You are on page 1of 4

PROSEDUR PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH

Aktiviti 1 Jogathon Sekolah/Hari kantin/ Jamuan Makan Malam/Majlis Amal Kesenian dan Kebudayaan Keperluan 1. Minit Mesyuarat Agung PIBG 2. Kertas kerja a. Objektif program b. Senarai Jawatankuasa c. Peratus pembahagian hasil perolehan d. Tarikh pelaksanaan e. Anggaran Perbelanjaan / Tajaan f. Jumlah kad yang diedarkan g. Kawalan edaran kad dan tempoh masa edaran kad/kutipan h. Contoh kad edaran /kupon / tiket / jualan kad meja i. Cara diedarkan dan syarat pelaksanaan edaran/kutipan (Tiada paksaan/murid bawah umur 16 tahun tidak di libatkan dalam edaran) 3. Kebenaran/Permit Polis a. Akaun kewangan dan perolehan hanya dibelanjakan untuk tujuan yang dipohon sahaja b. Pengesahan Pengetua/Guru Besar/YDP PIBG

Aktiviti 2 Perkemahan / Motivasi / Kelas Tambahan / Lawatan / Program Kecemerlangan Peringkat Sekolah yang mengutip wang daripada murid untuk mengikuti program tersebut. Keperluan 1. Minit Mesyuarat Agung PIBG/Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2. Kertas kerja a. Objektif program b. Senarai Jawatankuasa Pelaksanaan c. Tempat Pelaksanaan d. Anggaran Perbelanjaan/Tajaan e. Penggunaan Tenaga Pakar Luar/Penceramah luar (Perlu mengisi borang mendapat kelulusan menggunakan tenaga pakar) f. Jumlah amaun bayaran yang dipohon (Gunakan Keseimbangan dan kewajaran serta mengambil kira kemampuan murid dan tidak membebankan serta ada unsur mencari keuntungan daripada pihak tertentu). g. Tidak di kategorikan sebagai kutipan yuran sekolah h. Tidak wajib dan tiada unsur paksaan i. Segala perolehan dan perbelanjaan dipantau dan dilaporkan ke PPD. 3. Penglibatan guru dalam kelas tambahan perlu mematuhi pekeliling menjalankan kerja luar dan kelas tambahan

PROSEDUR PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH


Aktivit 3 Penggunaan Premis Sekolah Keperluan 1. Jangkamasa pendek a. Sertakan borang gunakan permis untuk jangkamasa pendek. b. Sokongan persetujuan Pengetua / Guru Besar. c. Jika ada bayaran sewaan mematuhi pekeliling sedia ada dan sewaan masuk ke akaun kerajaan. d. Tiada sebarang unsur untuk tujuan perniagaan atau yang boleh menimbulkan implikasi kepada dasar kerajaan samada bagi pihak pemohon atau sekolah 2. Jangkamasa panjang a. Sertakan borang gunakan permis jangkamasa panjang. b. Laporan ulasan dan sokongan Pengetua / Guru BEsar setelah mengambil kira kesesuaian, unjuran sekolah dan implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN. c. Laporan ulasan dan sokongan PPD setelah mengambil kira kesesuaian, unjuran PPD dan implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN. d. Jika ada bayaran sewaan perlu mematuhi pekeliling sedia ada dan sewaan masuk ke akaun kerajaan bahagian pembangunan dan perolehan. e. Tiada sebarang unsur untuk tujuan perniagaan atau yang boleh menimbulkan implikasi kepada dasar kerajaan samada bagi pihak pemohon atau sekolah. f. Permohonan KAFA hanya dipohon antara Jabatan dengan Jabatan iaitu permohonan dibuat oleh JAIS kepada JPN Selangor. KAFA adalah KAFA JAIS bukan KAFA persendirian. KAFA JAIS bermaksud sekolah mendapat bantuan kewangan dan Guru dari JAIS bukan menerusi sumbangan dan yuran ibu bapa untuk membayar gaji dan mengusahakan sekolah KAFA tersebut 3. Mendirikan papan iklan, menyewa tanah sekolah dan meletakkan pemancar komunikasi perlu memohon kebenaran dari Unit Pembangunan dan Perolehan Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Pihak sekolah tidak boleh membenarkan agensi luar menggunakan premis sekolah bagi aktiviti yang berunsur perniagaan.

