You are on page 1of 3

MUHAMMAD SAFIQ BIN ABD RAZAK NORUS SYAIRAH BINTI MOHD YUSOF IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA SEKOLAH

1) Jenis sekolah Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah kebangsaan dan sistem berpusat, namun dalam pelaksanaanya wujud jenisjenis sekolah yang berbeza. Justeru, budaya sekolah juga berbeza memandangkan warga sekolah tergolong daripada etnik tertentu. Antara jenis sekolah yang wujud ialah :

Peringkat rendah Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Peringkat menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Kebnagsaan Agama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Prestasi Tinggi Sekolah Wawasan Sekolah Bestari Sekolah Menengah Teknik Sekolah Menengah Vokasional Sekolah pendidikan Khas

Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan budaya yang berbeza. Warga sekolah yakni guru atau pelajar juga mempunyai latar belakang berbeza. Tara-rata sekolah jenis kebangsaan terdiri daripada satu etnik majoriti. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majoriti tersebut. Namun wujud juga kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam. Bagi sekolah berprestasi tinggi, budaya dan aspirasi sekolah juga akan turut terserlah. Guru dan pelajar akan bergerak seiring untuk mencapai matlamat sekolah. Masalah sosial, sikap dan pencapaian mungkin tidak ketara jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah pencapaian rendah dan sederhana. Budaya bersaing, bekerjasama dan bermatlamat menjadi pegangan warga sekolah.

2) Lokaliti sekolah Sekolahsekolah yang terletak di bandar, kebanyakkannya disertai oleh pelbagai latar belakang sosiobudaya : kelas sosial dan etnik. Sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah. Sekolah-sekolah luar bandar sering menghadapi masalah kekurangan guru, pertukaran guru

yang kerap dan prestasi pencapaian yang rendah. Justeru, budaya sekolah yang dipengaruhi aspek sosiobudaya setempat yang terbatas.

3) Kepimpinan sekolah Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk menapai matlamat sekolah. Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti, khusus melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat dimanfaatkan sekolah.

You might also like