You are on page 1of 7

PERJANJIAN SEWA LORI HANTU

.....HB JANUARI 2012

DI ANTARA

(PEMBEKAL LORI HANTU) NAZA TRANSPORT SDN BHD


129, 2nd FLOOR, JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ, KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR.

DAN

(PENYEWA LORI HANTU) SERUMPUN HIJAU ENTERPRISE


LOT 1623 JALAN KHAILANI, BATU 17 SUNGAI SEMBILANG, JERAM, 45800 KUALA SELANGOR, SELANGOR, DARUL EHSAN

BAHAWASANYA

Pembekal NAZA TRANSPORT SDN BHD No. Syarikat : 207854-V (selepas ini disebut sebagai NTSB) bersedia untuk membekal dan Penyewa SERUMPUN HIJAU ENTERPRISE, No Pendaftaran : SA017-8585-V (selepas ini disebut sebagai SHE) bersedia untuk menyewa 2(dua) unit kenderaan pengangkut bermotor LORI HANTU dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memasuki perjanjian ini untuk menentukan hak-hak dan tanggungjawab masing-masing serta segala peranan yang perlu dilaksanakan oleh mereka untuk penyewaan 50 unit kenderaan bermotor tersebut di mana syaratnya adalah seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.

1.

MATLAMAT

Matlamat penyewaan 50 unit kenderaan bermotor LORI HANTU tersebut adalah untuk kerja memuat naik naik, memindah/mengangkut dan memuat turun muatan Bijih Besi Atau Tanah Merah Atau Pasir (yang selepas ini dirujuk sebagai Bijih Besi) Untuk Tajuk : KERJA KERJA MEMINDAHANGKUT AMANG BERPASIR /TANAH MERAH SEJAUH 12 hingga 15 KM SEHALA DI KAWASAN PERLOMBONGAN SRI JAYA, MARAN, PAHANG.
2. JENIS KENDERAAN

Jenis kenderaan bermotor yang dimaksudkan di dalam Perjanjian ini adalah lori tanpa permit, 10 tayar, bucket yang sesuai untuk digunakan bagi kerja-kerja memuat naik, memindah/mengangkut dan memuat turun muatan Bijih Besi yang tersedia di kawasan perlombongan.

3.

KEADAAN KENDERAAN

Pembekal mengesahkan bahawa setiap buah LORI HANTU tersebut yang disewakan kepada Penyewa adalah : Dalam keadaan baik dan enjin serta badan kenderaan telah diperiksa dan tidak mengalami sebarang kerosakan serta boleh memulakan operasi sebaik sahaja sampai di Tapak Kerja Perlombongan.

4.

TEMPOH KONTRAK DAN KADAR PENYEWAAN

Tempoh kontrak ini adalah untuk 3 tahun sahaja dan tempoh kontrak ini boleh disambung atau ditambah sekiranya dipersetujui oleh kedua-dua pihak di sini berdasarkan kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua dua pihak.
5. TEMPAT PERLAKSANAAN KONTRAK

Pembekal hanya akan membekal LORI HANTU tersebut ke Tapak Kerja Penyewa dari stor pembekal ke kawasan tapak projek Sri Jaya, Maran, Pahang dan tidak ke manamana tempat lain dan LORI HANTU tersebut tidak boleh digunakan untuk sebab lain melainkan hanya untuk tujuan bagi kerja-kerja memuat naik, memindah/mengangkut dan memuat turun muatan Bijih Besi .

6.

PERIHAL OPERASI
a) Mengikut Jadual Waktu Kerja Syarikat Penyewa (SHE) b) Tanggung Jawab Penyewa. i) Menyediakan Tempat Tinggal Pemandu, Bilik Mandi dan Tandas ii) Membekalkan Bahan Api untuk Operasi (Diesel) iii) Tapak Parking Yang Selamat dan Berpengawal iv) Kantin/ Tempat Makan

c)

Pihak Pembekal Bertanggung jawab Menyediakan i) Lori Hantu ii) Pemandu (Makan Dan Minum Sendiri) iii) Penyelenggaraan dan Pembaikan

7.

CARA-CARA PEMBAYARAN

Di Tapak Operasi Sri Jaya Maran, Pahang dan setelah disahkan bahawa LORI HANTU tersebut dalam keadaan sempurna untuk memulakan kerja pada esok hari.