Aktiviti 4 Penggambaran di premis sekolah Keperluan 1. Menyertakan surat kebenaran dari Unit Dasar Bahagian Sekolah KPM. 2. Mematuhi syarat-syarat peraturan pengambaran di permis sekolah seperti : a. Permohonan dipohon 30 hari dari tarikh tempoh pengambaran beserta sinopsis jalan cerita pengambaran b. Persetujuan Pengetua / Guru Besar, PPD dan JPN. c. Tiada paksaan kepada Pengetua, Guru Besar, guru, kakitangan dan murid sekolah untuk mengikuti program tersebut. d. Penglibatan guru perlu memperolehi kebenaran Pengetua / Guru Besar atau PPD serta tidak menimbulkan implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN. e. Penglibatan murid perlu mendapat kebenaran ibu bapa dan Pengetua / Guru Besar sekolah serta tidak menimbulkan implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN. f. Segala penggunaan peralatan sekolah adalah dengan persetujuan Pengetua / Guru Besar. g. Segala perolehan sewaan dalam bentuk kewangan perlu dimasukkan ke akaun kerajaan. h. Semua krew dan pelakon yang terlibat dalam pengambaran mestilah berpakaian kemas, tidak menjolok mata, lelaki tidak berambut panjang, tidak merokok, minum arak serta tidak menunujukkan perlakuan yang sumbang dan negatif dari segi budaya dan agama. i. Tidak mengambil gambar di sudut yang boleh menjatuhkan imej sekolah, PPD, JPN dan KPM. j. Pengetua / Guru Besar dan PPD hendaklah memantau sepanjang pengambaran tersebut.

PROSEDUR PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH


Aktiviti 5 Menggunakan tenaga pakar luar / Jurulatih Tae-Kwando dan lain-lain berkaitan kepakaran pihak luar oleh sekolah Keperluan 1. Permohonan di buat oleh pihak Sekolah (Pengetua / Guru Besar), bukannya tenaga pakar atau Jurulatih yang hendak menjalankan program di sekolah. 2. Tindakan yang perlu diambil semasa membuat permohonan : a. Menyertakan objektif program/ persatuan ditubuhkan dan telah didaftarkan di sekolah b. Persatuan ada penasihat dan ahli. c. Minit mesyuarat persatuan sekolah dan minit mesyuarat pengurusan sekolah yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar untuk menjemput Tenaga Pakar / Jurulatih setelah Pengetua / Guru Besar mendapati kepakaran tersebut tiada di kalangan guru sekolah. d. Tenaga pakar/Jurulatih di sahkan bertauliah oleh badan profesional, pesuruhjaya sukan, dan kementerian yang terlibat. e. Jika ada bayaran perlu mematuhi peraturan sedia ada dan ditentukan oleh pihak sekolah serta dibayar dan di urus oleh guru penasihat di bawah pemantauan Pengetua / Guru Besar f. Semua aktiviti mesti disertai oleh guru penasihat dan hendaklah dijalankan dalam waktu dan masa seperti di dalam surat pekeliling pelaksanaan menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah 3. Jurulatih yang dijemput hendaklah ; a. Warganegara Malaysia b. Dijemput oleh sekolah yang telah memohon kepada Pendaftar c. Membimbing 25 orang murid d. Menjaga etika sebagai jurulatih e. Membuat memorandum persefahaman (MOU) 4. Sesi latihan jurulatih a. Tidak mengganggu pembelajaran dan pembelajaran murid b. Diawasi oleh guru c. Latihan untuk murid sekolah berkenaan sahaja d. Dijalankan pada hari kerja - 90 minit untuk sekolah rendah dan 120 minit untuk sekolah menengah e. Latihan ditamatkan sebelum pukul 6.00 petang 5. Keperluan jurulatih bila menerima tawaran sekolah sebagai jurulatih a. Biodata jurulatih termasuk pencapaian b. Salinan kad pengenalan c. Salinan sijil-sijil kejurulatihan (seni bela diri) d. Surat sokongan dari badan induk / negeri 6. Khidmat jurulatih diberhentikan dengan serta merta jika gagal patuhi peraturan 7. Murid, guru dan premis sekolah hendaklah dalam kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia Aktiviti 6 Menukar nama sekolah Keperluan 1. Menggunakan borang menukarkan nama sekolah dan lengkapkan seperti dalam butiran. 2. Telah di putuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG, Mesyuarat Alumni / Arahan Istana juga perlu di bawa ke Mesyuarat Agung PIBG / Mesyuarat Alumni untuk makluman ahli dan memutuskan nama yang sesuai untuk sekolah tersebut kecuali pihak istana sudah menentukan nama tersebut. 3. Menggunakan nama orang tertentu mendapat persetujuan semua waris secara bertulis kecuali arahan istana dan hendaklah disertakan dalam permohonan. 4. Elakkan menggunakan nama yang sama dan sudah ada pada sekolah lain. 5. PPD menyemak dan membuat perakuan permohonan sekolah setelah ada persetujuan PIBG / Alumni untuk dipanjangkan kepada Pendaftar Negeri untuk disemak dan dipersetujui / disokong untuk dihantar kepada Ketua Pendaftar di KPM untuk kelulusan. (Patuhi Pekeliling menukar nama sekolah). 6. Setelah kelulusan diberi, PPD hendaklah memastikan sekolah memohon Sijil Pendaftaran Sekolah di masukkan nama sekolah yang baru kepada Pendaftar di JPN Selangor dengan mengisi borang Sijil Pendaftaran Sekolah. 7. Pertukaran nama sekolah tidak perlu kecuali ada arahan daripada istana atau menteri mengikut suai munafaat selain mengambil kira faktor sejarah sekolah tersebut.

