You are on page 1of 6

LAPORAN LAB (HYDROCOLLATOR PACK)

JENIS KECEDERAAN TEKNIK / MODALITI PROSES PENYEMBUHAN OBJEKTIF

: Konkusi (bengkak) dan kontusi (lebam) : Hydrocollator pack : Sub-acute dan chronic : 1. Memanaskan hot-pack. 2. Melancarkan pengaliran darah dalam badan. 3. Membekalkan oksigen yang mencukupi kepada

bahagian yang cedera. 4. Menghantar nutrien kepada bahagian yang tercedera sebagai medium penyembuhan. 5. Membuang toksik dalam badan.

ALATAN PROSEDUR:

: Hydrocollator, Penyepit dan Kain Tuala

1. Keluarkan semua isi kandungan dalam hydrocollator, kemudian letakkan wirerack. 2. Pastikan lubang buangan ditutup sebelum hydrocollator diisi dengan air. 3. Hydrocollator mesti diisi dengan air pada takat .

4. Periksa penggunaan kadar voltan yang terdapat di bahagian belakang hydrocollator. 5. Untuk menghidupkan hydrocollator, suiskannya kepada 120 volt, 69 Hz atau 220 / 240 volt, 50-60 Hz. 6. Tutup suiz utamansekiranya ingin mematikan

hydrocollator. 7. Selepas itu, rendam hot-pack selama 20 minit sebelum digunakan untuk rawatan. 8. Pastikan bahagian anggota badan yang hendak

diletakkan hot pack dilapik atau dialas dengan kain. 9. Masa untuk menjalankan rawatan tidak lebih daripada 30 minit.

NOTA :

Soalan 1 : Berapa lamakah air di dalam hydrocollator dipanaskan? Jawapan 1 : Air dalam hydrocollator mesti dipanaskan selama dua jam.

Soalan 2 : Apakah fungsi hydrocollator? Jawapan 2 : Hydrocollator digunakan untuk memanaskan HotPac.

Soalan 3 : Bagaimana hendak mengekalkan suhu air dalam hydrocollator? Jawapan 3 : Sentiasa menutup bekas hydrocollator supaya suhu air di dalamnya kekal.

Soalan 4 : Berapakah suhu air dalam hydrocollator? Jawapan 4 : Suhu untuk memanaskan air dalam hydrocollator ialah 71c.

Soalan 5 : Berapakah jangka masa rawatan ini? Jawapan 5 : Jangka masa rawatan ini ialah tidak melebihi 30 minit.

Soalan 6 : Apakah kesan jika pengunaan hot-pack melebihi 30 minit? Jawapan 6 : Boleh menyebabkan kulit melecur.

LAPORAN LAB (PARAFFIN BATH)

JENIS KECEDERAAN TEKNIK / MODALITI PROSES PENYEMBUHAN OBJEKTIF

: Arthritis. : Paraffin bath : Sub Acute dan Chronic : 1. Melancarkan perjalanan darah 2. Melegakan lenguh dan sengal pada sendi 3. Mengurangkan kesakitan 4. Mengurangkan kekeringan kulit 5. Memanaskan tangan yang sejuk 6. Mengurangkan bengkak 7. Meningkatkan julat pergerakan

ALATAN PROSEDUR :

: Paraffin Bath

1. Bersihkan anggota yang hendak dirawat dengan menggunakan sabun anti-bakteria dan air. 2. Keringkan anggota tersebut dengan tuala. 3. Masukkan anggota yang hendak dirawat secara perlahan-lahan. 4. Lakukan sebanyak 5 hingga 10 kali ulangan. 5. Keluarkan anggota yang telah dirawat dan masukkan kembali paraffin yang telah digunakan ke dalam tangki.

NOTA :

Soalan 1 : Adakah rawatan ini boleh digunakan untuk kecederaan lain selain daripada bahagian tangan, siku dan kaki? Jawapan 1 : Boleh. Kecederaan di semua bahagian badan boleh dirawat dengan paraffin chips tetapi dengan menggunakan berus yang lembut dengan cara menya paraffin chips di bahagian yang hendak dirawat manakala untuk bahagian muka perlulah menggunakan sejenis mask khas. Soalan 2 : Bagaimanakah paraffin chips bertindak terhadap kecederaan yang hendak dirawat. Jawapan 2 : Apabila bahagian yang cedera dicelup atau disapu dengan paraffin chips mengikut prosedur yan betul, pesakit akan merasa sensasi panas, sakit dan kebas pada tempat yang cedera.

LAPORAN LAB (HOT PACK)

JENIS KECEDARAAN TEKNIK/MODALITY PROSES PENYEMBUHAN OBJEKTIF

: Konkusi dan Bengkak : Thermotherapy : Sub- acute dan chronic : 1. Mengurangkan ketegangan otot. 2. Mengembangkan salur darah untuk melancarkan peredaran darah. 3. Menghantar nutrien pada tempat yang cedera supaya proses pemulihan berlaku dengan cepat. 4. Membekalkan darah beroksigen pada bahagian yang cedera 5. Mengeluarkan sisa-sisa toksin pada tempat yang cedera 6. Mengurangkan bengkak pada cedera dan proses releksasi kesakitan dan kekejangan dan

. ALATAN PROSEDUR : Hot Pack :

1. Ambil tuala, balut hot pack dan rendamkan dalam air bersuhu sekitar 80OC dalam masa 6 minit pada suhu bilik dan 10 minit sekiranya hot pack baru di keluarkan dari peti ais. 2. Pastikan mangsa sedang berbaring dalam keadaan terlentang.

3. Letakkan hot pack di tempat yang cedera selama 20 minit setiap 4 jam 4. Balutkan hot pack sebelum diletakkan pada tempat yang cedera.-bagi mengelakkan radang kulit atau alahan kulit. 5. Pesakit berada dalam keadaan relak. 6. Masa pemulihan di antara 48 hingga 72 jam selepas 48 atau 72 jam menggunakan cold pack.

NOTA : Hot pack diletak terus dengan kulit tanpa dibalut dengan tuala boleh menyebabkan kulit melecur. Ia juga boleh mengelakkan daripada radang kulit atau alahan pada kulit. Sekiranya kulit mengalami alahan atau terkena mata, basuh tempat yang mengalami alahan tersebut dengan air bersih dengan segera. Dan dapatkan rawantan daripada mereka yang pakar.

Soalan 1 : Mengapa Healing Proses diperlukan dalam masa 48-72 jam? Jawapan 1: Penggunaan Hot Pack digunakan selepas teknik cryothermatherapy. Penggunaan hot pack bertujuan untuk mengembangkan salur darah bagi melancarkan peredaran darah ke kawasan yang cedera. Dalam masa ini darah yang mengandungi oksigen dan nutrien amat diperlukan untuk memperbaiki kawasan yang cedera. Selain berbuang sisa-sisa toksin yang ada pada kawasan yang cedera.

You might also like