You are on page 1of 29

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(SK3021- LE2 - IS2c)

TAJUK KEMAHIRAN DAN SEMESTER

MEKANIKAL SEMESTER 3

No. DAN TAJUK MODUL

SK3021 SAINS KEJURUTERAAN III

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 1 FAHAM GEAR LE 2 FAHAM TEGASAN, TERIKAN, KILASAN, DAYA RICIH DAN MOMEN LENTUR

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN (TPO)

FAHAM GEAR, TEGASAN, TERIKAN, KILASAN, DAYA RICIH DAN MOMEN LENTUR DENGAN MENGGUNAKAN SAINS KEJURUTERAAN SUPAYA:1. 2. JENIS, FUNGSI & ANALISIS GEAR DIAPLIKASIKAN. ANALISIS TEGASAN, TERIKAN, KILASAN, DAYA RICIH & MOMEN LENTUR DIAPLIKASIKAN.

104

ISI KANDUNGAN
LE2 FAHAM TEGASAN, TERIKAN, KILASAN, DAYA RICIH DAN MOMEN LENTUR TASK 03.02 Mekanik pepejal

105

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN


No. & TAJUK TUGASAN

LE2 Faham tegasan, terikan, kilasan, daya ricih dan momen lentur.

TASK 03.02 Mekanik pepejal

Code No. : SK3021-LE2-IS2c

Muka : 1 drpd. : 27

TAJUK : DAYA RICIH DAN MOMEN LENTUR TUJUAN: Setelah mempelajari tajuk ini, pelatih-pelatih akan; memahami definisi rasuk menyenaraikan jenis-jenis rasuk dan dapat melakarkan bentuknya mengenal pasti jenis-jenis beban memahami persamaan tindak balas daya untuk keseimbangan menerangkan dan memilih tanda lazim bagi daya ricih mengira magnitud dan menentukan tanda bagi daya ricih membina gambarajah daya ricih bagi rasuk menerangkan dan memilih tanda lazim bagi momen lentur mengira magnitud dan menentukan tanda bagi momen lentur membina gambarajah momen lentur bagi rasuk

PENERANGAN 4.1 PENGENALAN

Anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang bertindak secara sisi terhadap paksinya dipanggil rasuk. Rasuk adalah satu bar atau batang yang membawa beban seperti yang digunakan di dalam struktur, bangunan, jambatan, mesin dan lain-lain. Rasuk berbeza dari bar di dalam tegangan dan mampatan kerana arah beban yang bertindak ke atasnya. Dalam mampatan bar ditindakkan kepada beban yang terarah sepanjang paksi dan dalam kilasan bar ditindakkan kepada kilasan yang mempunyai vektorvektor di sepanjang paksinya. Sebaliknya, beban yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Apabila beban dikenakan, rasuk itu akan menghasilkan momen lentur melentur serta daya ricih yang cuba mericihkan keratan rentas rasuk. Di dalam bab ini, kita akan mengkaji cara-cara penentuan daya ricih dan momen lentur yang merupakan langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu rasuk. Dalam merekabentuk sesuatu rasuk, menentukan bentuk yang sesuai dari segi keselamatan dan juga ekonomi adalah penting. Dalam bab ini jenis-jenis rasuk yang mengufuk dan beban yang bertindak dalam satah menegak sahaja yang akan dikaji yang mengakibatkan rasuk itu