Bentuk Bayaran
1) Bayaran Pendahuluan Bayaran Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja (RM2,500.00) setiap satu unit diselesaikan setelah LORI HANTU tersebut sampai di Tapak Kerja Pembayaran adalah dalam bentuk Bank Cheque Bank In Di atas nama Pembekal. 2) Bayaran Kemajuan Kerja i.
Kadar sewa bulanan setiap unit LORI HANTU adalah RM9,000.00. Pembayaran kemajuan kerja adalah pada setiap 10 hari berjumlah RM3,000.00, dibayar kepada

pembekal : Nama Syarikat : NAZA TRANSPORT SDN BHD Nombor Akaun Bank : . Nama Bank & Alamat : . ii. Bayaran tersebut hendaklah dilakukan secara tunai melalui pemindahan ke akaun penerimaan NTSB yang dinyatakan di para di atas atau melalui pengeluaran cek-cek bayaran milik syarikat SHE.

8. SYARAT-SYARAT AM

a) Adalah dipersetujui bahawa Perjanjian ini tidak membawa kepada apa-apa juga bentuk perkongsian di antara kedua-dua pihak. b) Sebarang notis atau pemberitahuan hendaklah dinyatakan dan dihantar kepada mana-mana pihak di sini dengan cara menghantarnya ke alamat yang dinyatakan seperti di atas atau ke alamat-alamat yang lain sekiranya penukaran alamat tersebut dimaklumkan oleh kedua-dua pihak. c) Sebarang pindaan atau perubahan terhadap terma-terma dan syarat-syarat di dalam perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis serta mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak.

d) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sebarang penyerahan atau pemindahan hak dan kuasa atau pelantikan ke atas mana-mana pihak lain berkaitan dengan perkaraperkara di dalam perjanjian ini hanya boleh dibuat selepas mendapatkan kebenaran secara bertulis dari pihak yang satu lagi. e) Pembekal dan Penyewa bersetuju bahawa perkara-perkara yang bersangkutan dengan artikel Force Majure seperti yang diiktiraf oleh International Chamber of Commerce (ICC) France juga dimasukkan sebagai salah satu syarat di dalam perjanjian ini dan sekiranya berlaku perkara Force Majure tersebut pihak-pihak di sini bersetuju bahawa urusan penyewaan seperti di dalam perjanjian ini akan tertangguh dan hanya akan disambung semula seperti biasa apabila keadaan telah kembali pulih. f) Sekiranya berlaku sebarang pertelagahan atau perbalahan di antara kedua-dua belah pihak di sini berkaitan dengan perjanjian ini hendaklah dirunding dan dibincangkan jika tiada kata putus, maka penimbang tara atau pihak peguam yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak hendaklah dilantik untuk menyelesaikan perbalahan ini dan jika tiada apa apa penyelesaian, maka keputusan mahkamah adalah muktamad. g) Jika berlakunya, pihak penyewa tidak membuat bayaran yang dipersetujui, maka pihak pembekal mempunyai hak untuk membatalkan kontrak ini bagi tujuan menghentikan kerja atau menarik balik LORI HANTU yang telah dibekalkan. Pihak penyewa juga berhak membatalkan perjanjian ini jika pembekal termasuk pemandunya dengan sengaja gagal melaksanakan tugas mengikut kadar dan nisbah jam yang ditetapkan. Melanggar peraturan dan etika bekerja yang ditetapkan oleh Pihak Penyewa atau Pemilik Projek iaitu ZCM TRANSPORTS SDN BHD atau ZCM MINERALS SDN BHD. Atau apa apa bentuk salah laku yang boleh disabitkan dengan tindakan undang undang. h) Perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang Negara Malaysia.

9. PEMBATALAN PERJANJIAN SERTA MERTA Perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya jika mana mana pihak didapati melanggar syarat - syarat yang tersebut diatas, Dan Atau Salah satu perkara yang berikut :- Salah satu Pihak yang dikenakan tindakan / sekatan undang undang , Pihak penyewa telah membatalkan perjanjiannya dengan Pihak ZCM Transport Sdn Bhd atau sebaliknya , Pihak penyewa tidak menyambung atau memperbaharui perjanjian dengan Pihak ZCM TRANSPORT SDN BHD, Apabila telah tamat tempoh perjanjian dengan Pihak pembekal, Jika Pihak ZCM atau Pihak berkuasa negeri menutup kawasan

perlombongan ini atas sebab sebab tertentu. Maka apabila salah satu perkara di atas berlaku maka perjanjian ini akan terbatal secara serta merta.

DALAM MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, Maka kedua-dua belah pihak telah bersetuju menurunkan tandatangan, dimeterai pada tarikh yang tercatat di atas.

Pembekal : NAMA : JAWATAN : NO. K. P :

Tandatangan Pembekal: ................................................ (CHOP SYARIKAT)

Disaksikan Oleh NAMA NO. K. P : : :

Tandatangan Saksi : ........................................

PENYEWA : NAMA JAWATAN NO. K. P : : :

Tandatangan Penyewa : ....................................................( CHOP SYARIKAT) SERUMPUN HIJAU ENTERPRISE Disaksikan oleh : NAMA NO.K.P : :

Tandatangan Saksi : .................................................

You might also like