You are on page 1of 5

ANALISA DAN IDELISMA STRUKTUR Analisa struktur adalah proses pengiraan daya dalaman yang berlaku pada sebuah

struktur akibat beban yang terkena pada struktur tersebut. Sebuah struktur boleh diwakili oleh elemen elemen yang dapat menyenangkan / memudahkan pendekatan analisa kita. Rasuk kayu / keluli

Tiang kayu / keluli

sebuah struktur kerangka 2 dimensa diatas yang mengandungi elemen rasuk dan tiang boleh di analisa dengan lakaran bebas elemen 2D(free body diagram)

Elemen rasuk Tupang dari tiang. beban keatas rasuk jika hanya berat sendirinya juga boleh diidelismakan sebagai garisan beban seragam.

Beban seragam (berat sendiri rasuk ) N/m

Elemen rasuk Tupang dari tiang.

Adakala beban tumpu seperti rasuk melintang atau beban hidup boleh diwakilkan sebagai garisan pugak keatas elemen rasuk.

Beban tumpu

Elemen rasuk Tupang dari tiang.

Terdapat juga struktur kerangka yang lain seoerti kekuda sesatah yang boleh diidelismakan sebagai elemen garisan . Bebanan keatas kekuda daripada purlin dan kepingan bumbung juga boleh diwakilkan sebagai elemen garisan dalam lakaran analisa struktur tersebut.

beban Tindakbalas ditupang.

Elemen garisan yang mewakili kekuda Struktur bangunan 3D pun boleh dilakarkan sebagai elemen garisan planar (2D)untuk menganalisa rasuk dan tiang struktur tersebut.

Bangunan dalam bentuk 3D.

Lakaran struktur dalam sesatah 2D.

Sambungan dan tupang / penahan pada struktur sebenar juga perlu diidlismakan /wakilkan dalam menjalankan analisa pada sebuah struktur . Secara asas terdapat dua jenis sambungan pada struktur bangunan iaitu : a) sambungan tegar b) sambungan ensel Ciri utama sambungan tegar adalah bahawa lenturan dalam suatu ahli boleh diagihkan kepada ahli yang berdekatan serta sudut anatara ahli itu tidak berubah semasa ini berlaku.

Sambungan tegar

Ciri utama sambungan ensel pula adalah lenturan suatu ahli tidak memberi kesan kepada ahli lain disambungan itu.

Sambungan ensel

Tupang pada struktur pula boleh diedelismakan dalam beberapa bentuk ia itu: a) bina dalam b) ensel (Mz=0 ) c) roler ( Vx = 0 )

Bina dalam

ensel

roler

Sebuah struktur planar / sesatah boleh mempunyai 3 reaksi / tindakbalas pada tupangnya ia itu i) daya arah pugak Vy ii) daya arah mendatar Vx dan iii) daya momen Mz

y z x

Tupang jenis a) boleh memberikan 3 tindakbalas Vx , Vy dan Mz oleh sebab penahanan nya adalah dalam arah x, y & Z . Tupang jenis b) pula boleh memberikan 2 tindakbalas dan putaran (Mz=0) dibenarkan. Tupang jenis c) pula hanya mempunyai 1 tindakbalas oleh kerana pergerakan mendatar dan putaran dibenarkan.

Rajah jasad bebas.

tupang roler boleh bergerak selari dengan permukaan datar dan membangkitkan tindakbalas secara normal dari permukaan ini. tupang ensel tidak boleh bergerak tetapi memberikan tindakbalas arah memugak dan mendatar. tupang bina dalam tidak membenarkan pergerakan sama sekali. kabel hanya boleh menahan dalam arahnya secara tegangan.

Sebagai perekabentuk kita harus meneliti tentang sambungan dan tupang yang digunakan dalam sebuah struktur supaya analisa yang dijalankan seterusnya adalah tepat.Dalam keadaan dimana sesuatu sambungan itu tidak dapat dipastikan jenisnya dengan tepat adalah dinasihatkan bahawa suatu pendekatan yang konservatif digunakan ( eg. anggap sebagai ensel atau roler dan bukanya bina dalam ).

You might also like