You are on page 1of 6

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. _________________ sedang merawat pesakitnya di klinik. A. Doktor Chan B. Datuk Chan C. Encik Chan D. Abang Chan

2. Sani pergi ke _________________ untuk melihat pelbagai jenis haiwan. A. Pasar Budaya B. Tasik Titiwangsa C. Zoo Negara D. Stadium Negara

3. Saya mengulangkaji peajaran di ________________ sekolah. A. dapur B. perpustakaan C. bilik rehat D. jalan raya

4. Ahmad menyimpan semua wang simpanannya ke dalam _______________. A. sekolah B. kantin C. bank D. bantal

5. Peragut itu ditangkap dan dibawa ke ____________________________. A. B. C. D. Sekolah Bestari Jalan Ipoh Pasar Tani Jalan Ipoh Balai Polis Jalan Ipoh Bas Stesen Jalan Ipoh

6. Saya mendapat jam tangan jenama ______________________ daripada ayah. A. rolex B. Rolex C. Nokia D. Wira

7. Susmitha mengelap tingkap dengan sehelai ___________________. A. B. C. D. kertas kain buku calendar
UJIAN BULANAN MAC (1)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

8. Majlis itu dirasmikan oleh Puan Kamala. ________________ ilah wakil rakyat yang disegani. A. Baginda B. Beliau C. Anda D. Kita

9. Di manakah rumah _____________? Tanya Lina kepada mary. A. awak B. kami C. tuanku D. kita

10. Mak, ________________ hendak ke perpustakaan bersama Danny, kata Jhon kepada ibunya. A. saya B. kita C. kami D. mereka

11. __________________________ berlatihlah dahulu, kata Amy kepada kawan-kawannya. A. Mereka C. Kami B. Kalian D. Anda 12. Surej, Indra dan Chan menjuarai petandingan syarahan itu __________ menerima hadiah daripada Puan Chong. A. Kalian B. Beliau C. Baginda D. Mereka

13. _______________ gembira apabila mendengar banjir semakin suruhan titah Sultan. A. Beta B. Tuanku C. Baginda D. Kita

14. Mari__________________ melawat Muthu di hospital,kata Samy kepada Steven. A. kami B. saya C. kalian D. kita

UJIAN BULANAN MAC (2)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

15. Maafkan __________________, tuanku. Kejadian itu akan disiasat segera, kata Bendahara Abu kepada Sultan Ali. A. beta B. saya C. patik D. kami

16. Ayah tiada selera hendak makan kerana masakan yang dihidangkan itu terlalu _______________. A. tawar B. lembut C. kelat D. kasar

17. Raju dan Amin didenda kerana datang ________________ ke sekolah. A. lama B. awal C. lewat D. cepat

18. Pak Mat mengait buah tambutan dengan galah yang __________ itu. A. B. C. D. pendek panjang kontot bengkok

19. Puan Chong berasa _________________ dengan sikap degil anaknya. A. geram B. suka C. sayang D. rindu

20. Sayur-sayuran ________________baik untuk kesihatan. A. merah B. hijau C. biru D. kuning

21. Kumar berasa __________________ selepas berjoging di taman tasik itu. A. deras B. pantas C. cergas D. sakit

UJIAN BULANAN MAC (3)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

22. Surej tidak dapat mengejar adiknya yang beerlari sangat _____________ itu. A. pelahan B. lambat C. pantas D.lembab

23. Rumah saya ______________ dengan padang. A. dekat B. lama C. sayup D. sunyi

24. Kavita dan adiknya terminum air laut yang __________________. A. manis B. tawar C. masin D. masam

25. Wanita itu ________________ kain songket dengan tekun dan teliti. A. menenun B. menjahit C. menyulam D. mencucuk

26. Masalah banjir kilat itu berjaya ____________________ selepas campur tangan Perdana Menteri. A. disudahkan B. diselesaikan C. diringkaskan D. dicampurkan

27. Jalur Gemilang ____________ semasa lagu Negaraku dinyanyikan. A. diturunkan B. diangkatkan C. dinaikkan D. dikecilan

28. Daun-daun itu _____________________ apabila dituip angin kencang. A. berterbangan B. bergelimpangan C. berlarian D. bertebaran

UJIAN BULANAN MAC (4)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

29. Adik menangis kerana ___________________- sebiji gula-gula. A. tersenyum B. tertidur C. terjatuh D. tertelan

30. Sham __________________sampan itu dengan bantuan anak-anaknya. A. mendayung B. memandu C. membawa D. mengikat

31. Kerja-kerja ___________________ jalan raya itu mendapat sokongan penduduk. A. memperoleh B. memperlebar C. memperkemas D. memperkukuh

32. Pemain yang cedera itu _________________ keluar padang. A. dikendong B. dikuis C. diusung D. diculik

33. Aminah __________ Selvi membantu seorang nenek melintas jalan. A. atau B. yang C. lalu D. dan

34. Encik Raju sudah tua __________ penglihatannya sangat jelas. A. tetapi B. serta C. atau D. dan

35. Semua murid dapat menjawab soalan itu ______________ Suraya. A. sambil B. tetapi C. kecuali D. maka

36. Puan Lily membuka pintu __________________ mengajak kami masuk ke dalam rumahnya. A. lalu B. tetapi C. maka D. kecuali

UJIAN BULANAN MAC (5)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

37. Ahli pengakap itu diingatkan ______________ berhati-hati semasa berkhemah di dalam hutan. A. kerana B. agar C. sambil D. oleh

38. Ganesh mengumpul buku-buku lama ___________________ diberikan kepada murid miskin. A. untuk B. hingga C. semasa D. kerana

39. Wanita itu _____________ lama _______________ cantik. A. sama ada atau B. kian . Kian C. entah entah D. kian atau

40. Amir belum pasti ____________ hendak ke perpustakaan __________ tidak. A. kian atau B. sama ada atau C. makin makin D. makin atau

SELAMAT MAJU JAYA Disediakan oleh: EN. RAKURAMAN A/L KUNASEGARAN KETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA

UJIAN BULANAN MAC (6)

You might also like