You are on page 1of 9

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH & UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

TARIKH/MASA: KUMPULAN SASAR: BILANGAN: TAJUK:

11 JULAI 2012 / 60 MINIT PELAJAR TING. 1 40 ORANG Matlamat dan Prinsip-prinsip pergerakan Bulan Sabit Merah.

OBJEKTIF: Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:


1. Menyatakan prinsip-prinsip pergerakan Bulan Sabit Merah.

2. Menghuraikan maksud setiap prinsip yang dinyatakan PENGETAHUAN SEDIA ADA: 1. Mengenali lambang Bulan Sabit Merah

Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagaimana mengikut Akta 162, Palang Merah Malaysia (pertutukaran nama) Akta 1975.

2. Mengenali bendera Bulan Sabit Merah.

3. Mengetahui Kegunaan Lambang Bulan Sabit Merah. a. Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan. b. Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. c. Tanda Perlindungan dan Tanda Pengenalan. Tanda Perlindungan Sewaktu Konflik *Perkhidmatan perubatan & kakitangan agama angkatan tentera, *Kakitangan perubatan, unit perubatan & pengangkutan Palang Merah/BSM *Dengan kebenaran Kerajaan: Hospital Awam, Unit Perubatan Awam & lainlain badan khidmat sukarela, kemuda han perubatan, kakitanan & pengang kutan perubatan awam. Tanda Pengenalan BSMM IFRC ICRC

Sewaktu aman

*Perkhidmatan perubatan & kakitangan *Badan / objek yang berkaitan agama angkatan tentera, dengan BSMM, ICRC . IFRC. *Kemudahan perubatan * BSMM *Ambulan & pusat rawatan percuma yang mendapat kelulusan BSMM 4. Mengetahui lagu BSM.

LAGU BULAN SABIT MERAH Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Lyrics : Tan Sri Dato Dol Ramli Song : Dato Johari Salleh "Lagu Bulan Sabit Merah" -was first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name of the Society from the Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red Crescent Society. BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Bendera Bulan Sabit Merah ada lambang BSM 2. Lirik dan lagu BSM 3. Bahan slaid. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 1. Pengenalan: Teknik Bersoal-jawab ( 5 minit) Jurulatih memulakan sesi bersoal jawab untuk mengetahui pengetahuan yang sedia ada pada pelajar. - Apakah lambang pergerakan Bulan Sabit Merah? - Apakah maksud lambang? - Jurulatih bertanya secara rawak sambil menunjukkan lambang dan bendera.
2. Isi Pengajaran & Pembelajaran: Teknik Inkuiri & Perbincangan (30 minit)

Jurulatih menyatakan tajuk pembelajaran hari ini: Matlamat dan Prinsip-prinsip pergerakan Bulan Sabit Merah. Tayangan Slaid/Video.

Daripada gambar-gambar yang dipamerkan, Jurulatih membimbing pelajar menyatakan matlamat pergerakan BSM: 1. Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia di mana jua. Melindungi nyawa dan kesihatan. 2. Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli Pergerakan. 3. Menentukan penghormatan diberi kepada manusia terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga kecemasan. 4. Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial. Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan perlindungan dan pertolongan.

Dalam mengejar matlamat ini, Pergerakan akan s e n t i a s a berpandukan kepada Prinsip-prinsip Asasnya. Apakah maksud Prinsip? pegangan, dasar, syarat, peraturan.

Jurulatih menunjukkan gambar-gambar yang berkenaan dengan prinsip-prinsip BSM KEMANUSIAAN

KESAKSAMAAN

KEBERKECUALIAN

KEBEBASAN

KESUKARELAAN

KETUNGGALAN

KESEJAGATAN

Jurulatih membimbing pelajar membuat huraian satu persatu prinsip-prinsip yang dinyatakan.
3. Aktiviti Pelajar:

a. Mencatat ke dalam buku log. o Berikan pelajar gambar-gambar yang berkenaan dan lekatkan ke dalam buku log. Buat nota yang berkaitan. 3. Pengukuhan: Ulang / sebut semula matlamat pergerakan BSM, Sebut semua prinsip-prinsip BSM 4. Penutup: Menyanyikan lagu BSM.

You might also like