You are on page 1of 4

PENGENALA Bank Negara Malaysia (BNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran menjalankan pengauditan bahasa

Melayu melalui penarafan bintang ke atas institusi kewangan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan penggunaannya di sektor itu adalah menyeluruh.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengauditan itu perlu bagi menilai tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan di institusi kewangan dan GLC.Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa Melayu.Difahamkan bahawa penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan perniagaan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, tetapi tidak bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu. Institusi kewangan juga wajar melihat budaya penggunaan bahasa Melayu dalam sektor itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat yang perlu dilaksanakan.Sebagai contoh, institusi kewangan boleh memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk menjayakan aktiviti dan program yang menjurus kepada pembudayaan bahasa Melay Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedia untuk menjadi urus setia kepada program audit bahasa Melayu bagi memantau penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor awam sekiranya badan itu diminta untuk berbuat demikian.Ketua Pengarah DBP, Profesor Dr Awang Sariyan berkata, perkara itu akan diperbincangkan namun apa yang penting DBP sendiri akan melalui sistem audit bagi mewujudkan satu model sebagai mekanisme audit yang mantap.

Di DBP mempunyai bahagian audit di DBP untuk melaksanakannya. Apabila sudah lengkap, contoh itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Di peringkat kerajaan, JPA boleh melantik DBP sebagai urus setia (program audit).Dr Awang berkata, pada masa ini DBP sedang memantapkan sistem audit dan draf mengenai mekanisme itu dijangka akan diserahkan kepada JPA pada Jun ini.Ia selaras dengan pekeliling yang dilancarkan oleh JPA pada 28 Oktober 2011 dan DBP secara proaktif mengikutinya untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar itu.

Pekeliling JPA itu merupakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 mengenai Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam.Menurut Dr Awang, cadangan program audit bahasa Melayu akan menyaksikan lonjakan kesedaran penjawat sektor itu terhadap penggunaan bahasa kebangsaan.

Menurut beliau,selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia agar bahasa Melayu diwajibkan dalam semua urusan rasmi kerajaan seperti surat rasmi dan surat pekeliling.Beliau menambah, audit itu akan sampai ke Kabinet dan menjadi perhatian mengenai tahap penguasaan dan mutu bahasa kementerian dan jabatan kerajaan.Mungkin masih banyak kesalahan dari segi ejaan, tatabahasa dan laras bahasa maka ia (kesalahan) dapat diperbaiki.Audit bahasa ini bukan bertujuan untuk menghukum (mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan) tetapi sebagai penambahbaikan.

PENUTUP Penyediaan garis panduan audit memang memerlukan kemahiran. Saya yakin para petugas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memiliki kemahiran yang berkenaan. Hal ini dikatakan

demikian kerana DBP sudah biasa dengan sistem pengurusan mutu yang dikenali dengan nama samaran ISO ( International Organisation for Standardization )

Sebagai organisasi yang memiliki sijil Malaysian Standard (MS) ISO dan sudah menerima berbagai-bagai anugerah kualiti, para petugas DBP pasti mampu menghasilkan garis panduan itu. Cuma, masa yang diberikan mungkin singkat. Namun para petugas DBP yang berkemahiran, berpengalaman dan beriltizam itu mampu menyiapkan garis panduan yang berkenaan agar dapat dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Jun 2012 sebagaimana yang dirancangkan.

Rasanya penyediaan garis panduan itu melibatkan pakar dari luar DBP. Antara pihak yang mungkin sedang bertungkus-lumus bersama-sama dengan para petugas DBP untuk menyiapkannya termasuklah pegawai-pegawai Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia, SIRIM) dan Malaysian Administration and Manpower Planning Unit (MAMPU). Jikalau mereka tidak termasuk dalam kumpulan yang menyediakan draf, mereka akan terlibat dalam sesi penyemakan dan pemurnian. Kerajaan memerlukan masa untuk menyemak draf itu. Seterusnya, DBP dan pihak yang berkaitan memerlukan masa pula untuk sesi pemurnian dan pemantapan. Hal itu diikuti dengan beberapa urusan lain, termasuklah latihan untuk juruaudit. Usaha baik itu menjadi kenyataan biarpun hanya bermula pada awal tahun 2013. Organisasi terawal yang wajar dikunjungi oleh pasukan audit bahasa itu termasuklah media massa. Sesudah mengaudit jabatan kerajaan,diharapkan pasukan audit itu mengaudit pihak swasta pula. Pihak swasta yang wajar didahulukan dalam jadual pengauditan itu ialah media cetak dan media elektronik.

Usaha pengauditan bahasa itu hendaklah diteruskan dan diperluas. Apabila tiba masanya, wadah maya baik dimasukkan dalam jadual pengauditan. Laman dan akhbar digital yang berpengaruh dapat dijadikan sasaran. Selain itu, blog dan kumpulan Facebook tertentu juga wajar dimasukkan dalam jadual pengauditan. Blog penulis terkemuka dan negarawan, dan kumpulan Facebook yang membincangkan hal bahasa elok didahulukan.

Semoga usaha murni ini berjaya.Martabat bahasa kebangsaan kita menyerlah .Natijah aktiviti pengauditan itu dan aktiviti-aktiviti yang lain, khususnya di bawah pengawasan Ketua

Pengarah DBP yang baharu iaitu Kembara Bahasa.

Lampiran DBP Audit Bahasa Melayu Oleh Matzidi Dris, Berita Harian, 16 Februari 2012

You might also like