You are on page 1of 4

Pernyataan masalah.

Pada sesi praktikum fasa kedua yang dijalankan, saya telah ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Serdang. Sekolah ini telah menjalankan sistem pembahagian kelas dengan membahagikan murid mengikut aras yang berbeza di dalam satu bilik darjah. Saya telah diberi tugasan untuk mengajar kelas Tahun 1 Murni, Tahun 4 Terdapat 3 peringkat murid yang boleh didapati didalam kelas ini iaitu murid yang lemah, sederhana dan cemerlang. Terdapat beberapa faktor yang mungkin

mempengaruhi keadaan ini. Pada satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan. Saya telah memasukkan aktiviti skip ke dalam aktiviti memanaskan badan. Aktiviti tersebut memerlukan murid skip di dalam kawasan yang disediakan dan seolah-olah menjadi beku apabila guru memberikan isyarat berhenti. Semasa murid melakukan skip, saya dapat melihat murid tidak dapat melakukan skip malahan terdapat murid yang melakukan skip seakan-akan sedang berlari anak. Walaupun saya telah cuba membetulkan cara perlakuan meraka, namun mereka tetap tidak dapat melakukannya. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan untuk murid tahun tiga bagi tajuk Gimnastik pergerakan saya telah memerhati kebolehan murid dalam melakukan aktiviti skip sekali lagi. Saya memerhatikan semua murid termasuk lelaki dan perempuan. Saya mendapati bahawa koordinasi mereka agak lemah. Majoriti dalam kalangan mereka tidak dapat melakukan aktiviti skip

dengan betul. Namun begitu, terdapat sebahagian kecil murid yang melakukan skip

dengan baik dan lancar. Terdapat murid yang hanya berlari langkah panjang apabila diminta untuk melakukan skip. saya telah menghabiskan semua waktu P&P pada hari tersebut untuk mengajar mereka melakukan skip. Pada akhir sesi pengajaran saya mendapati objektif pengajaran tidak tercapai dan masalah lebih besar adalah murid masih tidak dapat melakukan aktiviti skip. Saya juga mengulangi sesi P&P saya yang seterusnya dengan mengajar kemahiran skip dan mengubah aktiviti untuk memberi lebih peluang untuk melakukan kemahiran tersebut. Saya membahagikan mereka kepada kumpulan yang kecil iaitu 3 dan 4 orang satu kumpulan. Saya melakukan aktiviti tersebut berulang kali dan mendapati murid yang dapat melakukan skip telah bertambah walaupun teknik masih kurang tepat. Daripada sesi pengajaran pada hari tersebut saya telah mengenalpasti bahawa kesilapan saya sendiri yang tidak member peluang yang banyak kepada setiap murid melakukan aktivit skip menyebabkan mereka lambat menguasai kemahiran tersebut.

Rasional kajian. Kajian ini dijalankan berdasarkan permasaalahan yang sebenar berlaku kepada saya semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Masalah ini juga mungkin dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Jasmani yang lain. Oleh itu, saya menjalankan kajian mengenai latih tubi kemahiran skip ini untuk mengenalpasti keberkesanan latih tubi dalam membantu murid melakukan skip dengan teknik yang betul dan membantu guru memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Saya juga

merasakan bahawa kemahiran skip adalah penting sebagai asas kepada pengenalan murid kepada sukan gimnastik. Adalah satu kerugian jika murid tidak dapat melakukan aktiviti ini pada usia awal. Oleh itu, saya cuba untuk menerapkan kaedah yang sesuai bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran asas gimnastik ini sebelum mempelajari kemahiran yang lebih tinggi tahap kesukarannya. Kaedah pengajaran

yang sesuai juga dapat menggilap bakat murid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Kemahiran skip juga adalah terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3. Oleh itu, saya sebagai pendidik perlu berusaha untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan kaedah pembelajaran yang berkesan.

Objektif Am dan Khusus: Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut; Objektif Am: Membantu murid memahami teknik skip dan dapat melakukan skip dengan betul. Objektif Khusus: i. Melihat sejauh mana latih tubi mampu membantu murid melakukan skip dengan betul.

ii.

Mengesan kebekersanan penggunaan latih tubi dalam membantu murid memahami teknik skip yang betul.

iii.

Mengenalpasti

kekangan-kekangan

yang

dihadapi

sepanjang

perlaksanaan kajian ini. iv. Memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran guru.

You might also like