You are on page 1of 10

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)

EPPA 4123 TEORI DAN AMALAN PERAKAUNAN

SET 4 SEMESTER 2 SESI 2017/2018

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK: PELAPORAN KEWANGAN DUA PERINGKAT DI MALAYSIA

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. NORADIVA BINTI HAMZAH

NAMA PELAJAR : NURUL IZAJA BINTI MD SAAD

NOMBOR MATRIK : A147461


Isi Kandungan

Bilangan Butiran Muka Surat


1.0 Pengenalan Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) 2-3
2.0 Latar Belakang Kerangka Laporan Kewangan Dua Peringkat di 4
Malaysia
3.0 Kewajaran Kerangka Pelaporan Kewangan Dua Peringkat di 5 -8
Malaysia
4.0 Rujukan 9

1
1.0 Pengenalan Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME)

Amalan pelaporan kewangan pada mulanya ditadbir dan diuruskan dengan berpandukan
Akta Syarikat 1965, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan senarai keperluan yang terdapat
Penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur dan Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE). Namun
begitu, penetapan standard yang perlu dipatuhi untuk menyediakan pelaporan kewangan adalah
di bawah tanggungjawab Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB), di mana MASB
akan meluluskan standard daripada International Accounting Standard (IAS) yang sesuai
diaplikasikan di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kebanyakkan adalah
perniagaan kecil dan sederhana (SME) di dalam ekonomi Malaysia, di mana ia boleh
diklasifikasikan mengikut tiga kategori iaitu mikro, kecil dan sederhana, dan ia juga boleh dilihat
perniagaan di dalam kategori yang mana berdasarkan dua kriteria iaitu bilangan pekerja yang
terdapat di dalam perniagaan itu atau pun jumlah hasil jualan tahunan yang dijana oleh
perniagaan tersebut. Contoh kategori dan kriteria boleh dirujuk di rajah 1.

Kategori/Kriteria Bilangan pekerja Hasil tahunan


Micro
Industri Pembuatan Kurang dari 5 orang Kurang dari RM250,000
Sektor Perkhidmatan Kurang dari 5 orang Kurang dari RM200,000
Kecil
Industri Pembuatan 5 sehingga 50 orang RM250,000 sehingga RM10 juta
Sektor Perkhidmatan 5 sehingga 19 orang RM250,000 sehingga RM1 juta
Sederhana
Industri Pembuatan 51 sehingga 150 orang RM10 juta sehingga RM25 juta
Sektor Pekhidmatan 20 sehingga 50 orang RM1 juta sehingga RM5 juta
Rajah 1

2
Berdasarkan kriteria di atas, jika perniagaan memenuhi salah satu daripada kriteria
tersebut maka ia boleh diklasifikasikan sebagai SME di Malaysia. Berdasarkan kepada Laporan
Tahunan 2011 dan 2012 bagi SME Corporation, SME terdiri daripada 97.3 peratus daripada
jumlah perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan memberikan peluang pekerjaan
sebanyak 57.3 peratus. Selain itu, SME juga merupakan salah satu penyumbang terbesar
terhadap produk domestik iaitu sebanyak 32.5 peratus. Ini menunjukkan bahawa sektor SME
merupakan sektor yang penyumbang utama terhadap ekonomi Malaysia dan pada masa tersebut,
SME di Malaysia mengunakan Private Entity Reporting Standard (PERS) sebagai piawaian dan
standard di mana PERS ini adalah hampir sama dengan International Accounting Standard (IAS)
yang terdahulu.

3
2.0 Latar Belakang Kerangka Laporan Kewangan Dua Peringkat di Malaysia

Pada tahun 2006, MASB telah membuat keputusan untuk menukarkan Kerangka Laporan
Kewangan satu peringkat kepada Kerangka Laporan Kewangan dua peringkat. Di bawah
kerangka laporan kewangan dua peringkat ini, entiti swasta diberi pilihan untuk memilih sama
ada mereka mahu mengaplikasikan PERS atau International Financial Reporting Standard
(IFRS) di dalam laporan kewangan mereka mengikut kesesuaian perniagaan dan pihak
pengurusan mereka. Perubahan ini dilakukan bertujuan untuk meringankan beban entiti swasta
dalam proses pematuhan pelaporan kewangan yang diamalkan pada waktu tersebut. Hal ini
kerana, pada tahun 2006, disebabkan oleh kerumitan di dalam IFRS, maka MASB membuat
keputusan untuk menukarkan Kerangka Pelaporan Kewangan iaitu daripada satu peringkat
kepada dua peringkat. Perubahan ini dilakukan bertujuan untuk meringankan beban entiti swasta
dalam proses pematuhan pelaporan kewangan yang diamalkan pada waktu tersebut. Hasilnya,
entiti swasta diberikan dua pilihan untuk mengaplikasikan standard yang digunakapakai dalam
perniagaan mereka iaitu sama ada PERS atau Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS).
Selain itu juga, di dalam kerangka laporan dua peringkat ini, PERS ditubuhkan hanya kepada
entiti swasta.

