You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH.

MODUL PENGGUNAAN : AKTIVITI PANDANG SEBUT


JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
NAMA : AHMAD AMIRUL ARIFF B. ABDUL RAHMAN CHERLYNE DAVID EDDIE DAEMON MARCELLA BAGU NO. K/P : 920610-03-6003 921228-12-7064 921229-12-5079 920530-12-6236 KUMPULAN AMBILAN KOD KURSUS KURSUS PENSYARAH PEMBIMBING : PENDIDIKAN PEMULIHAN (BM/BI/MT) 3 : JANUARI 2012 : WAJ 3104 : LITERASI BAHASA MELAYU : TN. HAJI ASWADI BIN MD. AMIN

PENGENALAN

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan... (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan. Tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.Di dalam Bahasa Melayu, terdapat beberapa kaedah proses membaca yang boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak mahir dan mudah membaca. Antara kaedah tersebut adalah seperti berikut : 1. Kaedah Fonetik 2. Kaedah Abjad 3. Kaedah Pandang dan Sebut

Di sini, kaedah yang akan difokuskan ialah kaedah pandang dan sebut. Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan

memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti seperti menyebut perkataan dan mencerakinkan perkataan. Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, guru dikehendaki menyebut perkataan dan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.

MANUAL PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Untuk menyediakan bahan bantu mengajar kaedah pandang dan sebut, antara bahan yang perlu disediakan ialah: 2 keping mounting board 1 helai kertas warna kuning, hijau dan biru 2 helai plastik jernih 1 pembalut kertas 1 double-sided tape 1 pelekat plastisin 4 biji batu 4 batang paku 1 sudu plastik 1 biji dadu (dibuat dari kertas)

Langkah-langkah untuk menghasilkan bahan bantu mengajar kaedah pandang dan sebut: 1. Buat garis sempadan pada mounting board sebagaimana gambar di bawah.

2. Lekatkan objek seperti batu, paku, sudu plastik dan dadu menggunakan pembalut kertas dan double-sided tape dalam lajur pertama pada mounting board.

3. Kemudian lekatkan huruf seperti b, a, t, u, p, a, k, u, s, u, d, u, d, a, d dan u mengikut objek pada kotak di sebelah objek dalam lajur kedua pada mounting board.

4. Potong mounting board kepada 4 bahagian yang kecil untuk dimuatkan dalam lajur ketiga pada mounting board. 5. Balut belakang mounting board (berwarna putih) yang telah dipotong dengan plastik jernih dan pelekat kertas.

6. Lekatkan 4 keping mounting board yang telah dipotong tadi dengan menggunakan pelekat plastisin dalam lajur ketiga pada mounting board.

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Untuk memudahkan penggunaan bahan bantu mengajar kami ini, berikut merupakan manual cara penggunaannya. Manual Penggunaan Mounting Board Pandang Dan Sebut 1. Alat bantu mengajar ini mempamerkan 4 jenis bahan / objek sebenar.

2. Guru menunjukkan objek pertama iaitu batu pada mounting board. 3. Kemudian murid dikehendaki mengenalpasti nama bagi bahan / objek tersebut. 4. Setelah murid dapat mengenalpasti serta menyebut perkataan yang ditunjukkan oleh guru, guru menunjukkan susunan huruf bagi bahan / objek tersebut.

5. Sebagai contoh, bagi objek batu, guru akan menunjukkan susunan huruf bagi perkataan batu iaitu batu. 6. Sebagai praktikal, murid akan disuruh untuk menulis balik gabungan suku kata atau gabungan huruf utntuk perkataan bagi objek yang telah disebut / dibunyikan tadi pada ruang putih yang telah disediakan.

7. Setelah bahan / objek pertama selesai, langkah 2 hingga 7 diulang untuk bahan / objek seterusnya.

8. Disamping itu, susunan konsonan dan vokal pada kad manila yang berwarna biru dan hijau boleh dicabut. 9. Guru juga boleh menguji murid dengan mencabut susunan konsonan dan vokal bagi mana-mana bahan atau objek, seterusnya menyuruh murid untuk menyusun semula konsonan dan vokal mengikut susunan yang betul.

KESIMPULAN Kesimpulannya, kaedah pandang dan sebut ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf kerana dengan menggunakan kaedah ini, murid dapat mengaitkan gambar atau objek yang dilihat dengan membunyikan gambar atau objek tersebut seterusnya menyusun suku kata bagi gambar atau objek tersebut serta menulis kembali perkataan bagi gambar atau objek tersebut. Penggunaan objek yang sebenar atau gambar bagi sesuatu objek dapat mempercepat proses mengingat. Penghasilan bahan bantu mengajar kaedah pandang dan sebut ini telah meninggalkan kesan kepada semua ahli di dalam kumpulan ini. Ini kerana, tanpa komitmen dan kesungguhan yang diberikan, bahan bantu mengajar kaedah pandang dan sebut ini tidak mungkin dapat dihasilkan sebaik seperti ini. Bahan bantu mengajar ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk digunakan oleh guru di sekolah atau ibu bapa di rumah untuk melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan serta meningkatkan pengusaan murid dalam pembinaan suku kata dan sesuatu perkataan. Ianya amat menarik dan mampu membuat kanak-kanak memberikan tumpuan dan keseronokan ketika membaca

10

RUJUKAN Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar: Selangor Darul Ehsan. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Literasi Bahsa Melayu. Laman web: http://www.cikgufais.net/tag/kaedah-pandang-sebut/, dilayari pada 24 Julai 2012. Laman web: http://www.scribd.com/doc/36558072/KAEDAH-PANDANG-SEBUT, dilayari pada 25 Julai 2012 Laman web: http://www.slideshare.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan, dilayari pada 25 Julai 2012

11

You might also like