You are on page 1of 2

TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM a) Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar.

b) Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Penggunaan / Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dll. Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur organisasi. Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Penilaian Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik

ISTILAH / KATA TUGAS DALAM SOALAN nyatakan, terangkan, namakan, labelkan pilih, terangkan, tulis semula

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. bezakan, pasti, pilih bina, hasilkan, susun, kembangkan pilih, berikan, alasan, kritikan, buktikan

ganos@smjk chung hwa, kb2008

You might also like