You are on page 1of 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PENGKALAN,

78000 ALOR GAJAH, MELAKA




KERJA KURSUS SEJARAH

PMR 2012

PRODUK TEMPATAN-MAKANAN



NAMA : AMRITA KAUR A/P
S.ARULDAS
NO.KAD PENGENALAN : 970102-04-5478
TINGKATAN : 3 RK GEMILANG
NAMA GURU : PN.MARIAM MAHDI




________________________ _____________________
TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU



PRODUK
TEMPATAN-
MAKANAN-
OTAK-OTAK




ISI KANDUNGAN


















BIL PERKARA MUKA SURAT
1 TAJUK KAJIAN i.
2 SENARAI KANDUNGAN ii.
3 PENGHARGAAN iii.
4 OBJEKTIF KAJIAN iv.
5 KAEDAH KAJIAN v.
6 HASIL KAJIAN 1-5
7 RUMUSAN 6
8 LAMPIRAN 7-11
9 RUJUKAN 12
PENGHARGAAN



Saya ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
mereka yang telah membantu saya menjalan dan melaksanakan kajian ini. Segala bantuan,
dorongan, kerjasama, bimbingan, teguran, nasihat, dan tunjuk ajar yang telah diberi semasa
saya melaksanakan kerja kursus ini tidak akan saya lupakan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-bapa saya, En. S.Aruldas dan Pn.
Salendar serta tidak lupa kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Pengkalan, En. Abu Bakar Awang atas dorongan, sokongan dan bantuan dari segi moral,
kewangan, dan kebenaran untuk menggunakan peralatan dan kemudahan yang diperlukan
untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan rasa terhutang budi yang tidak terhingga kepada Guru
Sejarah saya, Pn.Mariam Mahdi, kerana tanpa nasihat, bimbingan, tunjuk ajar dan teguran
beliau, perlaksanaan kerja kursus ini tidak akan menjadi kenyataan.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja kursus serta pengunjungPihak
Perusahaan Otak-Otak Kempas yang sudi meluangkan masa untuk menjawab segala
pertanyaan saya serta sudi menberikan bantuan dan kerjasama ketika saya berada di lapangan
dan tidak ketinggalan juga kepada semua orang yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam penghasilan kajian ini.










OBJEKTIF KAJIAN


Kerja kursus Produk Makanan Tempatan ini merangkumi objektif-objektif berikut:-

Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.
Mengelas, Menganalisis, Mentafsir, dan Merumus fakta sejarah secara rasional
Merekod fakta sejarah yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul
Mengamal nilai murni dan unsur patriotism.













KAEDAH KAJIAN

1. Temu Ramah
- Menemu ramah orang sumber, En Zulkarnain bin Azman untuk memdapatkan
maklumat berkaitan syarikat Otak-Otak Kempas.

2. Lawatan dan Pemerhatian
- Lawatan dan Pemerhatian telah dilakukan ke syarikat Perusahaan Otak-Otak
Kempas pada 15 Mac 2012.

3. Analisis Dokumen
- Menganalisis dokumen-dokumen yang diperoleh dari Perusahaan Otak-Otak
Kempas untuk melengkapkan kerja kursus ini.

4. Penyelidikan Perpustakaan
- Penyelidikan dilakukan di Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Pengkalan untuk mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan Ensiklopedia
Sejarah Dan Kebudayaan Melayu.


5. Melayari Internet
Melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan berkaitan
Otak-Otak untuk kerja kursus ini.









HASIL KAJIAN


1. Maklumat Asas Produk


a) Nama Produk : Otak-Otak

b) Kategori : Produk Tempatan-Makanan-Otak-Otak


c) Nama Pengusaha : Pn Siti Nor Aishah

d) Nama Syarikat : Otak-Otak Kempas (OOK)


e) Status Hak Milik : Hak Milik Persendirian/Bumiputera

f) Lokasi : Lot 3226-A, 3226-B & 3226-C, Jalan Denai Utama,
Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.







