You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Murid yang memerlukan bimbingan pula merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Oleh itu, guru biasa mahupun guru kaunseling perlulah memainkan peranan bagi membantu murid-murid yang memerlukan bimbingan. Manakala, Shertzer dan Stone (1968) pula menyatakan bahawa kaunseling bermaksud proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Sebagai tambahan, Aurbuckle (1965) pula menyatakan kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya serta dapat

potensi dan keupayaannya. Berhubung dengan huraian tersebut,

dirumuskan bahawa konsep bimbingan saling berkait dengan konsep kaunseling. Justeru itu, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah mula

diperkenalkan di sekolah Malaysia pada tahun 1960. Berdasarkan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran 1960 mengenai Bimbingan dan Kaunseling, telah dinyatakan saranan tentang keperluan menempatkan guru kerjaya yang dapat membimbing murid dalam aspek bimbingan dan vokasional. Di mana, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan sekolahsekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan bahawa terdapat peruntukkan kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Oleh itu, Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka dengan mengadakan beberapa jenis kursus seperti guru-guru bimbingan diberi peluang untuk menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan pada tahun 1969 sehingga tahun 1982. Kemudian, mulai tahun 1980 pula, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah
1

memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling dan seterusnya, tahun 1980 pula Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.

2.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS & APLIKASI DALAM P&P. 2.1 Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar adalah salah satu kemahiran asas yang paling penting. Kemahiran ini memerlukan kaunselor memberi tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar dan memahami percakapan klien. Oleh itu, klien tersebut akan berasa dirinya lebih dihargai dan dihormati oleh kaunselor yang bertugas. Ini kerana kaunselor tersebut memberi perhatian yang sepenuhnya kepada beliau. Dalam kemahiran mendengar, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antaranya ialah gerak geri seperti mimik muka, gerak badan. Ini menunjukkan kaunselor tersebut dapat keyakinan berterusan daripada klien. Selain itu, tingkah laku berbahasa juga memainkan peranan seperti bahasa mudah difahami dan jangan kemukakan sesuatu yang

menyulitkan keadaan atau boleh mengalihkan topik. Akhir sekali, aspek kontak fizikal dan psikologikal. Dimana, aspek ini dapat menimbulkan keyakinan dalam diri klien dan menunjukkan kesungguhan untuk membantu klien. Justeru itu, kaunselor perlulah menggunakan kemahiran ini secara aktif dan berkesan dan tentukan mesej yang ingin disampaikan supaya klien dapat menerima mesej dengan jelas.

Contoh aplikasi kemahiran: Di dalam kelas 4 Mawar, guru subjek Kajian Tempatan sedang mengajar dan menerangkan tajuk Perkembangan Corak Penempatan Manusia. Setelah guru selesai menerangkan tajuk tersebut, guru menyoal murid-murid tentang pendapat mereka mengenai ciri-ciri penempatan di gua dan penempatan di pinggiran sungai serta tasik. Semasa menyoal, guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh muridmurid supaya murid-murid faham soalan yang diberi oleh guru. Apabila guru menyoal seseorang murid, guru perlulah melihat gerak-geri murid tersebut. Ini kerana gerak-geri seseorang menunjukkan seseorang itu selesa ataupun tidak selesa keadaan tersebut. Apabila murid memberi pendapat tentang soalan yang diberi oleh guru tentang ciri-ciri tersebut, guru Kajian Tempatan tersebut perlulah memainkan peranan dengan menggunakan kemahiran mendengar yang ada dalam diri. Di mana, guru tersebut perlu eye contact dengan murid tersebut. Ini dapat menunjukkan bahawa guru tersebut bersedia untuk memberi tumpuan sepenuhnya bagi mendengar percakapan murid itu. Oleh itu, murid akan berasa lebih dihargai dan dihormati semasa memberi pendapat.