Pada masa perubahan itu dilakukan, Kerangka PERS bertujuan hanyalah sebagai standard
sementara, di mana ia digunapakai oleh entiti swasta bagi menunggu MASB memperkenalkan
satu set piawaian perakaunan yang baru kepada entiti swasta. Oleh itu, kerangka pelaporan
kewangan yang diperkenalkan pada tahun 2006, salah satunya merupakan piawaian yang
dicadangkan oleh MASB iaitu IFRS kepada entiti swasta kerana MASB merasakan standard ini
sesuai dan relevan dengan entiti swasta. Sementara menunggu IASB untuk memperkenalkan
standard yang berlainan kepada Small and Medium Entity (SME), MASB membuat keputusan
untuk membuat piawaian mereka, oleh itu Exposure Draft (ED) 52 Private Entity Reporting
Standards telah dikeluarkan pada Jun 2006, Exposure Draft 72 Financial Reporting Standards
for Small and Medium-sized Entities pada Mac 2010 dan Exposure Draft 74 Amendments to
Financial Reporting Standards arising from Reduced Disclosure Requirements pada Disember
2010.

4
3.0 Kewajaran Kerangka Pelaporan Kewangan Dua Peringkat di Malaysia

Pada pendapat saya, kewujudan Kerangka Pelaporan Kewangan dua peringkat di


Malaysia mempunyai kelebihan keburukan yang tersendiri. Seperti yang kita tahu, berdasarkan
sejarah penubuhan kerangka pelaporan kewangan ini, kita dapat melihat bagaimana proses
kemunculan standard-standard perakaunan yang digunapakai oleh Malaysia pada masa kini iaitu
IFRS,PERS,MFRS dan yang terbaru adalah Malaysian Private Entity Reporting Standard
(MPERS) yang diperkenalkan pada tahun 2016, manakala bagi sektor kerajaan pula adalah
perubahan daripada perakaunan asas tunai kepada asas akruan di mana Malaysia Public Sector
Accounting Standard (MPSAS) diperkenalkan bagi mengaplikasikan perubahan perakaunan
yang akan berlaku dalam sektor kerajaan. Oleh itu, pada pendapat saya pengenalan terhadap
kerangka laporan kewangan dua peringkat ini sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada
perniagaan terutamanya kepada perniagaan kecil dan sederhana. Selain itu juga, dengan
wujudnya kerangka pelaporan ini, perniagaan SME perlulah memahami terlebih dahulu
perbezaan yang wujud di antara PERS dan IFRS. Hal ini untuk memudahkan mereka mengetahui
standard yang mana yang lebih sesuai terhadap perniagaan mereka. Mereka juga dapat mengenal
pasti kelebihan dan kekurangan yang akan diperolehi oleh mereka dalam menggunakan standard
piawaian tersebut. Jika SME merasakan bahawa mereka mampu untuk menggunakan IFRS,
maka mereka diharuskan untuk menggunakan standard tersebut. Hal ini kerana, IFRS lebih
diberikan keutamaan terhadap pemakaian standard pelaporan kewangan.

Ini kerana bukan hanya akauntan sahaja menggunakan IFRS malah juruaudit juga
merupakan salah satu yang perlu memahami IFRS untuk digunapakai dalam proses menyemak
maklumat kewangan semasa melakukan kerja-kerja audit. Seperti yang kita tahu, kewujudan
perniagaan kecil dan sederhana ini meningkat dari tahun ke tahun dan mereka juga merupakan
salah satu sumber yang menyumbang kepada pendapatan negara, di mana 99% peratus daripada
perniagaan yang ada di Malaysia merupakan SME, oleh itu ia boleh dikatakan sebagai tulang
belakang kepada pendapatan negara kita. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, PERS
merupakan standard yang mudah, senang untuk difahami dan tidak sukar untuk diaplikasikan.
Oleh demikian, dengan wujudnya perubahan ini, ia memudahkan SME dalam perekodan
maklumat kewangan mereka serta standard yang perlu mereka patuhi dalam menyediakan
penyata kewangan. Di Malaysia, entiti perniagaan akan berada di bawah kategori SME jika

5
mereka memenuhi definisi berdasarkan bilangan pekerja dan perolehan jualan seperti yang
dinyatakan di rajah 1.