106

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c 4.2 JENIS-JENIS RASUK

MUKA : 2 Drp : 27

Suatu struktur yang membawa beban dalam arah sisi, iaitu dalam arah bersudut tepat dengan arah paksi struktur tersebut adalah dikenali sebagai rasuk. Rasuk biasanya di analisis dengan menganggapnya sebagai struktur satah, dengan semua beban bertindak pada satah lenturan. Di dalam bab ini kita hanya mempertimbangkan jenis-jenis rasuk mudah seperti digambarkan di bawah. 4.2.1 Rasuk disokong mudah (rajah 4.1). Mempunyai sokong pin pada hujung A dan sokong pengguling pada sokong B. Ciri penting sokong pin ialah ia mengekang rasuk dari beralih secara mendatar dan tegak tetapi tidak menghalang putaran. Oleh itu, hujung rasuk A tidak beralih, tetapi paksi memanjang rasuk boleh berputar dalam satah rajah. Dengan ini, sokong pin boleh membina daya tindakbalas dengan komponen mendatar dan tegak, tetapi tidak ada tindakbalas momen. Disokong guling B, alihan terhalang dalam arah tegak tetapi tidak dalam arah mendatar, oleh sebab itu sokong ini boleh merintangi daya tegak tetapi tidak daya mendatar.

Rajah 4.1: Rajah menunjukkan rasuk disokong mudah

4.2.2

Rasuk julur yang ditunjukkan dalam rajah (4.2), terbina dalam atau terikat di satu hujung

dan bebas di hujung yang lain. Pada sokong terikat, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala di hujung bebas kedua-dua pergerakan itu dibenarkan.

Rajah 4.2: Rajah menunjukkan rasuk julur 4.2.3 Rasuk juntai atau tergantung yang ditunjukkan dalam rajah (4.3). Rasuk ini disokong

mudah pada A dan B, tetapi ia juga terunjur melepasi sokong ke titik C yang hujung bebas.

Rajah 4.3: Rajah menunjukkan rasuk juntai Setiap rasuk ini boleh dikenakan bebanan yang pelbagai bergantung kepada lokasi penempatan rasuk berkenaan.

107

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 3 Drp : 27

4.3

JENIS-JENIS BEBAN Beban yang biasa ditemui dalam bidang kejuruteraan ditunjukkan dalam rajah 4.4 hingga 4.7. Rajah 4.4 menunjukkan beban tumpu yang ditandakan simbol W. Beban tumpu merupakan beban yang bertindak pada satu titik di atas rasuk. Momen gandingan (momen tumpu), rajah 4.5, merupakan juga beban yang bertindak pada satu titik di atas rasuk. Beban teragih terbahagi kepada dua jenis, iaitu beban teragih seragam dan beban teragih tak seragam (berubah). Beban teragih diukur mengikut keamatannya, dan dinyatakan dalam unit daya/jarak pada setiap paksi rasuk, iaitu N / m . Beban teragih seragam mempunyai keamatan yang tetap, iaitu w per unit jarak. Rajah 4.6. Beban teragih tak seragam pula mempunyai keamatan yang berubah di sepanjang paksi rasuk. Contohnya ialah berubah secara lelurus yang mempunyai keamatan yang berubah daripada w1 kepada w2 seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.8. Beban yang sering ditemui dalam bidang kejuruteraan terdiri dari:i. ii. Beban tumpu Beban teragih seragam 4.3.1 Beban tumpu Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan boleh dianggap berlaku pada satu titik. Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban tumpu yang bertindak di pusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk. Rajah 4.3.1adalah rasuk disokong mudah menanggung beban tumpu F1 dan F2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk keseimbangan daya.
F1 F2

RA

RB

Rajah 4.4: Rasuk Disokong Mudah Yang Menanggung Beban Tumpu

Rajah 4.5 adalah rasuk julur menanggung beban tumpu, F dan terdapat momen pada rasuk yang terikat pada dinding. F

Rajah 4.5: Rasuk Julur Yang Menanggung Beban Tumpu

108

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c 4.3.2 Beban teragih seragam

MUKA : 4 Drp : 27

Beban jenis ini boleh dianggap bertindak dikeseluruhan panjang rasuk atau sebahagian darinya dan diagihkan secara seragam (Rajah 4.3.2). Nilai beban ini diberi dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiap meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan beban ialah 2 x 50 kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragih seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang ditanggung oleh bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang disokong oleh tangki air.

w kN/m

RA R

RB

Rajah 4.6(a) : Rasuk Disokong Mudah Yang Menanggung Beban Teragih seragam

w kN/m

Rajah 4.6 (b) : Rasuk Julur Menanggung Beban Teragih Seragam. 4.3.3 Beban teragih tak seragam

w kN/m

RA

RB

Rajah 4.7 : Rasuk Disokong Mudah menanggung beban teragih tidak seragam

Beban teragih tak seragam pula mempunyai keamatan yang berubah di sepanjang paksi rasuk. Contohnya ialah berubah secara lelurus yang mempunyai keamatan yang berubah daripada w1 kepada w2 seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.7.