2.2 Kemahiran Menyoal Kemahiran menyoal adalah salah satu cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diinginkan. Soalan-soalan yang ingin digunakan perlulah berkaitan dengan klien. Ini bagi menggalakkan klien untuk berkomunikasi dan seterusnya, dapat meluahkan perasaannya. Soalan-soalan yang dikemukakan perlulah mempunyai ciri-ciri seperti mudah difahami, jelas dan sesuai dengan klien tersebut. Oleh itu, ia akan memudahkan klien untuk meluahkan perasaan dan jawapan mereka kepada kaunselor. Sekaligus, dapat melancarkan proses penyoalan yang dijalankan.

Soalan terbahagi kepada dua jenis iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Bagi soalan terbuka, ia menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian panjang lebar oleh klien. Soalan terbuka ini juga tidak memerlukan jawapan yang khusus. Manakala, soalan tertutup pula digunakan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan maklumat yang khusus. Dimana, klien hanya perlu menjawab ya atau tidak untuk menjawab persoalan yang dikemukakan.

Contoh aplikasi kemahiran: Dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, kemahiran menyoal ini dapat diaplikasikan oleh guru. Contoh situasi yang boleh diaplikasikan kemahiran tersebut ialah semasa guru sedang mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah satu subjek yang melibatkan nilai-nilai murni dalam diri individu. Oleh itu, guru boleh menyoal murid semasa mengajar subjek tersebut. Apabila guru mengajar tajuk Keluarga, guru boleh menyoal salah seorang murid tentang keluarganya. Antara soalannya ialah berapakah bilangan ahli keluarga? , siapakah nama ahli keluarga? , apakah pekerjaan ahli keluarga? dan beberapa soalan lain. Contoh-contoh soalan ini adalah jenis soalan terbuka dan ia digunakan bagi menggalakkan murid untuk bercerita tentang keluarganya. Manakala, jenis soalan tertutup juga boleh digunakan. Di mana, guru perlu menyoal soalan yang memerlukan murid untuk berkata ya ataupun tidak bagi mengetahui jawapan untuk soalan yang diberikan adalah betul ataupun tidak. Antara soalan jenis tertutup ialah adakah awak sayang ayah dan ibu awak? , apakah awak mempunyai masalah dengan keluarga? dan sebagainya.

2.3 Kemahiran Bekomunikasi. Kemahiran berkomunikasi adalah satu kemahiran yang paling penting dan perlu dikuasai oleh seseorang guru. Ini kerana guru perlu berkomunikasi dengan warga sekolah dan masyarakat dalam

menyampaikan wahdah kepada anak-anak bangsa demi memartabatkan tahap pendidikan di Malaysia. Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu lisan dan bukan lisan. Di mana, komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan dan bahasa. Manakala, komunikasi bukan lisan melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan. Justeru itu, guru perlulah menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami oleh pelajar semasa berkomunikasi. Ini supaya murid-murid tidak berasa keliru ataupun salah faham akan pertuturan guru tersebut. Selain itu, guru juga perlulah berkomunikasi dengan suara yang jelas, nada yang sederhana, berdiri dengan betul serta yakin supaya murid-murid berasa yakin dengan guru mereka dan dapat memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid supaya murid-murid tidak berfikiran negatif tentang guru mereka.

Contoh aplikasi kemahiran : Di dalam kelas 6 Cempaka,Cikgu Zainab bertanyakan kepada seorang murid iaitu Hazami tentang keputusan markah pertengahan tahun beliau yang lepas. Di mana, Hazami telah mendapat markah Bahasa

