You are on page 1of 2

JUSTIFIKASI

Kami telah mengumpul barangan harga dan diskaun dari kedai-kedai yang berhampiran dengan IPGKTB.Kami mendapati jumlahnya melebihi wang simpanan kami.Oleh itu,kami telah membuat pinjaman dari bank.Kami telah membuat bandingan antara ketiga-tiga bank iaitu Bank A, Bank B dan Bank C.Kumpulan kami telah menggunakan formula kadar faedah terkumpul (compound interest) dan kadar faedah biasa (simple interest) untuk mengira kadar faedah yang dikenakan oleh bank-bank tersebut. Mengikut kehendak soalan,bank A menggunakan kadar faedah terkumpul untuk mengira kadar faedah manakala Bank B dan Bank C menggunakan formula yang sama iaitu kadar faedah biasa untuk mengira kadar faedah.Melalui kajian dan bincangan yang telah kami buat,kami mendapati Bank B mengenakan kadar faedah paling rendah berbanding dengan kedua-dua bank lain.Bank B dan Bank C menggunakan formula yang sama tetapi kadar faedah Bank B lebih rendah kerana kadar faedah yang dikenakan oleh Bank B ialah 3.65 setahun manakala Bank C adalah 3.70 setahun. Akhirnya,kami telah memilih bank B sebagai pilihan kami untuk membuat pinjaman kerana kadar faedah yang perlu dibayar balik adalah paling rendah antara ketiga-tiga bank tersebut.Interest berpatutan.Selain itu,kami masih sebagai pelajar,bank ini menjadi pilihan yang sesuai untuk kami membuat pinjaman kerana kadar faedah yang dikenakan berpatutan dan kami masih mampu membayar balik. Jadi, bank B menjadi pilihan kami.

You might also like