2. Latar Belakang


a) Sejarah Kewujudan : Sejarah Kewujudan OOK
Puan Siti Nor Aishah menjual otak-otak
di warung secara kecil-kecilan. Namun
pada tahun 1997, berlaku kegawatan
ekonomi dan warung terpaksa ditutup.
Kemudian pada tahun 1998, Puan Siti
Nor Aishah mula membuka perusahaan
otak-otak secara kecilan dan setelah
mendapat banyak sambutan, beransur
mengkomersialkan otak-otak secara
besaran.



b) Punca Modal : Persendirian dan Pinjaman Bank

c) Pendaftaran/Lesen Perniagaan : Tiada lessen kerana dibina di kawasan
perumahan

d) Tujuan/Kepentingan Produk: : Membiayai hidup serta memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk di
desa


e) Keistimewaan/Keunikan Produk : Merupakan pesepi turun-temurun yang
mengandungi rempah-ratus enak yang
menyebabkannya diminati ramai.





3. Kaedah/Cara Penghasilan


a) Tenaga Kerja : Mesin dan Manual (pemuda-pemuda
desa)

b) Senarai Bahan : Ikan-tamban,tenggiri,ikan merah,
Santan, Telur, Rempah, Daun Nipah


c) Senarai Peralatan : Mesin Pembancuh dan Mesin Penyukat

d) Proses/Peringkat Penghasilan : Dibancuh, Disukat, Dibungkus, dan
Disejukbeku


e) Spesifikasi Produk : 1 Otak-Otak mesti 30 gram

f) Langkah kawalan mutu : Mempunyai seorang superviser yang
memerhati dan mengawasi pekerja
semasa kerja pembungkusan dijalankan.








4. Perkembangan Produk


a) Rangkaian Pemasaran :Dipasarkan di warung-warung berdekatan. Di
Masjid Tanah dan Ayer Keroh Melaka


b) Kemajuan Yang Dicapai :-Kapasiti Pengeluaran-50 keping sehari bagi
setiap produk.
-Keuntungan Kasar-RM 360,000 sebulan


c) Identiti Setempat :Otak-Otak Kempas (OOK)


d) Cabaran/Masalah :Ramai pesaing-pesaing berdekatan yang
mengeluarkan produk yang sama


e) Potensi Produk :Besar kemungkinan akan berkembang maju
kerana terdapat ramai pelanggan tetap dan
pelanggan baru juga semakin bertambah

f) Perancangan Masa Depan :Membuka sebuah lagi cawangan di Sabah















HASIL
KAJIAN




















LAMPIRAN
























ELEMEN 1





















ELEMEN 2














ELEMEN 3































Resepi Otak-Otak

Bahan-bahan
1 kg isi ikan Tenggiri
1 biji kelapa parut
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili merah
5 batang serai dihiris
20sen jintan manis
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kelapa

Cara Membuatnya
Tumbuk kelapa parut, kunyit hidup, cili merah, serai dan jintan manis.
Gaul ikan dengan garam, daun kunyit dan rempah yang ditumbuk tadi hingga
rata.
Ambil sesudu besar dan bungkus ikan dengan dua helai daun kelapa yang
ditemukan dan klip kedua-dua sisinya.
Buat sehingga habis dan panggang di atas api sederhana hingga masak.









