You are on page 1of 12

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ3101)

TAJUK : Peranan Islam Dalam Mengekalkan Keharmonian Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Pembinaan Negara Bangsa

Hak Asasi Manusia

Peranan Islam Dalam Mengekalkan Keharmonian Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Peradaban dan Budaya Melayu Islam

Nilai-nilai Islam

1. Pembinaan Negara Bangsa


1. Peranan Islam telah membawa kepada kemunculan pembinaan negara bangsa yang merupakan wadah bagi pembinaan masa depan bangsa Malaysia. 2. Bahasa Melayu dijadikan lambang penyatuan bangsa Malaysia dan kekuatan budaya bangsa.

3. Dalam pembinaan negara bangsa, pelbagai tindakan telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, kepercayaan, keturunan, bahasa kepada satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. 4. Kesepaduan ini akan dapat membantu negara kita membina satu bangsa, satu negara yang mengutamakan nilai-nilai etika dan moral yang kukuh, serta hidup secara demokratik dan adil dari segi pengagihan ekonomi dan sebagainya.

2. Peradaban dan Budaya Melayu Islam


Masyarakat Melayu yang beragama Islam mengamalkan kebudayaan dan budaya positif dalam kehidupan mereka seperti berikut: a) Masyarakat yang penyayang iaitu : Bertimbang rasa, saling faham-memahami, dan hormat-menghormati. Hidup bersama-sama secara aman dan harmoni. Memelihara nyawa manusia.

b) Bentuk Generasi Baru - mempunyai sikap positif, dinamik, berpandangan jauh, mempunyai kekuatan dan daya tahan yang kental. c) Matlamat Hidup - mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat, kemewahan, aman, harmoni, bermaruah, mempunyai harga diri sebagai satu bangsa, berdaya maju dan dihormati oleh dunia.

3. Nilai-nilai Islam
Bekerjasama Toleransi Berbudi mulia

Nilainilai
Bangsa Malaysia yang telah berjaya hidup bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang harmoni antara kaum. Islam menyeru manusia hormatmenghormati dan hidup aman damai serta harmoni tanpa mengira agama, keturunan, darjat serta warna kulit.

Toleransi

Bekerjasama

Menggalakkan penganutnya sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai usaha mempertingkatkan semangat kerjasama Menasihati penganutnya mengutamakan kepentingan bersama-sama tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Berbudi mulia

Menggalakkan penganutnya bermanis muka serta berbudi pekerti mulia dalam kehidupan seharian. Sentiasa bertimbang rasa dan bertolakansur serta berhemah tinggi. Menghormati rakan sejawat dan orang sekeliling mereka.

4. Hak Asasi Manusia


Hak Hidup

Hak Persamaan

Hak Asasi Manusia Menurut Islam

Hak Kebebasan

Hak kehormatan atau maruah

Hak Hidup

Dalam Islam, setiap perkara yang merosakkan tubuh badan seperti mabuk, mengancam nyawa termasuk mengancam nyawa kaum lain adalah haram. Manusia tidak dibenarkan bertindak meletakkan tanggungjawab diri untuk membalas pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain. Seseorang itu tidak boleh dibunuh sama ada membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri kecuali menurut undang-undang.
Hak Kebebasan

Contohnya ialah hak kebebasan bergerak, kebebasan bersuara dan berfikir, kebebasan berpersatuan dan kebebasan beragama. Semua prinsip kebebasan ini pada asasnya adalah amalan dalam pemerintahan Islam. Kebebasan ini diberikan kepada rakyat yang tunduk di bawah pemerintahan negara kita sama ada dari golongan Islam atau bukan Islam.

Hak Kehormatan / Maruah

Hak kehormatan dalam Islam meletakkan setiap manusia tidak boleh menghina, merosakkan maruah dan menjatuhkan kehormatan orang lain. Perbezaan warna kulit, rupa paras, bangsa, budaya dan bangsa tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina atau merendahkan orang lain Prasangka adalah sesuatu yang tidak boleh dijadikan panduan dalam menilai seseorang atau kaum lain.
Hak Persamaan

Asas bagi hak persamaan dalam islam sama sekali tidak melihat kepada jantina, paras rupa, kedudukan, harta dan keturunan. Setiap individu tanpa mengira apa-apa berpeluang untuk hidup dengan hak yang sama. Contohnya, hak persamaan dalam aspek politik adalah apabila setiap orang mendapat hak yang sama sebagai rakyat di hadapan undang-undang.

You might also like