Melayu yang paling rendah di kalangan rakan-rakannya. Semasa Cikgu Zainab menanyakan soalan, Cikgu Zainab tidak menggunakan nada yang tinggi tetapi menggunakan nada yang sederhana bagi mengelakkan murid tersebut berasa malu kepada rakan-rakannya. Selain itu, Cikgu Zainab juga tidak bertanya dalam kedudukan sedang duduk di kerusi tetapi beliau berdiri dengan tegak dan berada dekat dengan Hazami. Ini menunjukkan guru tersebut tidak mempunyai sikap sambil lewa tetapi beliau mengambil berat tentang murid-muridnya dan ingin murid-muridnya maju ke hadapan
5

dan tidak ketinggalan. Dari situasi di atas, ia menunjukkan Cikgu Zainab menggunakan kedua-dua jenis komunikasi iaitu komunikasi bukan lisan seperti gerak-geri tubuh badan dan komunikasi lisan iaitu perkataan dan bahasa. Dimana, soalan yang diberikan mudah difahami oleh murid dan jelas.

2.4 Kemahiran Merumus

Bagi kemahiran merumus pula, ia adalah satu kemahiran yang memerlukan individu tersebut mengulang dan menjelaskan ayat atau perkara yang diucapkan oleh klien. Selain itu, kemahiran merumus juga bertujuan untuk menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Menurut Ishamuddin Haji Ismail (1999) menyatakan, tujuan merumus ialah untuk

menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien dan supaya klien mendengar semula kata-katanya. Bagi kemahiran merumus, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rumusan permulaan sesi, rumusan pertengahan sesi dan rumusan di akhir sesi. Ketiga-tiga bahagian ini digunakan berbeza mengikut bahagian-bahagiannya. Namun

kebiasaannya, rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling iaitu membuat rumusan keseluruhan. Oleh itu, kaunselor ataupun guru perlulah pandai menggunakan ketiga-tiga bahagian ini dalam menggunakan kemahiran merumusnya dalam sesi kaunseling.

Contoh aplikasi kemahiran: Antara contoh yang dapat diaplikasikan kemahiran merumus ini ialah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Dalam kelas 3 Miraj, Cikgu Hakim sedang memberi soalan kepada anak muridnya, Wawa tentang pendapatnya mengenai pencemaran alam. Wawa telah

menyatakan bahawa beliau berasa bimbang dengan pencemaran alam yang berlaku pada masa kini dan ramai rakyat Malaysia tidak mengambil berat tentang isu tersebut bahkan menyumbang kepada masalah tersebut . Wawa juga menyatakan masalah-masalah yang dihadapi yang berkaitan
6

dengan pencemaran alam. Setelah Wawa memberikan pendapatnya, Cikgu Hakim telah merumuskan atau membuat kesimpulan tentang pendapat Wawa tersebut. Di mana, Cikgu Hakim menyatakan kita sebagai rakyat Malaysia memang perlu berasa bimbang dan risau dengan isu tersebut. Ini kerana isu tersebut akan memberi kesan negatif kepada kita. Oleh itu, rakyat perlulah bertanggungjawab untuk memelihara persekitaran alam daripada dicemari dengan mengambil langkah-langkah seperti mengurangkan pembakaran sampah-sarap secara terbuka, berkongsi kereta ke destinasi yang dituju, pengurangan penggunaan plastik dan sebagainya.

2.5 Kemahiran Membina Hubungan Kemahiran membina hubungan adalah satu kemahiran yang memerlukan seseorang kaunselor mewujudkan hubungan yang baik dengan klien sambil mewujudkan suasana yang mesra. Di mana, suasana tersebut akan mempengaruhi keyakinan klien tersebut untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Menurut Rogers (1967) , beliau menyatakan bahawa kemajuan klien dalam kaunseling lebih bergantung kepada tiga keadaan yang memudahkan iaitu empati, hormat dan berbaik sangka serta jujur dan ikhlas. Apabila ketiga-tiga keadaan ini wujud dalam diri kaunselor tersebut, sekaligus keyakinan klien terhadap kaunselor akan meningkat dan klien tersebut akan berasa selesa untuk meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor. Oleh itu,

kemahiran ini sangat penting untuk dimilikki oleh seseorang kaunselor mahupun guru bagi memastikan klien berasa selesa dengan kaunselor serta persekitarannya.