Temubual Bersama Orang Sumber

Pada pagi 15hb Mac, saya dan rakan-rakan saya telah mengunjungi Perusahaan Otak-
Otak Kempas. Di sana kami telah menemubual salah seorang pekerja di perusahaan itu iaitu,
En Zulkarnain bin Azman. Berikut adalah teks perbualan tersebut.
Lai Yihang : Selamat Pagi En Zulkarnain. Tujuan kami mengunjungi perusahaan Otak-
Otak ini adalah untuk melengkapkan kerja kursus Sejarah kami dan kami ingin
menemubual Encik untuk memperoleh serba sedikit maklumat tentang
perusahaan ini.
Orang sumber : Baiklah, apakah yang saudari ingn tanyakan kepada saya?
Lai Yihang : Apakah produk yang dihasilkan dan dijual di perusahaan ini?
Orang Sumber : Perusahaan ini menghasilkan otak-otak ayam dan ikan serta popia otak-otak.
Lai Yihang : Siapakah pengusaha syarikat ini?
Orang Sumber : Pengusaha syarikat ini adalah Puan Siti Nor Aishah.
Lai Yihang : Apakah nama perusahaan ini dan apakah alamatnya?
Orang Sumber : Perusahaan ini dinamakan Otak-Otak Kempas(OOK) dan terletak di LOT
3326 ABC, JALAN DENAI UTAMA KEMPAS BARU, JOHOR
Lai Yihang : Bolehkah Encik menerangkan sedikit tentang sejarah kewujudan Perusahaan
Otak-Otak Kempas ini?
Orang Sumber : Puan Siti Nor Aishah menjual otak-otak di warung secara kecil-kecilan.
Namun pada tahun 1997, berlaku kegawatan ekonomi dan warung terpaksa
ditutup. Kemudian pada tahun 1998, Puan Siti Nor Aishah mula membuka
perusahaan otak-otak secara kecilan dan setelah mendapat banyak sambutan,
lalu Puan Siti Nor Aishah beransur mengkomersialkan otak-otak secara
besar-besaran.
Lai Yihang : Apakah tujuan atau kepentingan serta keistimewaan produk ini?
Orang Sumber :Untuk membiayai hidup serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
di desa serta produk ini dihasilkan melalui resipi turun-temurun serta
mengandungi rempah ratus yang enak menjadikannya diminati ramai.
Lai Yihang : Apakah tenaga kerja yang digunakan untuk menghasilkan produk ini?
Orang Sumber : Kami menggunakkan mesin dalam proses pembancuhan ramuan dan
menggunakan tenaga kerja manual dalam proses pembungkusan produk.


Lai Yihang : Apakah spesifikasi produk dan langkah-langkah pengawalan mutu yang
dipraktikkan?
Orang Sumber : Setiap satu otak-otak mestilah mempunyai berat 30gram dan kami juga
mempunyai seorang superviser yang mengawasai semasa kerja-kerja
pembungkusan dijalankan.
Lai Yihang : Apakah rangkaian pemasaran bagi produk ini dan apakah rancangan untuk
memajukan produk ini pada masa hadapan?
Orang Sumber : Produk ini dipasarkan di warung-warung berdekatan serta di Masjid Tanah
dan Ayer Keroh, Melaka. Rancangan kami pada masa hadapan adalah untuk
membuka sebuah lagi cawangan perusahaan ini di Sabah.
Lai Yihang : Apakah cabaran yang dihadapi perusahaan ini dan apakah potensi produk
ini?
Orang Sumber : Cabaran yang dihadapi adalah ramai pesaing-pesaing berdekatan yang
mengeluarkan produk yang sama. Manakala potensi produk ini pula besar
kemungkinan akan berkembang maju kerana terdapat ramai pelanggan tetap
dan pelanggan baru juga semakin bertambah banyak.
Lai Yihang : Baiklah, terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya dan saya berharap
agar perusahaan ini akan terus berkembang maju pada masa akan datang.
Orang Sumber : Terima Kasih.
















RUJUKAN


1. SUMBER ILMIAH
ENSIKLOPEDIA SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU,
1998, KUALA LUMPUR, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2. ORANG SUMBER
ENCIK ZULKARNAIN BIN AZMAN, 25 TAHUN, NO 90, JALAN
DENAI UTAMA, KEMPAS BARU, 81200 JOHOR BHARU, JOHOR

3. MELAWAT TEMPAT KAJIAN
PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD, LOT 3226-A
3226-B & 3226-C, JALAN DENAI UTAMA, KEMPAS BARU,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

4. INTERNET
http://shaffik.com/2011/03/22/sedapnya-otak-otak/
http://iks.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1
34&Itemid=136
http://www.dof.gov.my/produk/otakotak

5. SUMBER LAIN
BROSUR PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD, LOT
3226-A 3226-B & 3226-C, JALAN DENAI UTAMA, KEMPAS
BARU, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

You might also like