109

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c 4.5 DAYA RICIH DAN MOMEN LENTUR 4.5.1 Definasi

MUKA : 5 Drp : 27

Apabila suatu rasuk dibeban oleh daya atau gandingan, tegasan dan terikan dalaman akan terhasil. Bagi menentukan tegasan dan terikan ini, mula-mula kita mesti menentukan daya dalaman dan gandingan dalaman yang bertindak ke atas keratan rentas rasuk.

(a) P
x

n M (b) v

Rajah 4.8: a. Satu rasuk julur ditindakkan dengan satu daya tegak P ke atas di hujung bebas b. Satu keratan rentas diambil pada m-n Pertimbangkan rasuk julur ditindakkan dengan satu daya tegak P ke arah atas di hujung bebas (Rajah 4.8 (a)). Ia dipotong pada bahagian m-n, maka kedua-dua bahagian yang telah dipotong haruslah berada di dalam keseimbangan dalam arah tegak, haruslah wujud satu daya V untuk mengimbangkan daya P dan satu gandingan M dengan arah lawan pusingan jam untuk mengimbangkan momen yang terhasil akibat daya P terhadap satah potongan. Begitu juga, untuk bahagian kanan rasuk yang terpotong. Daya V ini dikenali sebagai daya ricih dan gandingan M dikenali sebagai momen lentur. 4.6 DAYA RICIH Daya ricih V dalam rasuk adalah fungsi jarak X yang diukur sepanjang paksi membujur. Apabila mereka bentuk satu rasuk, nilai V perlu diketahui di semua keratan rentas. Satu cara mudah menyediakan maklumat ini ialah dengan melukis graf yang menunjukkan bagaimana V berubah terhadap X. Daya ricih ditakrifkan sebagai jumlah aljabar semua daya yang bertindak samada di sebelah kiri atau kanan keratan rentas ialah jumlah aljabar momen yang bertindak samada disebelah kiri atau kanan keratan rentas tersebut.

Nilai V dan M boleh dikira daripada persamaan keseimbangan statik iaitu;

+ Fx = 0 + M = 0

V =P
M = Px

........................................ (1)

........................................ (2)

110

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 6 Drp : 27

4.6.1

Kelaziman tanda

Daya ricih yang bertindak pada sesuatu keratan rentas rasuk boleh berlaku dalam arah tegak ke atas atau ke bawah bergantung kepada magnitud dan arah beban-beban luar bertindak. Begitu juga halnya dengan momen lentur yang berlaku dalam arah tegak ke atas atau ke bawah bergantung kepada magnitud dan arah benar-benar luar bertindak. Begitu juga halnya dengan momen lentur yang berlaku dalam arah ikut jam atau lawan jam. Oleh itu adalah perlu satu persetujuan tanda bagi daya ricih dan momen lentur ini diperolehi supaya keseragaman di dalam menandakan nilai-nilai daya ricih dan momen lentur ini dicapai.

Perhatikan bahawa kedua-dua nilai V dan M dalam persamaan (1) dan (2) memberikan nilai positif. Oleh yang demikian, daya ricih dan momen lentur dianggap positif jika ia bertindak pada sebelah kiri keratan dengan arah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 4.9 dan begitulah sebaliknya.

