You are on page 1of 18

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN, 06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009

KOMPOSISI PENDUDUK DI TAMAN PERMAI, JITRA SERTA KAITANNYA DENGAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK

NAMA MURID : NURSABIRAH BINTI AHMAD ZAKI TINGKATAN NAMA GURU : 2 HASANAH : ENCIK HALIM BIN SAAD

T.TANGAN MURID .................................... (NURSABIRAH BT AHMAD ZAKI)

T.TANGAN GURU ....................................... (EN. HALIM BIN SAAD)

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK 1.0 Penghargaan 2.0 Pendahuluan 3.0 Objektif Kajian 4.0 Kawasan Kajian 5.0 Kaedah Kajian 6.0 Hasil Kajian 7.0 Rumusan 8.0 Lampiran 9.0 Rujukan

MUKA SURAT 1 2 3 4-6 7 8-11 12 13-36 37

1.0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga saya melaksanakan kerja Kajian Geografi Tempatan yang telah diamanahkan kepada saya dalam masa yang ditetapkan. Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik. Namun demikian, saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Tuan Haji Mazlan Bin Mat Isa yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Halim Bin Saad, guru Geografi Tingkatan 2 Hasanah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan kepada saya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan dorongan dan galakan kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih saya tujukan kepada semua rakanrakan serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah banyak membantu dari segi maklumat dan pengumpulan bahan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Dato Hajah Che Barni binti Mohd Noor dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Haji Abdullah bin Mat Akhir yang telah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat tentang kawasan Taman Permai.

2.0 PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, murid tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah. Murid-murid diberi peluang untuk memilih tema kajian masing-masing. Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang dipelajari di tingkatan 2. Saya telah memilih tajuk Taburan dan Komposisi Penduduk di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah serta Kaitannya dengan Jenis Pekerjaan Penduduk kerana berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan saya untuk membuat kajian. Saya menyiapkan kajian ini dalam masa lapan minggu. Kemudian, saya pun menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara berasingan atau secara individu seperti yang disyaratkan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut: 3.1 3.2 3.3 Memerhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah. Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah.

4.0 KAWASAN KAJIAN

Taman Permai terletak di negeri Kedah, iaitu di Daerah Kubang Pasu yang mempunyai keluasan seluas 94,596.73 hektar, dan juga terletak di Mukim Jitra yang mempunyai keluasan seluas 1,271.68 hektar. Bandar Jitra hampir dengan Lebuh raya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3 darjah Utara dan 100.4 darjah Timur. Keluasan Taman Permai ialah 10445.3 meter persegi (Sumber: Pejabat Daerah Kubang Pasu). Kawasan ini telah dimajukan oleh pemaju Syarikat Usaha Permai Sdn. Bhd. sekitar tahun 1990 hingga 1992. Kawasan perumahan ini terletak di sebelah utara pusat bandar Alor Setar. Kedudukannya ialah kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar. Perjalanan dengan menaiki bas awam dari Taman Permai ke Pusat Bandar mengambil masa kira-kira 40 minit jika tiada kesesakan lalu lintas. Tambang bas ialah RM2.00. Bagi murid sekolah yang memakai pakaian seragam sekolah, tambang bas yang dikenakan ialah RM1.00. Bagi membina kawasan perumahan, syarikat pemaju telah menebang pokokpokok getah dan menebus guna petak sawah padi di kawasan ini. Oleh itu, bentuk muka bumi kawasan ini kelihatan hampir rata dan sangat sesuai untuk petempatan. Bukit-bukau di hujung kawasan perumahan ini menjadikan pemandangan di sekitarnya sungguh indah. Kawasan bukit tidak dijejaskan. Pokok dan rumput banyak ditanam di kawasan sekitarnya. Terdapat juga kawasan yang dijadikan taman rekreasi. Di kawasan sekitar Taman Permai terdapat banyak rumah setingkat. Berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kedai, taman permainan dan surau Lihat Peta lakar 1.

Kawasan Kajian di Daerah Kubang Pasu

PETA NEGERI KEDAH

5.0 KAEDAH KAJIAN

Maklumat dan data kajian ini diperoleh melalui beberapa kaedah, iaitu: 5.1 5.2 Pemerhatian Temu Bual : Saya membuat pemerhatian terhadap taburan dan komposisi penduduk di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah. : Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah daripada pegawai di Pejabat Daerah Kubang Pasu serta mengumpulkan maklumat secara lisan dengan menemu bual 20 orang penduduk tempatan. : Saya membuat rujukan di Pejabat Daerah Kubang Pasu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah.

