You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke13

diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969

Rukun Negara

membentuk perpaduan yang kukuh.

dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara

Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum majoriti di Negara ini iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun, perepaduan kaum mungkin tidak akan dapat dicapai seandainya tiada persefahaman di antara kaum yang pelbagai ini. Perlaksanaan dasar pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana wujudnya pengelasan kaum mengikut pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza menyebabkan interaksi yang jitu antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India tidak dapat dicapai. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Melalui dasar ini, penjajah Inggeris telah menggariskan beberapa peraturan di mana orang Melayu kebanyakannya menetap di

kawasan luar bandar iaitu di kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani bagi mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka, seterusnya orang Cina pula menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan estet-estet dan bekerja sebagai buruh. Dek kerana kurang senang dengan tindakan tersebut, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain dan ini telah menyebabkan perpaduan semakin sukar dicapai di antara kaum yang mendiami negara ini. Namun, pada sekitar tahun 1956, iaitu setahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan yang dinantikan, kekacauan dan rusuhan secara kecil-kecilan telah berlaku di Pulau Pinang semasa majlis pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Selain daripada itu, walaupun negara telah mencapai kemerdekaan, satu perbalahan yang sama turut berlaku di Pangkor 1960, Bukit Mertajam 1966 dan sekali lagi di Pualau Pinang 1967. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kemerdekaan tidak semestinya menjamin ketenteraman negara. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat yang pelbagai kaum, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi pelbagai aspek seperti keagamaan,

kebudayaan,ekonomi ,politik, cara hidup dan perundangan diperkenalkan. Sebelum Rukun Negara diperkenalkan,dan dilaksanakan, satu rusuhan telah berlaku antara

kaum iaitu melibatkan tiga etnik terbesar di Malaysia pada 13 Mei 1969. Lantaran tercetusnya peristiwa tersebut yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia, maka rukun Negara telah diperkenalkan bagi membentuk semula perpaduan kaum dalam kalangan etnik.Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. Justeru, MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang diterajui oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein telah mengambil alih pentadbiran Negara dan mengambil langkah drastik dengan menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. Majlis Perundingan Negara telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 iaitu selepas setahun berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 bagi membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia.

Teks Perisytiharan

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat

Memelihara cara hidup demokratik

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Setiap warganegara Malaysia perlu mengetahui tentang objektif dan matlamat Rukun Negara digubal dan diperkenalkan di negara kita. Mungkin, sejak bangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan teks pengisytiharan bagi rukun negara yang menekankan lima matlamat. Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya

tersendiri. Penggubalan Rukun Negara ini juga menjadi titik permulaan bagi penyatuan dan perpaduan kaum di Negara kita.

Antara matlamat penggubalannya adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama. Bagi menjayakan matlamat ini, sokongan padu daripada semua rakyat yang pelbagai kaum ini hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing

mengetepikan segala persoalan yang wujud dalam pemikiran mereka tentang hidup dalam masyarakat majmuk ini. Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum sedikit sebanyak memberi impak kepada perpaduan rakyat. Maka, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap Negara walaupun terdapat perbezaan di kalangan mereka dari apa aspek sekalipun. Kedua, untuk memelihara cara hidup demokratik di negara ini di mana rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan memberi pandangan. Dalam masa yang sama, pemimipin turut memainkan peranan dalam membentuk sebuah kerajaan yang adil tanpa mengamalkan sikap plilh kasih dan tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Sepertimana yang telah termaktud dalam

Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun, segala tindakan dan perlakuan yang dilakukan tiadak akan mencetus manamana isu perkauman yang akan membawa kepada perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi yang dijalankan di negara ini. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam yang mana akan turut menjejaskan perpaduan kaum. Ketiga, untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama. Jika kita kaji secara realitinya, masyarakat yang adil dan saksama akan dapat diwujudkan di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dan diuruskan dengan adil dan sistematik serta tidak ada penyelewengan daripada pihak-pihak yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa setiap

rakyat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Oleh itu, penindasan terhadap rakyat yang lemah perlu dihindari dan diberi bantuan yang sewajarnya agar mereka juga berpeluang untuk bersaing dengan rakyat yang lebih bernasib baik dalam menikmati hasil bumi negara kita ini. Maka, bagi membentuk