Rajah 4.9 : Tanda Lazim bagi daya ricih dan momen lentur Daya ricih yang bertindak pada sebarang keratan rasuk ialah daya yang mengimbangi paduan daya luar yang bertindak disebelah kiri atau kanan keratan itu. Oleh itu, daya ricih bersamaan jumlah algebra bagi semua daya tersebut. Daya yang bertindak ke atas adalah positif, dan daya ke bawah adalah negatif. Hasil daripada daya ricih dan momen lentur akan menyebabkan berlakunya ubah bentuk pada unsur tersebut yang ditunjukkan di dalam rajah 4.10. Ricih positif akan menyebabkan bahagian kiri unsur kiri bergerak ke atas manakala bahagian kanan unsur kiri bergerak ke bawah dan sebaliknya bagi ricih negatif. Momen lentur di anggap mempunyai nilai positif jika menyebabkan bahagian bawah rasuk mengalami tegangan dan bahagian atas mengalami mampatan dan sebaliknya bagi momen lentur negatif.

Rajah 4.10 : Ubah bentuk rasuk apabila berlaku ricihan dan lenturan

111

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 7 Drp : 27

Pertimbangkan rajah 4.11 di bawah ini. Rasuk ini disokong mudah dan dikenakan dua daya tumpu F1 dan F2.

F1

F2

Y M V V M

R1

R2

Rajah 4.11 : Rasuk Disokong Mudah Yang Dikenakan Daya Tumpu Dan Tanda Lazim Bagi Daya Ricih Merujuk kepada rajah, Daya ricih pada keratan X X = R1 F1 Daya ricih pada keratan Y Y = R1 F1 F2 Keratkan rasuk pada jarak x dari A. Gambarajah jasad bebas bagi sebelah kiri dan kanan keratan ini adalah seperti Rajah 4.12(a) dan Rajah 4.12(b).

x V M V M

10 kN

RA = 5 kN
Rajah 4.12(a)

RB = 5 kN
Rajah 4.12(b)

Untuk menentukan daya ricih V, kita boleh pertimbangkan keratan sebelah kiri atau kanan. Biasanya keratan sebelah kiri digunakan. Oleh itu, jika kita pertimbangkan daya tegak, kita dapati V = RA = 5 kN. Oleh itu bagi jarak x = 0 ke x = 5 m nilai daya ricih ialah 5 kN. Menggunakan tanda lazim yang telah ditetapkan kita dapati daya ricih bagi julat ini adalah positif. Bagi jarak 5 m hingga 10 m, rasuk dikerat pada keratan YY dan katakan jaraknya dari A ialah x. Pertimbangkan semula keratan disebelah kiri seperti Rajah 4.13.

112

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 8 Drp : 27

10 kN M V RA = 5 kN x
Rajah 4.13 Memandangkan V dan M adalah kuantiti yang perlu ditentukan, kita tidak mengetahui arah tindakannya. Oleh itu kita menganggap arah tindakan V dan M adalah seperti ditunjukkan di Rajah 4.6.1(f). Jika dalam pengiraan V, kita dapati nilai negatif, maka ini menunjukkan anggapan asal kita tidak betul dan arah sebenar V ialah bertentangan dengan arah yang dipilih terlebih dahulu.

Merujuk kepada Rajah 4.6.1(f) dan menjumlahkan daya tegak, kita dapati, V + 10 5 V =0 = -5

Oleh itu bagi jarak x = 5 m ke x = 10 m nilai daya ricih ialah 5 kN.

Tanda negatif menunjukkan bahawa arah tindakan V adalah ke atas dan bukan ke bawah seperti yang dianggapkan. Mengikut tanda lazim, daya ricih di sini adalah negatif. Oleh itu tanda lazim yang betul akan ditetapkan secara automatik jika di atas gambarajah jasad bebas kita melukiskan daya ricih ke arah positif iaitu ke bawah pada keratan sebelah kiri. Bagi keratan sebelah kanan kita melukiskan daya ricih ke arah negatif atau ke atas.

Kita telahpun menentukan nilai daya ricih bagi julat 0 x 5 ialah 5 kN dan bagi 5 x 10 nilainya 5 kN. Dengan nilai ini kita boleh melukiskan Gambarajah Daya Ricih bagi rasuk ini.

