You are on page 1of 11

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyuluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan unbtuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmnonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

C.2

RUKUN NEGARA

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

1 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.3

TERAS PERKHIDMATAN

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggangjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara Berpegang teguh kepada ajaran agama

C.4

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Bahawa kami, anggota Kerajaan Malaysia, Menyedari tanggugjawab kepada Negara, Bangsa dan Agama Menjunjung cita-cita Rukun Negara Berpegang teguh kepada Teras Perkhidmatan Cemerlang Berikrar akan; Menghayati nilai-nilai murni kepimpinan Mengamalkan perilaku mulia kepimpinan Menyemarakkan contoh-contoh unggul kepimpinan yang Bersih, Cekap, Amanah Bagi Meninggikan Hasil Kerja Demi kesejahteraan dan keteguhan rakyat serta kedaulatan Negara.

C.5

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN, MALAYSIA

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

2 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesin kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

I.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJARAN

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaranyang diajar di bilik darjah tanpasebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikthsas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tinggi.
FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

3 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

II. 1. 2.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA Menghormati tanggugjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

3.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya mengetahuinya. kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

4.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5.

Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6.

Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

2.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

4 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

3.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5.

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

6.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB PERGURUAN 1.

TERHADAP

RAKAN

SEJAWAT

DAN

PROFESION

Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

5.

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

C.6

VISI SEKOLAH

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

5 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KATHOLIK, PETALING JAYA Huraian ; Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu akan menjadi salah sebuah Sekolah Cemerlang dari segi pencapaian akademik dan ko-kurikulum pada tahun 2010.

Dari segi akademik, Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu mensasarkan untuk


mencapai 75% lulus penuh dengan berkualiti pada tahun 2010.

Manakala

dari

segi

ko-kurikulum,

Sekolah

Kebangsaan

Nanga

Tibu

mensasarkan lebih banyak lagi penyertaan pelajar sehingga ada yang akan mewakili negeri dalam bidang permainan dan olahraga pada tahun 2010.

Dari segi pembentukan sahsiah, Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu akan


menghasilkan pelajar yang penuh berbudi pekerti pada tahun 2010.

C.7

MISI SEKOLAH

Warga Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu akan merealisasikan visi sekolah melalui ; 1. Berusaha meningkatkan prestasi akademik sekolah, 2. Berusaha menghapuskan Buta 3M, 3. Memupuk penglibatan ko-kurikulum yang menyeluruh dengan pendekatan yang berkesan, 4. Memupuk sahsiah dan disiplin murid yang baik dengan pendekatan sahsiah, 5. Memupuk demangat perpaduan di antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

6 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.8

MOTTO SEKOLAH USAHA TANGGA JAYA

C.9

PIAGAM PELANGGAN

BAHAWASANYA, kami Warga Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu dengan ini


berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut ; MURID-MURID

Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid


secara adil dan saksama.

Memastikan semua murid diberi buku teks sehari sebelum setiap sesi
persekolahan bermula.

Memastikan semua murid di Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu mendapat


layanan yang adil dan sama rata.

Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan ko-kurikulum


sekurang-kurangnya 1 persatuan, 1 kelab dan 1 aktiviti sukan dan permainan.

WARIS

Setiap waris murid-murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara
adil dan sama rata.

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

7 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas diberi tidak lebih daripada lima (5)
hari bekerja.

Setiap cadangan atau usul yang baik dan munasabah akan dibincang dalam
mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru. STAKE HOLDER

Memastikan setiap arahan dan permohonan dari Kementerian Pelajaran


Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Gabungan(PPG) mahupun Pejabat Pelajaran Daerah Kecil (PPDK) mendapat tindakan seberapa segera selepas surat atau arahan diterima.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi, sila
berjumpa terus dengan pentadbir sekolah atau menghubungi melalui talian 0198672027 atau 083 326078.

GURU DAN KAKITANGAN

Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang
masing-masing sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

Sebarang masalah atau kesulitan guru dan kakitangan akan diambil tindakan
segera ; tidak lebih daripada lima (5) hari bekerja.

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

8 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.10

SEJARAH SEKOLAH DITUBUHKAN pada pertengahan tahun 60 an di tebingan Sungai Engkari yang

hanya bersebelahan dengan sebatang anak sungai kecil yang dinamakan Sungai Tibu. Dari situlah nama SK Nanga Tibu diberi. Pada awal pembukaan SK Nanga Tibu, bangunan sekolahnya dan kuarters guru dan kakitangan lain beratapkan lembaran keping kayu dan lantainya dibina daripada sejenis buluh besar yang dijadikan kepingan kecil. Didapati 7 buah rumah panjang yang telah menghantar anak-anak bersekolah ke SK. Nanga Tibu.Yakni sehingga terbinanya Empangan Hidro, batang Ai. Sehingga tahun 2007, seramai 7 orang Guru besar yang telah berkhidmat di SK Nanga Tibu. Dari segi pencapaian akademik, SK. Nanga Tibu tidaklah begitu menyerlah malahan selalu sahaja digelar Sekolah berprestasi Rendah. Dalam Bidang ko-kurikulum pula, sekolah ini agak menyerlah sehingga ada pelajar yang sampai ke tahap Peringkat Negeri dalam olahraga dan permainan bola sepak. Daripada sekolah yang kecil, hingga sekarang SK. Nanga Tibu telah mempunyai populasi pelajar sehingga 106 orang pada tahun 2008. Namun demikian, sekolah ini masih bergelar Sekolah Kurang Murid (SKM). SK. Nanga Tibu telah dibantu oleh pihak Jabatan Pelajaran (JPN,PPG & PPDK) sehingga sekolah ini berdiri megah di tebingan Sungai Engkari dan kawasan lerengan bukit sekitarnya.

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

9 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.11

LATAR BELAKANG WARIS PELAJAR-pelajar SK. Nanga Tibu datang dari 4 buah kampung rumah panjang

kaum Iban yang berdekatan iaitu Rh. Jarau, Kampung Ukom ; Rh. Ugat, Kampung Spaya ; Rh. Sunok, Kampung Stamang dan Rh. Liam, Rantau Kemayau Manis. Hampir semua pelajar kita terdiri datang daripada keluarga petani. Hanya ibu bercucuk tanam, menoreh getah dan kadangkalanya menangkap ikan. Purata pendapatan sesebuah keluarga pelajar kira-kira lebih kurang RM350.00 sebulan. Ternyata disini, mereka ialah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Kesimpulannya, SK. Nanga Tibu adalah sekolah yang jauh di pendalaman yang mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada golongan ibu bapa berpendapatan rendah. bapa anak kepada kakitangan sekolah yang mempunyai pekerjaan tetap. Ibu bapa mereka

C.12

LOGO SEKOLAH

1. Mata Pena 2. Obor

- Belajar sehingga ke peringkat pengajian tinggi - Usaha pendidik memberi ilmu kepada pelajar

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

10 daripada 10

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA
Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C LATAR BELAKANG JABATAN Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

3. Buku 4. Segi 6 Biru 5. Keseluruhan

- Menghapuskan KIA 2M dan 3M - Hala tuju yang berdimensi - Perpaduan di kalangan warga sekolah dan komuniti

FAIL MEJA Guru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

11 daripada 10

You might also like