Contoh aplikasi kemahiran: Antara contoh yang dapat mengaplikasikan kemahiran membina hubungan ialah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di dalam kelas iaitu semasa Ustazah Hashimah sedang mengajar subjek Pendidikan Islam di kelas 5 Mulia. Sebelum memulakan kelas, Ustazah Hashimah sering bertanya tentang kesihatan anak-anak muridnya. Jika terdapat murid yang tidak hadir, beliau akan bertanya kepada murid-murid yang lain sebab murid tersebut tidak hadir. Selain itu, Ustazah Hashimah juga sering memastikan kelas tersebut bersih dari sampah-sarap dan berada dalam keadaan teratur dan kemas sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Ini supaya persekitaran bilik darjah tersebut kondusif dan murid-murid berasa selesa untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, Ustazah Hashimah juga sering mengaplikasikan pengajaran dua hala. Di mana, murid dan guru saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Ini menunjukkan guru menghormati pendapat murid dan mempunyai hubungan yang baik dengan murid serta tidak menjalankan pembelajaran satu hala

(pembelajaran tradisional).

3.0 BANDING BEZA PERANAN GURU BIASA DAN GURU KAUNSELING.

GURU KAUNSELING
PERSAMAAN

GURU BIASA

-MEMBANTU MURID MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN MEMBERI JALAN/ PEMUDAH CARA. -MATLAMAT ADALAH MENCAPAI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN.

PERBEZAAN

PEMBENTUKAN PERSONALITI

KEUTAMAAN

MATA PELAJARAN

MELAKUKAN LAWATAN KE RUMAH DAN MENJEMPUT IBU BAPA UNTUK MENGHADIRI PERJUMPAAN DI SEKOLAH.

LAWATAN

JARANG MELAKUKAN LAWATAN DAN JARANG MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA DI SEKOLAH

PERIBADI DAN MASALAH AKADEMIK

TEMUBUAL (MENGENAI)

MASALAH AKADEMIK

SERING RUJUK GURU KELAS, GURU LAIN DAN KAUNSELOR

RUJUK SUMBER

JARANG RUJUK GURU KAUNSELOR DAN GURU LAIN.

PENILAIAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN, PENCAPAIAN SOSIAL, PSIKOLOGI, ESTETIK DLL

FUNGSI GRED

PENILAIAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAHAJA

SENTIASA (MELIPUTI DI BILIK DARJAH DAN INDIVIDU)

SENSITIVITI

KURANG

MENUNJUKKAN KEPERLUAN INDIVIDU

KEPUTUSAN UJIAN

MENENTUKAN ARAS POTENSI PENCAPAIAN DALAM SUBJEK

4.0 PENUTUP

Kaunseling merupakan tunjang utama untuk mengharmoni dan melahirkan satu wadah ataupun wahana bagi matlamat sesuatu organisasi. Setiap kaunselor yang menjalankan kaunseling perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran asas dan ciri-ciri kaunselor seperti kemahiran melayan, kemahiran membina hubungan, kemahiran empati, kemahiran merumus, kemahiran memfrasa dan kemahiran-kemahiran lain. Semua kemahiran dan ciri kaunselor ini dapat membantu dalam meancarkan proses kaunseling dalam sesuatu organisasi. Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu, Sebagai seorang kaunselor, kita haruslah memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang

dipalikasikan tidak sesuai digunakan, maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. Sebagai tambahan, kaunseling juga boleh dikaitkan dengan guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Di mana, jika seseorang guru mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut akan memberi kelebihan kepada guru tersebut untuk membantu anak-anak murid di dalam kelas mahupun di luar kelas. Justeru itu, sebagai guru dan kaunselor, kita perlulah menguasai ilmu kaunseling dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling sebagai bekalan dan pengetahuan baru supaya kita dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian dan sekaligus, dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.

