolah. Menetap tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat panitia. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran. Membuat semakan buku latihan murid / indeks kerja murid. Menyemak Indeks kerja guru.

3. 4.

5.

6. Membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru dan membuat laporan hasil pencerapan. 7. Membuat laporan prestasi setiap ahli panitia. 8. Tanggungjawab kepada Guru Besar dalam melaksanakan segala tugas/ urusan pelaksanaan Kurikulum mata pelajaran. 9. Mengadakan usaha Khidmat Bimbingan kepada ahli-ahli panitia.

10.

Memastikan setiap ahli mempunyai Sukatan pelajaran/ Huraian Sukatan Pelajaran, Perancangan Pengajaran Tahunan, Takwim aktiviti panitia serta Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing. Mempastikan soalan-soalan peperiksaan siap lebih awal serta menyelaras soalan-soalan ujian bagi semua kelas. Mencadangkan guru-guru yang akan mengajar Mata Pelajaran berkenaan pada tahun berikutnya.

11.

12.

13.

Mempastikan guru-guru yang telah mengikuti sesuatu kursus mengadakan latihan/ kursus dalaman. Mempastikan fail-fail panitia lengkap dan kemaskini. 14.1 Fail minit mesyuarat 14.2 Fail surat mesyuarat 14.3 Fail analisis penilaian & peperiksaan 14.4 Fail bank soalan

14.

14.5 Fail Laporan aktiviti panitia 14.6 Fail kursus / bengkel dalaman 14.7 Fail sukatan rancangan pengajaran 14.8 Fail Jadual waktu pengajaran 14.9 Fail maklumat dan prestasi guru 14.10 Fail SKT panitia

14.11 Fail Laporan pencerapan guru 14.12 Fail semakan buku latihan murid 14.13 Fail semakan buku rekod guru 14.14 Fail senarai bahan dan peralatan mengajar 14.15 Fail timbul

15. Lain-lain tugas yang berkaitan dengan pendidikan dan penghayatan mata pelajaran yang berkenaan.

E. Bidang Kuasa Ketua Panitia

1. Menentukan bahan-bahan keperluan panitia dan membelinya.

2. Menentukan program / aktiviti sepanjang tahun

3. Berhak mengetahui jumlah peruntukan kewangan dan menggunakannya (bagi mata pelajaran tersebut)

F. Peranan Setiausaha 1. Menyediakan minit mesyuarat 2. Mengedar minit mesyuarat 3. Menyelanggarakan fail-fail panitia 4. Mengeluarkan surat panggilan seminggu sebelum mesyuarat. Salinan surat diberi kepada Guru Besar, Penolong Kanan 1 & 2 dan Ketua bidang.

5. Minit mesyuarat diedarkan selewat-lewat 5 hari selepas sesuatu mesyuarat.

6. Cadangan format penyediaan minit mesyuarat:

6.1 6.2

Nama Sekolah: Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran:. Tarikh: Masa: .. Tempat: .

6.3 6.4 6.5

6.6 Kehadiran : i. Hadir: ii. Tidak hadir: iii. Turut hadir: iv. Urus setia: 6.7 Agenda: 6.8 Cataatan: Agenda Perkara Tindakan

7. Hal-hal lain 8. Pengesahan minit 9. Pencatat

STRUKTUR KBSR
MATA PELAJARAN

BIDANG

KOMPONEN TAHAP 1 B.M., B.C B.T, B.I MATEMATIK TAHAP 2 B. M, B.C B. T, B.I MATEMATIK P. ISLAM P. MORAL SAINS K. TEMPATAN K. HIDUP P. MUZIK P. SENI P. J. P.K.

KOMUNIKASI

KEMAHIRAN ASAS

MANUSIA DAN ALAM KELILINGNYA

KEROHANIAN P. ISLAM NILAI DAN SIKAP MANUSIA P. MORAL DENGAN PERSEKITARAN KEMAHIRAN HIDUP KESENIAN DAN KESIHATAN P.MUZIK P. SENI P.J. P.K.

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU

Bagi sekolah-sekolah kecil yang jumlah gurunya sedikit (misalnya kurang daripada 10 orang) bolehlah menggabungkan beberapa mata pelajaran di bawah satu panitia seperti contoh gabungan di bawah ini:

Gabungan Mata Perlajaran Bidang Komunikasi:

Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil) dan Matematik.

Gabungan

Mata Pelajaran

Manusia dan
Alam Kelilingnya: Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Sains dan Kajian Tempatan.

Gabungan Mata Pelajaran Perkembangan Diri Individu :

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik. Kemahiran Hidup.