PROSEDUR PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH


Aktiviti 7 Penerbitan Majalah Sekolah Keperluan 1. Penerbitan dan Kutipan Majalah Sekolah diputuskan dalam Mesyuarat Agong PIBG. 2. Kutipan Majalah mematuhi syiling pekeliling KPM :2.1 Sek. Rendah - RM 10.00 2.2 Sek. Menengah - RM 12.00 3. Kutipan mengikut keluarga (bukan kepala murid). 4. Kutipan dimasukkan dalam Akaun Kerajaan (Suwa) bukan PIBG. 5. Melantik Jawatankuasa Penerbitan. 6. Tajaan iklan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan Mesyuarat Pengurusan Kewangan Sekolah. 7. Duit tajaan dimasukkan dalam akaun kerajaan/akaun Suwa. 8. Sebelum mencetak/menerbitkan majalah ada semakan oleh J/Kuasa Penerbitan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar :8.1 Format dan isi kandungan. 8.2 Protokol kata-kata aluan. 8.3 Pengisian melibatkan keseluruhan murid. 8.4 Tiada unsur negatif yang boleh menimbulkan implikasi buruk Aktiviti 8 Lawatan murid keluar negara Keperluan Permohonan keluar negara perlu dikemukakan 60 hari sebelum tarikh lawatan dengan menyertakan : 1. Perbelanjaan / tajaan dan tarikh lawatan 2. Surat tawaran oleh pihak yang akan dilawati. 3. Senarai nama pelajar, pengiring dan kebenaran ibubapa. 4. Mengisi borang pelancongan sebanyak 10 salinan. Aktiviti 9 Penggunaan lencana / logo / bendera / lagu sekolah Keperluan 1. Nama sekolah, alamat sekolah jelas. 2. Bentuk, warna, imej dan persembahan tiada menyamai dengan sekolah-sekolah lain atau badan-badan organisasi lain. 3. Tiada implikasi kepada mana-mana pihak berkaitan bentuk , warna dan imej tersebut. 4. Menyertakan contoh bentuk, warna imej beserta dengan huraian falsafah pemilihan yang akan dipaparkan bagi ilustrasi bentuk, warna dan imej lencana / logo / bendera. 5. Lagu sekolah disertakan senikata Lagu, not simbol muzik dan salinan minus one. 6. Menyertakan minit mesyuarat Pengurusan Sekolah / Mesyuarat Agung PIBG yang setuju lencana / logo / bendera / lagu sekolah untuk dijadikan sebagai lambang dan identiti sekolah. 7. PPD semak dan peraku untuk kelulusan Pendaftar Jabatan Pelajaran Selangor. Aktiviti 10 Permohonan belajar murid bukan Warganegara Keperluan Boleh diterima daftar / belajar di sekolah jika sekiranya; 1. Telah mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Selangor / KPM 2. Telah menjelaskan yuran (jika dikenakan) dan perlu membayar yuran setiap tahun 3. Telah mendapatkan Pas Pelajar daripada pihak Imegerisen. 4. Telah mendapat surat pengesahan penempatan daripada PPD.

You might also like