You are on page 1of 6

ESEI GURU CEMERLANG

(a) Sumbangan dan komitmen anda kepada organisasi. Saya adalah guru cemerlang Matematik yang bertugas di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah semenjak tahun 1988. Di sekolah ini saya mengajar Matematik dan Matematik Tambahan Dalam jangka waktu itu saya telah banyak menyumbang tenaga dan idea untuk kecemerlangan sekolah terutama dari segi kecemerlangan akademik sehingga sekolah mendapat pengiktirafan Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai Sekolah Cemerlang SPM (1998 2003) . Pada tahun 1998 pengumuman Keputusan SPM telah dibuat oleh Menteri Pendidikan (Yang Berhormat Datuk Najib Tun Abdul Rajak ) di sekolah ini kerana sekolah ini telah mendapat tempat pertama peringkat Kebangsaan. Dalam tahun 2003 sakolah saya telah berjaya menduduki kempat ke -2 Peperiksaan SPM Peringkat Kebangsaan. dimana 40% daripada calonnya mendapat A dalam semua matapelajaran. Di samping tugas mengajar saya adalah seorang Penyelaras Peperiksaan yang telah bertugas semenjak tahun 1995 sehingga sekarang. Sebagai seorang penyelaras peperiksaan saya dapati system yang diamalkankan untuk menilai pencapaian pelajar berbeza beza dan tidak mengikut keperluan universiti .Sebagai contoh walaupun pelajar mendapat pangkat satu tetapi ini tidak melayakan mereka masuk universiti disebabkan pencapaian yang rendah dalam subjek sains tulin dan matematik .Saya telah mencadangkan sistem penilaian pelajar ditukar kepada satu sistem mengira PNG (Purata Nilai Gred) dengan mengasingkan Matapelajaran Elektif (PNGE) dan Matapelajaran teras (PNGT).Dari sini pelajar akan tahu bahawa keputusan setiap ujian/peperiksaan akan melayakkannya memasuki matrikulasi atau IPTA .Pada masa itu pengetua sekolah ini telah mencadangkan sistem ini digunapakai di semua Sekolah Berasrama Penuh dan dengan perbincangan serta kerjasama Syarikat DMH kami telah mereka sistem itu yang pada mulanya menggunakan perisian Exell (tahun (2000 2001) kepada ISIS (Integrated System Information Student) mulai 2002 dan telah digunakan di semua Sekolah Berasrama Penuh Sejak penggunaan sistem ini

peningkatan keputusan matapalajaran elektif ( M.Tambahan ,Fizik,Kimia,Biologi) di SBP adalah ketara dan pada tahun 2003i sebanyak 3 sekolah telah mengeluarkan 100% pelajarnya layak memasuki Matrikulasi iaitu Sek Men Sains Muzaffar Syah, Kolej Tengku Kursiah dan Sek Men Sains Kuala Terangganu.

Sebagai seorang guru Matematik dan Matematik Tambahan saya selalu mengingatkan diri saya dan guru-guru lain disekolah ini atau kenalan disekolah lain bahawa di bahu kami ada 2 matapelajaran yang diambil kira untuk melanjutkan

pelajaran selepas SPM. Jika baik dan diterima oleh pelajar pengajaran kami maka peluang pelajar memasuki IPTA atau Matrikulasi adalah cerah.Dari itu saya selalu mencari ilmu menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan. Selaku Guru Cemerlang khidmat saya diperlukan terutama oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Bahagian Tenologi PendidikanBTP) . Di SBP saya

menyumbang sebagai fasilitator Matematik Tambahan kursus-kursus anjurannya dan di BTP saya diperlukan sebagai Penilai Perisian Matematik Sekolah Bestari . Saya juga pernah menjadi wakil kerajaan dengan bertugas sebagai penilai Story Board Matematik dan Factory Acceptance Test Sekolah Bestari . Sebagai seorang penyelaras jadualwaktu saya telah menggunakan system

jadual waktu berkomputer yang sebelum ini telah dibuat secara manual. Saya juga telah memberi sepenuh kerjasama atas semua tugas tugas lain selain mengajar iaitu Penyelaras Peperiksaan , Setiausaha kurikulum , Ketua Panitia Matematik Tambahan dan Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah dan tugas-tugas membimbing pelajar menyeterai pertandingan berkaitan Matematik seperti Australian Mathematics Competition, Sunway College Intermath competition dan Olympiad Mathematics .

(b)

Sumbangan anda dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran .

bidang kepakaran yang dipohon. Sejak dilantik sebagai Guru cemerlag saya sedikit sebanyak telah menjalankan tugas dengan lebih cemerlang . Kemahiran ICT dalam P&P memudahkan saya menjalankan tugas , Saya telah dilantik menjadi AJK Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Bestari . Saya juga menjadi Wakil Kerajaan dalam Courseware Review dan Factory Acceptance Test. Semua tugas ini meningkatkan kesan baik atas pengajaran saya .Saya lebih yakin menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran, terutama menggunakan CD Rom yang ada dipasaran.

