You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERAPIT BUKIT MERTAJAM

Tajuk Kajian Komposisi Penduduk dan Kaitannya dengan Jenis Pekerjaan di Taman Desa Damai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Nama Murid Tan Yi Qi

Tingkatan 2F

Nama Guru Geografi Lim Jit Pheng

Tarikh 10 SEPTEMBER 2011

Senarai Kandungan

Tajuk

Muka surat

1.Penghargaan 2.Pendahuluan 3.Objektif Kajian 4.Kawasan Kajian 5.Kaedah Kajian 6.Hasil Kajian 7.Rumusan 8.Rujukan 9.Lampiran

ii iii 1 2-4 5 6-9 10 11 12

Penghargaan Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada: a) Pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan serta kebenaran untuk menjalankan kajian. b) Lim Jit Pheng , guru Geografi kelas saya yang telah banyak memberi panduan,nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan. c) Ibu bapa tersayang yang telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini. d) Ahli-ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama serta sumbangan semasa kajian dijalankan. e) Penduduk di Taman Sri Rambai yang telah memberi kerjasama yang baik semasa temu bual ini dijalankan. f) Semua pihak yang turut sama menjayakan kajian ini.

ii.

Pendahuluan Saya Tan Yi Qi , murid Tingkatan 2F di Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit ,Bukit Mertajam. Saya bersama empat rakan sekumpulan telah menjalankan kajian di kawasan kediaman saya. Kami menjalankan kajian tentang komposisi penduduk di sebahagian kawasan perumahan Taman Desa Damai. Kami juga menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. Kumpulan kami mengambil masa kira-kira 6 minggu untuk menjalankan kajian dan menulis laporan.

Melalui kajian yang dijalankan , saya mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan graf. Saya juga dapat mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian , dan juga jenis pekerjaan penduduk. Saya berbangga dengan penduduk yang berbilang kaum di kawasan kediaman saya.

iii.

Objektif kajian

Objektif kajian kami ialah:

a) Mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi jantina dan kaum.

b) Mengenal pasti tentang jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.

c) Merekod dan mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual , graf , dan peta lakar.

d) Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan.

1.

Kawasan Kajian

Kawasan kajian kami merupakan sebahagian daripada kawasan perumahan Taman Desa Damai. Taman Desa Damai terletak kira-kira 3 kilometer dari pusat Bandar Bukit Mertajam. Lihat Peta 1 yang menunjukkan bandar Bukit Mertajam Dan Peta 2 yang menunjukkan Taman Desa Damai , Bukit Mertajam.

Pekan yang terdekat dengan Taman Desa Damai ialah Taman Sri Rambai dan Taman Mutiara.Terdapat kira-kira 400 buah rumah di taman ini.Taman Desa Damai terletak di kawasan rata. Terdapat sebuah bukit yang terletak di hadapan Taman Desa Damai.

2.

Kaedah Kajian

Dalam menjalankan kajian ini , saya menggunakan kaedah:

a) Pemerhatian Saya memerhati komposisi penduduk mengikut kaum dan jantina di Taman Desa Damai.

b) Temu bual Saya telah menemu bual 20 responden yang terdiri daripada pelbagai kaum.Tujuannya untuk mendapat maklumat tentang jenis pekerjaan mereka. Soalan-soalan yang dikemukakan boleh dilihat dalam Lampiran A.

5.

Hasil Kajian Jadual 1 menunjukkan komposisi penduduk di Taman Desa Damai . Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada kaum Melayu , Cina , India , dan lain-lain . Didapati jumlah penduduk di Taman Desa Damai (berdasarkan 20 rumah terpilih ) ialah 88 orang . Bilangan kaum Melayu ialah 26 orang , iaitu terdiri daripada 11 lelaki dan perempuan . Bilangan Kaum Cina ialah 45 orang , iaitu terdiri daripada 20 lelaki dan 25 perempuan . Bilangan kaum India pula ialah 11 orang , iaitu terdiri daripada 6 lelaki dan 5 perempuan. Bilangan Kaum yang lain ialah 6 orang , iaitu terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan . Jadual 1 Komposisi penduduk di Taman Desa Damai Jantina / Jumlah Lelaki 11 20 25 45 6 5 11 3 3 6 40 48 88 Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

Perempuan 15 Jumlah(%) 26

6.

