You are on page 1of 5

Kajian Geografi Tempatan 2012: Ekosistem Hutan Terganggu

1. TAJUK: EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI TAMAN TASIK AMPANG, SELANGOR 2. SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1 TAJUK 2 SENARAI KANDUNGAN 3 PENGHARGAAN 4 PENDAHULUAN 5 OBJEKTIF KAJIAN 6 KAWASAN KAJIAN 7 KAEDAH KAJIAN 8 DAPATAN KAJIAN 8.1 KONSEP EKOSISTEM 8.2 KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN 8.3 FAKTOR EKOSISTEM TERGANGGU 8.4 KESAN EKOSITEM HUTAN TERGANGGU 8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN 9 RUMUSAN 10 LAMPIRAN

3. PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengetua SMK Taman Tasik______________ di atas kesudian beliau memberikan kebenaran bagi menjayakan kerja kursus Geografi 2012. Ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu___________________ yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Di samping itu, saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya_________________dan____________________ yang telah memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja kursus Geografi ini. 4. PENDAHULUAN Saya______________(nama) telah membuat kajian mengenai ekosistem hutan yang terganggu di kawasan Taman Tasik, Ampang. Kajian ini adalah bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran Geografi Tingkatan 3 yang memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja amali di lapangan. Nama tajuk kajian saya ialah ____________________________. Sebab-sebab saya memilih kawasan ini adalah kerana saya dapati ekosistem hutan di kawasan ini telah terganggu dek kerana pembalakan, petempatan dan pencemaran. Tempoh masa yang diberikan ialah selama lapan minggu. 5. OBJEKTIF KAJIAN Objektif bagi kajian ini dijalankan di Taman Tasik, Ampang ialah: 1. Menghuraikan konsep ekosistem hutan. 2. Menghuraikan kepentingan ekositem hutan. 3. Menhuraikan faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu. 4. Menghuraikan kesan-kesan ekosistem hutan terganggu. 5. Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu. 6. Menyatakan penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Kajian Geografi Tempatan 2012: Ekosistem Hutan Terganggu


6. KAWASAN KAJIAN Saya telah memilih Taman Tasik, Ampang, Selangor sebagai kawasan kajian bagi tugasan ini. Kawasan hutan yang ada berdekatan dengan Taman Tasik ialah Bukit Langat. Bukit Langat ini adalah satu-satunya kawasan hutan yang terdapat disini. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh proses pembangunan, kawasan hutan ini semakin lama semakin diterokai dan menyebabkan ekosistemnya terganggu. Taman Tasik, Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Ampang berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Pada satu ketika dahulu Ampang pernah mejadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja pencarian bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan . Pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah______________dan_____________. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. PETA DAERAH PETA KAWASAN KAJIAN 7. KAEDAH KAJIAN Berikut adalah kaedah kajian yang kami gunakan: 1. Soal selidik - Sebelum memulakan soal selidik, kami menyediakan 20 borang responden soal selidik. 2. Rujukan - Melalui kaedah ini, saya telah merujuk buku teks Geografi Tingkatan 3, surat khabar, majalah dan laman web. 8. DAPATAN KAJIAN 8.1 KONSEP EKOSISTEM HUTAN Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda bukan hidup ( abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari dan sebagainya. Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem. Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti manusia yang sewenang-wenangnya meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan. 8.2 KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN DI TAMAN TASIK, AMPANG. HABITAT FLORA DAN FAUNA - Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar. MENYEDERHANAKAN SUHU/MENGEKALKAN KELEMBAPAN UDARA. - Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis,hutan menggunakan karbon dioksida dapat menyejukkan suhu bumi.Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar.Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan

Kajian Geografi Tempatan 2012: Ekosistem Hutan Terganggu


kawasan yang panas.Dengan pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas.Fenomena pemanasan global biasanya dikaitkan denga n kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida. SUMBER BAHAN MENTAH - Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu. KAWASAN TADAHAN AIR Hutan sebagai kawasan sumber bekalan air bersih. Hutan merupakan kawasan tadahan hujan, hutan tanah tinggi adalah kawasan yang bebas daripada pencemaran buatan manusia. Penyerapan asid/karbon oleh tumbuh-tumbuhan mewujudkan kesegaran alam semulajadi. Sumber bekalan air dari hutan yang belum dicerobohi adalah selamat, jernih, segar dan menjamin kesihatan. Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa hutan sangat penting kepada manusia. Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan agar penerokaan hutan dan pencerobohan secara haram dapat dibanteras. 8.3 FAKTOR YANG MENYEBABKAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU Pembinaan Petempatan Pembinaan jalan raya Pembinaan Petempatan Pembalakan 8.4 KESAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI TAMAN TASIK, AMPANG. HAKISAN TANAH BERLAKU Penerokaan hutan menyebab hakisan tanah. Penerokaan hutan tanah tinggi menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Penerokaan hutan mendedahkan permukaan tanah secara langsung kepada hujan, air hujan akan melarikan tanah ke kawasan yang lebih rendah akan mengubah kawasan persekitaran. KAWASAN TADAHAN AIR TERJEJAS Penerokaan hutan menyebabkan pencemaran sungai dan kawasan tadahan air. Kemusnahan hutan turut memusnahkan kawasan takungan air. Sisa-sisa penerokaan hutan akan mengalir ke dalam sungai apabila hujan. Lambakan sisa buangan menjejaskan sumber bekalan air bersih seterusnya memusnahkan hidupan akuatik. SUHU MENINGKAT Penerokaan hutan menyebabkan perubahan iklim. Penebangan hutan secara tidak terkawal akan mengubah suhu persekitaran. Pemanasan global iaitu peningkatan suhu dan kesan rumah hijau berpunca daripada aktiviti penebangan hutan, penggondolan tanah dan pembakaran terbuka.

Kajian Geografi Tempatan 2012: Ekosistem Hutan Terganggu


Kawasan hutan terutamanya di kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai sumber alam perlu dijaga agar tidak memberi impak buruk kepada kehidupan dan alam sekitar. Kawasan hutan terutamanya di kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai sumber alam perlu dijaga agar tidak memberi impak buruk kepada kehidupan dan alam sekitar. 8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU PEMBANGUNAN TERANCANG

MEWARTAKAN HUTAN SIMPAN

KUATKUASA UNDANG-UNDANG/PERHILITAN

KEMPEN ALAM SEKITAR

BAHAN GRAFIK JADUAL GRAF 9. RUMUSAN

10. LAMPIRAN Surat pengenalan diri Surat kebenaran membuat kajian Surat makluman ibu bapa Surat kebenaran ibu bapa Surat penghargaan Borang soal selidik Gambar/foto Bahan daripada pelbagai sumber

pilih 4 atau lebih

Kajian Geografi Tempatan 2012: Ekosistem Hutan Terganggu

You might also like