You are on page 1of 1

UNIT 13 TINGKATAN 3: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

1) PELUANG PEKERJAAN
-Sektor perkilangan menyediakan paling banyak peluang pekerjaan. -Sektor perkhidmatan menyediakan kedua banyak pekerjaan.

2) PENINGKATAN INFRASTUKTUR
-Pendapatan negara digunakan dalam pembinaan kemudahan pengangkutan dan perhubungan.

3) PENINGKATAN TARAF HIDUP


-Purata pendapatan purata penduduk Malaysia semakin tinggi. -Kuasa beli penduduk meningkat.

4) PENDAPATAN NEGARA
-Pendapatan negara datang daripada eksport, cukai dan keuntungan perniagaan.

5) PENGURANGAN IMPORT
-Kemajuan dalam sektor pertanian dapat mengurangkan import makanan seperti beras dari luar negara.

6) PEMINDAHAN TEKNOLOGI
-Pemindahan teknologi merujuk kepada pemindahan kemahiran, kepakaran dan teknik melalui proses pembelajaran, latihan, pengalaman dan peniruan dari sebuah negara ke negara lain. -Kerjasama antara kerajaan dengan syarikat asing telah melatih pekerja separuh mahir. -Pekerja tempatan juga dihantar ke luar negara untuk belajar dan mendapat latihan. -Pakar dan buruh mahir dari luar negara juga dijemput ke Malaysia. -Pemindahan teknologi juga melalui syarikat multinasional seperti SHELL, DELL, SONY dan lain-lain. -Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan dengan negara lain, seperti: i) MPOB bekerjasama dengan China dan Turki menghasil minyak masak lebih bermutu. ii) PROTON kerjasama dengan Iran dan China melalui Lotus Engineering Malaysia. iii) Kulim Hi-Tech Park kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam cip bersepadu (IC)

7) PROSES PEMBANDARAN
-Perkembangan pertanian menggalakkan pertambahan pusat pengumpulan pertanian, seperti Keningau (Sabah). Sibu (Sarawak), Ringlet (Tanah Tinggi Cameron) Bandar Tenggara (Johor). -Bandar Kerteh, Miri dan Bintulu disebabkan oleh perlombongan petroleum dan gas asli. -Peratusan penduduk tinggal di bandar semakin meningkat.
1
Daripada: Cikgu Ang How Koo @ SMK Bandar Tasek Mutiara http://geografi.999.org

You might also like