You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH KE-1 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH 2 43000 KAJANG, SELANGOR

TARIKH MASA TEMPAT

: : :

10/01/2013 2.30 PETANG BILIK OPERASI

HADIR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

: EN. TAN KIAN KIAT EN. SALLEH BIN OSMAN PN. CHE SIAH BT HAMID EN. HAIRUL ANUAR BIN HARITH EN. MOHD RADZI BIN ISHAK PN. KALAI CHELVI RPC PN. BEH MEE FOONG EN. REDZUAN BI JARIS PN. NOORHAFIZA BT MAMAT : PENGERUSI N. PENGERUSI 1 N. PENGERUSI 2 SETIAUSAHA (PEG ASET)

TIDAK HADIR

1. TIADA

1.0 UCAPAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan membentangkan carta organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli. 1. EN. HAIRUL ANUAR BIN HARITH Setiausaha (Peg. Aset) 2. EN. REDZUAN JARIS Lembaga Pemeriksa Pelupusan 3. PN KALAI DAN PN BEH Peg. Pemeriksa harta modal&inventori 4. EN. MOHD RADZI ISHAK Peg. Stor 5. PN. NOORHAFIZA BT MAMAT Peg. Pembantu

2.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET Pengerusi juga menerangakan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta (Pegawai Aset) sekolah, iaitu:
1.

Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih Kerajaan; Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan ke atas aset setiap tahun; Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset; Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori, Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih Kerajaan dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk disemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan berkesan. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun 2007.

2. 3. 4.

5. 6.

3.0 FAIL STOK Pengerusi juga memaklumkan bahawa keadaan terkini buku stok sekolah tidak begitu baik. Ia tidak di kemaskini dengan betul dan teratur dan berharap pada tahun ini perkara tersebut dapat diselesaikan. Puan Noorhafiza memaklumkan bahawa semua stok di pejabat sekolah berada di dalam keadaan yang baik tetapi menghadapi masalah untuk mengisi nombor stok kerana beliau tidak mengetahui apakan turutan yang betul bagi nombor-nombor tersebut. 4.0 PENDAFTARAN SEMULA ASET SEKOLAH Pengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa pada tahun ini adalah mengemaskini stok sedia ada. Dipohon kepada pegawai aset untuk memasukkan segala data secara terus ke dalam komputer. Komputer telah disediakan di dalam pejabat di dalam bilik mesin fotostat untuk memudahkan kerjakerja pemantauan. Jawatankuasa telah memutuskan untuk mendaftar semula aset baru dan sedia ada (wujud) di sekolah seperti: 1. Meja murid 2. Kerusi 3. Komputer 4. Projektor

5. 6. 7. 8. 9.

Papan tulis Almari Langsir TV Barangan pejabat

Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah. Mesyuarat juga memutuskan semua aset sediada perlu di kemaskini pada Mac 2013. Pengerusi juga meminta Cikgu Hairul untuk menyediakan carta gantt untuk mencapai sasaran yang telah di berikan. 5.0 HAPUS KIRA Mesyuarat memutuskan untuk menghantar semula surat pelupusan aset untuk menyegerakan proses pelupusan aset. Satu surat tindak ikut akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut. Pengerusi majlis memberitahu jika terdapat meja atau kerusi yang rosak sila letakkan di luar kelas supaya pekerja am dapat membawa barang tersebut ke stor lupus. 6.0 HAL-HAL LAIN En. Hairul bertanya jika printer rosak dan diganti baru adakah perlu di masukkan sebagai harta baru sedangkan barang tersebut diganti. Pengerusi memaklumkan perkara tersebut perlu di kemaskini di kad harta modal dan di masukkan sebagai aset baru. En. Salleh memohon supaya semua aset yang akan di kemaskini di tampal pelekat aset. Jika barang tersebut di selenggara perlu di kemaskini di dalam kad harta modal. Setiap aktiviti yang beraku terhadap barang tersebut perlu di rekodkan dengan baik.

7.0 PENUTUP Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

--------------------------(HAIRUL ANUAR BIN HARITH) SETIAUSAHA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH

---------------------------------( )

CONTOH BORANG ASET SEKOLAH Bil. Item Jumlah

Di sediakan Oleh

Di semak Oleh

------------------------------

------------------------------------

TASKE FORCE ASET SEKOLAH SKPK ALOR SETAR KELAS


KETUA (EN NORHISHAM)

SURIA PSS

BORANG ASET (SKPK ALOR SETA0R)

Bil.

Item

Jumlah

Di sediakan Oleh

Di semak Oleh

------------------------------

------------------------------------

*SILA PASTIKAN SEMUA ALATAN DI TULIS DENGAN KUANTITI YANG BETUL

You might also like