Berikutan dari langkah kerajaan menjalankan pengajaran sains dan metematik dalam bahasa Inggeris saya juga telah mengikuti Kursus Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (ETeMS) Sebagai persediaan awal saya juga banyak mendapatkan bahan-

bahan pengajaran dan pembelajaran dari internet . adalah kerana banyak bahan multimedia seperti CD-Rom dan computer dibekalkan oleh kerajaan . Saya juga banyak membantu guruguru Matematik Menengah Rendah dalam menjalankan pengajarannya. Ini termasuk kemahiran mengendalikan LCD ,Notebook dan CD Rom yang diberi oleh kerajaan . Kemahiran ini saya perolehi kerana saya telah membeli sendiri note book untuk P&P saya. Bahan bahan

pengajaran saya banyak telah saya buat Power point untuk kemudahan saya menjalankan pengajaran. Semua modul P&P yang telah saya hasilkan saya kongsi bersama guru-guru lain. Ini membolehkan segala bahan itu dapat diperluaskan pengguaannya terhadap murid-murid lain. Dengan ini kualiti pengajaran Matematik di sekolah saya dapat saya kawal seterunya membolehkan sekolah saya terus unggul dalam peperiksaan SPM. (c) Usaha anda untuk meningkatkan pengetahuan kemahiran ,ketrampilan dan

kepakaran dalam mata pelajaran kepakaran anda

Sebagai Guru Cemerlang

saya sering

mengikuti perkembangan Pengajaran dan

Pembelajaran terkini terutama pengajaran secara bestari . Seberapa yang termampu saya akan menggunakan ICT dalam P&P saya kerana penggunaannya memang boleh menarik
minat pelajar pelajar . Banyak Web site yang mengajar guru cara mengajar yang berkesan terutama untuk pelajar kelas pertengahan (Gred 11 keatas ). Saya juga akan banyak menimba pengalaman dari rakan guru cemerlang yang lain dengan mengikuti setiap konvensen yang di adakan . Saya juga akan cuba hadir dan menyumbang kepakaran kepada agensi-agensi yang memerlukan terutama BTP

Lembaga Peperiksaan dan Pusat Perkembangan Kurikulum..

Saya akan terus mengaktfkan diri menghadiri seminar, bengkel-bengkel atau konvensyen bagi guru-guru matematik supaya saya sentiasa terdedah dengan teknologi terkini sabagaimana yang kita tahu teknologi berkembang terlalu pantas , jika kita tidak mengikuti kita akan ketinggalan Saya juga akan belajar membuat homepage kerana saya fikir eleman ini sangat penting bagi Guru Cemerlang menyebarkan ilmu berkaitan matapelajaran kepakarannya. Saya juga akan menterjemah modul Pengajaran dan Pembelajaran matapelajaran

Matematik Tambahan kedalam Bahasa Inggeris . Ini adalah kerana menjelang tahun 2006 pelajar akan mengikuti Pembelajaran Matematik Tambahan dalam Bahasa Inggeris.. Saya juga akan mengumpul CD Rom terbitan luar negara untuk aktiviti pengayaan pengajaran dan pembelajaran saya.. Ini adalah sebagai persedian awal saya dalam menjadi guru PPSMI

Pada Tahun 2005 semasa saya menjadi Jurulatih Utama kursus Etems saya telah mendapat tawaran sabagai penulis dari sebuah syarikat bumiputra melalui seorang guru peserta kursus ,untuk menulis Buku GLOSSARY For Mathematics Form 4 and Form 5 bagi kegunaan
pelajar dan guru-guru mengajar Mathematics dan Additioal Mathematics tingkatan 4 dan tingkatan 5. Serentak dengan itu juga saya telah berjaya menulis sebuah buku teks bagi kegunaan pelajar tingkatan 5 matapelajaran Mathematics dari syarikat yang sama.Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang menulis bahan pelajaran and pengajaran dalam bahaa Inggeris subject kepakaran saya. Peluang ini saya gunakan dengan baik kerana akhirnya kedua-dua buku yang saya tulis bersama-sama rakan rakan telah diterima oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia walaupun kami belum mempunyai pengalaman dalam menulis buku.

(d) Harapan dan Wawasan anda sebagai Guru Cemerlang Sebagai Guru Cemerlang saya berharap dapat mempunyai homepage sendiri agar semua kepakaran yang saya punyai dapat saya kongsi dengan guru-guru lain. Seterusnya dapatlah saya meluaskan pengajaran saya kepada pelajar-pelajar seluruh Malaysia malah seluruh dunia .Saya juga berharap melalui Majlis Guru Cemerlang pihak kerajaan dapat

mengabungkan seluruh tenaga guru Cemerlang mewujudkan satu saluran TV (SEKOLAH TV) yang berfungsi melakukan pengajaran seperti di sebuah sekolah, slot tayangannya mengikut peruntukan waktu oleh Pusat Perkembanagan Kurikulum ,ada guru dan pelajarnya,dan dapat di lihat diseluruh Malaysia serta ada talian komunikasi secara langsung dengan pelajar pelajar lain. Ini akan dapat mendemokrasikan pendidikan kerana peluang mendapatkan pendidikan yang berkualiti patut dirasai bersama oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa agama