Komposisi dan Jantina Penduduk di Taman Desa Damai


25 20 15
Lelaki

10 5 0 Melayu Cina India Lain-lain

Perempuan

Graf 1 Komposisi dan jantina penduduk di Taman Desa Damai

Berpandukan Graf 1 , didapati penduduk di Taman Desa Damai terdiri daripada tiga kaum yang utama , iaitu Melayu , Cina , dan India . Bilangan kaum yang terbesar ialah kaum Cina . Kaum yang kedua besar ialah kaum Melayu , diikuti oleh kaum India dan lain-lain. Bilangan perempuan Cina melebihi bilangan lelaki Cina seramai 5 orang .Bilangan perempuan Melayu melebihi bilangan Melayu seramai 4 orang .Bagi kaum India pula , bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan seramai seorang . Bilangan perempuan dan lelaki kaum lain adalah sama .

7.

Jadual 2 Jenis Pekerjaan Penduduk di Taman Desa Damai Jenis Pekerjaan Guru 3 Pekerja Kilang Pengurus 1 Jurutera 1 Peniaga 4 Wakil Jualan 3 Pengawai bank 2 Pemandu Van 1 Juruteknik Kontraktor Doktor Tukang Paip 1 Pencuci Kereta 1 Penyelia 1 Broker Jumlah 2 20 7 4 2 2 33 1 1 2 1 1 1 2 1 1 1 1 1 2 1 4 1 5 1 1 2 2 1 3 Cina Melayu 1 India Lainlain 1 Jumlah 5

8.

Jenis Perkerjaan penduduk di Taman Desa Damai

20
Guru

15
Orang

Peniaga Doktor Pengurus Bank Lain-lain

10 5 0
Jenis Perkerjaan

Graf 2 Jenis pekerjaan penduduk di Taman Desa Damai Jadual 2 dan Graf 2 menunjukkan jenis pekerjaan penduduk di Taman Desa Damai . Terdapat 15 jenis pekerjaan di Taman Desa Damai , iaitu guru , pekerja kilang , pengurus , jurutera , peniaga , wakil jualan , pengawai bank , pemandu van , tukang paip , pencuci kereta , penyelia , dan broker . Sebahagian besar daripada mereka bekerja di kawasan Bukit Mertajam dan Prai. Kaum Melayu bekerja sebagai guru , pekerja kilang , peniaga , juruteknik , kontraktor , dan doktor . Kaum India pula bekerja sebagai pekerja kilang , wakil jualan , doktor , dan pencuci kereta . Lain-lain pekerjaan yang terpapar pada graf 2 terdiri daripada jurutera , pemandu van , juruteknik , kontraktor , tukang paip , dan penyelia . 9.

Rumusan Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Taman Desa Damai mempunyai komposisi penduduk berbilang kaum. Tiga kaum utama ialah Melayu, Cina dan India . Secara amnya, bilangan penduduk perempuan lebih ramai daripada lelaki. Semua penduduk bekerja dalam bidang perkhidmatan atau perniagaan . Lokasi kawasan kajian yang berhampiran dengan bandar membolehkan mereka pergi ke tempat kerja dengan mudah.

Saya berasa amat bertuah kerana penduduk di kawasan ini hidup secara aman dan damai. Mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain dengan baik. Mereka sering mengadakan rumah terbuka sewaktu perayaan serta mengadakan aktiviti bergotong-royong.

Saya berasa puas hati dengan kajian yang telah saya siapkan . Melalui kajian ini , saya telah dapat mengenal pasti komposisi dan jenis pekerjaan penduduk , saling kaitan komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Taman Desa Damai , dan juga penerapan nilai dan unsur patriotisme .

10.

Rujukan Buku Ilmiah Chong Mui Sen , (2002). Revisi Intensif Merif PMR Geografi . Petaling Jaya : Sasbadi Sdn.Bhd.

Akhbar Utusan Malaysia , 19Julai 2000, halaman 8

Orang Sumber Tan Pin Pin , 36 tahun , No 49A , Jalan Ria 8/6 , Taman Desa Damai , 14000 Bukit Mertajam.

Internet Forestry Peninsular Malaysia http://www.forestry.gov.my/homepage/chat96.html[2002,April

Lampiran A Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit Jalan Berapit, 14000 Bukit Mertajam. Pulau Pinang. Borang Temu Bual

1. Nama Murid 2. Tingkatan 3. Tarikh 4. Kawasan Kajian 5. Nama Responden 6. Jantina

: ____________________________________ : ____________________________________ : ____________________________________ : ____________________________________ : ____________________________________ : ____________________________________

7. Kaum (pangkah dalam petak berkenaan ) : Melayu Cina India Lain-lain 8. Bilangan penghuni 9. Jenis pekerjaan : ____________________________________ : ____________________________________

10. Bilangan yang bekerja : ____________________________________

You might also like