You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SARIKEI

Lot 1266, Jalan Langsat,


Kampung Baru Ruj. Seberang,
Kami: JPS(W)SKS/(Hem)/153/03/01/02 ( )
96100 Sarikei, Sarawak.
Tarikh: 5 JULAI 2019
Pegawai Pendidikan Daerah Telefon & Fax : 084-657162 Email: yba6111@emoe.edu.my
(U.P: Unit Hal Ehwal Murid)
PPD Kuching, PPD Sibu
PPD Samarahan PPD Kapit
PPD Serian PPD Mukah
PPD Sri Aman PPD Bintulu
PPD Betong PPD Miri
PPD Sarikei PPD Limbang

Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SAFARI DENGGI SEKOLAH KEBANGSAAN
SARIKEI 2019 SEMPENA PERTANDINGAN PATROL DENGGI PERINGKAT
KEBANGSAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Sekolah Kebangsaan Sarikei telah disenaraikan untuk mengikuti Pertandingan Patrol
Denggi Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2019. Sehubungan dengan itu,pihak sekolah mohon jasa baik pihak
tuan untuk memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan usaha membanteras denggi di Daerah masing-
masing.
3. Tujuan Program Safari Denggi ini adalah untuk membuat promosi kesedaran bahayanya Denggi di
kalangan anak-anak kecil dan komuniti setempat di daerah tuan. Ini merupakan salah satu aktiviti pihak kami
bagi memastikan kami mendapat johan dalam Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan untuk membuat sesi fotografi dan melaungkan
Moto Misi Gempur Denggi SK Sarikei secara beramai-ramai menggunakan bahan Denggi yang disediakan.

4. Disertakan bersama maklumat program ini untuk rujukan pihak tuan.(Rujuk Lampiran A). Guru yang
bertanggungjawab menguruskan hal ini ialah Puan Latifah Binti Tahir (010-5944567).

Kerjasama dan sokongan padu pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan jutaan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AWGKU SUHAILI BIN AWGKU MOHAMMAD)


Guru Besar,
SK Sarikei.
S.K:
1. Pn Ramlah Binti Mohd Jamli
Pen. Penyelia UPPU,PPD Sarikei
LAMPIRAN A

NAMA PROGRAM : SAFARI DENGGI SK SARIKEI 2019

OBJEKTIF : • Program Dengue Patrol bertujuan untuk mendidik dan


menyemai nilai tanggungjawab di dalam diri kanak – kanak
sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana
menanganinya.

• Program ini juga bertujuan untuk memperkasa murid-murid


sekolah yang mudah terdedah kepada risiko denggi, dengan
mengambil langkah proaktif di dalam pencegahan denggi dan juga
sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti mereka.

VISI : Bersatu untuk membanteras denggi di dalam usaha menjadikan Malaysia


bebas denggi

MISI : Untuk memperlengkap dan memperkasa murid sebagai pendidik dan insan
berpengaruh dengan bertindak sebagai duta untuk mencegah denggi

MOTO : Eliminate Dengue Our Challange

CARA PELAKSANAAN :  Setiap Pegawai Unit HEM di semua daerah membuat sesi taklimat
ringkas untuk memahami Program Safari Denggi ini di kalangan
kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
 Membantu pihak sekolah untuk mempromosi like page dan
youtube Patrol Denggi SK Sarikei bagi membantu pihak sekolah
untuk menyebarkan informasi denggi dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
 Membuat sesi fotografi danrakaman video laungan Moto Misi
Gempur Denggi beramai-ramai.

TARIKH PELAKSANAAN : PPD Kuching (15 Julai 2019) Jam 8:30 Pagi

PPD Samarahan (15 Julai 2019) Jam 9:00 Pagi

PPD Serian (15 Julai 2019) Jam 9:30 Pagi

PPD Sri Aman (15 Julai 2019) Jam 10:00 Pagi

PPD Betong (15 Julai 2019) Jam 11:00 Pagi

PPD Sarikei (15 Julai 2019) Jam 11:30 Pagi

PPD Limbang (15 Julai 2019) Jam 8:30 Pagi

PPD Miri (15 Julai 2019) Jam 9:00 Pagi

PPD Bintulu (15 Julai 2019) Jam 9:30 Pagi

PPD Mukah(15 Julai 2019) Jam 10:00 Pagi

PPD Kapit (15 Julai 2019) Jam 11:00 Pagi

PPD Sibu (15 Julai 2019) Jam 11:30 Pagi

Facebook : Dengue Patrol SK Sarikei 2019

Youtube : Dengue Patrol SK Sarikei 2019

You might also like