113

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c Contoh 4.1

MUKA : 9 Drp : 27

Sebatang rasuk disokong secara mudah di A dan C dan bebankan seperti Rajah 4.14. Dapatkan daya ricih tersebut.

10 kN A 1m
Rajah 4.14 Penyelesaian :

B 3m

Rajah Jasad Bebas

10 kN A 1m RA
Daya tindakbalas dipenyokong Rajah 4.15

B 3m

RB

F =

RA + RC = 10 kN

10(1) = RC (4) RC =

10 = 2.5 kN 4

RA = 10 2.5 = 7.5 kN Daya Ricih A : 7.5 kN B : 7.5 10 = -2.5 kN C : -2.5 + 2.5 = 0 kN

114

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 10 Drp : 27

Contoh 4.2 Sebatang rasuk disokong secara mudah di A dan D dan bebankan seperti Rajah 4.17 (a). Dapatkan daya ricih tersebut.

15 kN/m A B C 2m
Rajah 4.16 Penyelesaian : Rajah Jasad Bebas

D 2m

0.5 m

15 kN/m A 0.5 m RA B 2m C 2m RB D

M
RD (4.5) 15 (2) (

2 + 0.5) = 0 2

4.5 RD 30 (1.5) = 0 RD =

45 = 10 kN 4.5
F

F =

RA + RD F = 0 RA + (10) (15 x 2) = 0 RA = 20 kN

115

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 11 Drp : 27

15 kN/m A 0.5 m 20 kN
Rajah Jasad Bebas Julat (m) Daya Ricih (kN)

B 2m

C 2m 10 kN

M
0 x 0.5

20 kN

V = 20 x = 0, V = 20 x = 0.5, V = 20

15 kN/m
0.5 x 2.5

M 0.5m 20 kN x-0.5 V

V = 20 15(x-0.5) x = 0.5, V = 20 x = 2.5, V = -10

15 kN/m
2.5 x 4.5

M 0.5m 20 kN 2m x-2.5 V

V = 20-30 = -10 x = 2.5, V = -10 x = 4.5, V = -10

116

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 12 Drp : 27

4.6.2

GAMBARAJAH DAYA RICIH

Bagi memplot graf gambarajah daya ricih, ambil jarak x pada rasuk sebagai kedudukan rentas, dan ambil ordinat sebagai nilai rujukan daya ricih (V). Bagi menggambarkan pembinaan gambarajah, biar kita pertimbangankan rasuk mudah AB membawa beban tumpu F (Rajah 7.6). Tindak balas rasuk ini ialah;

F a b B A

Ra =

Fb L

Rb =

Fa L

V = Ra =

Fb L

Ra

Rb

V=

Fb Fa -F= L L

V = -Rb = -

Fa L

Rajah 4.17: Gambarajah Daya Ricih

117

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 13 Drp : 27

Contoh 4.3 Lakarkan Gambarajah Daya Ricih untuk rasuk Rajah 4.19 (a).

F = 10 kN

RA = 5 kN

RB = 5 kN

Rajah 4.19 (a): Rasuk Yang Dikenakan Beban Tumpu Dan Disokong Mudah

Penyelesaian : L1: Lakarkan rajah badan bebas rasuk

F = 10 kN

X x

RA = 5 kN

RB = 5 kN

5 kN

-5 kN Rajah 4.19 (b):


Gambarajah Daya Ricih

118

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 14 Drp : 27

Contoh 4.4 Lakarkan Gambarajah Daya Ricih untuk rasuk dibebankan seperti Rajah 4.20 (a).