Selain itu, jenis perusahaan ini tidak tertakluk kepada undang-undang bursa saham dan
peraturan. Di Malaysia, SME dikecualikan daripada Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia
dan tidak berada di bawah pemantauan Suruhanjaya Sekuriti. Oleh itu, piawaian yang diperlukan
syarikat-syarikat untuk mematuhi keperluan badan-badan pengawalseliaan seperti Interim
Pelaporan Kewangan dan Pelaporan Segmen akan dihapuskan. Laporan Kewangan Interim
adalah standard yang memerlukan syarikat mengumumkan atau menghantar penyata kewangan
suku tahunan yang tidak diaudit kepada pentadbir security exchange manakala Pelaporan
Segmen adalah standard yang menghendaki syarikat melaporkan prestasi kewangannya
mengikut segmen seperti produk,negara, anak syarikat dan lain-lain. Di samping itu juga, dengan
menggunakan PERS, perniagaan boleh menggunakan kaedah atau prinsip mengiktirafan dan
pengukuran yang lebih mudah daripada IFRS. Sebagai contoh, pelunasan aset tak ketara dalam
syarikat tersenarai mestilah setiap tahun dikaji semula.Walau bagaimanapun, bagi SME,
semakan tertentu hanya dibuat jika penyedia laporan kewangan berpendapat bahawa item
kewangan mungkin berubah selepas dikemaskini. Di dalam SME juga, tidak terdapat
permodalan peminjaman dan penyelidikan dan kos pembangunan untuk SME berbanding dengan
syarikat yang disenaraikan.

Namun begitu, terdapat beberapa ujian wajib dilaksanakan sebelum kos tersebut boleh
dimodalkan atau dibelanjakan di dalam penyata kewangan SME. Pendedahan yang perlu
didedahkan di dalam penyata kewangan perniagaan SME adalah lebih sedikit berbanding dengan
syarikat tersenarai, jadi ini memudahkan mereka dalam penyediaan laporan kewangan. Namun
begitu, jika SME tersebut adalah sebuah perniagaan yang sudah membangun, maka adalah
digalakkan oleh mereka untuk menggunakan kaedah IFRS. Hal ini kerana, pendedahan yang
perlu dipatuhi oleh piawaian yang terdapat di dalam IFRS adalah lebih terperinci berbanding
dengan PERS. Seperti yang kita tahu, segala pendedahan di dalam penyata kewangan akan
menjadi maklumat kepada pengguna luaran penyata kewangan itu. Jadi lebih mudah untuk
mereka mengetahui kedudukan kewangan syarikat kita yang sebenar dan dapat menyakinkan
mereka mengenai kedudukan laporan kewangan syarikat kita serta dapat menarik pihak luar

6
untuk melabur di dalam syarikat kita serta mudah untuk memperolehi dana seperti pinjaman
daripada bank.

Oleh itu, jika perniagaan itu merasakan bahawa mereka tidak mampu untuk memenuhi
prinsip yang terdapat di dalam MFRS maka mereka dibenarkan untuk memilih PERS. Hal ini
adalah untuk memudahkan perniagaan SME dalam menjalankan perniagaan mereka.
Berdasarkan pengetahuan saya, perniagaan SME ini selalunya ditubuhkan dengan modal yang
kecil-kecil dan pengusaha perniagaan SME ini juga tidak semestinya daripada kalangan yang
terlibat dalam perakaunan atau perniagaan. Oleh itu, pengetahuan yang mereka ada mungkin
lebih sedikit berbanding dengan orang yang sememangnya mengambil jurusan perakauanan.
Seperti yang kita tahu, IFRS adalah satu standard yang kompleks di mana agak sukar untuk
difahami kepada orang yang bukan latar belakang daripada perakaunan. Oleh itu, dengan
wujudnya PERS ini, ia bukan sahaja dapat membantu mereka untuk melakukan proses pelaporan
kewangan yang lebih mudah sebaliknya menarik lebih ramai pengusaha kecil untuk menubuhkan
perniagaan SME di Malaysia. Selain itu, dengan adanya kerangka laporan kewangan dua
peringkat ia membantu perniagaan SME dalam mengurangkan kos mereka, di mana mereka
boleh menjimatkan penggunaan kos mereka dalam menyediakan penyata kewanagan mereka.
Hal ini kerana, jika syarikat dikehendaki menggunapakai IFRS, kosnya adalah besar di mana
lebih banyak keperluan dengan lebih banyak piawaian yang perlu dipatuhi.

