You are on page 1of 5

1Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Logo rasmi 1 Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razakpada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1] Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3] Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.[4]

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Slogan 1Malaysia 2 Logo 1Malaysia 3 Adaptasi dari One Israel 4 Kekeliruan maksud 5 Bangsa Malaysia 6 Pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan di Selangor 7 Rujukan 8 Pautan luar

Slogan 1Malaysia
Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.

Tahun

Tema

2009

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010

Menjana Transformasi

2011

Transformasi Berjaya Rakyat Sejahatera

[sunting]Logo

1Malaysia

Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangs

Adaptasi dari One Israel


Pada 18 Mac 2010, Datuk Nazri akan membawa tuduhan Anwar Ibrahimkepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tuduhan itu berhubung dakwaan Anwar bahawa firma konsultan APCO Worldwide
[6] [5]

dipimpin oleh bekas Duta

Israel ke Amerika Syarikat yang telah mengasaskan slogan One Israel . Anwar mendakwa bahawa pada 1999, APCO telah membantu Perdana Menteri Israel Ehud Barak menerusi One Israel. Sedangkan Malaysia menyokong Palestin dan menentang gerakanZionis .[7] Dakwaan itu dinafikan oleh APCO yang menyatakan ia dilantik oleh kerajaan Malaysia selepas konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. [8]. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebaliknya berkata hanya Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang boleh menentukan bentuk hukuman terhadap Ketua Pembangkang itu, yang biasanya merujuk kepada keskes lalu umpamanya yang membabitkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.[9]

Kekeliruan maksud
Terdapat dakwaan oleh pihak pembangkang bahawa maksud 1Malaysia masih tidak difahami oleh majoriti rakyat Malaysia . Pemahaman orang Melayu dan bukan Melayu sangat berbeza[perlu rujukan]. Pada 2 Ogos 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamadmahu pengertian slogan 1Malaysia dijelaskan dengan terperinci bagi mengelak ia disalah erti rakyat. Masing-masing mempunyai pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan kerana pemahaman setiap agama itu berbeza dan dengan ini saya berasakan ia perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak salah tanggapan.[10][11] Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskanPerlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.

[sunting]

Bangsa Malaysia
Pada 5 Ogos 2010 , Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Azizmempertahankan konsep 1 Malaysia . Beliau turut mempertikaikan konsep 'Bangsa Malaysia' yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu. Sepatutnya biarkan konsep itu berkembang sendiri (evolusi) dan tidak ada tempoh masa tertentu.
[12]

[sunting]

Pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan di Selangor


Pada 22 Disember 2011, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu telah mengumumkan pengharaman logo 1 Malaysia di papanpapan iklan yang berada di negeri Selangor, kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.[13] Namun begitu, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu telah ditarik balik semula oleh Kerajaan Negeri Selangor, kerana dasar larangan tersebut telah mengenepikan nilai demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negeri Selangor.[14]

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan

terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita di sebalik segala perbezaan kita berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

You might also like