You are on page 1of 30

Tugasan 1(b) Elemen 2

Tajuk kajian:
KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI MALAYSIA

Nasi Kandar

Senarai Kandungan

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1.0

PERKARA TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN Maklumat Asas

MUKA SURAT Isi sendiri Isi sendiri Isi sendiri Isi sendiri Isi sendiri Isi sendiri

1.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi 1.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi 1.3 Lokasi/ Tempat Kajian 1.4 Individu yang mengusahakan 2.0 Latar Belakang 2.1 Tujuan dijalankan 2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan 2.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan 2.4 Produk yang dihasilkan 2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL) 2.6 Kos Pengendalian

3.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

3.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial 3.2 Identiti Keluarga/ Kawasan 3.3 Sumber Pendapatan 3.4 Penerusan Tradisi Keluarga 3.5 Memenuhi Permintaan 3.6 Pembangunan kawasan setempat 3.7 Hubungan Kemasyarakatan 3.8 Industri Hiliran 3.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan 3.10 Pelancongan 3.11 Peluang Pekerjaan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 4.0 Prospek 4.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi 4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta 4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat 4.4 Saranan dan harapan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 7. 8. 9. RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

Penghargaan

PENGHARGAAN:

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Kerja Kursus Sejarah 2013 dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini saya telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan .. kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan "..". Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turut sama membantu saya menyempurnakan folio saya ini. Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Guru Mata Pelajaran Sejarah saya iaitu En/Pn. ... kerana telah memberi bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan kumpulan yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini seperti yang telah ditetapkan. Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka. Sekian, terima kasih.

Objektif Kajian

Objektif Kajian

Melalui Projek kerja kursus ini, saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai produk yang dikeluarkan oleh pengusaha Nasi Kandar Saya juga dapat mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis dan merumus fakta yang telah diperolehi secara baik dan rasional. Melihat kepada tajuk kajian saya iaitu Makanan Tradisional Malaysia (Nasi Kandar). Tajuk berkenaan telah membantu saya mengetahui tentang sejarah makanan tersebut seterusnya mengetahui pula tentang sejarah dan perkembangan perniagaan tersebut. Selain itu, saya juga telah belajar merekod dan menyimpan maklumat dengan baik seperti yang telah saya lakukan dalam DVD+R. Secara tidak langsung, kajian ini juga mendorong saya memahami dan menyusun format kajian dengan betul. Saya dapat mengenal pasti peranan produksi/syarikat iaitu . (nama) yang mengeluarkan barangan/produk dalam pembangunan Negara, terutamanya berkaitan pemasaran, masalah pemasaran serta potensi syarikat yang membantu perkembangan ekonomi Negara. Akhir sekali, kajian ini membantu saya mengamalkan nilai murni dan unsur patriotisme. Ia berjaya diterap melalui kerjasama dengan ahli kumpulan.

Kaedah Kajian

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang saya gunakan adalah menggunakan kaedah kajian sumber bertulis atau penyelidikan perpustakaan seperti majalah. Majalah tersebut saya rujuk untuk melihat resepi dan produk Nasi Kandar. Saya telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan Sekolah Menengah Bedong mendapatkan maklumat bagi melengkapkan projek ini. Saya telah mewawancara individu yang bernama . . mendapatkan maklumat mengenai perniagaan nasi kandar ini. Beliau juga merupakan pemilik perniagaan tersebut. Justeru, temu ramah dengan beliau merupakan tulang belakang kajian ini. Saya juga telah melayari laman Internet atau menganalisis dengan kaedah ICT bagi mengetahui latar belakang makanan tradisional Malaysia. Antara laman sesawang ialah seperti berikut:

1) http://lagunamerbok.blogspot.com/2012/04/jjcm-di-restoran-nasi-kandar-mat-bedong.html 2) http://www.aimannajmy.com/nukilan-hidup/kedai-makan-popular-di-bedong-part-1/ 3) http://www.omar.my/2011/07/mencari-keunikan-nasi-kandar/ 4) http://salmiasaidin.com/2011/01/nasi-kandar/-perniagaan-zbch.html 5) http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi kandar 6) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bedong

Saya juga telah menjalankan kaedah lawatan dan ke tempat kajian. Kaedah ini telah banyak membantu dalam menjawab kemusykilan tentang aspek dalam perniagaan. Semasa berada di tempat kajian saya juga mengkaji melalui kaedah pemerhatian dengan melihat sendiri bagaimana proses masakan dijalankan, peralatan dan bahan yang digunakan. Akhir sekali, saya telah melaksanakan kaedah menyimpan maklumat di DVD+R agar, temubual dan gambar dijaga dengan baik.