5.3

Rujukan Kepustakaan

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Komposisi Penduduk di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah. Taman Permai merupakan kawasan perumahan yang agak padat penduduknya. Penduduk di sini berbilang kaum, iaitu Melayu, Cina, dan India. Antara 20 orang penduduk yang saya temu bual, 16 adalah kaum Melayu, 3 kaum Cina, dan 1 kaum India. Kebanyakan penduduk tinggal di kawasan perumahan. Secara pemerhatian, saya mendapati taburan penduduk mengikut kaum adalah tidak sekata di seluruh kawasan perumahan ini kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan perumahan ini ialah kaum Melayu.

5%

15%

Melayu Cina India


80%

6.1 Carta Pai Komposisi Penduduk di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah. (Sumber : 20 orang responden)

6.2 Jenis Pekerjaan Penduduk di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah.

Saya sudah menemu bual 20 orang penduduk. Kesemuanya sudah bekerja dan berumah tangga. Bidang pekerjaan mereka adalah sektor perkhidmatan. Mereka terlibat dalam bidang sektor awam (kerajaan), dan perniagaan. Terdapat tiga orang penduduk yang mengusahakan perniagaan sendiri dan sepuluh orang yang bekerja dengan kerajaan (2 orang pensyarah di Institut Pengajian Guru Malaysia, Kampus Darul Aman dan 8 orang bekerja sebagai guru di sesebuah sekolah tertentu). Dari segi jenis pekerjaan pula, empat orang daripada 20 orang penduduk yang ditemu bual adalah suri rumah. Yang selebihnya adalah daripada pelbagai jenis pekerjaan lain iaitu terdapat seorang penduduk yang bekerja sebagai tukang jahit dan terdapat juga dua orang penduduk taman ini yang bekerja sebagai jururawat dan seorang medikal di sesebuah pusat perubatan swasta.

Jenis Pekerja an Jenis Melayu Cina India Jumlah

Peniaga

Suri Rumah 4 4

Kakitanga n Kerajaan 9 1 10

Lain-lain

Jumlah

2 1 3

3 3

16 3 1 20

Jadual 1 Jenis pekerjaan mengikut kaum di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah. ( Sumber : 20 orang responden ) bilangan
10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Peniaga Suri Rumah Kakitangan Kerajaan Lain-lain

Melayu Cina India

Jenis pekerjaan

Graf 1 Jenis Pekerjaan mengikut kaum di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah. ( Sumber : 20 orang responden )

6.3 Kaitan antara Komposisi Penduduk dengan Jenis Pekerjaan di Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah.

Terdapat perkaitan antara sesuatu kaum dengan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di Taman Permai. Kebanyakan penduduk Melayu yang ditemu bual menceburi bidang sektor awam (kerajaan). 9 orang daripada 16 orang penduduk Melayu yang ditemu bual itu adalah guru dan hanya seorang Cina yang menceburi bidang tersebut kerana bilangan sekolah yang didirikan di Bandar Jitra agak banyak. Tambahan pula, jarak tempat tinggal ke tempat bekerja agak dekat. 2 orang daripada 3 orang penduduk Cina yang ditemu bual pula ialah peniaga. Hanya seorang India yang menceburi bidang tersebut. Penduduk yang ditemu bual yang bekerja sebagai suri rumah, kesemuanya ialah orang Melayu iaitu seramai 4 orang. Hanya seorang yang bekerja sebagai tukang jahit. Terdapat juga dua orang penduduk yang bekerja sebagai jururawat di Kedah Medical Centre, Alor Setar dan seorang medikal di Universiti Mansoura, Mesir dan akan berangkat ke sana pada hujung bulan sembilan tahun ini. Kebanyakan penduduk yang ditemu bual ini bekerja di Bandar Jitra atau kawasankawasan yang berhampiran seperti Bandar Darulaman, Tanah Merah, dan Banai. Di Bandar Jitra, banyak sekolah didirikan. Oleh itu, kebanyakan penduduk yang ditemu bual menceburi bidang sektor awam (kerajaan) iaitu bekerja sebagai guru. Penduduk yang menetap di Taman Permai kebanyakannya sudah lama tinggal di sini iaitu antara 2 hingga 12 tahun.