sebuah masyarakat adil dan saksama, penindasan terhadap individu yang lemah perlu disingkirkan dalam diri setiap rakyat negara ini terutama bagi golongan yang lebih tinggi kedudukannya. Keempat, untuk menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak. Masyarakat negara ini diberi kebebasan untuk mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara dan tidak menyentuh isu bagi kaum-kaum yang lain bagi mengelak sesuatu yang buruk berlaku. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam yang diamalkan oleh masyarakat yang pelbagai kaum. Walaupun terdapat perbezaan, semua anggota masyarakat perlulah berusaha bagi mewujudkan satu masyarakat di mana perbezaan ini dijadikan sebagai kekuatan dan kelebihan yang boleh ditonjolkan dan menjadi kebanggaan bagi negara kita, Malaysia. Kelima, untuk membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Dalam dunia tanpa sempadan dan era globalisasi kini, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha dalam mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan terutama dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Jika kita dapat lihat, dunia kini sedang mengalami pelbagai perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu Malaysia sebuah negara maj, semua rakyat perlu beganding bahu dalam meningkatkan lagi usaha dalam bidang sains, dan teknologi serta kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

Sebab Rukun Negara diperkenalkan di Malaysia

Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Rakyat berbilang kaum bertindak mengikut prinsip tertentu

Perpaduan & persefahaman antara kaum

Kesan penjajahan British dan Jepun dasar Pecah & Perintah

Nilai menyeluruh ke arah perpaduan kaum

2.0 Kepentingan Prinsip- prinsip Rukun Negara Sebagai Mekanisme Perpaduan Etnik Di Malaysia

Kepercayaan Kepada Tuhan

Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia Islam ialah agama rasmi Persekutuan,tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkandengan aman.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yangdi-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Keluhuran Perlembagaan

perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Kedaulatan Undangundang

Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Kesopanan dan Kesusilaan

bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara

perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa

keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia hanya dapat dipelihara jika setiap rakyat di negara ini bersopan-santun, berbudi bahasa dan bertoleransi.

menjadi asas kepada pembentukan identiti Malaysia

Kepentingan Prinsip- prinsip Rukun Negara Sebagai Mekanisme Perpaduan Etnik Di Malaysia

untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila

3.0 Usaha-Usaha Kerajaan Dan Amalan Masyarakat Malaysia Dalam Melaksanakan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Untuk Memupuk Perpaduan

Dahulu

Kini
konsep 1Malaysia

Dasar Pembangunan Negara ( DPN)

Program Rukun Tertangga

Integrasi antara wilayah.

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

4.0 Sejauhmanakah keberkesanan Rukun Negara sebagai mekanisme perpaduan Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara memainkan peranan yang penting untuk mencapai perpaduan antara kaum yang pelbagai demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan titik kepada tertubuhnya dan penggubalan rukun negara ini dilakukan. Lantaran daripada peristiwa tersebut, perpaduan kaum terjejas dan keadaan menjadi huru-hara. Rukun negara ini telah menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. Dari segi semantik bahasa, perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. Maka perkataan perpaduan membawa maksud 'penggabungan'. Selain itu, secara definasinya pula, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada

Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang. Persoalannya, sejauhmanakah keberkesanan Rukun Negara sebagai mekanisme perpaduan di Malaysia? Di Malaysia, terdapat banyak program yang dijalankan dan dianjurkan bagi merapatkan perpaduan berteraskan kepada rukun negara yang berlandaskan kepada lima prinsip. Namun, rukun negara tidak dapat dapat berfungsi sepenuhnya di Malaysia walaupun pelbagai program yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan bagi memastikan perpaduan dapat dicapai. Dengan adanya rakyat yang berbilang kaum , agama dan bangsa, maka persepsi masing-masing terhadap sesuatu kaum juga berbeza. Hal ini sedikit sebanyak telah menjadi penyumbang kepada kegagalan perpaduan antara kaum. Kehidupan bermasyarakat yang secara berkelompok mengikut kaum merumitkan lagi proses perpaduan dapat dibentuk. Jika