Hasil Kajian
1.0 Maklumat Asas 1.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi 1.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi 1.3 Lokasi/ Tempat Kajian 1.4 Individu yang mengusahakan

Maklumat Asas
Nama ekonomi tradisional Nasi Kandar Sejarah / Asal Usul Nasi Kandar Resipi nasi kandar diilhamkan oleh golongan India Muslim atau mamak. Berdasarkan sejarah, pedagang India Muslim dari wilayah-wilayah selatan India seperti Malabar datang ke Tanah Melayu pada kurun ke-16. Mereka mencipta resipi nasi kandar dengan berpuluh-puluh jenis rempah dan menyesuaikannya dengan persekitaran di Tanah Melayu. Nasi kandar pada zaman awal cuma dihidangkan pada waktu pagi dan gelaran kandar kekal hingga kini sempena gaya penjual dekad 1930-an mengandar bakul atau raga yang mengandungi nasi dan lauk dengan sebatang kayu tebal. Dengan kaedah itu, mereka merentasi pekan dan kampung menjaja makanan tersebut. Pada peringkat awal, nasi dihidangkan bersama lauk daging masak kicap, telur rebus dan bendi rebus sebagai sarapan pagi. Nasi kandar mendapat namanya apabila nasi diangkut oleh penjual menggunakan kandar iaitu kayu dengan penampung berat kantung makanan yang digalas di bahu. Sambil menggalas kandar, peniaga-peniaga berjalan menuju ke pelabuhan, tepi-tepi pantai atau ke pekan untuk menjual nasi kandar kepada orang ramai Lokasi Sebuah restoran yang letaknya di Bedong. Bedong merupakan bandar kecil yang terletak dalam daerah Kuala Muda, di negeri Kedah. Bandar kecil ini terletak kira-kira 12km ke utara Bandar Sungai Petani. Tempat Kajian No 38, Jalan Selesa 1, Taman Selesa, 08100 Bedong.

Individu yang mengusahakan Restoran ini diusahakan oleh seorang individu bernama Encik Che Mat Bin Hussein. Ia merupakan satu-satunya restoran milik 100% melayu. Encik Che Mat Bin Hussein merupakan pemilik tunggal Restoran Nasi Kandar Perniagaan ZBCH atau lebih dikenali dengan Nasi Mat oleh penududuk tempatan.

Hasil Kajian
2.0 Latar Belakang 2.1 Tujuan dijalankan 2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan 2.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan 2.4 Produk yang dihasilkan 2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL) 2.6 Kos Pengendalian

Latar Belakang Perniagaan


Tujuan perniagaan dijalankan Untuk meneruskan kegemilangan makanan tradisional seperti nasi kandar Kepentingan perniagaan Memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat setempat terutamanya terhadap makanan halal. Nama Syarikat Perniagaan ZBCH No Pendaftaran Syarikat ASO 309088-W Sejarah dan Asal usul Perniagaan ZBCH En Che Mat Bin Hussein, 42 tahun, mula berniaga di pasar malam sebelum membuka Restoran Nasi Kandar. Berdasarkan temuramah yang saya dan ahli kumpulan lakukan, beliau merupakan seorang peniaga yang menyewa di kedai makan bekas majikannnya, dengan menjual roti canai. Kegigihannnya mendorong beliau, pada sebelah malamnya berniaga di beberapa tapak pasar malam seperti tapak Pasar Malam Bedong, Semeling, Sungai Layar dan Gurun. Selepas berjaya mengumpul modal, maka beliau mula berniaga menjual nasi kandar di tepi jalan. Tidak sampai 5 tahun berniaga di tepi jalan, beliau telah berjaya memiliki sebuah restoran nasi kandar di deretan rumah kedai, Taman Selesa, Bedong. Usia restoran tersebuh masih setahun jagung. Punca dan Jumlah Modal wang simpanan sendiri Waktu Operasi 3:00 petang hingga 1:00 pagi Isnin hingga Jumaat Menu/ Produk yang dikeluarkan Menu Utama Nasi Kandar Putih

Nasi Kandar Kuning Aneka Lauk Ayam Goreng Kari Ikan Dalca Ayam Madu Daging Masak Hitam Aneka Minuman Minuman Panas Minuman Sejuk

Proses dan Perlaksanaa Menu


1) Mendapatkan bahan mentah kering yang berkualiti seperti cili kering, rempah ratus, beras, minyak masak susu sejat, madu dan lain-lain lagi. 2) Mendapatkan juga bahan mentah basah yang berkualiti daripada pembekal. Antara bahan mentah basah ialah ikan, ayam, daging bebawang dan sayuran. 3) Bahan bahan tersebut hendaklah dibersihkan . Kemudian dipotong kecil atau dikisar (mengikut kesesuaian) 4) Bahan seperti ayam, daging dan ikan pelu dibasuh dengan teliti hingga hilang bau hanyir. Kemudiannya ia digoreng sedikit dan ditoskan. Rempah ratus dan bebawang yang dikisar ditumis untuk dijadikan kari ikan dan dalca. Cili kering, bebawang dan madu dikisar untuk dijadikan Ayam Masak Madu Akhir sekali barulah, dibasuh beras dan akhirnya beras sedia untuk dikukus

