Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Nota Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Ratings: (0)|Views: 55|Likes:
Published by misschillipepper

More info:

Published by: misschillipepper on Jun 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/26/2012

pdf

text

original

 
Pengenalan
1. Secara umumnya, kebanyakan negara di dunia ini sedang mengalami pertambahanpenduduk secara semula jadi. Apabila bilangan penduduk semakin meningkat, makakeperluan terhadap makanan juga bertambah.
 
2. Aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memberi kesan terhadapalam sekitar.
 
3. Perubahan penduduk telah mengakibatkan kesan positif dan eksan negatif terhadappenerokaan sumber terutamanya sumber tanih, sumber hutan dan sumber air.
 
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber
1.Umumnya, keperluan terhadap makanan akan bertambah apabila berlakunyapertambahanpenduduk disesebuah negara. Oleh itu,
penerokaan sumber tanih 
untuk dijadikankawasanpertanian perlu
dipertingkatkan.
 
2. Kawasan dataran dan delta sungai yang mempunyai tanih aluvium yang subur sesuaidijadikan kawasan penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan,danDataran Terengganu.
 
3. Untuk menampung keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahanpengairan yang disediakan membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun.
 
4. Penggunaan baja kimia, racun serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggidapat meningkatkan hasil pengeluaran padi.
 
5. Di Malaysia, tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan kokodiusahakan dikawasan tanih laterit yang subur. Permintaan tinggi terhadap tanaman komersial sepertikelapa sawit, getah dan koko menyebabkan
kawasan tanih laterit di pedalaman 
giatdibangunkan untuk dijadikan kawasan penanaman tanaman tersebut.
 
6. Sumber tanih juga dieksploitasi untuk kegiatan penanaman sayur-sayuran, buha-buahandan bunga-bungaan seperti di Tanah Tinggi Cameron.
 
7. Penerokaan tanih untuk mendapatkan pasir dan lempung yang digunakan dalam
pembuatan 
 
kaca 
dan barang-barang tembikar serta pasu turut dijalankan.
 
8.
Aktiviti perlombongan 
dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah danbijihbesi yang turut mempelbagaikan industri pembuatan negara.
 
9. Penerokaan sumber tanih besar-besaran untuk memenuhi permintaan penduduk yangbertambah akan membawa
kesan negatif 
terhadap sumber tanih.
 
 
10. Penggunaan tanih yang berterusan untuk menanam
tanaman sejenis 
akanmenyebabkan tanih tersebut menjadi
tidak subur 
.
 
11. Penggunaan teknologi moden seperti
baja kimia, racun serangga dan benih bermutu tinggi 
untuk menghasilkan tanaman yang banyak juga akan mencemarkan sumber alam.
 
12. Para petani yang
membakar jerami padi 
untuk dijadikan baja organik akanmencemarkan udara dan meningkatkan suhu dunia.
 
13. Tanah yang beracun mengandungi bahan beracun dihanyutkan ke sungai atau tali airyang seterusnya mengancam kehidupan akuatik dan tumbuhan di situ.
 
1.
Penerokaan hutan 
bertambah kerana penambahan penduduk di sesuatu kawasan. inikerana hutan menghasilkan kayu yang sesuai untuk penggunaan penduduk sepertimendirikan rumah, menjadikan perabot dan sebagainya.
 
2. Hutan amat berguna kepada penduduk kerana ia boleh mendatangkan pendapatan yanglumayan melalui
kegiatan pembalakan.
 
3. Hutan-hutan di Malaysia dapat menghasilkan
kayu-kayan yang keras 
dan bermututinggiseperti meranti, cengal, merbau dan lain-lain lagi.
 
4. Selain itu, kawasan hutan juga amat penting kerana ia boleh dijadikan
kawasan petempatan, bandar 
dan juga untuk
membina jaringan pengangkutan.
 
5. Penerokaan hutan secara besar-besaran akan mendatangkan kesan negatif terhadapkesihatan penduduk.
 
6. Penebangan hutan yang luas akan mendedahkan tanah kepada air hujan seterusnyamengalami
hakisan air larian permukaan 
yang giat.
 
7. Tanih yang terhakis akan mengalir ke sungai dan mendap di dasar sungai. Sungaimenjadi semakin cetek dan mudah berlaku
banjir 
.
 
8. Penebangan hutan juga akan
memusnahkan flora dan fauna 
yang hidup di dalam hutanitu.
 
9.
Kegiatan pertanian pindah 
yang menerokai hutan untuk pertanian akan membakarpokok-pokok hutan. Kegiatan ini boleh mencemarkan udara dan menyebabkan
kepupusan flora dan fauna hutan 
yang istimewa.
 
10. Pembukaan hutan untuk membina
empangan hidroelektrik 
bagi menampungpermintaan penduduk yang bertambah telah menyebabkan
hutan yang luas musnah dan ditenggelami air.
 
11. Selain itu, sumber bekalan air negara juga akan terganggu kerana kawasan
tadahan 
 
semakin terjejas dan berkurangan.
 
 
 
1. Semua benda hidup termasuk manusia memerlukan air untuk terus hidup. Pertambahanpenduduk mengakibatkan lebih banyak sumber air diperlukan untuk kegunaan
domestik,perindustrian 
dan
pertanian.
 
2. Di Malaysia,
pembinaan empangan 
merentasi sungai bertujuan untuk mendapatkan airbagi mengairi
kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, kegunaan domestik,
dan
mengawal banjir.
 
3. Empangan Durian Tunggal dan Empangan Klang Gate dibina bagi membekalkan airuntuk kegunaan domestik. Bekalan air juga disalurkan ke kilang-kilang.
 
4. Manakala Empangan Muda pula dibina khas untuk mengairi kawasan penanaman padidi kawasan sekitar Sungai Muda di Kedah bagi membantu meningkatkan pengeluaranpadi.
 
5. Untuk Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Batang Ai dan EmpanganTenom Perigi pula dibina khas bagi menjana kuasa hidroelektrik kepada penduduk disekitarnya.
 
6. Seterusnya Empangan Temenggor dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik di sampingmengawal banjir di kawasan sekitarnya.
 
7. Selain itu, Tasik Kenyir yang terletak di Empangan Kenyir telah dijadikan
pusat pelancongan 
terkenal di negara kita, Malaysia.
 
8. Pembinaan empangan untuk memenuhi permintaan penduduk juga akan menyebabkan
kesan negatif 
terhadap sumber air.
 
9. Pembinaan empangan telah
memusnahkan hutan 
dan
tempat tinggal orang asli 
disekitarnya.
 
10. Pemusnahan hutan juga telah mengakibatkan negara kita kehilangan sumber kayubalak yang bernilai dan memusnahkan kawasan tadahan air.
 
11. Pembuangan sisa-sisa domestik dari kilang-kilang ke dalam sungai pula telah
mencemarkan sungai 
. Misalnya, pencemaran air yang terlalu terhadap Sungai KlangSelangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang.
 
Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang
1. Penerokaan sumber alam semula jadi terpaksa dilakukan untuk memenuhipertambahan penduduk yang semakin ramai di dunia, tetapi kegiatan penerokaan sumberperludilakukan dengan terancang.
 

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->