You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN BILIK SIBER SK JALAN SEMENYIH DUA, 43000 KAJANG SELANGOR Pendahuluan Program pembangunan bilik

Siber ini yang julung kalinya akan diperkenalkan ini dirangka bagi memenuhi masa lapang murid-murid di luar waktu persekolahan. Pembelajaran kendiri yang berorientasikan Input learning dan Output learning ini dijangka dapat meningkatkan pembudayaan ICT dikalangan murid-murid di dalam pembelajaran. Justeru itu, sebuah bilik Siber perlu diwujudkan di sekolah bagi memenuhi keperluan ini. Latar belakang Projek 1. Melaksanakan dasar-dasar kerajaan -Celik IT - Pembestarian sekolah 2. Pendidikan bertaraf dunia abad ke-21 -kurikulum -perkakasan dan perisian -infrastruktur -mewujudkan persekitaran pembelajaran maya ( VLE ) 3. Murid yang berminat akan menjadi ahli dan memberi sumbangan sebanyak RM0.50 sebulan untuk menampung kos penyelenggaraan Matlamat Pembudayaan ICT dikalangan murid-murid SK Jalan Semenyih Dua Objektif 1. Menarik minat murid. 2. Murid mampu mengakses bahan pembelajaran sendiri. 3. memberikan pengalaman terhadap kaedah alternatif pembelajaran yang cemerlang menggunakan ICT. Anggaran Kos dan sumber Sumber sedia ada peralatan ICT seperti komputer serta netbook kecil 7 inci Anggaran Kos ITEM UNIT KOS/UNIT JUMLAH 1. Wayar Extension 4 10 RM10 RM100 gang

2. Meja Banquet (panjang) 3. Alat Penghawa Dingin 4. Karpet

RM50

RM250

1 10 X 5 JUMLAH

RM1500 RM300

RM1500 RM300 RM 2150

Aktiviti Projek 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mesyuarat Pentadbiran Menubuhkan AJK projek dan program Mendapatkan kebenaran dan persetujuan dari pihak PIBG Mendapatkan khidmat nasihat PKG Pembekal membekal peralatan Kerja-kerja mengubahsuai bilik Siber Kerja-kerja pemasangan peralatan ICT / Perkakasan Pengujian peralatan/perkakasan

Pelaksanaan Mac 2013 Disember 2013 Pemantauan Pemantauan akan dilakukan oleh Guru Besar, Guru Penyelaras ICT Penilaian Penilaian akan dijalankan selepas program dilaksanakan bagi mengenalpasti keberkesanan program tersebut. Aspek penilaian meliputi :1. Keberkesanan pengurusan Bilik Siber 2. Keberkesanan perkakasan di Bilik Siber 3. Kemahiran penggunaan Bilik siber 4. Keberkesanan program VLE Penambahbaikan 1. Dengan berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan akan dilakukan setiap tiga bulan bagi meningkatkan keberkesanan projek/program. DISEDIAKAN OLEH : En. Hairul Anuar Bin Harith Guru Penyelaras ICT

You might also like