You are on page 1of 3

Bidang perakaunan dipercayai merupakan profesion kedua tertua di dunia.

Semua organisasi
memerlukan akauntan bertauliah untuk menyediakan akaun syarikat mereka. Tugas akauntan adalah
menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta masa depan individu,
perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain menyediakan penyata kewangan dan
merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga ditugaskan untuk mengira kos dan keuntungan serta
mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai dan pengurusan pekerja.

Kerjaya dalam bidang perakaunan baru-baru ini menjadi jauh lebih menguntungkan daripada dulu.
Laporan terbaru oleh Biro Statistik Buruh telah menunjukkan bahawa pengambilan pekerja akauntan
dan juruaudit diunjurkan meningkat 4 peratus dari 2019 hingga 2029.

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan
penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat
insuran dan firma perakaunan.

Senarai Kerjaya yang Boleh Dipasarkan dalam Perakaunan

Lihat senarai di bawah;

Audit

Financial Analyst

Penganalisis Risiko

Pegawai Pematuhan

Akauntan forensik

Pengurus Analisis Kredit

Akauntan Cukai

Penganalisis Bajet

Penyimpan kira-kira

Pengarah Kewangan
Apakah LCCI?

London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) International Qualifications merupakan salah satu
badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus
berkaitan dengan bidang perniagaan. Sejak tahun 1881, pengiktirafan LCCI telah banyak membantu para
pelajar mencapai kejayaan dalam dunia pekerjaan. Dalam pasaran alam pekerjaan yang penuh saingan,
kemahiran vokasional LCCImerupakan kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa dan
kecekapan di dalam industri yang berkaitan.

Setiap tahun, jumlah pendaftaran LCCI melebihi 500,000. Para pelajar dari 125 buah Negara telah
menggunakan kelulusan LCCI sebagai peningkatan kemahiran mereka di dalam alam pekerjaan. Oleh
kerana kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri, semakin ramai
graduan LCCI untuk memasuki universiti dan badan professional.

LCCI mempunyai pelajar di seluruh Asia melebihi 24 buah Negara dan terkemuka terutama di Singapora,
Malaysia dan Hong Kong. Peperiksaan LCCI telah dijalankan di Malaysia lebih daripada 70 tahun dan
pelajar dari satu generasi ke generasi telah mencapai kejayaan di dalam kerjaya dengan kelulusan
kewangan LCCI.

Apakah Projek Dua Pensijilan SPM?

Projek Dua Pensijilan SPM merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan LCCI
International Qualifications untuk menganugerahkan pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang layak
menerima sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’ dari LCCI International
Qualifications.

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan akademik pelajar serta menaikkan daya saing
mereka dengan kehendak dunia pekerjaan. Pelajar yang mempunyai sijil ini berserta dengan kemahiran
tertentu, sudah pasti mempunyai peluang pekerjaan yang cerah.

Siapakah yang Layak Memohon Sijil LCCI?

Semua pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang memperolehi gred 6C dank e atas akan layak mendapat sijil
‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)’.

Selain itu, pelajar yang memperolehi gred 6C dan ke atas bagi SPM Prinsip Perakaunan dan Bahasa
Inggeris 1119 akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’.

Apakah kebaikan memperolehi sijil LCCI?

Sijil LCCI memberikan beberapa kebaikan seperti berikut:

• PENGIKTIRAFAN - LCCI dikenali oleh semua syarikat di Malaysia, tidak kira syarikat yang kecil mahupun
yang besar, disebabkan ciri-ciri praktikalnya yang berkaitan dengan kehendak pasaran.
• ANTARABANGSA - Kualiti LCCI adalah konsisten di seluruh dunia serta member jaminan kepada para
pelajar bahawa ia boleh digunakan di peringkat antarabangsa.

• FLEKSIBEL - LCCI bersesuaian bagi pelajar sepenuh masa mahupun orang dewasa yang sibuk dengan
kerjaya kerana ia merupakan kelulusan yang boleh dilakukan dalam modul jangka pendek untuk
digabungkan sebagai ijazah Diploma dalam tempoh masa yang diberi.

You might also like