You are on page 1of 8

Cadangkan langkah-langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam

kalangan pelajar di dalam bilik darjah

4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU

Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan
oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnik dan
budaya mereka.

ISI KANDUNGAN (CONTENT)


Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk
menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila
perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini
akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses
pembelajaran dalam bilik darjah.

MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP


Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang
terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan :
1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras
dan kelompok lain.
2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang
dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar
bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang
kaum, kebolehan dan keistimewaan.

MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF


Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan iklin
yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru yang lebih
terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar yang berbeza
latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.

MENGGUNAKAN

BAHAN-BAHAN

DAN

KAEDAH

YANG

BOLEH

MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK


Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan keperluan
serta stail pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap pengajarannya lebih
mudah.

PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARAN


Stail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu itu.
Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik dan
berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka
berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang
berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan
pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu
berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat
merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat
strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :

Implikasi kepada guru


Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap professional. Tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak
guru yang mengajar mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani
masalah kepelbagaian sosio-budaya murid-murid agar masalah guru syok sendiri
dalam mengajar tidak berlaku.
Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara-perkara
pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan
relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran

bilik darjah, masa yang

diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.

Dalam erti kata lain,

elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan
meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid,
penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan.
Selain

itu

guru

perlu

mahir

dalam

menguruskan

bilik

darjah

dan

mengintegrasikan TMK. Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu


yang menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu
standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat
mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang
optimum.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia,


(2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan
mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
i.

Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan


murid secara aktif;

ii.

Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap


pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

iii.

Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa


Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan memberi peluang
sama rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang
kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina.
Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan
untuk memberi peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran.
Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk
persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan
kecelaruan tersebut. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah
dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh
setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada
penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama
mereka.
Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi
pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang
sesuai untuk mengatasi kelemahan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah
bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui

dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk
jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur
pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.
Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan
paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa.
Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya.
Penyampaian

pengajaran

guru

haruslah

kreatif

dan

efektif,

menarik

dan

menyeronokkan. Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru


bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan
meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir,
pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat
kerja.

Petikan perlembagaan Malaysia


Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid
berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosiobudaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib
mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial
dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas
sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan
amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah
berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid.
Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung
semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya
membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara. Dalam
berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan

oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras
bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak
kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid
sentiasa bertambah.
Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan
tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas
mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua
kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka
tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Guru sebagai role model kepada murid-murid. Murid biasanya akan terpengaruh
kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu
guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid,
dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku
negative. Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping
meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik
minat murid.
Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran

akan

membantu

mengurangkan

ketidakseimbangan

di

dalam

penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali


dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.
Cadangan

kaedah

P&P dalam menangani

kepelbagaan

sosio-budaya

murid.

Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah


yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang
sama

rata

dalam

penerimaan

pembelajaran.

Acapkali

dibaca

dan

didengar

permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan sebagainya


yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui, namun kita harus menerima

hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang
tidak komited terhadap kerjayanya.
Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa
Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah
masa depan kaum mereka. Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli,
kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang
Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.
Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalahmasalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan
tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan
ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi
mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi
bahkan mereka akan tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka
akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa.
Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini
menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk
belajar. Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam
kehidupan Orang Asli. Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta
suka menyanyi. Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam
merancang kaedah P&P yang sesuai untuk menarik minat anak-anak Orang Asli ini
mengikuti pelajaran. Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong.
Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat
haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan perkara perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk
dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai
anak

Orang

Asli

di

dalam

kelas

tersebut.

You might also like