kita lihat, di kampung-kampung, biasanya terdapat segelintir kampung yang hanya didiami oleh satu kaum sahaja hinggakan digelar berdasarkan kaum yang mendiami kampung tersebut. Sebagai contoh, salah satu kampung yang terdapat di negeri Kelantan yang digelar kampung Cina dan Siam kerana majoriti yang tinggal di kampung tersebut terdiri daripada kaum Cina dan Siam. Secara tidak langsung, ini telah menyebabkan mereka kurang bercampur dengan penduduk dari kaum yang berlainan seperti Melayu dan perpaduan tidak akan dicapai. Mereka juga kurang berinteraksi antara satu sama lain di mana mereka hanya hidup secara berkelompok dan ini akan menimbulkan satu perasaan kurang selesa terhadap kaum lain. Begitu juga dengan apa yang berlaku di bandar-bandar besar yang mana masing-masing sibuk dengan kehidupan mereka tanpa menghiraukan masyarakat setempat. Walaupun, mereka hidup dalam satu taman atau kejiranan yang sama dan hidup berbilang kaum, namun mereka tidak mengenali antara satu sama lain kerana kurangnya interaksi antara mereka. Terdapat beberapa kes yang berpunca daripada kurangnya interaksi sesama jiran tertangga di mana berlaku kecurian di sebuah rumah dan jirannya hanya melihat kerana menyangka mereka ingin berpindah. hal ini menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mengenali dan bertegur sapa antara satu sama lain hinggakan situasi berkenaan boleh berlaku tanpa disedari. Jelaslah bahawa prinsip rukun negara yang yang diterapkan masih kurang memupuk sifat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya, program yang dianjurkan bagi memupuk perpaduan oleh kerajaan yang berlandaskan rukun negara ini tidak mendapat kerjasama yang padu daripada rakyat. Kebanyakkan program yang dianjurkan adalah tertumpu di kawasan bandar yang mana menjadi tumpuan orang ramai. Namun, keadaan itu juga akan menyulitkan proses perjalanan program tersebut jika tidak mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada orang ramai. Tempat dan masa yang kurang sesuai menyebabkan orang ramai tidak dapat hadir ke program yang telah dianjurkan. Walaupun program-program yang dianjurkan biasanya dijalankan pada hujung minggu, namun masih terdapat segelintir daripada mereka yang terlalu mementingkan pekerjaan dan urusan masingmasing yang membawa kepada ketidakhadiran ke program tersebut. Kekangan masa yang sebegini perlu dielakkan bagi memastikan perpaduan dapat dicapai dengan baik antara pelbagai kaum. Jika kita lihat sejak akhir-akhir ini, kerajaan mula melebarkan

sayapnya dengan menganjurkan lebih banyak program yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum di negara ini. Kawasan pedalaman seperti perkampungan Orang Asli menjadi tumpuan utama bagi mendedahkan penduduk perkampungan tersebut dengan budaya yang pelbagai dan membolehkan mereka berinteraksi dengan kaum lain. Program-program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum dan berpegang kepada tunjang utama bagi perpaduan iaitu rukun negara. Jika kita lihat, pembangunan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan adalah kebanyakkan adalah untuk tujuan mencapai perpaduan terutama di kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar. Pembangunan yang dijalankan adalah setaraf dengan apa yang diterima oleh masyrakat di bandar seperti perkhidmatan telefon, internet dan sebagainya. Secara tidak langsung, pembangunan ini sedikit sebanyak akan memudahkan perhubungan antara masyarakat yang berbilang kaum ini. Dalam masa yang sama, dengan adanya liputan bagi televisyen dan internet membolehkan penduduk di kawasan pedalaman mempelajari dan mendalami cara hidup kaum lain. Maka, perasaan saling menghormati akan wujud antara kaum. Oleh itu, pihak kerajaan perlu lebih proaktif dan inovatif dalam memastikan hasrat utama iaitu perpaduan antara pelbagai kaum terlaksana dengan jayanya. Selain itu, rukun negara ini kurang dihayati dan diamalkan oleh rakyat negara ini dan secara tidak langsung menyukarkan berlakunya perpaduan antara kaum. Berdasarkan apa yang telah diperhatikan, terdapat segelintir rakyat yang masih kurang menghayati kelima-lima prinsip rukun negara ini. Golongan ini biasanya akan menjadi duri dalam daging dan menjadi penghalang mengapa perpaduan tidak berlaku. Mereka sering melakukan sesuatu perkara yang mampu mencetus permasalah antara kaum yang pelbagai ini sama ada secara terus atau sebaliknya. Kegagalan mereka bagi menghayati kelima-lima prinsip rukun negara itu menyebabkan berlakunya salah faham dan perbalahan antara kaum. Mereka sering menunding jari antara satu sama lain sehinggakan mewujudkan suatu suasana yang tidak selamat dan terancam bagi penduduk lain. Sebagai contoh, terdapat segelitir daripada mereka dengan sewenangwenangnya menyentuh isu yang sensitif seperti yang telah tercetus baru-baru ini yang mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Islam di mana terdapat kenyataan yang membuatkan masyarakat yang beragama Islam berasa marah dan