W = 4 kN/m

A
8m

Rajah 4.20 (a): Rasuk Disokong Mudah Dan Dikenakan Beban Teragih Seragam Penyelesaian : Rajah Jasad Bebas

A
32 kN

RA = 16 kN 16 kN

RB = 16 kN

- 16 kN
Rajah 4.18 : Gambarajah Daya Ricih

119

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 15 Drp : 27

Di sini tindak balas RA = RB = 16 kN Pertimbangkan gambarajah jasad bebas bagi keratan XX.

x 2

x 2

V 4x RA = 16 kN
Menjumlahkan daya tegak memberi ; V + 4x 16 = 0 V = 16 4x

Oleh itu, perhubungan di antara V dan x ialah garis lurus yang bercondong ke sebelah kiri dengan cerun 4

Pada x = 0, V = 16 Pada x = 4, V = 0 Pada x = 8, V = -16

Gambarajah Daya Ricih boleh dilukiskan dan adalah seperti ditunjukkan seperti Rajah 4.18.

120

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 16 Drp : 27

4.7

MOMEN LENTUR Momen lentur ialah jumlah aljabar momen daya yang bertindak disebelah kanan atau kiri di sesuatu keratan rasuk. Ia biasanya ditandai dengan M.

4.7.1

TANDA LAZIM BAGI MOMEN LENTUR

Daya yang bertindak di sebelah kiri atau kanan di keratan rasuk menghasilkan momen kearah ikut jam atau lawan jam. Seperti daya ricih, tanda lazim bagi momen lentur juga perlu ditetapkan untuk memastikan tanda yang sama digunakan bagi sebelah kiri atau kanan keratan yang dipertimbangkan. Rajah 4.19 menunjukkan tanda lazim yang akan digunakan bagi momen lentur. Momen lentur diambil positif jika paduan momen ke sebelah kiri bertindak kearah ikut jam kesebelah kanan kearah lawan jam. Oleh itu bagi momen lentur negatif paduan momen bertindak kearah lawan jam kesebelah kiri dan kearah ikut jam kesebelah kanan. Sebaliknya momen lentur positif melendutkan rasuk manakala momen lentur negatif meledingkan rasuk.

Paduan momen

X
Momen lentur M

Paduan momen

Momen lentur M

(a) Momen lentur positif

X
(b) Momen lentur negatif

Rajah 4.19: Tanda Lazim Bagi Momen Lentur

4.7.2

MAGNITUD MOMEN LENTUR

Contoh-contoh berikut menunjukkan kaedah yang digunakan untuk mencari tindak balas di penyokong sesuatu rasuk. Persamaan keseimbangan iaitu F = 0 dan M = 0 digunakan.

121

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 17 Drp : 27

Contoh 4.5

Sebatang rasuk disokong secara mudah di A dan C dan bebankan seperti Rajah 4.22 . Dapatkan daya ricih dan momen lentur tersebut.

10 kN A B 1m 3m C

Rajah 4.20: Rasuk Yang Disokong Mudah Dan Dikenakan Beban Tumpu Penyelesaian : Rajah Jasad Bebas

10 kN A 1m RA
Daya tindakbalas dipenyokong

B 3m

C RC

F =
RA + R
C

F
= 10 kN 10(1) = RC (4) RC =

10 = 2.5 kN 4

RA = 10 2.5 = 7.5 kN

Daya Ricih A : 7.5 kN B : 7.5 10 = -2.5 kN C : -2.5 + 2.5 = 0 kN

Momen Lentur 0<x<1 M = 7.5x pada, x =0, M=0 x =1, M=7.5 1<x<4 M 7.5x + 10(x-1) M = 7.5x 10(x-1) pada, x =1, M=7.5 x =4, M=0

122

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c Contoh 4.6

MUKA : 18 Drp : 27

Sebatang rasuk disokong secara mudah di A dan D dan bebankan seperti Rajah 4.21. Dapatkan daya ricih dan momen lentur tersebut.

