You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIKU 2

18300 GUA MUSANG,KELANTAN


TEL : 09-9284222 FAX: 09-9284221
EMAIL: smkchiku2@ gmail.com

_______________________________________________________________________

MESYUARAT KAKITANGAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANAN KALI PERTAMA


2019

Tarikh : 20 Januari 2019


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Smk Chiku 2

Kehadiran :
1. Zainudin Bin Yusoff (Pengetua / Pengerusi)
2. W. Adnan Bin Wan Abdullah ( Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Che Noriah Binti Ismail ( Ketua Pembantu Tadbir )
4. Siti Rosliana Binti Mohd ( Pembantu Tadbir )
5. Hasmawira Binti Ramli ( Penyelia Asrama )
6. Abdul Razak bin Che Mud ( Pembantu Makmal )
7. Aida Fatini Binti Wan Deraman ( Pembantu Makmal )
8. Mohd Afifi Ashraf Bin Mohd Noor ( Pembantu Makmal )
9. Muhammad Nor Idham Bin Fadzilah ( Pembantu Makmal )
10.Hasmiza Binti Hasbullah ( Pembantu Am Pejabat )
11.En Muhamad Irwan bin Omar ( Pembantu Am Pejabat )

Tidak hadir :

1. Aidid Bin Zakaria ( Terlibat dengan Sukan Olahraga Sekolah )

Bil Agenda / Perkara Tindakan


1. Ucapan alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengetua mengucapkan lafaz Bismillah serta salam Makluman Semua


perkenalan dan mengucap berbanyak terima kasih kepada Kakitangan
Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Pembantu Tadbir dan
pada semua kakitangan yang hadir dan membaca Surah
Al-Fatihah. Pengerusi menceritakan sedikit sebanyak latar
belakang diri beliau dan berharap agar dapat menerima
seadanya keberadaan beliau di sini dan mengharapkan
kerjasama dari semua.
1.2 Mesyuarat pertama 2019 ini diadakan bertujuan untuk
berkenalan ,dan menerangkan sedikit sebanyak
berhubung hal-hal pentadbiran bagi Anggota Kumpulan
Pelaksana. Pengerusi berharap agar di Smk Chiku 2 tiada
jarak antara staf dan pihak pentadbir hingga
mengakibatkan mengganggu proses urusan tugas harian.

1.3 Pengerusi juga berharap semua Anggota Kumpulan


Pelaksana memberi kerjasama kepada guru-guru bagi hal-
hal yang melibatkan program sekolah yang tidak ada di
dalam skop bidang tugas masing-masing.

Bil Agenda / Perkara Tindakan

2 Pentadbiran Pejabat

2.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua kakitangan


tentang penggunaan Kad Perakam Waktu dan Waktu Kerja
Berperingkat,Hendaklah dipatuhi mengikut yang
ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2010.
Semua staff
2.2 Pengerusi menjemput Ketua Pembantu Tadbir
memberi penerengan berhubung taklimat pentadbiran
yang dihadiri untuk diberi pencerahan kepada semua yang
hadir. Ketua Pembantu Tadbir menjelaskan secara ringkas
berhubung pertukaran Kad Perakam Waktu sekiranya
kelewatan pada kad perakam waktu melebihi 3 kali dalam
sebulan. Warna kad akan bertukar kepada hijau bagi
amaran pertama, amaran kedua kad warna merah dan
sekiranya pegawai berkenaan masih tidak berubah laporan
boleh dibuat kepada Pusat Tanggungjawab bagi tindakan
selanjutnya.

2.3 Pengerusi juga memaklumkan agar pejabat tidak boleh


ditinggal tanpa staf sokongan, arahan penggiliran waktu
rehat hendaklah dilaksanakan iaitu pada jam 12.00
tengahari hingga 1.00 tengahari, 1.00 hingga 2.00 petang
dan 2.00 petang hingga 3 petang.

2.4 Pengerusi mengarahkan agar permohonan cuti rehat


hendaklah terdahulu dimaklumkan kepada Ketua
Pembantu Tadbir dan tidak boleh cuti sewenang-
wenangnya dan seterusnya sila maklumkan kepada
Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran dan isi borang
cuti. Ketidakhadiran bertugas tanpa sebab atau kegagalan
untuk hadir ditempat bertugas boleh diambil tindakan
tatatertib.

2.5 Pengerusi juga mengingatkan cuti adalah kemudahan


dan ia bukanlah hak mutlak, dan pengerusi juga
menasihatkan agar cuti digunakan dengan berhemah agar
boleh disimpan kedalam border and ship.

2.6 Pengerusi mengarahkan agar setiap urusan rasmi


seperti kursus atau taklimat hendaklah dicatat pada Kad
Perakam Waktu dan dapatkan tandatangan Pengetua atau
Penolong Kanan Pentadbiran.

2.7 Pengerusi memaklumkan bagi cuti-cuti perayaan perlu


berbincang dengan Ketua Pembantu Tadbir terlebih agar
Ketua Pembantu Tadbir boleh mengurus jadual cuti
dahulu agar Pejabat Sekolah tidak kosong tanpa staf.

2.8 Pengerusi juga menjelaskan mengenai etika


berpakaian pegawai awam mengikut surat pekeliling yang
sedang berkuatkuasa, antaranya ialah
- perempuan pakaian hendaklah 3 lapis iaitu baju, kain
dan tudung
- Perempuan tidak memakai aksesori yang terlalu
menonjol dan berlebihan
- kasut bertutup
-tidak memakai pakaian korporat yang berlogo parti

2.9 Pengerusi juga berharap agar penambahbaikan keatas


perekodan maklumat aset dan aset tak alih sekolah
sentiasa dikemaskini.

2.10 Pengerusi menjemput Penolong Kanan Pentadbiran


bagi memberi sedikit penerangan berhubung hal yang
berbangkit. Penolong Kanan Pentadbiran mengarahkan
agar semua staf mengemaskini maklumat diri didalam
data e-operasi dan hrmis.

3 Lain-lain hal

3.1 Pengerusi memaklumkan selepas mesyuarat Pembantu Makmal


pentadbiran membuat kata sepakat dan mengarahkan
agar Mohd Afifi Ashraf (Pembantu Makmal) agar
membantu Unit Pusat Sumber Sekolah di waktu petang
bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang
memandangkan waktu berkenaan makmal tidak lagi
beroperasi.
Pembantu Makmal
3.2 Pengerusi juga mengarahkan Pembantu Makmal waktu
musim cuti sekolah agar berada di pejabat sekiranya tiada
apa-apa kerja yang sepatutnya diuruskan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………. ..…………………………..
( SITI ROSLIANA BINTI MOHD) ( ZAINUDIN BIN YUSOFF)
Pencatat Minit Pengerusi
Mesyuarat Kakitangan Sokongan Mesyuarat Kakitangan
Anggota Kumpulan Pelaksana

You might also like