,status ekonomi dan kedudukan tempatnya. Peluang menikmati kelas tusyen selalunya hanya dirasai oleh pelajar dari golongan yang mampu sahaja .Dengan adanya SEKOLAH TV pelajarpelajar yang kurang mampu boleh menikmati tusyen percuma di SEKOLAH TV . Tak perlulah kerajaaan membelanjakan berjuta ringgit untuk voucher tusyen disalah gunakan. Sebagai guru cemerlang juga saya berharap saya akan dapat mendalami lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melihat amalan P&P di negara negara maju. Ini yang kadang-kadang boleh

membolehkan saya mendalami ilmu mengajar terkini kerana kami adalah berurusan dengan manusia yang sentiasa berubah kehendaknaya mengikut keadaan dan masa. Kerajaan telah mengitiraf guru cemerlang dengan mewujudkan jawatan guru cemerlang sehingga ketaraf jawatan JUSA . Sabagai salah seorang guru cemerlang saya sangat

berterimakasih kepada kerajaan kerana mengitraf peranan guru cemerlang setaraf dengan

proffesion lain dalam kearah negara mengejar kegemilangan. Walaubagaimana pun terdapat juga kekangan dikalangan guru cemerlang kerana kami tidak boleh memberi arahan .Apa yang boleh kami buat hanya memberi cadangan dan menunjukkan contoh kepada guru-guru lain.Kebanyakan guru tidak memandang tinggi kepada guru cemerlang sebagaimana mereka memandang tiggi seorang pentadbir .sebaliknya trand sekarang saya lihat guru cemerlang diperuntukan kerja yang banyak oleh pentadbir (mungkin mereka percaya guru cemerlang boleh melakukannya) sehingga kebanyakan guru lain takut untuk memohon jawatan itu kerana ditakuti perkara yang sama akan menimpa mereka. Walaubagaimanapun saya berpendapat guru cemerlang perlu juga diminta

pendapatnya oleh pihak pentadbir kerana mereka juga berpengalaman setanding dengan seorang pentadbir . Jika ada kerjasama yang erat antara seorang pentadbir dengan guru cemerlang sudah tentu sekolah akan bertambah maju selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran . Seterusnya saya akan meneruskan lagi aktiviti penulisan buku ilmiah agar kepakaran saya dapat diguna oleh semua pelajar. Saya bercita-cita untuk menulis buku matematik dari peringkat rendah hingga ke matrikulasi kerana saya mempunyai pengalaman mengajar matematik di peringkat itu .Dengan mengambil contoh penulisan buku Maths Quest sebuah buku yang mengunakan semua element iaitu dari penulisan text yang interactive , teknologi dan lembaran kerja untuk pelajar saya berpendapat semua element teknologi dan pedogagi serentak diberikan oleh sesebuah buku akan lebih memudahkan dan buku tersebut akan lebih bermakna. Selaku guru cemerlang matematik saya akan mendokong dan melaksanakan Dasar PPSMI akan terus meaksanakan seperti yang dirancang. Masa depan negara bergantung rakyat Malaysia mampu Tumpuan

kepada kejayaan pelaksanaan dasar ini. Kita perlu memastikan

bersaing dan merebut peluang yang terbentang di luar batasan sempadan negara.

yang lebih harus diberikan kepada pelajar-pelajar di luar bandar serta sekolah-sekolah yang menunjukkan prestasi rendah. Guru guru cemerlang akan memikul tanggungjawab ini dengan berkerjasama dengan kementerian pelajaran melalui kursus yang dianjurkan, melatih guru dan pelajar agar terus tekun melaksanakan dasar kerajaan yang mulia ini. Seperti mana-mana pelaksanaan perubahan, peringkat kemerosotan kualiti atau produktiviti akan dialami bagi satu

tempoh sebelum berlaku peningkatan. Oleh itu kemerosotan pencapaian pelajar dalam peperiksaan di sekolah bukanlah satu perkara yang di luar jangkaan. Sejauh mana dan selama mana kemerosotan ini berlaku bergantung kepada strategi dan usaha semua pihak termasuk pelajar sendiri.

Dalam hal ini satu tempoh perlu diberikan kerana guru dan pelajar memerlukan sedikit masa untuk memperolehi kemahiran serta membiasakan diri dengan amalan yang baru. Dalam tempoh berkenaan sokongan padu perlu diberikan supaya pelajar tidak teraniaya. Pemantauan dan kajian perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk

mengenalpasti perubahan-perubahan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keberkesannya. Manakala kajian tentang impak program ini perlu dibuat selepas

kumpulan pertama pelajar PPSMI telah melalui setiap peringkat persekolahan.

You might also like