You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) BIL.

2/2021 SMK
BALUNG, TAWAU

TARIKH / MASA : 30/03/2021 (SELASA) 9.00 PAGI


TEMPAT : BILIK RAFLESIA
PENGERUSI : TUAN HJ ARBIN BIN HJ SETTA

KEHADIRAN :
PENTADBIR
1. Tuan Haji Arbin Bin Haji Setta Pengetua
2. Puan Zanaliza Bt Jamaludin Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Abdul Wahap Bin Ahmad Penolong Kanan HEM
4. Puan Mairi Bt Jimin Penolong Kanan Petang
5. Puan Julita Binti Pandu Penolong Kanan KOKUM
AKP
1. Tuan Haji Paturusi Bin Ridewan Unit Makmal
2. En. Arman Bin Seperah Unit Makmal
3. Pn Jumaiyah Binti Abdullah Unit Kewangan Sekolah
4. Pn. Ratna Binti Kasim Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
5. Pn Sarmilah Binti Abdul Jok Unit Asrama
6. Cik Nurul Asiqin Binti Abu Bakar Unit Makmal
7. En Fandi Bin Ahmat Unit Makmal
8. Pn Siti Mastura Binti Asman Unit Makmal
9. En. Mohd Rosdi Bin Hamzah Unit ICT
10. Pn Shuanah Binti Abedat Unit Fail
11. En Hamza Bin Enodase Pemandu
12. En Tiblani Bin Jini Unit Percetakan
13. En. Brandan Bin Kensi Unit Percetakan
14. Pn Haslinda Binti Backerin Unit Stor
15. En Raisal Bin Attan Unit PAV
16. En Abdul Latif Bin Hj Latapiang Unit PAV
17. Cik Herma Binti Syam Unit Kewangan
18. Pn Uliyanah Binti Utok Unit HEM (Pendidikan Khas)
19. Pn Atikah Binti Muhammad Unit HEM (Pendidikan Khas)

1. PERUTUSAN PENGERUSI ( Tn Haji Arbin Bin Hj Setta)

1.1 Pengetua memaklumkan ramai staf akan dipindahkan disebabkan oleh enrolmen staf AKP
melebihi daripada kuota sebenar. Makluman semua
AKP

1.2 Pengetua memaklumkan sekiranya berlaku perpindahan dalam masa terdekat, pihak sekolah
terpaksa menstruktur semula kedudukan AKP dan perlu memberi tugasan-tugasan tambahan
kepada setiaop AKP. Makluman semua
AKP

2. PENGESAHAN MINIT
Disahkan oleh : En. Mohd Rosdi Bin Hamzah
Disokong oleh : En. Fandi Bin Ahmat

3. MAKLUM BALAS MESYUARAT

4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN


4.1 ENROLMEN PERJAWATAN AKP 2021
4.1.1 Pihak PPD telah memaklumkan berkenaan dua perkara iaitu Jawatan JPSB
yang disandang ole Pn Jumayah dan Pn, Ratna dimana mereka perlu
dipindahkan untuk jawatan hakiki.
4.1.2 Manakala perkara dua berkenaan dengan perjawatan N11, iaitu perjawatan ini
sepatutnya ada dua orang sahaja tetapi disekolah kita seramai 4 orang. Oleh
itu, seramai dua orang perjawatan N11 perlu dipindahkan ke sekolah lain.
4.1.3 Memaklumkan senarai perjawatan di sekolah adalah seperti berikut :
N26 – 1 W22- 1
N19(PT/PO) – 2 C19 - 6
N19(ASRAMA) – 2 FT19 - 1
N19(PPM) – 2 N11 – 2
N14 - 2

4.2 PENSTRUKTURAN SEMULA BIDANG TUGAS AKP 2021


4.2.1 Pengetua memaklumkan Pn Sarmilah akan memangku jawatan dan bidang
tugas Ketua Pembantu Tadbir N26 untuk sementara waktu.
4.2.2 Pengetua memaklumkan semua AKP perlu bersedia untuk membuat tugasan
tambahan. Berikut adalah tugasan tambahan bagi AKP :
a) Pn. Rosnilawati – Penyelaras E-Keberadaan Guru
b) Cik Herma Syam – mengambil alih tugas Pn. Jumayah sekiranya Pn.
Jumayah berpindah.
c) Cik Nurul Asiqin - PA pengetua, makmal dan Kaunter Pejabat
d) En. Hamza – Kaunter sepenuh masa dan menghantar surat ke pejabat.
e) En. Rosdi Hamza – membantu dalam pengurusan surat menyurat dan
email sekolah
f) En. Raisal – membantu pengurusan asrama
g) Pn. Shuanah – mengganti Pn Mastura pengurusan HEM

4.3 ETIKA KERJA AKP


4.3.1 Pengetua memaklumkan masa bertugas AKP mengikut masa fleksible iaitu
masa 7.30am-4.30am, 8.00am-5.00pm dan 9.00am-6.00pm.
4.3.2 Pengetua mengarahkan Pn Sarmilah sebagai pemangku KPT untuk membuat
penjadualan penggiliran kehadiran AKP mengikut masa fleksibel.
4.3.3 Pengetua memaklumkan berkenaan OT dibenarkan dan perlu membuat surat
permohanan dan berbincang dengan pengetua berkaitan tugas-tugas yang perlu
diselesaikan.
4.3.4 Pengetua mengarahkan Encik Fandi untuk mencari pembekal yang ada E-
perolehan untuk peruntukan pakaian AKP.
4.3.5 Pengetua memaklumkan kepada AKP yang bertugas di kaunter perlu amalkan
8S semasa bertugas.
4.3.6 Pengetua memaklumkan masa balik Ramadhan mengikut pekeliling, manakala
cuti raya mengikut jadual penggiliran.
4.3.7 Pengetua mengarahkan semua AKP yang mengisi outing digalakkan untuk
ambil outing sebelah petang dan sekiranya melebihi 4jam outing perlu
memohon Cuti Rehat.
4.3.8 Pengetua mewujudkan penganugerahan kepada semua staf SMK Balung.
Pemilihan penganugerahan AKP akan dipilih seramai dua orang setiap bulan
bergantung kepada momentum kerja.

4.4 UCAPAN PERPISAHAN KETUA PEMBANTU TADBIR


4.4.1 Pn. Sarifa Hanim berterima kasih kepada semua pentadbir dan rakan-rakan
AKP untuk sepanjang beliau berkhidmat di SMK Balung, Tawau.

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Encik Abdul Wahap memaklumkan sempena pembukaan sekolah nanti, Pn Shuanah
diminta untuk membantu mengisi kehadiran di bilik raflesia. Kehadiran bagi sesi pagi
perlu diisi sebelum jam 9pagi manakala kehadiran sebelah petang perlu diselesaikan
sebelum jam 2 petang
5.2 Pn Zanaliza memaklumkan untuk pengisian E-Keberadaan guru perlu diselesaikan
sebelum jam 9.00 Pagi
5.3 Pn Uliyanah memaklumkan PPKI kekurangan 2 kerusi pelajar dan pengimbas suhu.

6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

You might also like