G. Aktiviti-Aktiviti Panitia Mata Pelajaran Berikut diberi beberapa perkara profesional yang perlu diberikan perhatian dalam merancang aktiviti-aktiviti panitia: i. Rancangan penambahan alat dan bahan mata pelajaran. ii. Program perkembangan staf. iii. Program ujian dan penilaian.

iv. Program peningkatan minat murid dalam pelajaran (motivasi). v. Kelas pemulihan / tambahan / bimbingan. vi. Rancangan aktiviti kokurikulum dalam mata pelajaran.

vii. Rancangan pewujudan maklumat berkaitan dengan perkembangan akademik pelajar yang berterusan.

H. Persatuan Mata Pelajaran (Akademik) a. Matlamat Persatuan Diantara matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai ialah: i. Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar. Peningkatan bakat, minat dan kemahiran pelajar dalam gerakerja yang diceburi.

ii.

iii. Pengukuhan dan pengayaan perkara-perkara yang di pelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu. iv. Pengisian masa lapang pelajar yang berfaedah, memberi kegembiraan dan kesejahteraan diri. v. Peningkatan disiplin pelajar melalui penyampaian dan pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan Rukunegara dan Falsafah Pendidikan Negara. vi. Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar.

b.

Fungsi Gerakerja Kokurikulum (Akademik) mempunyai fungsi-fungsi

Gerakerja kokurikulum tertentu. Diantaranya ialah: i.

Dapat mengukuh dan memperkayakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari mata pelajaran akademik melalui gerakerja praktikal dan gunaan / amali.

ii. Dapat memahami konsep dalam bidang tertentu dan menggunakan pengetahuan akademik berkenaan dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik.

iii. Dapat memberi pengalaman baru yang mungkin sukar diperolehi melalui pengajaran / pembelajaran di bilik darjah. Dilihat dari segi matlamat dan fungsi persatuan mata pelajaran (akademik) ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan daripada kegiatan-kegiatan yang dijalankan merupakan usaha peluasan dan pengukuhan yang saling lengkap-melengkapi dengan apa yang dijalankan dalam bilik darjah bagi mencapai matlamat kurikulum yang sama. Oleh itu wajarlah guru-guru penasihat persatuan sesuatu mata pelajaran itu terdiri daripada ahli panitia / guru mata pelajaran yang sama, supaya program pendidikan yang dilaksanaknan dapat diselaraskan dengan lebih baik dan berkesan.

I. Carta Organisasi Panitia

Mata Pelajaran : . 1. Penasihat : i. Guru Besar

ii. Penolong Kanan 1 2. Ketua Panitia :.. 3. Penolong Ketua Panitia: .. 4. Setuausaha : 5. Penolong Setiausaha : . 6. Bendahari : ..

7.

Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut Tahun: Tahun 1: . Tahun 2: . Tahun 3 : Tahun 4 : Tahun 5 : .. Tahun 6 :

8. Jawatankuasa Kecil: Penilaian & Peperiksaan : . Kursus : .. Bank soalan : . Alat Bantu Mengajar : .. Jadual Pengajaran : Takwim Panitia: .

9. Ahli-ahli Biasa : . .

CADANGAN FORMAT RANCANGAN TAHUNAN (JNS) 1. Tema : 2. Objektif : 3. Hasil pembelajaran : 4. Sistem Bahasa : a. Tatabahasa b. Kosa kata c. Sistem Ejaan/intonasi/sebutan/peribahasa 5. Kemahiran Bernilai tambah (KTB) : a. Kemahiran Berfikir b. KTB yang lain (yang berkaitan) 7. Ilmu : 8. Nilai Murni :

CADANGAN FORMAT RANCANGAN HARIAN

1. Tahun : 2. Masa : 3. Tajuk : 4. Objektif : 5. Hasil Pembelajaran : a. Fokus Utama b. Fokus Sampingan c. Aras 6. Strategi / Aktiviti :

7. Sistem Bahasa : a. Tatabahasa b. Kosa kata c. Sistem Ejaan/intonasi/sebutan/peribahasa 8. Kemahiran Bernilai Tambah : a. Kemahiran Berfikir contoh : menganalisi b. Kecerdasan Pelbagai contoh : interpersonal c. (lain-lain yang berkaitan) 9. Bahan Bantu Belajar : 10. Ilmu : 11. Nilai Murni : 12. Refleksi :

SOALAN BENGKEL Berdasarkan situasi semasa di sekolah anda, senaraikan : 1. Faktor-faktor yang dapat membantu mencemerlangkan ke arah Pengurusan Panitia Berkesan.

2. Kekangan-kekangan yang menjadi penyebab Pengurusan Panitia kurang berkesan.

3. Peranan panitia dalam menghala ke arah peningkatan prestasi mata pelajaran.

4. Peranan panitia dalam pengurusan pemantapan kemahiran.

SEMOGA BERJAYA

Sekian

TERIMA KASEH

SG/2003 KBSR SPA JPN SABAH

You might also like