wujudnya penentangan terhadap kenyataan yang dikeluarkan. Hal ini boleh dikaitkan kerana kurangnya penghayatan terhadap salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Sekiranya kita betul-betul memahami isi kandungan prinsip tersebut, kita tidak akan membuat kenyataan yang mampu membawa rasa tidak puas hati kepada kaum lain kerana ini akan mencetuskan suasana yang tidak aman. Selain itu, isu yang baru-baru ini yang baru ini juga telah mencetuskan kemarahan rakyat di mana suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab yang sanggup menggunakan jalan politik bagi memecahkan dan merosakkan perpaduan kaum. Perkara sebegini tidak harusnya berlaku di dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama, dan budaya masing-masing. Setiap kaum mempunyai pegangan mereka sendiri dan kita perlu menghormati pandangan mereka agar perpaduan dapat dikekalkan. Di samping itu, dari sistem pendidikan pula, rukun negara juga kurang memainkan peranan sebagai mekanisme perpaduan di negara kita, Malaysia di mana masih wujud sikap perkauman dalam system ini sama ada di peringkat sekolah, pusatpusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan yang lain. Permasalahan dalam sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Sistem pendidikan yang ada sekarang lebih berfokuskan untuk melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan dan bukannya melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif, inovatif dan mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Lantaran itu, pelajar lebih cenderung untuk mengahadiri kelas tuisyen dan menganggap segala aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan kurang penting buat mereka kerana ingin mencapai kejayaan dalam pelajaran. Situasi ini dapat dilihat dengan jelas di bandar-bandar yang mana secara tidak langsung ianya akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara kita. Sistem pendidikan negara kita juga memusatkan (centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar belitkan dibawah faktor politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas dasar pendidikan dan hal ini akan melahirkan masyarakat yang tidak adil seperti kekurangan guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan ini juga akan merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi

sedikit yang akan merencatkan perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis adat dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit. Seterusnya, jika kita dapat lihat, pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi lebih cenderung untuk berkawan dan belajar dengan rakan pelajar dari kaum yang sama. Maka, ini akan menyebabkan kurangnya interaksi antara sesuatu kaum walaupun belajar dalam kelas yang sama kerana mereka lebih selesa untuk belajar dan berkawan dari kaum sama serta perpaduan kaum antara pelajar tersebut sukar untuk dibentuk lagi. Konklusinya, rukun negara bukan sekadar ideologi kebangsaan bagi

mengukuhkan perpaduan dan bukan hanya sebagai untuk dihafal di mulut sahaja. Malah, kita sebagi rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama ini perlu menghayati dan mengamalkan rukun negara itu dengan sebaik mungkin. Tanpa penghayatan yang betul-betul oleh setiap individu, maka perpaduan mungkin tidak akan dapat dicapai walaupun dianjurkan dan dibawakan dengan pelbagai program bagi mengukuhkan perpaduan. Selain itu, kita perlulah mengambil tanggungjawab yang diberikan kepada kita dengan menghadiri dan menyertai programprogram yang dianjurkan oleh pihak kerajaan bagi memupuk perpaduan kaum antara kita semua. Secara tuntasnya, setiap individu memainkan peranan yang penting dalam menghayati dan mengamalkan rukun negara kerana ini akan membuktikan sejauh mana perpaduan yang dapat dicapai sekiranya setiap individu yang berbilang kaum ini memainkan peranan masing-masing.

5.0 Cadangan-cadangan baharu untuk mengeratkan perpaduan di Malaysia Perpaduan merupakan kunci utama bagi keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara serta kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri

untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta halangannya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) .... the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat yang berbagai kaum ini. Segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan adalah berlandaskan dan berteraskan lima prinsip rukun negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan di negara kita. Antara cadangan baharu yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk diamalkan oleh masyarakat ialah dengan mengadakam lafaz ikrar rukun

You might also like