15 kN/m A B C D

0.5 m

2m

2m

Rajah 4.21: Rasuk Disokong Mudah Dan Dikenakan Beban Teragih Seragam Penyelesaian : Rajah Jasad Bebas 15 kN/m

A 0.5 m RA

B 2

C 2m

RD

F =

RD (4.5) 15 (2) (

2 + 0.5) = 0 2

RA + RD F = 0 RA + (10) (15 2) = 0 RA = 20 kN

4.5 RD 30 (1.5) = 0 RD =

45 = 10 kN 4 .5
15 kN/m A 0.5 m B 2m C

D 2m 10kN

20kN

123

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c Jadual 4.1 : Jadual daya ricih dan momen lentur Rajah Jasad Bebas Julat

MUKA : 19 Drp : 27

Daya Ricih & Momen Lentur V = 20 x = 0, V = 20 x = 0.5, V = 20 M = 20x x=0, M=0 x=0.5, M=10

0 x 0.5

M x V

20 kN

0.5 x 2.5

15 kN/m M 0.5m 20 kN x-0.5 V

V = 20 15(x-0.5) X = 0.5, V = 20 X = 2.5, V = -10 M=20x -15(x-0.5)(x-0.5) 2 x=0.5, M=10 x=2.5, M=20

2.5 x 4.5

15 kN/m M 0.5m 20 kN 2m x-2.5 V

V = 20-30 = -10 x = 2.5, V = -10 x = 4.5, V = -10 M=20x-15(2)(x-1.5) M=20x-30(x-1.5) x=2.5, M=20 x=4.5, M=0

124

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 20 Drp : 27

4.7.3

GAMBARAJAH MOMEN LENTUR

Perhatikan rasuk di bawah ini;

X
x
A

F = 10 kN

5m
X

5m

Rajah 4.22: Rasuk Disokong Mudah Yang Dipotong Pada Kedudukan X-X

Ambil keratan rentas rasuk pada jarak x dari titik A. Gambarajah jasad bebas bagi sebelah kiri dan kanan keratan ini adalah seperti Rajah 4.23.
10 kN x

V
RA = 5 kN RB = 5 kN

Rajah 4.23 : Kedudukan Daya Ricih Dan Momen Lentur Pada Keratan X-X

Kemudian tentukan nilai momen lentur di beberapa keratan rasuk dan bagi julat 0 < x < 5. Ambil keratan rasuk di XX. Rasuk Rajah 4.22. Mengambil momen pada keratan ini memberi MXX = 0 M 5x = 0 M = 5x pada x = 0, M = 0 x = 5, M= 25 Persamaan ini memberi hubungan momen lentur (M) dengan jarak dari A (x). Nyatakan bahawa di atas GML kita perlu melukiskan satu garis lurus yang bercondong dengan kecerunan +5 diantara titik A hingga ke titik C. Di antara 5 m hingga ke 10 m, rasuk dikerat pada NN. Rujuk Rajah 4.23.. Mengambil momen pada keratan ini memberi

125

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c MNN = 0 M + 10(x-5) 5x = 0 M = 50 5x pada, x = 5, M = 25 x = 10, M= 0

MUKA : 21 Drp : 27

Oleh itu kita melukiskan garis bercondong ke kiri dengan kecerunan 5 di atas GML. GMLnya adalah seperti Rajah 4.24.

F = 10 kN

5m

5m

F = 10 kN

RA = 5 kN 5 kN GDR

RB = 5 kN

25 kNm

-5 kN

GML

Rajah 4.24: Gambarajah Momen Lentur

126

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 22 Drp : 27

Merujuk kepada Rajah 4.25 dan mengambil momen pada keratan XX, didapati, MXX dan M = 0
2

M + 4x ( x 2 ) 16 (x) = 0 = 16x 2x

Persamaan ini menunjukkan bahawa perhubungan di antara momen lentur dan x berbentuk parabola. Tanda negatif dihadapan kuantiti x2 iaitu 2 menunjukkan bahawa parabola ini bentuk cembung.

Pada, x = 0, M = 0 pada, x = 4, M = 32 pada, x = 8, M = 0

W = 4 kN/m

A
8m

Rajah 4.25

Di sini tindak balas RA = RB = 16 kN Pertimbangkan gambarajah jasad bebas bagi keratan XX.

x 2

x 2

V A RA=16 kN
GML boleh dilukiskan dan adalah seperti Rajah 4.26.

