You are on page 1of 7

Soalan 3: Konsep Perlembagaan di Malaysia dan peranan Unsur-Unsur Tradisi dalam meneruskan kestabilan dan keharmonian Negara.

Perlembagaan ditakrif sebagai kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi Kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah. Professor A.V Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah Negara atau masyarakat politiknya. Di negara kita, perlembagaan merupakan undangundang tertinggi yang menjadi rujukan bagi pemerintahan Negara. Fungsi perlembagaan adalah memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturanperaturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis yang merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen manakala perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Di Negara kita, perlembagaan merupakan undang-undang tertnggi. Ini bermakna undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan. Dalam bidang perundangan, parlimen hanya membuat dan mengubal undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Dalam bidang kehakiman, Mahkamah diberi kuasa mengisytiharkan sesbuah undang-undang sebagai tidak sah sekiranya undang-undang yang dibuat oleh parlimen itu berada di luar bidang kuasanya. Semasa melaksanakan fungsinya bagi memastikan undang-undang dan tindakan kerajaan sah disisi perlembagaan, kuasa kehakiman adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara pula hanya melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Semasa melaksanakan tugas, Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya melaksanakan tugas mengikut peruntukan perlembagaan. Oleh sebab tiada kuasa yang boleh menandingi kuasa Perlembagaan Persekutuan, maka Perlembagaan Persekutuan disifatkan sebagai Perlembagaan Tertinggi di Malaysia.

Unsur-unsur tradisi perlembagaan perlu kerana ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. ia berperanan menstabilkan sistem politik Negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-fdaktor sejarah, tradisi, ekonomi dan social yang wujud sebelum tahun 1957. Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah akta hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitive yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang melayu dan bukan melayu. Ini bermakna orang melayu diberikan hak istimewa, islam menjadi agama peersekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai nahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan melayu. Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik ditanah melayu pada ketika itu. Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam perlembagaan Malaysia adalah perkara 3 mengenai agama islam namun agama lain bebas diamalkan. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa melayu dan seumpamanya. Perkara 10(4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja, islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38 iaitu kuasa majlis raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan raja-raja melayu, orang melayu dan Bahasa Melayu dan islam.perkara 150 iaitu kedudukan agama islam, adat istiadat melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.. perkara 152 iaitu kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa meraka. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Unsur-unsur tradisi difokuskan kepada 3 iaitu perkara 152 iaitu kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada

menggunanakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa0apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. Kedudukan dan peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua franca di alam Melayu/Nusantara sejak kaum lain berabad-abad lamanya. Persefahaman disekat malah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga tidak perlu merisaukan kerana penggunaan bahasa ibunda masing-masing tidak dijamin oleh perlembagaan. Sebelum Perang Dunia Kedua lagi, Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat,surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu, jabatan Polis dan sebagainya bagi memudahkan pentadbiran yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi walaupun pada zaman pentadbiran British Pegawai-pegawai Eropah yg memegang lebih 90% jawatan kumpulan 1 perlu mempelajari Bahasa Melayu, mengambil ujian Bahasa Melayu dan lulus, barulah boleh berkhidmat di Tanah Melayu. Perkara 3 iaitu agama islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dimana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyellenggarakan institusi bagi maksud agama atau khairat. Setiap agama juga mempunyai hak untuk memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Rasional perkara ini menunjukkan bahawa Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah zaman penjajahan British. Di negeri-negari Melayu, sebelum penjajahan, penggunaan undangundang Islam telah dilaksanakan dan diktiraf oleh penjajah British. Unsur yang seterusnya pula adalah kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak. Perkara ini termaktub dalam perkara 153. Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain. Namun perkara ini dilaksanakan dengan cara tidak menindas dikehendaki

kaum-kaum lain. Contohnya mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yg dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yg dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan/penamatan permit lesen yang dipegang olehnya. Status kemelayuan seseorang itu diukur berdasarkan agama yang dianutinya iaitu agama islam, bahasa yang lazim digunakannya iaitu Bahasa Melayu serta mengamalkan adat istiadat melayu. Bagi Sabah dan Sarawak pula, status Bumiputra itu diukur berdasarkan kaum. Di sarawak, golongan bumiputra adalah golongan yang terdiri daripada manamana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayu, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut. Di Sabah pula, golongan bumiputera adalah terdiri daripada anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah. Lain-lain kedudukan istimewa orang melayu temasuklah peruntukan perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang melayu yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undand-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan melayu. Rasional Perkara 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak adalah ia mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan sedia berkorban di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu ketika penggubalan perlembagaan. Ia juga merupakan Intipati daripada kontrak sosial. Perkaraperkara yang dibicarakan dalam Perkara 153 ini khususnya menyentuh 3 perkara iaitu yang pertama dari segi Ekonomi, Perkara 153 wajar digunakan utk mencapai tujuan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu yang wujud kerana dasar ekonomi penjajah. Faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan seimbang menjadi faktor utama yg mempengaruhi hubungan etnik. Kedua dari segi Pendidikan. Sistem pendidikan tinggalan penjajah telah mengekalkan orang Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak dalam kemiskinan dan tercicir dalam kemajuan pendidikan. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. Setiap kaum Toleransi kaum juga mempunyai institusi pendidikan tinggi masing-masing.

menyebabkan pemberian

pinjaman pendidikan diberikan kpd smua kaum menerusi

PTPTN utk membiayai kos pendidikan mereka. Negara mengamalkan pemerintahan Raja berpelembagaan. Ini telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu. Dalam pemerintahan ini, Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesarpembesar yang dilantik. Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi. Raja Berperlembagaan bermaksud raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. Konsep Raja Berpelembagaan adalah satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang diPertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Konsep Raja Berpelembagaan ini penting dalam menstabilkan sistem politik Negara. Daripada rentetan sejarah Malaysia dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia membuktikan bahawa semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban, persefahaman dan semangat perpaduan yg tinggi antara pelbagai kaum menjadi penyumbang utama dalam menjamin kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara yg berbilang kaum dan terpisah-pisah dari segi kedudukan wilayah dan negeri. Perkara yang dianggap menguntungkan orang melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan melayu seperti islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain turut dibenarkan. Kedudukan orang melayu dan bumiputera diperuntukan tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan. Walaupun dalam Fasal (8) Perkara 1 Perlembagaan Malaysia menyatakan semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang tetapi itu bukanlah tiket untuk pihak tertentu mengeksploitasi peruntukan itu demi kepentingan masing-masing. Kedudukan bahasa kebangsaan (Perkara 152), agama Persekutuan

(Perkara 3) serta kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Perkara 153) yang merupakan sebahagian daripada antara unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan negara ini tidak wajar sewenang-wenangnya "dikaji semula" dengan tujuan menghapuskannya atas alasan mahu mewujudkan kesamarataan dengan kelompok etnik lain. Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan sedia berkongsi kuasa. Perjanjian social ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan Negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.

BIBLIOGRAFI 1. http://www.slideshare.net/k 2. www.ums.edu.my 3. ww.scribd.com/doc 4. Tamoy.com/list/unsur-unsur-tradisi-dalam-perlembagaan-negara

You might also like