You are on page 1of 3

AGENDA 1 – Ucapan Pengerusi

1.1 Pengetua mengucapkan lafaz Bismillah serta salam perkenalan dan mengucap berbanyak terima
kasih kepada Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Ko, Ketua Pembantu Tadbir dan pada semua
kakitangan yang hadir dan membaca Surah Al-Fatihah. Pengerusi menceritakan sedikit sebanyak
latar belakang diri beliau dan berharap agar dapat menerima seadanya keberadaan beliau di sini dan
mengharapkan kerjasama dari semua.

1.2 Mesyuarat pertama 2022 ini diadakan bertujuan untuk berkenalan ,dan menerangkan sedikit
sebanyak berhubung hal-hal pentadbiran bagi Anggota Kumpulan Pelaksana.

TINDAKAN – Untuk makluman

AGENDA 2 – laporan Kerja Harian AKP

2.1 Pengerusi memaklukan semua AKP hendaklah menyediakan/membuat laporan kerja harian pada
setiap hari dan perlulah dihantar kepada pihak pentadbir setiap minggu pada hari khamis untuk
disemak dan ditandatangan. Setiap AKP dikehendaki menyediakan fail meja mengikut jawatan
masing-masing sebagai rujukan.

TINDAKAN – Semua AKP


AGENDA 3 – kad Perakam Waktu

3.1 Pengerusi memaklumkan berhubung penggunaan kad perakam waktu dan menjelaskan secara
ringkas berhubung pertukaran Kad Perakam Waktu sekiranya kelewatan pada kad perakam waktu
melebihi 3 kali dalam sebulan. Warna kad akan bertukar kepada hijau bagi amaran pertama, amaran
kedua kad warna merah dan sekiranya pegawai berkenaan masih tidak berubah laporan boleh dibuat
kepada Pusat Tanggungjawab bagi tindakan selanjutnya.

3.2. Pn Hasmiza ditugaskan membuat analisis kehadiran guru-guru dan AKP pada setiap bulan.

TINDAKAN – Pn Hasmiza
AGENDA 4 – Waktu Bekerja.

4.1 Pengerusi juga memaklumkan agar pejabat tidak boleh ditinggal tanpa AKP , arahan
penggiliran waktu rehat hendaklah dilaksanakan iaitu pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00
tengahari, 1.00 hingga 2.00 petang dan 2.00 petang hingga 3 petang.

4.2 Waktu bekerja untuk semua AKP adalah seperti berikut


i. 7:30 pagi hingga 4:30 petang
ii. 8:30 pagi hingga 5:30 petang
pengerusi menegaskan tiada istilah tidak ambil waktu rehat selama dan boleh pulang awal.AKP
diwajibkan ambil waktu rehat mengikut penggiliran dan pulang mengikut waktu ditetapkan.

4.3 AKP makmal diarahkan untuk bertugas dipejabat selama 1 jam secara penggiliran mengikut jadual
yang ditetapkan. Pengerusi mengarahkan En Razak selaku ketua pembantu makmal untuk
menyediakan jadual penggiliran tersebut.

TINDAKAN – En Razak

AGENDA 5 – Pakaian Masa Bekerja.

5.1 semua AKP diminta untuk berpakaian kemas dan memakai tanda nama semasa bertugas mengikut
Etika Berpakaian Penjawat Awam mengikut pekeliling Bil 2 Tahun1985

TINDAKAN – Untuk makluman

AGENDA 6 – Pengurusan Cuti

6.1 Pengerusi mengarahkan agar permohonan cuti rehat hendaklah terlebih dahulu memohon kepada
tuan pengetua dan hendaklah mengisi borang cuti 3 hari lebih awal sebelum tarikh bercuti.
Ketidakhadiran bertugas tanpa sebab atau kegagalan untuk hadir ditempat bertugas boleh diambil
tindakan tatatertib.

6.2 Pengerusi juga mengingatkan cuti adalah kemudahan dan ia bukanlah hak mutlak, dan pengerusi juga
menasihatkan agar cuti digunakan dengan berhemah agar boleh disimpan kedalam border and ship.

6.3 Pengerusi mengarahkan agar setiap urusan rasmi seperti kursus atau taklimat hendaklah dicatat
pada Kad Perakam Waktu dan dapatkan tandatangan Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.

6.4 Pengerusi memaklumkan bagi cuti-cuti perayaan perlu berbincang dengan Ketua Pembantu Tadbir
terlebih agar Ketua Pembantu Tadbir boleh mengurus jadual cuti dahulu agar Pejabat Sekolah tidak
kosong tanpa AKP.

TINDAKAN – Semua AKP,


AGENDA 7 – E-operasi

7.1 Pengerusi meminta agar semua AKP mengemaskini maklumat diri didalam data e-operasi dan hrmis
supaya tiada masalah dikemudian hari terutama dalam perkhidmatan

TINDAKAN - Semua AKP,

AGENDA 8 – Hal-hal lain


8.1 (urusan pertukaran pelajar)
- pengerusi mengarahkan Pn Hasmiza menguruskan segala urusan pertukaran pelajar, tindakan segera
perlu diambil,urusan perlu diselesaikan pada hari permohonan dibuat oleh mana-mana pihak. Tugas
perlu diambilalih oleh AKP pejabat sekiranya Pn Hasmiza bercuti.

8.2 (urusetia PBPPP)


- Pengerusi melantik En Mohamad Irwan sebagai urusetia,perlu menghadiri mesyuarat nazir berkaitan
PBPPP.

8.3. (kertas Kerja)


Pengerusi mengarahkan Muhammad Nor Idham menguruskan segala urusan kertas kerja yang diarahkan
oleh semua pentadbir sekolah.

Makluman Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada
jam 10.10 pagi.

8.4 (Pembantu Tadbir)

Pembelian barang-barang sekolah oleh mana-mana unit hendaklah mengisi nota minta dan diluluskan
oleh tuan pengetua sebelum pembelian dilakukan

8.5 (Ketua Pembantu Tadbir)


- Memastikan pengurusan AKP teratur dan berjalan dengan lancar.
- Sentiasa memastikan penyeliaan terhadap semua kaki tangan dibawah seliaanya

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Wan Noorliana Binti Wan Abdullah Rohaizad Bin Mohamad


Pencatat Minit PENGETUA
Mesyuarat Kakitangan Sokongan

You might also like