You are on page 1of 1

Analisis Kewangan

Syarikat DRB-Hicom Berhad bagi 3 tahun bermula tahun 2015, 2016, dan 2017

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan dengan analisis kewangan syarikat DRB-HICOM


Berhad bagi 3 tahun bermula tahun 2015, 2016 dan 2017. Kajian ini dijalankan untuk
mencapai empat objektif utama berkaitan analisis kewangan berdasarkan laporan
kewangan syarikat DRB-Hicom Berhad. Antara objektifnya termasuklah menghitung,
mentafsir, membandingkan serta menjelaskan implikasi nisbah kewangan yang diperolehi
kepada pertumbuhan syarikat DRB-Hicom Berhad. Nisbah-nisbah kewangan yang
digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis kedudukan kewangan syarikat DRB-HICOM
Berhad merangkumi nisbah semasa, nisbah cepat, margin untung kasar, margin untung
bersih, pulangan atas ekuiti, dan nisbah hutang atas aset. Dalam kajian ini, pengkaji hanya
menggunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat seperti laporan tahunan
syarikat, laman web rasmi syarikat, laporan akhbar, dan artikel untuk menjalankan analisis
kewangan terhadap syarikat DRB-HICOM Berhad. Secara keseluruhannya, hasil kajian
menunjukkan kedudukan kewangan syarikat DRB-HICOM Berhad adalah kurang baik.
Nisbah semasa dan nisbah cepat syarikat DRB-HICOM turun dan naik antara tahun 2015
hingga 2017. Selain itu, margin untung kasar syarikat menurun pada tahun 2016 dan
meningkat pada tahun 2017; Sebaliknya, margin untung bersih syarikat pada tahun 2015
dan 2017 lebih rendah daripada tahun 2016. Manakala pulangan atas ekuiti syarikat
menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan tahun 2015 dan tahun 2017.
Bagi hutang atas aset syarikat pula, menigkat pada tahun 2016 dan mahupun menurun pada
tahun 2017 tetapi hanya menurun 3% sahaja dan masih sangat tinggi nilai hutang syarikat.
Pengkaji mencadangkan syarikat harus mengurangkan liability semasa, perbelanjaan
syarikat dan syarikat perlu sentiasa bersifat kreatif dan efektif dalam menpelbagaikan
pilihan produk dan menambahbaikkan produk sedia ada serta mengkaji keperluan semasa
pelanggan bagi memenuhi cita rasa para pelanggan.

You might also like