10

REFLEKSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dan menghantarnya tepat pada masa yang ditetapkan. Dengan keberkatanNya juga, saya Nur Farahiyah Binti Ab Wahab tidak mengalami sebarang kesulitan yang menyukarkan saya untuk melengkapkan tugasan ini. Tugasan untuk subjek kali ini mengkehendaki saya untuk memahami kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan kemudian, memberi contoh-contoh pengaplikasian terhadap situasi yang sesuai dengan kemahiran-kemahiran asas yang dipilih. Tugasan ini berkaitan dengan subjek semester ini iaitu Bimbingan dan Kaunseling, EDU 3107. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai manfaat telah saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Ini kerana sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah berusaha untuk mencari maklumat mengenai bimbingan dan kaunseling serta kemahiran-kemahiran asas dengan membaca pelbagai buku dan melayari beberapa laman web atau laman sesawang demi mendapatkan maklumat yang ingin dicari. Selain itu, saya juga dapat memahami tentang kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan cara-cara untuk mengaplikasikannya. Sebagai seorang bakal guru, saya akan menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran-kemahiran asas tersebut apabila saya menjadi guru kelak. Kemudian, saya juga dapat membantu anak-anak murid saya dengan kemahiran-kemahiran tersebut semasa saya sedang berpraktikum pada 21 Januari sehingga 19 April 2013. Ini kerana sebahagian kemahiran-kemahiran asas tersebut boleh diaplikasikan di dalam kelas dan sekolah dalam membantu murid-murid. Kemudian, tugasan ini juga dapat menajamkan kemahiran menulis serta kemahiran komunikasi saya. Ini terbukti apabila saya melakukan perbincangan bersama kawan-kawan tentang kemahiran-kemahiran asas dan kaunseling.
11

Contohnya apakah situasi yang sesuai dengan

kemahiran-kemahiran asas yang

dipilih dan bagaimana ingin mengaplikasikannya dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Dengan cara perbincangan tersebut, saya akan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan sekaligus, ia akan memperkembangkan kemahiran komunikasi dalam diri saya sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam melakukan tugasan ini. Antaranya ialah kekeliruan maklumat. Ini kerana terdapat beberapa buku yang berbeza. Di mana, kemahiran-kemahiran asasnya mempunyai bilangan yang berlainan. Oleh itu, saya agak keliru apabila ingin memilih lima kemahiran asas untuk dinyatakan dalam tugasan kerja kursus ini. Ini kerana saya khuatiri kemahirankemahiran asas yang saya pilih kurang tepat bagi kerja kursus ini.

Walaubagaimanapun, saya cuba melakukan tugasan ini sehabis baik saya. Akhir kata, saya merasakan tugasan seperti ini patut diteruskan lagi pada masa akan datang supaya para guru pelatih tahu sedikit sebanyak tentang kaunseling. Ini supaya bakal-bakal guru mempunyai pengetahuan tersebut dan dapat menggunakannya semasa menjadi guru kelak. Dengan itu, saya berharap agar kerja khusus ini dapat memberi kebaikan kepada saya agar saya dapat menjadi seorang guru yang berkeyakinan tinggi, berkualiti dan berpengetahuan luas supaya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

12

BIBLIOGRAFI

a) Buku

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008). Pengantar Kaunseling Individu. Selangor : Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2013). Bimbingan Dan Kaunseling KanakKanak. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn Bhd Amla Salleh, Zuria Mahmud, Salleh Amat. (2006). Bimbingan Kaunseling Di Sekolah. Bangi : Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan Bimbingan Kunseling Di Sekolah Rendah. Cheras : Utusan Publications And Distributors. Mok Soon Sang. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak: Kemahirankemahiran Mengendalikan Kaunseling Individu. Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

b) Internet http://www.scribd.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling dilayari pada 15 Januari 2013.

13

LAMPIRAN

14

You might also like