5) 6) 7)

Saya telah memilih satu menu yang sangat laris iaitu Ayam Goreng

Proses Membuat Ayam Goreng

Ayam dibasuh dengan tepung, agar hilang bau yang tidak enak

Setelah bersih sejat dan biar seketika

Penyediaan bahan perap bawang besar, halia, lengkuas, ketumbar, jintan manis, jintan putih, rempah daging dan serbuk kunyit disediakan dan dikisar

Gaulkan bahan perap ke dalam ayam. Perapan dilakukan sekurang-kurangnya 2jam

Ayam digoreng dalam kuali panas secara deep-fryer

Sedia untuk dihidang dan dijual.

Peralatan yang digunakan Peralatan semasa menyedia bahan mentah : Pisau, gunting, besen, penyejat dan tempat memotong Peralatan semasa memasak Periuk besar untuk mengukus nasi Kuali besar untuk menggoreng ayam Dapur gas Peralatan semasa menghidang Bekas aluminium untuk menghidang lauk-pauk Pinggan, mangkuk dan gelas melamin

Kos pengendalian Harga jual sepinggan set nasi kandar (seketul ayam goreng dan kuah dalca) ialah RM 4.70 Kos (termasuk bahan mentah, pentadbiran dan upah) bagi sepinggan set nasi kandar tersebut ialah 70% Keuntungan ialah 40% daripada harga jualan Jualan yang dibuat ialah 150pinggan untuk sehari, maka jumlah keuntungan sehari ialah RM ..

Jumlah Pendapatan Pendapatan masih berskala kecil, ini kerana harga jual juga agak murah kerana perniagaan dijalankan di Bandar kecil seperti Bedong.

Hasil Kajian
3.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 3.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial 3.2 Identiti Keluarga/ Kawasan 3.3 Sumber Pendapatan 3.4 Penerusan Tradisi Keluarga 3.5 Memenuhi Permintaan 3.6 Pembangunan kawasan setempat 3.7 Hubungan Kemasyarakatan 3.8 Industri Hiliran 3.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan 3.10 Pelancongan 3.11 Peluang Pekerjaan

Sumbangan perniagaan ini

Perniagaan ini dilihat telah memberi banyak sumbangan kepada keluarga dan masyarakat. Ia bukan sekadar membuka peluang pekerjaan malahan penyambung tradisi negara. Perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan itu kemudian diterima masyarakat tempatan dan akhirnya, ia berkembang kepada gerai lebih besar sehingga ke konsep restoran. Kewujudan restoran nasi kandar ini seakan satu kemestian di kawasan penempatan ini malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia pelaris kepada kawasan pembangunan baru terutamnya di Bedong. Ia ternyata berpotensi untuk memajukan ekonomi setempat bukan sekadar di bandar kecil seperti Bedong, malahan memesatkan ekonomi negeri dan seterusnya negara. Berita kelazatan dan kesedapan masakan menjadi topik hangat dalam laman sosial seperti blog dan facebook. Rata-rata mereka mempromosikan restoran ini yang secara tidak langsung memperkenalkan bandar kecil Bedong. Ia juga turut menyumbang memperkembangkan ekonomi lain seperti pelancongan. Hotel dan homestay di kawasan setempat turut mendapat sambutan takala ramai yang ingin mencuba rasa masakan di restoran ini. Ini kerana ada yang sanggup datang dari selatan tanahair, semata-mata ingin mencuba masakan tradisional ini kerana istimewanya ia merupakan air tangan orang melayu. Selepas menjadi sebahagian daripada masyarakat di kawasan Bedong,restoran ini berupaya menghilangkan jurang perbezaan taraf sesebuah masyarakat. Boleh dikatakan ia juga tidak terhad didatangi oleh penduduk golongan bawahan dan pertengahan, malah golongan elit yang terdiri daripada golongan professional turut membaniiri restoran ini. Pemasaran ini berlaku kerana kawasan restoran ini merupakan laluan utama Alor Setar ke Sungai Petani. Lebih menguntungkan, ramai jurutera yang tinggal di kawasan Sungai Petani berkhidmat di kilangkilang seperti Petronas Fertiliser, Modenas dan Nafas Fertiliser. Justeru, ia menjadi mudah bagi mereka untuk singgah dan membuat belian. Selain itu, restoran ini juga mampu melengkapkan lagi perpaduan kaum masyarakat tempatan. Ia bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India malahan masakan ini turut digemari oleh masyarakat Melayu dan Cina. Secara tidak langsung ini menggalakkan penyatuan bangsa dalam masyarakat tempatan.

