You are on page 1of 7

ARCHITECTURAL STRUCTURE (DCA 3232) KEKUDA (TRUSSES) DEFINASI Sistem struktur yang sebarkan beban kepada penyangga melalui

i bahagian-bahagian kecil yang berada pada satu satah. Bahagian-bahagian kecil ini lebih pendek daripada rentangan sebenar dan mengatasi daya tegangan dan mampatan. SEBARAN BEBAN Boleh diumpamakan sebagai satu perkembangan dari balak (rujuk rajah 3.3)

Rajah 3.3

Rasuk yang ditambah kedalamannya

Penggunaan struktur kekuda membolehkan kedalaman ini dicapai tanpa penambahan bahan yang banyak (rujuk rajah 3.4)

Rajah 3.4

Rasuk yang ditambah kedalamannya menggunakan kekuda

Daya-daya luaran yang bertindak ke atas kekuda dipindahkan kepada penyangga melalui semua ahili-ahli samada sebagai daya tegangan atau mampatan. Sebaran beban kepada ahli-ahli dalam kekuda biasanya tidak sama (rujuk rajah 3.5)

Rajah 3.5

Sebaran beban dalam kekuda biasa

Garisan kembar menunjukkan tegasan yang dialami oleh ahli iaitu mampatan, manakala garisan tunggal menunjukkan tegangan.(rujuk rajah 3.7). Ahli-ahli pada bahagian atas mengalami mampatan manakala ahli-ahli pada bahagian bawah mengalami tegangan. Ahli-ahli yang lain mengalami samada tegangan atau mampatan.

Rajah 3.7

Jenis tegasan di dalam ahli

Terdapat beberapa jeins kekuda serta tegasan yang dialami oleh ahli-ahlinya. Garisan kembar menunjukkan mampatan dan garisan tunggal menunjukkan tegangan.(rujuk rajah3.8)

Rajah 3.8

Rekabentuk kekuda yang biasa digunakan

Bentuk sesuatu kekuda diasaskan kepada bentuk segitiga. Sesuatu kekuda direkabentuk dengan anggapan bahawa sambungan adalah dari jenis pin ataupun bebas untuk berpusing.

Terdapat perbandingan antara bentuk segitiga dan bentuk segiempat. Jika bentuk segiempat mempunyai sambungan yang bebas untuk berpusing, bentuk ini tidak mampu untuk menanggung beban yang bertindak ke atasnya.(rujuk rajah 3.9).

Rajah 3.9

Kestabilan bentuk segitiga

Dengan penambahan satu ahli di pepenjuru, bentuk ini dapat distabilkan dan mendapat kestabilan melalui geometri penigasegiannya (rujuk rajah 3.10)

Rajah 3.10

Kestabilan segiempat yang diikat

KESTABILAN SISI 1) Rod ikatan pepenjuru (rujuk rajah 3.11)

2) Gelegar kekuda (rujuk rajah 3.12) Beri kestabilan di samping sangga beban di antara kekuda.

3) Ikatan pepenjuru pada satah bumbung (rujuk rajah 3.13)

4) Sambungan tegar di antara ahli-ahli (Kekuda Vierendeel)(rujuk rajah 3.14) Menyebarkan beban seperti dalam suatu rangka tegar. Daya-daya dalam kekuda menghasilkan lenturan selain daripada mampatan dan tegangan.

ANALISA REKABENTUK 1) Jambatan Palladio (rujuk rajah 3.16)

Terdiri daripada elemen-elemen yang lebih pendek daripada rentangan kekuda.

Di bahagian bawah kekuda, sambungan besi digunakan untuk mengatasi tegangan dan memantapkan kedudukan ahli-ahli kekuda.

Ahli-ahli di bahagian atas pula mengalami mampatan dan memerlukan sambungan takuk.

Cara sambungan ahli-ahli bergantung kepada jenis-jenis yang dialami.

2) Martin Airplane Assembly Building, Baltimore (rujuk rajah 3.17)

Memperlihatkan kekuda keluli sebagai struktur yang mempunyai rentangan yang besar.

Fungsi bangunan ini memerlukan satu ruang terbuka dan pembukaan di bahagian hujung seluas 300 kaki lebar.

Satu siri kekuda keluli berukuran 30 kaki dalam dan 50 kaki dalam di bahagian tengah merentang 300 kaki tanpa sangga.

Kedalaman kekuda yang besar ini diperlukan untuk merentang satu jarak yang jauh.

Kedalaman kekuda ini digunakan untuk mengadakan pencahayaan asli kepada bahagian dalaman struktur.

3) Bangunan Insurans Durham, Becket (rujuk rajah 3.18)

Plan

Contoh penggunaan kekuda Vierendeel pada satu bangunan tinggi. Kekuda konkrit tegas dahulu (precast concrete) diunjurkan sejauh 34 kaki dari tiang-tiang yang berjarak 40 kaki.

Setiap kekuda mempunyai ketinggian 20 kaki dan menyangga 2 tingkat. Kestabilan didapati dari sambungan tegar. Pembukaan pada muka bangunan terhasil dari geometri kekuda.

KESIMPULAN Kekuda adalah elemen struktur yang terdapat pada satu satah dan terhasil dari elemen-elemen pendek yang mengatasi daya tegangan ataupun mampatan. Sesuatu kekuda adalah stabil kerana bentuk segi tiganya. Merupakan sistem struktur yang mempunyai rintangan yang besar. Kebaikan penggunaan kekuda : Menjimatkan penggunaan bahan Penggunaan ruang di bahagian struktur boleh digunakan untuk

kegunaan lain seperti meletakkan services.

You might also like