You are on page 1of 7

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA

LUMPUR

Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (12) 27 November 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2002 : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mulai Tahun 2003
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada tahun 2003. 2. Tujuan Pelaksanaan

Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris. 3. Mata Pelajaran Yang Terlibat 3.1 Mata-mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan dasar ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2003 ialah mata pelajaran Sains Tahun 1 dan Matematik Tahun 1. Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris pada tahun-tahun selepas 2003 adalah seperti di Lampiran 1. Semua sekolah adalah digalakkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengikut kemampuan sekolah bagi tahun-tahun lain.

3.2

3.3

4.

Peruntukan Masa Pengajaran 4.1 Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, peruntukan masa, dalam minit seminggu, bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik untuk Tahun 1 adalah seperti berikut :

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Jumlah Minit Seminggu Mata Pelajaran Sains Matematik 4.2 Dalam Bahasa Mandarin 90 180 Dalam Bahasa Inggeris 90 120 Jumlah 180 300

Dengan mengambil maklum para 4.1 di atas dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002, Bil. 9/2002 dan Bil. 10/2002, maka peruntukan masa pengajaran bagi semua mata pelajaran bagi semua tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi tahun 2003-2008 adalah seperti di Lampiran-Lampiran 2A hingga 2C. Peruntukan masa pengajaran bagi tiap-tiap mata pelajaran di Tahap 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2006 hingga 2008 akan dimaklumkan setelah ditentukan kemudian. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Ikhtisas ini, perkara dalam para 2 dan para 3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2002 mengenai peruntukan masa pengajaran mata pelajaran Sains Tahap Satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah dibatalkan.

4.3

4.4

5.

Sukatan Pelajaran 5.1 Sekolah-sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi Sains dan Matematik.

6.

Pentaksiran 6.1 Mulai Tahun 2003 hingga tahun 2007, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina akan disediakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Murid dibenarkan memilih untuk menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dalam salah satu daripada dua bahasa atau dalam kedua-dua bahasa. Bahasa yang digunakan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2008 dan tahun-tahun berikutnya akan dimaklumkan kemudian.

6.2

7. Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia 11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran 1 JADUAL PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA 1. Mata Pelajaran Sains 2003 Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 2004 2005 2006 2007 2008

* * *

* * *

* * *

* *

2. Mata Pelajaran Matematik 2003 Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 2004 2005 2006 2007 2008

* * * * *

* * * *

* * *

* *

Catatan/Petunjuk : 1. ( ) Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan Mandarin mengikut para 4.1. 2. ( - ) Mata Pelajaran Sains tidak diajar pada tahun-tahun ini. 3. ( * ) Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Inggeris mengikut kemampuan sekolah.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran 2A Peruntukan Masa (Dalam Minit) Pengajaran Seminggu Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mengikut Mata Pelajaran Untuk Tahun Pelaksanaan 2003
Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan Bahasa Cina Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam/Moral Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Seni Kemahiran Hidup Kajian Tempatan Perhimpunan Pilihan Guru Besar Jumlah Dalam Minit (Seminggu) Tahun 1 270 360 60 300* 180** 120 60 30 30 60 0 0 30 0 1500 Tahun 2 270 450 0 210 0 150 60 30 60 60 0 0 30 30 1350 Tahun 3 210 450 60 210 0 150 60 30 60 60 0 0 30 30 1350 Tahun 4 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440 Tahun 5 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440 Tahun 6 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440

Petunjuk : * = 180 minit dalam Bahasa Mandarin dan 120 minit dalam Bahasa Inggeris ** = 90 minit dalam Bahasa Mandarin dan 90 minit dalam Bahasa Inggeris

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran 2B Peruntukan Masa (Dalam Minit) Pengajaran Seminggu Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mengikut Mata Pelajaran Untuk Tahun Pelaksanaan 2004
Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan Bahasa Cina Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam/Moral Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Seni Kemahiran Hidup Kajian Tempatan Perhimpunan Pilihan Guru Besar Jumlah Dalam Minit (Seminggu) Tahun 1 270 360 60 300* 180** 120 60 30 30 60 0 0 30 0 1500 Tahun 2 270 360 60 300* 180** 120 60 30 30 60 0 0 30 0 1500 Tahun 3 210 450 60 210 0 150 60 30 60 60 0 0 30 30 1350 Tahun 4 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440 Tahun 5 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440 Tahun 6 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440

Petunjuk : * = 180 minit dalam Bahasa Mandarin dan 120 minit dalam Bahasa Inggeris ** = 90 minit dalam Bahasa Mandarin dan 90 minit dalam Bahasa Inggeris

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran 2C Peruntukan Masa (Dalam Minit) Pengajaran Seminggu Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mengikut Mata Pelajaran Untuk Tahun Pelaksanaan 2005
Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan Bahasa Cina Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam/Moral Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Seni Kemahiran Hidup Kajian Tempatan Perhimpunan Pilihan Guru Besar Jumlah Dalam Minit (Seminggu) Tahun 1 270 360 60 300* 180** 120 60 30 30 60 0 0 30 0 1500 Tahun 2 270 360 60 300* 180** 120 60 30 30 60 0 0 30 0 1500 Tahun 3 270 360 60 300* 180** 120 60 30 30 60 0 0 30 0 1500 Tahun 4 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440 Tahun 5 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440 Tahun 6 150 300 90 210 150 150 60 30 30 60 60 120 30 0 1440

Petunjuk : * = 180 minit dalam Bahasa Mandarin dan 120 minit dalam Bahasa Inggeris ** = 90 minit dalam Bahasa Mandarin dan 90 minit dalam Bahasa Inggeris

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like