7.0 RUMUSAN

Penduduk di Taman Permai terdiri daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum, jumlahnya kelihatan jauh berbeza kerana majoriti penduduk yang tinggal di Taman Permai terdiri daripada orang Melayu. Kebanyakan mereka tinggal di rumah teres dan bercampur gaul antara satu dengan yang lain. Mereka hidup aman dan bersatu padu. Mereka hidup berjiran dan hormat-menghormati. Mereka menjalankan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Ada yang bekerja makan gaji dan ada yang mengusahakan perniagaan sendiri. Penduduk Taman Permai agak padat. Di sini terdapat pelbagai kemudahan awam untuk memenuhi keperluan para penduduk. Jalan raya yang ada menghubungkan kawasan ini dengan bandar-bandar besar seperti Bandar Alor Setar dan Bandar Darulaman. Sebagai kesimpulannya, melalui kajian ini saya dapat memahami komposisi dan jenis pekerjaan penduduk di Taman Permai dengan lebih jelas. Saya berbangga kerana dapat hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dalam aman damai, yang mencari rezeki dengan pelbagai cara yang tersendiri.

9.0 RUJUKAN

Chong Mui Sen dan Azizan bin Haji Abu Samah, Buku Teks Geografi Tingkatan 2, 2003, Kuala Lumpur : Percetakan Saufi http://www.dromoz.com.my Orang sumber : Dato Hajah Che Barni binti Mohd Noor, SDK., AMK., BDK., Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Pentadbiran Daerah Kubang Pasu. Orang sumber : Tuan Haji Abdullah bin Mat Akhir, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Kedah. http://www.mdkubangpasu.gov.my Kang Chai Yoeng, Chong Yun Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh, Buku Rujukan Focus Super, Hot PMR, Tingkatan 2, 2008, penerbitan Pelangi S.D.N. B.H.D. http://www.google.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN, 06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN DUA Borang Soal Selidik/Temu Bual Nama: ......................................................................................................................... Jantina: Lelaki Perempuan

Kaum:

Melayu Cina India lain-lain

Kelulusan:

Sekolah rendah Sekolah menengah Universiti Lain-lain

Jenis Pekerjaan: Jenis Pekerjaan kerajaan swasta sendiri Tandakan Namakan Tempat Bekerja

Borang Temu Bual Bil. 1 Nama Penduduk yang Ditemu Bual Ahmad Zaki b. Hashim Jantina Lelaki Kaum Melayu Pekerjaan Pensyarah Tempat Institut Pengajian Guru Malaysia, Kampus Darul Aman SK Jitra 3 SK Sultan Ahmad Tajuddin SK Seri Banai Taman Permai, Jitra Institut Pengajian Guru Malaysia, Kampus Darul Aman Kedai runcit Rainbow Taman Permai, Jitra Sek Men Keb Jitra SK Bandar Baru Darulaman Taman Permai, Jitra Institut Pengajian Guru Malaysia, Kampus Darul Aman Institut Pengajian

2 3 4 5 6

Norizan bt. Salleh Siti Ajar bt. Umar Mariah bt. Abd Razak Hasnoni bt. Abdullah Hasyiri b. Osman

Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Lelaki

Melayu Melayu Melayu Melayu Melayu

Guru Guru Guru Suri Rumah Pensyarah

7 8 9 10 11 12

Rajachandran A/L Balachandra Badariah bt. Abd Samad Siti Aisyah bt. Azanan Mahmud b. Abd Rahman Che Suriatie bt. Halim Nur Liyana bt. Ahmad Zaki

Lelaki Perempuan Perempuan Lelaki Perempuan Perempuan

India Melayu Melayu Melayu Melayu Melayu

Peniaga Mengambil upah menjahit Guru Guru Suri Rumah Pelajar

13

Nurul Afiqah bt. Omran

Perempuan

Melayu

Pelajar

14 15 16 17 18 19 20

Zarina bt. Abd Latiff Faridah bt. Mustapha Bahiyah bt. Mat Daud Lee Jit Soon Lim Kok Keong Han Shiung Hei Usop bin Hamzah

Perempuan Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki Perempuan Lelaki

Melayu Melayu Melayu Cina Cina Cina Melayu

Guru Suri Rumah Suri Rumah Peniaga Peniaga Guru Guru

Guru Malaysia, Kampus Darul Aman SK Jitra 2 Taman Permai, Jitra Taman Permai, Jitra Kedai runcit Jit Soon Kedai runcit Jit Soon SJK(C) Chung Hwa SK Jitra 3

Peta lakaran Taman Permai, 06000 Jitra, Kedah

You might also like