Syarikat juga perlu menanggung kos yang lebih tinggi untuk menggunakan akauntan
berpengetahuan. Hal ini kerana, jika hanya menggunakan PERS syarikat boleh memahami
sendiri, ini kerana standard ini mudah untuk difahami berbanding dengan IFRS. Namun begitu,
jika syarikat SME mempunyai akauntan di dalam syarikat mereka, sewajarnya mereka
menggunakan IFRS dalam penyediaan laporan kewangan mereka. Hal ini kerana, akauntan
kebanyakkan memahami dan mengetahui IFRS secara terperinci dan ini memudahkan untuk
akauntan menjawab pertanyaan juruaudit mengenai perakaunan kerana menggunakan piawaian
yang sama seperti juruaudit. Jadi ini memudahkan juruaudit dalam melakukan proses audit dan
dapat mengurangkan jurang pendapat di antara juruaudit dan syarikat. Seterusnya, komponen
piawaian perakaunan yang akan digunakan oleh SME seperti PERS dan IFRS akan memberi
manfaat kepada pengguna penyata kewangan kerana mereka dapat membandingkan satu syarikat
dengan syarikat lain dengan mudah. Tambahan pula, bagi SME di mana mereka boleh

7
membandingkan kedudukan dan penyata kewangan SME dengan pesaing yang terdapat di dalam
industri perniagaan SME itu untuk melihat prestasi industri secara keseluruhan serta
menjalankan analisis trend dan ramalan lebih tepat. Para pengguna penyata kewangan seperti
bakal pelabur, pembekal, pelanggan, pemberi pinjaman dan institusi kewangan boleh membuat
analisis dan membuat keputusan lebih mudah mengenai objektif dan analisis mereka.

Akhir sekali, dengan wujudnya kerangka laporan ini, ia memberikan kelebihan kepada
SME untuk memilih jenis standard yang akan digunpakai oleh mereka. Hal ini, hanya mereka
sendiri yang mengetahui tahap mana kemampuan mereka untuk menggunakan standard tersebut.
Jika mereka mampu untuk menggunakan MFRS di dalam perniagaan, maka mereka digalakkan
untuk menggunakan standard tersebut. Hal ini kerana, dengan menggunakan MFRS ia
memudahkan juruaudit yang akan mengaudit syarikat SME. Ini kerana juruaudit berpandukan
MFRS dalam melakukan proses pengauditan mereka. Selain itu juga, kewujudan kerangka
laporan ini memberi ruang kepada SME untuk menjalankan perniagaan mereka tanpa tekanan.
Seperti yang kita tahu, pada mulanya standard PERS yang digunapakai sepenuhnya dalam
standard pelaporan kewangan, namun jiia perniagaan SME tersebut sudah berkembang dan
mampu untuk memperluaskan lagi perniagaannya, maka wajarlah SME tersebut untuk
menggunapakai MFRS. Hal ini kerana MFRS adalah lebih terperinci berbanding dengan PERS.
Oleh itu, syarikat dapat mengetahui prestasi perniagaan mereka dalam keadaan yang sebenar.
Jika syarikat tersebut hanya mampu untuk menggunakan PERS di dalam pelaporan kewangan
mereka, maka sewajarnya mereka kekal untuk menggunakan PERS. Ini kerana jika mereka
menggunakan MFRS, berkemungkinan prestasi perniagaan tidak dapat ditunjuk dalam keadaan
yang sebenar dan ini juga mungkin akan mempengaruhi peluang-peluang yang akan diperolehi
oleh mereka pada mas hadapan. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu laporan kewangan adalah
sangat penting kepada pengguna luaran untuk melihat sama ada mereka ingin berurusniaga
dengan kita ataupun tidak.

8
4.0 Rujukan

http://www.masb.org.my/pdf.php?pdf=RequestforViews_2012Feb29.pdf&file_path=uploadfile

http://ajbasweb.com/old/ajbas/2012/July/98-108.pdf

You might also like