127

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 23 Drp : 27

32 kN Rajah Jasad Bebas

A B

RA = 16 kN

RB = 16 kN

16 kN

GDR

-16 kN

32 kNm GML

Rajah 4.26

128

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c Contoh 4.7 Lakarkan gambarajah daya ricih dan momen lentur untuk rasuk Rajah 4.27. F = 10 kN

MUKA : 24 Drp : 27

10m RA = 5 kN Rajah 4.27


Penyelesaian : F = 10 kN X N

RB = 5 kN

RA = 5 kN

RB = 5 kN

5 kN GDR -5 kN 25 kNm GML

129

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 25 Drp : 27

Contoh 4.8; Rasuk julur AD dalam rajah di bawah dikenakan beban tumpu 5 kN pada C dan 4 kN pada D. Tentukan daya ricih, VB dan momen lentur, MB pada bahagian 2 m dari kanan penyokong A.
5 kN A B C D 4 kNm 2m 3m 3m

Rajah 4.28

Penyelesaian; Bagi menyelesaikan masalah ini, gunakan gambarajah badan bebas bahagian AB atau bahagian BD;
5 kN A B C D 4 kNm 2m 3m 3m

Penyelesaian menggunakan bahagian AB; Dapatkan terlebih dahulu tindakbalas pada penyokong A
5 kN A MA C D 4 kNm

3m AY

3m

Daripada rajah di atas keseimbangan daya tegak dalam rajah di atas;

+ FY = 0
+ M A = 0

AY + 5 = 0

AY = 5kN M A = 11kNm

4 5(3) + M A = 0
VB 11kNm MB 2m 5kN

Gambarajah badan bebas bahagian AB ditunjukkan dalam rajah dibawah ini.

+ FY = 0

5 VB = 0

V B = 5kN

+ MB = 0

11 5(2) M B = 0

M B = 1kNm

130

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 26 Drp : 27

Contoh 4.9; Kirakan tindak balas pada rasuk dan lukiskan Graf Daya Ricih dan Graf Momen Lentur

4kN/m

Ra

8m

Rb

Penyelesaian; Tindak balas pada rasuk dan lukiskan Graf Daya Ricih dan Graf Momen Lentur

4kN/m

Ra

8m

Rb

Penyelesaian; mengambil momen pada titik Rb 8 x Ra = 20 x 5 + 30 x 2 Ra = 20kN mengambil momen pada titik Ra 8 x Rb = 20 x 3 + 30 x 6 Rb = 30kN

131

NO. KOD : SK3021-LE2-IS2c

MUKA : 27 Drp : 27

SOALAN 1. Apakah momen lentur ? Sebatang rasuk disokong secara mudah di A dan D dan bebanan seperti Rajah 4.29. Kirakan daya ricih dan momen lentur rasuk tersebut.

10 kN A 1m
Rajah 4.29

C 2m

3.

Senaraikan tiga jenis rasuk yang biasa digunakan di dalam aplikasi kejuruteraan.

4.

Lukiskan gambarajah daya ricih dan momen lentur bagi rajah di bawah;

10 kN A 1m R B 3m RC C

5.

Lukiskan gambarajah daya ricih dan momen lentur untuk pembebanan rasuk seperti

15 kN/m A RA = 20 kN B 0.5 m 2m C 2m RD = 10 kN D

RUJUKAN 1. 2. 3. 4. Ahmad Zafri Bin Zainudin & Mohd Yazid Bin Yahya, Mekanik Pepejal 1, UTM,1998 Ferdinand P. Beer & E. Russell Johnston Jr, Mechanics of Materials, Mc. Graw Hill, 1992 Ahmad Zafri Bin Zainudin, Mekanik Bahan 1, UTM,1998 Mohamed Rashid Bin Nabi Bax, Kajidaya Bahan, Politeknik-Politeknik Malaysia

132

You might also like