Hasil Kajian
4.0 Prospek 4.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi 4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta 4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat 4.4 Saranan dan harapan

Prospek Perniagaan
Kemajuan budaya Melihat kepada perkembangan restoran ini, banyak perubahan dilalui bukan saja dari segi menu yang pelbagai, bahkan reka bentuk restoran juga lebih moden. Imej restoran ini juga mula menampilkan imej dan wajah baru yang menampilkan suasana kafe. Pengusaha restoran ini cekap memahami selera dan cita rasa pelanggan serta mengikuti trend dan pasaran semasa. Perniagaan ZBCH juga hari ini tidak lagi terhad kepada menu nasi kandar berasaskan kari, bahkan turut menyediakan menu tomyam. Reaksi dan penerimaan Masyarakat Pendek kata, semuanya ada di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga membabitkan orang kenamaan dan masyarakat berbilang bangsa. Keupayaannya beroperasi sehingga awal pagi memberikannya satu kelebihan yang tidak mampu ditandingi restoran lain, tambahan pula turut menyediakan skrin besar menayangkan filem dan sukan secara langsung daripada rancangan TV berbayar. Secara tidak langsung, kewujudan restoran ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di kawasan Bedong dan memberi gambaran faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru tersendiri. Perkhidmatan Wifi percuma disediakan juga menarik minat anak muda berkunjung ke restoran ini sehingga berjam-jam. Kekangan yang dihadapi dapat disangkal Faktor lain yang menyebabkan restoran nasi kandar ZBCH kerap dikunjungi ialah layanan mesra dan cepat oleh pekerjanya membuatkan pelanggan terasa dihargai. Apa yang pasti, pekerjanya tidak sombong walaupun sesekali ada pelanggan yang cerewet, mereka masih mampu mengambil pesanan dengan baik dan tidak menarik muka walaupun kadang kala pelanggan tersalah memberi pesanan. Dengan segala kemudahan yang ditawarkan ini, tidak hairanlah mengapa restoran nasi kandar ZBCH sentiasa menjadi pilihan penduduk setempat.

Restoran nasi kandar menyaingi restoran barat Tidak kira di mana, nasi kandar kini menjadi imej makanan rakyat Malaysia seperti restoran makanan segera Barat. Sekarang nasi kandar juga sudah menjadi hidangan utama pada majlis perkahwinan, majlis keraian dan hari lahir.

Rumusan

Rumusan

Saya bersyukur pengkajian terhadap Makanan Tradisional Malaysia membolehkan saya mendapat pengalaman berguna. Ia juga mendedahkan saya dengan pengalaman sebenar dunia perniagaan di luar sana. Saya juga dapat menimba pengalaman professional dan mengenengahkan potensi diri saya. Saya amat gembira dan teruja kerana dapat mengutip pengalaman dan menyamar sebagai wartawan di luar sana. Saya juga berpengalaman dalam mengamalkan aspek dan skil komunikasi terhadap kerja-kerja kumpulan. Kajian ini menjadikan saya lebih matang dalam menjalankan penyelidikan dan dapat berfikir di luar kotak. Saya juga mendapat informasi melalui pencarian di perpustakaan dengan merujuk majalah. Saya juga telah berjaya mewujudkan kerjasama antara rakan kumpulan di samping berpeluang mewawancara (namakan siapa.). Saya juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet dengan merujuk bebarapa laman web seperti yang diterangkan dalam lampiran saya mukasurat. Kajian seperti ini sangat membantu saya dalam mengkaji restoran berskala kecil mengusahakan perniagaan Nasi Kandar secara holistik dan menyeluruh. Saya juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini saya berpeluang menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen Satu Malaysia yang diwar-warkan kerajaan. Selain itu juga, mereka yang menyambung atau menusahakan makanan tradisi seperti ini telah membuka peluang dan membantu rakyat Malaysia mendapat pekerjaan sekaligus menjana ekonomi negara. Saya amat berbesar hati dan sangat berbangga kerana negara kita ini mempunyai banyak rangkaian Restoran Nasi Kandar. Ini menunjukkan respon positif rakyat dan permintaan baik terhadap makanan tradisional. Ini juga jelas menunjukkan perkembangan pembangunan ekonomi Negara samada di bandar kecil mahupun bandar metropolitan. Dengan perkembangan ini, dapat dikatakan yang rakyat kita mempunyai semangat kekitaan yang jitu. Ini juga dilihat dapat membantu mengenalkan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi. Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu .., , dan . kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini. Tanpa kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian kerja kursus saya tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Alhamdulilah, selepas menyiapkan kerja kursus ini saya sangat yakin dengan diri melalui pelbagai aspek seperti sosial, intelek, ekonomi dan patriotik.

Lampiran

letakkan gambar peta rujukan di internet

Rujukan

masukkan semua elemen 1 ikut turutan

You might also like